Sinus atau Resdung? – Dr Ahmad Nordin

Apakah beza di antara dua istilah ini?

Kerapkali pesakit akan bertanya soalan in kepada saya “Doktor, adakah saya menghidapi ‘sinus’?”. Ada pengamal perubatan yang ingin menjawab “Ya” kepada sesiapa sahaja, sama ada mereka sihat atau tidak.  Saya akan mejelaskan sebentar lagi.

Kebanyakan pesakit yang berbahasa Melayu juga kerap bertanya soalan yang seumpamanya- “Doktor, adakah saya menghidapi resdung?”. Yang paling membimbangkan ialah apabila saya melayari internet untuk merujuk istilah ‘resdung’, carian utama mengenai makna resdung bukan sahaja salah, tetapi agak menyeleweng, ditulis oleh individu yang bukan dari latar belakang perubatan. Motif mereka hanyalah ingin melariskan produk masing-masing, kebanyakannya tidak berdaftar. Untuk makluman, ini ialah tujuan utama MMG ditubuhkan- untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan sahih kepada semua dari pakar kesihatan.

Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan  mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid. Dengan ini, adalah tidak tepat sekiranya seseorang itu berkata “Saya menghidapi sinus” kerana mereka hanya merujuk kepada struktur normal anatomi yang ada pada setiap orang! Seperti dinyatakan- kebanyakan doktor akan menjawab di dalam hati “Ya, semua orang mempunyai sinus” kerana kesemua orang yang normal akan mempunyai sinus di hidung mereka.

‘Resdung’ pula adalah istilah Melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut.

Video 1

Saya akan memperkenalkan 2 jenis penyakit utama yang seringkali dikaitkan dengandua  istilah ini.

1. ‘Allergic rhinitis’ (rhinitis alahan)

Dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca. Sejarah keluarga juga menunjukkan wujudnya penyakit yang sama atau penyakit asma atau ‘eczema’. Penyakit ini biasanya disahkan melalui pemeriksaan klinikal, tanpa perlu menjalani ujian darah, sinar X atau imbasan.

Doktor ENT akan menjalankan pemeriksaan endoskopi untuk memastikan tiada ketumbuhan di dalam hidung (Video 1 & 2 yang disertakan menunjukkan ujian endoskopi hidung yang dijalankan di klinik) Doktor biasa yang tidak biasa dengan rupa bentuk struktur normal hidung boleh membuat diagnosis yang salah dan menyebabkan kerisauan yang tidak sepatutnya berlaku pada individu yang normal (Imej 1). Pesakit ‘allergic rhinitis’ biasanya mempunyai ‘turbinate’ yang besar, yang pada orang biasa, salah satu fungsinya ialah untuk melembapkan rongga hidung. Rawatan ialah ubat antihistamin bagi kes yang ringan dan ubat semburan hidung jenis steroid bagi kes yang teruk.

Image 1 normal tubinate

Imej 1

Image 2 allergic nasal endoscopy

Imej 2

2. Sinusitis

Dalam penyakit ini, seseoramg itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu.

Doktor ENT akan melakukan pemeriksaan tertentu, termasuk endoskopi hidung yang mungkin menunjukkan limpahan nanah dari bukaan sinus. Doktor juga akan kadang kala memerlukan ujian imbasan CT sekiranya ada komplikasi, seperti penyakit sinusitis yang merebak ke bahagian mata atau otak, atau sekiranya ada perancangan untuk pembedahan. Rawatan biasanya berbentuk ubat penahan sakit, irigasi  hidung dengan cecair khas dan pemberian antibiotik sekiranya terdapat jangkitan bakteria. Kes sinusitis kronik memerlukan ubat semburan hidung steroid bagi mengurangkan radang.

Di kebanyakan klinik ENT, kes ‘allergic rhinitis’ adalah jauh lebih kerap dari sinusitis. Hakikatnya, kebanyakan beban kerja klinik ENT ialah ‘allergic rhinitis’, terutamanya di kawasan bandar.

Video 2

Jadi, ‘sinus’ atau resdung?

Dalam perawatan saya, sekiranya seseorang itu menyatakan beliau mempunnyai ‘sinus’– beliau merujuk kepada ‘allergic rhinitis’ atau sinusitis. Kebanyakan orang masih belum boleh membezakan dua penyakit yang biasa ini.

Ramai juga yang akan mengaku mereka menghidapi ‘resdung’– mereka pun juga merujuk kepada ‘allergic rhinitis’ atau sinusitis.

Kesimpulannya, tidak kira apa jenis istilah atau perkataan yang orang gunakan untuk merujuk kepada  gejala atau penyakit mereka, kita perlu mengupas sejarah penyakit dan menjalankan  ujian fizikal tertentu untuk mendapat diagnosis dan rawatan yang betul.

Saya tidak menjangka akan terjadinya sebarang perubahan istilah ‘sinus’ atau resdung, saya Cuma berharap orang ramai dengan gejala seumpama ini akan berjumpa dengan dockor bertauliah, dan bukannya merujuk kepada jaminan palsu di internet dan media sosial yang menggunakan kaedah yang tidak diiktiraf dan merbahaya untuk pemulihan penyakit hidung.

(Penghargaan: Saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pesakit, ibubapa dan kakitangan yang memberi kebenaran mengambil gambar mereka bagi tujuan pendidikan kesihatan bagi pihak awam)

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar ENT yang bertugas di sebuah hospital di Sabah. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

 

Rujukan:

  • Dorland’s Illustrated Medical Dictionary 32nd Edition
  • Dewan Bahasa & Pustaka Kamus Dewan website http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=resdung  accessed on 29 November 2013
  • Diseases of the Ear, Nose and Throat 4th Edition     PL Dhingra

167 comments for “Sinus atau Resdung? – Dr Ahmad Nordin

  1. Arianna A.
    December 24, 2013 at 8:39 am

    This is a well written post. Thank you for sharing.

  2. Dr Ahmad Nordin
    December 24, 2013 at 12:33 pm

    You are most welcome, and thank you for the kind comment.

    • dalila omar
      September 19, 2014 at 7:51 pm

      Assalamualaikum.doktor..doktor ENT sahkn sy mengalami allergy rhinitis..tp kadangkala ia keluar darah tp tidak banyak..adakah pesakit allergy rhinitis mmg keluar darah sebegitu?atau sy pesakit sinusitis?doktor ENT juga melakukan endoscopy tp keputusannya mereka tidak nampak apa2 kesan darah..mohon penjelasan yg lebih jelas dr doktor..terima kasih.

      • Dr Ahmad Nordin
        January 27, 2015 at 9:09 pm

        Waalaikumussalam Dalila Omar,

        Pesakit Allergic Rhinitis juga boleh mengalami perdarahan. Biasanya pemeriksaan endoskopi tidak akan menunjukkan perdarahan sekiranya ia tidak aktif berdarah, Cuma mungkin ada nampak saluran darah yang besar dan terang di bahagain tulang rawan tengah (nasal septum). Ia kerap berlaku sekiranya gejala anda tidak terkawal.

    • azwar
      December 12, 2014 at 10:48 am

      salam dr.. saya nak tanya la… kenapa air hidung saya keluar berwarna hijau jernih.. kemudian saya mengalami skit rahang… boleh dr beri pnjelasan tak??

      • Dr Ahmad Nordin
        January 27, 2015 at 9:12 pm

        Waalaikumussalam Azwar,

        Ada baiknya anda berjumpa dengan pakar ENT untuk pemeriksaan endoskopi hidung untuk memastikan tiada masalah di rongga hidung atau sinus hidung. Kami risau ada kemungkinan jangkitan atau ketumbuhan di hidung anda.

  3. intan
    December 24, 2013 at 1:09 pm

    So resdung atau sinus ni xde relate dgn jerawat yg selalu orang kaitkan tu?

    • Dr Ahmad Nordin
      December 26, 2013 at 10:08 am

      Saudari Intan,

      Allergic rhinitis atau sinusitis tiada kaitan dengan jerawat. Ada kajian menunjukkan hanya 3% dari pesakit allergic rhinitis mengalami jerawat.

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 9:26 pm

      Hi Intan,

      Setakat ini, tiada kaitan rapat antara jerawat & kedua penyakit ini.

  4. ila
    December 24, 2013 at 3:42 pm

    Salam Dr..sy sudah mengalami masalah batuk sebulan lepas. masalah batuk ini terjadi apabila bhgian hidung di sebelah kiri berasa gatal or miang2. sudah byk kali sy pergi ke klinik tp sy still mengalami batuk2 ini. apbila sy batuk, hingus atau cecair akan keluar dr hidung sebelah kiri. sy ingin bertanya, adakah batuk ini terjadi disebabkn dr masalah pada hidung?resdung?or sinus?
    tbgql

    • Dr Ahmad Nordin
      December 26, 2013 at 10:15 am

      Wasalam Ila,

      Kemungkinan batuk itu berpunca dari hingus yang mengalir dari hidung ke belakang tekak. Hidung yang gatal dan berair adalah tanda allergic rhinitis.

      Ada baiknya anda berjumpa doktor untuk merawat hidung dan Insyaalah masalah batuk akan berkurang. Jika tidak sembuh, pemeriksaan lanjut untuk paru-paru perlu dijalankan untuk memastikan tiada penyakit lain yang menyebabkan batuk yang kronik itu.

  5. Yvonne
    December 27, 2013 at 2:56 pm

    Hi Dr,

    I seen an ENT specialist about six months ago because I encounter non-stop coughing for about two months and it becoming worst. I end up having lung infection and the dr do endoscopy on me. My nose do look like your imej 2 above. Is it that abnormal? The dr that I was seeing said I might need an operation in future. Is it that serious? I do not have any breathing difficult at the time being.

    • Dr Ahmad Nordin
      December 27, 2013 at 10:39 pm

      Hi Yvonne,

      There is a possibility that your cough is due to the excessive nasal mucous flowing into your upper airways (post nasal drip) causing the cough. Left untreated, that may predispose to lower airway infection (lung infection) which you had.

      Image 2 is the typical allergic rhinitis appearance on nasal endoscopy. That is abnormal (enlarged nasal turbinates), as a response to allergen exposure. Usually the doctor will prescribe steroid nasal spray with antihistamine to reduce the nasal mucous and subsequently your cough. Surgery is advocated for allergic rhinitis if failure of maximal therapy with medication.

      Some people with allergic rhinitis does not have nasal blockage or breathing difficulty (structural symptoms), but more of allergy symptoms- nasal mucous, post nasal drip, itchiness, sneezing. symptoms

  6. Wan
    December 28, 2013 at 5:34 pm

    Assalam,

    Dr. apakah kemungkinan yg akan berlaku jika tidak dirawat? Adalah penyakit ini boleh menyebabkan kanser hidung?
    Dan apakah kaedah rawatan TRADISIONAL yg boleh dilakukan untuk memulihkan keadaan turbinate yg mbgkak?
    Adakah benar fakta yg mengatakan “nutrition healing” dgn mggunakan ekstrak kayu manis, spanish needles yg tpilih dpt merawat masalh berkaitan nasal ini.?

    Terima kasih.

  7. Dr Ahmad Nordin
    December 30, 2013 at 6:24 am

    Waalaikumussalam Wan,

    Jarangkali, allergic rhinitis yang teruk boleh menyebabkan saluran sinus sumbat. Apabila sumbat, ia boleh menyebabkan sinusitis. Sinusitis yang teruk boleh menyebabkan jangkitan dari rongga sinus merebak ke bahagian mata & lebih teruk ke otak. Ini boleh menyebabkan pembentukan nanah di bahagian mata & otak, meningitis dan paling teruk jangkitan ke seluruh badan (septicaemia).

    Kedua jenis penyakit ini tidak boleh menyebabkan kanser. Tetapi perlu berwaspada kerana tanda awal penyakit kanser hidung adalah agak sama dengan tanda & gejala sinusitis- hidung sumbat, hidung berdarah, hingus berbau dan kotor, sakit pipi.

    Setakat ini, dalam komuniti ENT di Malaysia, tiada sesiapa yang mengeluarkan sebarang ‘guideline’ untuk penyakit ini. Saya juga tidak berhak (tidak bertauliah) mengesyorkan sebarang rawatan tradisional bagi rawatan ENT. Sekarang terdapat pakar TCM (Traditional & Complementary Medicine) yang beriktiraf di beberapa hospital kerajaan yang jauh lebih berpengalaman dari saya.

    Saya sendiri (personally, not a guideline or standard treatment in ENT) meminum teh yang kadangkala dicampur dengan daun pudina untuk mengurangkan gejala hidung berhingus jika simptom tidak teruk.

    Cinnamon (kayu manis) sememangnya mempunyai fungsi antibiotik & antiviral. Dalam kuantiti yang normal- ia agak selamat. Tetapi cinnamon extract adalah dalam kuantiti yang tinggi. Ini adalah seumpama penghasilan ubat biasa- di mana perlu diambil kira kesan sampingan. Cinnamon extract dalam kuantiti tertentu boleh menyebabkan kegagalan hati (liver failure) Di Malaysia, tiada ramai yang berpengalaman menggunakan ubat ini dan mengendalikan kesan sampingannya yang lain. Saya juga berpendapat bahawa cinnamon extract dan spanish needle di internet kebanyakkannya adalah ditaja dan dipromosi oleh syarikat untuk penjualan produk komersial masing-masing.

    Kebanyakan herba & rempah adalah baik untuk kesihatan, tetapi baik diambil dalam bentuk asli & dalam kuantiti yang kecil & selamat (in natural form and moderate & safe amount). Saya sendiri juga (personally again) tidak menggunakan gula di dalam kopi, saya menggantikannya dengan potongan kecil cinnamon untuk rasa manis. Cinnamon juga menstabilkan kandungan gula darah.

    • Wan
      December 31, 2013 at 10:22 am

      Terima Kasih banyak2 Dr…
      Jawapan Dr. sangat membantu dan saya sangat menghargai jawapan Dr.

  8. Aina
    December 30, 2013 at 2:35 pm

    Dr,

    ‘Allergic rhinitis’ boleh menyebabkan asma tak? Saya selalu rasa gatal gatal di muka dan di mata, hidung tersumbat dan kadang kadang susah untuk bernafas.

  9. Dr Ahmad Nordin
    December 30, 2013 at 4:24 pm

    Aina,

    ‘Allergic rhinitis’, asma dan penyakit kulit eczema ialah dalam kumpulan jenis yang sama iaitu jenis alahan (atopy) Mekanisma terjadinya penyakit ialah sama iaitu dengan pembentukan histamin dan penghasilan sel dan bahan kimia radang (inflamatory cells & chemical mediators). Seseorang itu mungkin mengalami 1, 2 atau ketiga jenis penyakit ini serentak. Anda mungkin mengalami allergic rhinitis, tetapi perlu berjumpa doktor untuk mengsahihkan sama ada anda menghidapi asma.

    Konsep terkini ialah ‘United airway disease’ di mana apabila penyakit salur pernafasan atas (allergic rhinitis) dirawat dan terkawal, penyakit salur pernafasan bawah (asma) akan beransur sembuh.

    Rawatan ketiga jenis penyakit alahan ini- asma, allergic rhinitis & eczema adalah hampir sama:
    1. Penggunaan steroid topikal (ubat semburan paru-paru: asma, ubat semburan hidung: allergic rhinitis & ubat sapu kulit: eczema).
    2. Ubat antihistamin juga diberi untuk kawalan tambahan

  10. mohai
    January 12, 2014 at 3:15 pm

    Dr, saya alahan kepada lada. Namun bergantung kepada nasib, kadang2 sy ok bila makan lada. Tapi bila kena,selalunya sehari suntuk saya akan bersin , hidung berair (jernih, mencurah2). Dan saya akan telan loratidine (memang selalu ada stok). Lepas tu ok.Saya juga perasan deria bau berkurangan. Adakah sebab masalah resdung atau setiap orang mempunyai deria bau yang berbeza.

  11. Dr Ahmad Nordin
    January 12, 2014 at 4:41 pm

    Mohai,

    Setiap orang mempunyai deria hidu yang hampir sama, tetapi ada yang lebih peka berbanding orang lain.

    Faktor seperti allergic rhnitis, bengkok pada tulang rawan tengah hidung (deviated nasal septum), poiip hidung (nasal polyp) dan penyakit lain yang menyebabkan rongga hidung sempit akan mengurangkan deria hidu seseorang.

    Jangkitan sinus (sinusitis) akan menyebabkan kita menghidu bau busuk & bau biasa apabila dihidu menjadi bau yang berbeza.

  12. Idzham
    January 18, 2014 at 3:53 am

    Salam..Dr, saya kerap mengalami masalah bersin yg berlarutan apabila terdedah kepada persekitaran yg berhabuk. Hidung saya juga selalu mengalami gatal-gatal yg berlarutan dan bila digosok akan berdarah. Hingus cair jernih mengalir dari hidung dan kadangkala hidung turut tersumbat. Masalah gatal ini turut merebak ke mata dan kadangkala mengakibatkan sakit kepala. Adakah simptom2 yg saya alami ini berbahaya dan apakah penyakit yg saya alami? Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini? Saya ada terbaca mengenai herba Coscinium Plus dari HPA yg dapat mengurangkan masalah resdung ini.. Apakah saranan dr kepada saya? Terima kasih

  13. Dr Ahmad Nordin
    January 18, 2014 at 4:37 pm

    Wasalam Idzham,

    Gejala yang anda alami menuju ke diagnosis ‘allergic rhinitis’, yang ada di kalangan pesakit juga mengalami gatal mata. Kadangkala ada pesakit yang mengalami perdarahan hidung jika hidung terlalu berair.

    Sekiranya penyakit tidak terkawal dan menjadi teruk, ia boleh menyebabkan sakit kepala dan ini menjadi penyakit ‘sinusitis’. Rawatan dengan ubat semburan hidung boleh membantu.

    Ada baiknya jika anda berjumpa pakar ENT untuk ujian endoskopi hidung untuk memastikan tiada masalah lain seperti tulang rawan hidung tengah yang bengkok (deviated nasal septum) atau penyakit hidung yang lain.

    Herba yang anda maksudkan iala sejenis tumbuhan: Coscinium blumeanum. Kebanyakkan herba baik untuk kesihatan, tetapi herba ini masih belum banyak kajian dalam ujian klinikal untuk saya memberi sebarang komen. Sebelum ini, ada ubat herba (dari syarikat antarabangsa yang juga laris dipasarkan di Malaysia) didapati boleh menyebabkan kegagalan hati/hepar (‘liver failure’)

    Sama seperti komen saya sebelum ini, ubat herba & rempah baik diambil dalam bentuk asal berbanding dengan ekstrak/ pati/ produk komersial.

    • Idzham
      January 20, 2014 at 2:46 am

      Terima kasih atas maklumbalas dr…

  14. Rani Randhawa
    February 13, 2014 at 5:59 pm

    Salam, Doctor

    Saya nak buat pertanyaan sikit.. Emak saya ada masalah sinusitis yang seriuos… sudah membuat pembedahan 2 kali… last pembedahan ialah 3 tahun yang dahulu and sekarang doctor ENT suruh buat pembedahan lagi sekali… emak saya langsung tak boleh membau apa apa bau and taste pun tak ada… So on this saya nak tanya doctor… ia adalah masalah resdung or not? and kalau try ubat tradiosional melayu… boleh ia membantu? kerana sekarang emak saya tak nak buat pembedahan…please help me out..

    saya dahului dengan ribuan terima kasih

  15. Dr Ahmad Nordin
    February 13, 2014 at 10:44 pm

    Wasalam Rani,

    Kebiasaannya masalah sinusitis boleh dirawat dengan ubat semburan hidung. Sekiranya tiada perubahan, pembedahan perlu dijalankan. Kadangkala pembedahan perlu dilakukan berulang kali. Selepas pembedahan, deria hidu mungkin tidak kembali normal. Ini mungkin kesan pembedahan atau kesan sampingan jangkitan dari sinusitis. Bila deria hidu kurang, deria rasa mungkin terjejas sedikit.

    Saya kurang pasti akan kesan ubat tradisional kerana ia bukan bidang kepakaran saya. Jika ibu anda mahu mencuba ubat/ kaedah lain, anda boleh berjumpa dengan pakar ENT lain utk pendapat kedua. Diharap ibu anda beransur pulih, Insyaallah.

  16. Sainudin
    February 16, 2014 at 9:26 pm

    Aslkm Doktor
    saya ni penghidap allergic yg serius Terutama makanan laut dan semenjak bertukar kerja dalam perladangan dan selalu terdedah Pada debu dan ASAP saya telah diserang asma.baru baronial saya memakan ubat Resdung bella sinus cure dan Alhamdulillah Resdung dan asma saya x tak datang
    .apa pandangan doc tentang ubat tersebut?

  17. Dr Ahmad Nordin
    February 17, 2014 at 11:04 pm

    Waalaikumussalam Sainudin,

    Mengikut dakwaan syarikat tersebut, ia menggunakan herba. Herba memang ada kegunaan dalam resdung dan asma. Pada ketika ini, belum banyak kajian & penggunaan herba secara formal dalam rawatan kami.

    Cuma perlu diingatkan ada sesetengah ubat tradisional menggunakan steroid dalam ramuannya. Steroid boleh mengurangkan gejala allergic rhinitis dan asma.

  18. Husna Kamal
    February 27, 2014 at 1:41 pm

    Salam doc, sy nak tahu betul ke dgn mengamalkan suplement berasaskan kunyit putih dapat mengurangkan/mengubati penyakit yg ada kaitan dgn sinus @ resdung ?

    • Dr Ahmad Nordin
      March 5, 2014 at 7:39 pm

      Wasalam Husna,

      Saya memohon maaf kerana saya kurang arif berkenaan suppplement ini. Saya berpendapat rempah atau bahan herba dalam bentuk asal dalam kuantiti yang sedikit / sederhana adalah lebih baik dari pati/ kuantiti yang tinggi kerana tiada kajian klinikal ada dijalankan mengenai ubat ini.

  19. mas
    March 5, 2014 at 4:09 pm

    Assalamualaikum dr..
    Saya sering mengalami alahan seperti bersin sekiranya terhidu habuk atau asap. Tetapi sejak 2 minggu ini saya mengalami demam selesma da berlarutan sehingga pipi kiri dan mata kiri saya terasa sakit.adakalanya hingus saya bercampur dengan darah selepas saya mengeluarkan hingus secara paksa.telinga dan leher saya si bahagian kiri terasa sakit sejak saya sakit selesma ini. Hingus saya berbau. Tetapi saya telah mendapatkan rawatan d klinik dan dr memberikan saya antibiotik,ubat hingus,penahan sakit(demam). Setakat ini hingus saya akan keluar dan kesakitan yg saya alami di bahagian kiri muka semakin berkurangan.demam pun beransur sembuh.cuma leher saya masih terasa seakan tengan terutama di bahagian belakang telinga dan akan turun ke leher..Adakah saya perlu menjalani rawatan endoskopi hidung?

    • Dr Ahmad Nordin
      March 5, 2014 at 7:50 pm

      Waalakumussalam Mas,

      Ada mengalami allergic rhinitis sekiranya kerap mengalami alahan & bersin. Ada di antara pesakit allergic rhinitis boleh mengalami sinusitis sekiranya terdapat jangkitan.

      Anda mengalami ‘acute sinusuits’, di mana terdapat sakit pipi & mata, hingus berbau & berdarah, demam dan sakit telinga & leher. Rawatan doktor adalah betul dengan menggunakan antibiotik, penahan sakit & ubat selsema. Saya akan menambah air untuk mencuci hidung & ubat semburan hidung bagi melengkapkan rawatan, antibiotik perlu diteruskan sejumlah 14 hari.

      Saya menyarankan anda menjalankan ujian endoskopi hidung untuk memastikan tiada abnormaliti pada struktur hidung anda, seperti septum (tulng rawan tengah hidung) yang bengkok, polip hidung, dll. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan sinusitis ini berulang, Insyaallah.

  20. pjo
    March 16, 2014 at 5:54 am

    Assalamualaikum ,

    Doktor, sy mengalami masalah gatal hidung,hidung tersumbat,kerap bersin tanpa mengira waktu atau tempat. Baru baru ini sy mengalami selsema hampir sebula, saya hanya mengambil paracetamol dan chlorpheniramine yg dibeli di farmasi. Namun masalah ini makin menjadi jadi. Saya sering sakit kepala,hidung tersumbat,gatal di muka. Apa rawatan yg disarankan doktor?..

    • Dr Ahmad Nordin
      March 20, 2014 at 9:12 am

      Waalaikumussalam,

      Anda menghidapi allergic rhinitis. Tahap anda agak teruk, kerana tidak banyak perubahan selepas menggunakan antihistamine (chlopheniramine). Ia mungkin lebih serius menjadi sinusitis memandangkan anda kini ada sakit kepala.

      Saya rasa anda patut berjumpa dengan pakar ENT untuk Julian endoskopi hidung. Selepas itu, pakar kemungkinan akan memberi anda ubat semburan hidung & jenis antihistamine lain.

  21. ashraf
    March 16, 2014 at 7:57 pm

    Assalamualaikum dr,saya cuma ingin bertanya berkenaan masalah yg dihadapi saya. Sejak awal tahun lepas masalah sinus saya semakin teruk, setiap hari, apabila bangun dari tido hidung saya pasti berair, mengeluarkan air jernih(umpama lendir) tanpa disedari, diselangi dengan kahak dan bersin yg berbau busuk, apabila bersin bukan hanya sekali tapi lebih dr lima enam kali dan baunya amat busuk sekali, perkara ini mmg berlarutan setiap hari, apabila bersin saya juga ade merasakan seakan akan pening dan sakit kepala serta sakit di dalam dada, lendir kahak juga akan berlarutan dan kdang2 sehingga ke petang.saya cume merujuk kes saya di klinik biasa sahaja dan dr cume memberikan ubat selsema, jika saya mengambil ubat itu, gejala ini akan ok sekejap dan berhenti. apabila saya berhenti pengambilan ubat, keesokan hari gejala ini pasti akan berlaku lagi, sehingga hari ini hampir setiap hari sy terpaksa memakan ubat ini. effect dr ubat ini kdg2 apabila menelan air liur saya merasakan seakan akan pahit di dalam kerongkong saya.dan saya tak pernah merujuk perkara ini dgn pakar ENT.pada pandangan dr apakah penyakit \”resdung\” yg sy alami ini di tahap kronik? blh kah sy mendapat rawatan dgn pakar ENT di hospital kerajaan? apakah nasihat dan cadangan seqajarnya dr doktor? jutaan terima kasih diucapkan atas jawapan dan nasihat dari doktor dan semoga allah membalas jasa dr dgn sebaik baiknya.

  22. Dr Ahmad Nordin
    March 20, 2014 at 11:24 am

    Waalaikumussalam Ashraf,

    Anda menghidapi allergic rhinitis yang agak serius kerana tidak berkesan dengan ubat makan/ antihistamine. Lelehan hidung yang berlebihan akan mengalir dari hidung ke tekak dan boleh menyebabkan dada kurang selesa. Bersin yang busuk agak biasa untuk segolongan orang, diharap boleh dikurangkan dengan rawatan nanti.

    Di klinik kerajaan, anda perlu berjumpa doktor di klinik kesihatan atau doktor swasta untuk mendapat surat rujukan dari doktor untuk pakar ENT. Harap anda mendapat temujanji awal kerana tarikh menunggu agak lama. Jika tidak, anda boleh berjumpa pakar ENT swasta untuk ‘walk in’, tetapi mungkin mahal sedikit.

    Diharap keadaan anda lebih baik dengan ubat semburan hidung dan antihistamine.

  23. siti salwa
    March 20, 2014 at 4:40 pm

    Assalamualaikum.doc

    Pakar.ent.telah.mengesakan saya.ada sinus.ct scan telahpun dibuat dan.banyak nanah di dahi pipi belakang telinga.pakar.ent menyuruh saya buat.prosuder cuci.nanah tersebut.saya telah ditahan di.wad.dan stat.antibiotik secara drip.sepatutnya saya.membuat prosuder tersebut hari selasa.lepas tapi saya minta penagguhan sehingga awal.april ini.doc.telah memberi.nasonax loratadine utk dimakan.selama dua minggu.

    Soalan saya

    1.dengan pemakaian nasonax sahaja tidak boleh ke untuk treat sinus infection ini?

    2.apakah nama prosuder yang sebenar bagi cuci atau buang nanah?

    3.ada yang mengatakan pada saya jika selepas membuat prosuder ni akan jadi lebih s3nsitif seperti kepala tidak boleh bergegar dan aebagainya.

    Harap dapat pencerahan daripada doktor sebab saya berasa takut untuk menjalani prosuder ini.

    Terima kasih doc atas masa doc membaca soalan saya

    • Dr Ahmad Nordin
      March 24, 2014 at 11:59 am

      Waalaikumussalam Siti Salwa,

      Setiap Pakar ENT mempunyai cara rawatan yang berbeza. Cara beliau merawat anda tidak salah, saya rasa dia cuma ingin mengurangkan risiko penyakit ini berulang kembali.

      Sinusitis biasanya ada yang datang dengan tiba-tiba dan ada kalanya tidak berulang (acute sinusitis). Rawatannya lebih kepada antibiotik, ubat penahan sakit dan pencucian hidung dengan air yang sesuai.

      Ada yang jenis berulang, dan berlaku jangkamasa yang lama (chronic sinusitis) Ia lebih bertumpu kepada rawatan ubat semburan hidung jenis steroid (contohnya Nasonex yang anda gunakan)

      Saya biasanya menjalankan pembedahan endokopi sinus (Functional Endscopic Sinus Surgery/ FESS) untuk kes chronic sinusitis yang tidak sembuh selepas menggunakan ubat. Pembedahan untuk kes acute sinusitis akan saya lakukan sekiranya ada komplikasi mata, otak, dll. Sekali lagi saya ingin nyatakan- setiap pakar mempunyai cara rawatan yang sedikit berbeza.

      Jawapan kepada soalan anda:

      1. Kebanyakkan penyakit sinusitis terkawal dengan ubat semburan hidung steroid. Ada juga segelintir yang tidak sembuh dan memerlukan pembedahan.

      2. Pembedahan endokopi sinus (Functional Endscopic Sinus Surgery/ FESS)

      3. Tiada perubahan ketara atau sebarang pantang yang perlu sekiranya pembedahan ini dijalankan tanpa komplikasi. Cuma pencucian hidung amat perlu pada beberapa minggu selepas pembedahan.

      Diharapkan anda berbincang dengan pakar anda mengenai pembedahan ini.

  24. norihan din
    March 23, 2014 at 11:33 am

    Assalamualaikum..doktor..
    Anak saya saya 12 thn mempunyai simpton sinus/resdung..sblm ni ank saya sakit kepala..susah bernafas..selalu selseMa..selepas dirujuk ke hospital pantai..dia perlu menjalani rawatan laser pd umur 10thn..sktruktur hidung dia bengkok..nmpk saluran agak sempit..Dia alah pd abuk..selepas laser tu..keadaan dia agak baik..
    Tetapi..sekarang hidung dia kembali tersumbat..dan telinga pun berdengung..saya takut menggunakan rawatan alternatif..kdg2 tertarik jugak dgn iklan2..boleh doktor cadangkan apa yg perlu saya lakukan utk rawatan yg terbaik bg ank saya..dan cadangkan nama ubat @ spray yg boleh diambil di farmasi..seboleh2nya sy nk elakkan operate laser..terima kasih byk2 doktor..

  25. Dr Ahmad Nordin
    March 24, 2014 at 1:03 pm

    Waalaikumussalam Norihan Din,

    Saya rasa anak anda menghidapi:
    1. ‘allergic rhinitis’ dan
    2. tulang septum hidung yang bengkok.

    Saya kurang pasti samada pembedahan laser dijalankan untuk:
    1. Meluruskan tulang yang bengkok (jarang dijalankan pada kanak-kanak) atau
    2. untuk mengurangkan saiz ‘turbinate’ (isi hidung di dinding tepi rongga hidung yang membesar dalam kes ‘allergic rhinitis’)

    Kedua jenis pembedahan hidung di atas boleh mengurangkan simptom sumbat hidung dan mungkin sedikit hingus. Rasa gatal dan bersin biasanya tidak hilang kerana ia adalah gejala alahan yang boleh dikawal dengan ubat & mengelakkan terkena barang alahan.

    Saya nasihatkan anda berjumpa dengan pakar ENT terlebih dahulu untuk menjalankan ujian endoskopi hidung bagi mengenalpasti struktur yang menyebabkan sumbat hidung. Ada kesan pembedahan hidung cuma boleh bertahan beberapa tahun sebelum masalah sama berulang kembali.

    Pada masa yang sama, anda boleh menanya doktor mengenai ubat yang sesuai. Saya memohon maaf kerana tidak boleh memberi sebarang rekomendasi mengenai jenis ubat sebelum memeriksa pesakit. Saya juga kurang arif mengenai rawatan tradisional kerana ia bukan kepakaran saya.

    Diharap anak anda sembuh secepat mungkin, Insyaallah.

  26. eva
    March 25, 2014 at 7:58 am

    Assalamualaikum dr,

    Dr sy nk tanya berkaitan rwtan mengeluarkn hingus menngunakn semburan danhingus akn keluar dgn byk.apa pndgn dr berkenaan rwtn tersebut..

    Semoga Allah merahmati kita semua

    • Dr Ahmad Nordin
      April 7, 2014 at 4:16 pm

      Waalaikumussalam Eva,

      Saya kurang pasti dengan jenis rawatan yang kamu maksudkan, kerana ada beberapa cara yang kaedah tersebut boleh dijalankan.

      Kami menggunakan nama ‘nasal douche’, di mana air yang hipertonik (dicampur garam atau sodium bikarbonat atau serbuk khas yang disediakan secara komersial) akan disembur ke dalam hidung menggunakan picagari plastik tanpa jarum di hujung. Ini akan mencuci hidung dan mengurangkan hingus yang pekat.

      Ada juga ubat semburan hidung jenis hipertonik dalam kanister bertekanan yang dijual secara komersial yang mempunyai fungsi yang sama.

      Adakah kaedah-kaedah ini yang anda maksudkan? Kaedah ini kami syorkan untuk mereka yang selepas menjalani pembedahan, pesakit yang mengandung atau pesakit yang tidak boleh mengambil ubat semburan steroid.

  27. wanee
    April 16, 2014 at 4:50 am

    Asslamualaikum dr,

    Sejak dua minggu ini, saya mengalami gangguan tidur, saya mudah terjaga malam dan tidak boleh untuk sambung tidur semula. Berkaitan pula dengan masalah hidung, saya rasa rongga hidung saya kering, seperti tiada cecair, dan selalu tersumbat dan ia mengganggu pernafasan. Setiap kali untuk membersihkan hidung, saya dapati ia seperti kuping luka dan akan mengeluarkan darah. Bila saya memegang tulang hidung, saya rasa sakit bahagian itu. Masalah batuk pula kadang-kadang sahaja terjadi.
    Apakah masalah saya ini berkaitan dengan penyakit yang dibincangkan diatas?

  28. Among
    April 16, 2014 at 11:42 am

    Dr,
    Saya mengalami sakit tekak dan demam panas dua minggu lalu. Selepas mendapatkan rawatan di klinik dan ubat yang diberi telah pun habis dan sembuh dari sakit tekak. Tetapi, selepas itu hidung saya berhingus warna hijau, kadang-kadang bercampur darah kering dan ianya berbau. Sebelum ini saya memang kerap berhingus pada waktu pagi. Pertanyaan saya adakah ini berbahaya jika tidak dirawat? Adakah ianya kanser hidung?

    • Dr Ahmad Nordin
      April 21, 2014 at 7:44 pm

      Among,

      Saya rasa anda telah mendapat ‘acute sinusitis’. Ia adalah jangkitan sinus kesan dari jangkitan salur pernafasan atas (upper respiratory tract infection) sebelum itu. Hingus hijau yang berdarah adalah sebahagian dari gejalanya.

      Jika hingus/ selsema itu kerap, anda boleh mendapat rawatan untuk itu bagi mengelakkan ia berulang. Anda patut berjumpa dengan pakar ENT untuk memastikan ia bukan kanser kerana hidung berdarah juga salah satu gejala kanser.

  29. Danni
    April 21, 2014 at 12:21 am

    Dear Dr,

    Is it true that one of the symptoms of resdung is hair fall? I have read from several sources that one of the reasons why hair fall occurs is because of this resdung problem… I’ve been having a problem with my nose since I was in my early teens.. And I only come to realise that I have resdung when I was a young adult. My nose is always blocked, even though I dont have a cold, there are mucus every now & then.. My face is also extremely oily.

    • Dr Ahmad Nordin
      August 25, 2014 at 4:33 pm

      Dear Danni,

      Extremely sorry for the late reply.

      Hair loss is not related directly to allerfic rhinitis, incidence is less than 1%. More of them have it as side effect of medication such as nasal spray. Many patients that i have followed up in clinic, I cannot recall anyone has complained of hair loss while taking their rhinitis medication. You should seek treatment if your symptom bothers your daily activity.

  30. atikah m
    April 21, 2014 at 4:13 pm

    salam dr, saya ada soalan, saya tlh didiagnos rhinitis allergi oleh doktor kerajaan dan beberapa kali ke temujanji pakar ENT. setelah diberikan ubat, dan hidung kembali kering seperti sediakala, temujanji saya telah dihentikan. sekarang saya dapati hidung kembali tersumbat, hilang deria rasa, kerap bersin sekiranya saya tidak memakan ubat dan tidak menggunakan nasal spray. doktor, 1. adakah penyakit saya dapat di sembuhkan tanpa berulang? kalau ada apakah penyelesaiannya?2. adakah penyakit ini hanya dpt dikawal menggunakan ubat dan nasal spray sahaja? ada tak penyelesaian lain? 3. adakah allergi rinitis ini sama dgn resdung? dan sinusitis itu saya rasa saya belum ke tahap itu sbb sy xda pening yg keterlaluan. 4. adakah jerawat saya disebabkan rinitis allergy ini?5. doktor yg tdahulu mendiagnosis bahawa saya mempunyai imun yg lemah berbanding org biasa. adakah ianya bkaitan dgn sejarah bhw saya tidak minum susu ibu semasa kecil, dan bapa saya menghidap asma. saya juga sekarang sudah mula ada eczema. bagaimana nk mengatasinya. trma kasih doktor. yawpq

    • Dr Ahmad Nordin
      August 25, 2014 at 4:37 pm

      Waalaikumussalam Atikah,

      Saya memohon maaf kerana lewat menjawab.

      1. Rawatan menggunakan ubat semburan hidung dan antihistamine adalah untuk mengawal gejala/ simptom yang anda hidapi. Segalanya akan kembali jika rawatan dihentikan. Ada sesetengah pesakit sembuh sekiranya dapat mengelakkan sumber alahan (trigger factor) tersebut

      2. Setakat ini, kedua kaedah ini yang disediakan di kebanyakkan hospital kerajaan & swasta. Seperti jawapan di atas, anda boleh sembuh jika anda dapat mengenalpasti apa yang mencetuskan allergi/ alahan anda (persekitaran tertentu, makanan tertentu, dll)

      3. Anda boleh membaca artikel saya semula sekiranya anda kurang pasti dengan istilah yang digunakan. Semuanya ada dijelaskan dalam artikel tersebut.

      4. Jerawat kadangkala dikaitkan dengan alahan, tetapi tidak semestinya oleh alahan. Ada sesetengah orang mengalami jerawat atau masalah kulit lain selepas makan barang tertentu (food allergy) atau menggunakan bahan kosmetik tertentu (contact dermatitis)

      5. Saya kurang pasti bagaimana doktor anda mendiagnos anda menghidapi sistem imuniti yang lemah. Penyakit allergic rhinitis, eczema & asthma (penyakit jenis atopi) berpunca dari sistem imun yang terlalu reaktif & bertindakbalas pada badan sendiri (type 1 hypersensitivity). Kajian baru menyatakan sekiranya anda kurang mendapat jangkitan di waktu kanak-kanak (seperti terlebih penggunaan antibiotik), anda lebih berisiko mendapat 3 penyakit yang saya nyatakan tadi. Ini kerana sistem imun semulajadi anda tidak biasa melawan jangkitan & akibatnya akan menyerang sistem badan sendiri.

      Diharap anda akan sembuh, Insyaallah.

  31. malina a
    April 21, 2014 at 4:16 pm

    doktor,

    saya:

    mempunyai imun yg lemah
    tidak tahan aircond, panas, hujan, debu, makanan pedas,
    allergi rinitis, kerap bersin, tiada deria rasa, eczema di tangan dan kaki,

    macam mana sy untuk mjalani hidup yg normal ya doktor? adakah saya perlu buat pembedahan?

    • Dr Ahmad Nordin
      August 25, 2014 at 4:39 pm

      Malina,

      Saya memohon maaf kerana kelewatan menjawab soalan anda.

      Pesakit allergic rhinitis & eczema biasanya mempunyai sistem imun yang berbeza kerana sistem imun menjadi terlalu sensitif (type 1 hypersensitivity).

      Pada ketika ini menggunakan perubatan moden, ,ubat jenis semburan hidung, antihistamin & ubat topikal (ubat disapi di kulit) ialah yang paling sesuai untuk kedua penyakit ini. Pembedahan hidung hanya sesuai untuk gejala sumbat hidung, yang mana tiada perubahan selepas menggunakan ubat. Gejala gatal hidung, selsema, bersin masih sesuai dirawat menggunakan ubat.

  32. Dr Ahmad Nordin
    April 21, 2014 at 7:35 pm

    Waalaikumussalam Wanee,

    Ada beberapa sebab kita sukar untuk tidur malam. Antara yang kami risau ialah penyakit ‘obstructive sleep apnea’. Ia berpunca dari penyempitan salur pernafasan di mulut, hidung atau tekak. Ini menyebabkan kurang kandungan oksigen badan semasa tidur dan mengganggu tidur.

    Apabila ini berlaku, pesakit biasanya bernafas melalui mulut. Ini mengakibatkan udara untuk bernafas menjadi kering . Ini menyebabkan kedua-dua hidung dan mulut menjadi kering.

    Apabila hidung kering, ia akan menyebabkan kuping kering dan hidung berdarah seperti yang anda alami. Tekak kering menyebabkan batuk.

    Ini hanya jangkaan saya berasaskan apa yang anda nyatakan. Saya rasa anda patut berjumpa dengan pakar ENT untuk pemeriksaan lanjut.

  33. haifa' binti mohammad
    April 24, 2014 at 4:49 pm

    Salam DR AhmadSaya ingin bertanya kepada DR, saya seorang pesakit ENT pernah menjalani pembedahan treake pada 10 tahun yang lalu akibat denggi. Tapi kini treake di tekak saya telah pun ditutup. Tapi masalah terbaru saya adalah saya sering mengalami hidung tersumbat, dan hidung berbau serta kegatalan hidung.Kadangkala pipi, mata dan leher saya mengalami kebengkakkan serta lendir yang sukar dikeluarkan dibelakang hidung.masalah ini saya sudah alami hampir setahun.Saya telah merujuk kembali ke klinik ENT, namun setelah diperiksa DR ENT , kata tiada apa-apa masalah pada hidung.Dan saya tidak diberi apa-apa ubat DR ENT kata gejala-gejala yang saya alami itu adalah normal.Namun saya tidak berpuas hati kerana, bagaimana saya boleh menghadapi masalah hidung tersumbat dan berbau ini setiap hari. Lendir di belakang hidung saya juga sukar untuk dikeluarkan.Bolehkah DR terangkan kepada saya apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang harus saya lakukan untuk mengatasi masalah ini.sekian terima kasih

    • Dr Ahmad Nordin
      August 25, 2014 at 4:41 pm

      Waalaikumussalam Haifa,

      Mohon maaf kerana lewat menjawab soalan anda.

      Saya rasa anda telah menjalani pembedahan trakeostomi 10 tahun yang lalu.

      Saya tidak pasti akan apa doktor ENT anda mendiagnosis penyakit anda dahulu. Ada kemungkinan dia tidak menjumpai apa yang abnormal semasa pemeriksaan beliau.

      Ada sebahagian pesakit menghidapi penyakit allergic rhinitis atau sinusitis tanpa menunjukkan sebarang tanda positif semasa pemeriksaan fizikal atau semasa ujian endoskopi hidung. Saya biasa bergantung kepada sejarah pesakit jika tiada penemuan positif.

      Anda boleh berjumpa dengan pakar ENT lain sekiranya anda masih mengalami gejala tersebut. Ada doktor ENT akan memberi ubat untuk mengawal simptom hidung dan ini boleh mengurangkan sakit hidung dan juga pipi, mata & leher anda. Insyaallah.

  34. eyda
    May 1, 2014 at 5:52 pm

    salam doc kalu dkat hospital krajaan kos operate bg sinus brape yep

    • Dr Ahmad Nordin
      August 25, 2014 at 4:42 pm

      Wasalam Eyda,

      Bergantung kepada jenis pembedahan sinus, kos pembedahan adalah sekitar RM50 untuk warganegara Malaysia yang berakomodasi kelas ketiga. Ia percuma bagi kakitangan kerajaan dan pelajar sekolah dan pelajar institusi tertentu. Ada kos tambahan seperti untuk caj harian wad, darah, dll. Sekiranya pembedahan tiada komplikasi, ia dalam lingkungan bawah RM 100. Kos adalah lebih tinggi sekiranya anda di wad kelas pertama atau kedua.

      Ada lebih baik jika anda berbincang dengan doktor di hospital anda untuk mengetahui jenis pembedahan yang akan dilakukan dan mengesahkan dengan Unit Hasil di hospital tersebut mengenai anggaran bayaran jika ia dijalankan.

      • seha
        January 16, 2015 at 2:38 pm

        Assalamualaikum Dr,
        Saya ada pekerjaan, Sy selalu mengalami gatal-gatal hidung, mata dan tekak, kerap Sakit kepala, jerawat tumbuh di muka dan badan, kelemumur yg sgt teruk…Boleh Dr Tolong suggest rawatan apa yg patut sy dapatkn?

        Terima kasih

        • Dr Ahmad Nordin
          January 27, 2015 at 12:06 am

          Waalaikumussalam Seha,

          Anda patut berjumpa dengan pakar ENT untuk merawat masalah hidung anda. Doktor mungkin akan memberi anda ubat alahan yang akan mengurangkan gejala gatal pelbagai organ anda.

          Sekiranya tiada perubahan untuk masalah jerawat dan kelemumur dengan ubat alahan- anda boleh berjumpa dengan doktor biasa atau sebaiknya pakar kulit

  35. Arif
    May 3, 2014 at 12:29 am

    Assalamualaikum Dr.

    Saya ingin bertanya. Sy risau dengan penyakit yg di alami isteri sy. Beliau mempunyai masalah sakit kepala. Bersin. Gatal di bahagian muka. Dan selsema. Jerawat naik di muka dan badan. Apabila rakan sy mengesyorkan pil tradisional ubat resdung. Alhamdulillah penyakit isteri sy beransur pulih. Jerawat di muka dan badan mula surut. Beliau tidak pening kepala, selsema, bersin dan sebagainya. Persoalannya. Apabila isteri sy berhenti memakan ubat tersebut. Jerawat di muka dan badan mula naik. Beliau pening kepala dan kulit muka mnjadi gatal. Simptom2 asal yg di alami berulang semula. Apakah nasihat dan cadangan doktor untuk masalah isteri sy. T.kasih

    • Dr Ahmad Nordin
      August 25, 2014 at 4:44 pm

      Waalaikumussalam Arif,

      Ada kemungkinan isteri anda menghidapi sinusitis dan juga allergic rhinitis. Saya kurang pasti apa kandungan pil tradisional tersebut.

      Telah dilaporkan ada pil tradisional mengandungi steroid. Steroid ialah salah satu modaliti untuk mengurangkan gejala penyakit ini. Kami menggunakan ubat semburan hidung (nasal spray) jenis steroid, tetapi kebanyakkan ubat ini hanya peratusan kecil steroid diserap di dalam badan (kurang dari 1%, sangat selamat untuk penggunaan biasa). Ubat steroid jenis makan mempunyai kesan sampingan bahaya jika tidak diketahui dos nya.

      Saya menyarankan anda berjumpa doktor ENT untuk mengelakkan sebarang kerosakan organ jangkamasa panjang dengan penggunaan pil tradisional.

  36. Hidayah
    July 21, 2014 at 6:55 am

    Dr pembaca bernama Amar:

    Pertanyaan berkaitan kesihatan hidung dan telinga
    Message Salam Dr, Saya dah lama mengalami masalah hidung tersumbat, biasanya on-off. Sejak dua menjak ni makin kerap tersumbat, berhinggus dan juga kerap bersin. Selain itu telinga saya juga perlu sering dikorek kerana terdapat keruping2 tahi telinga berwarna coklat. Adakah normal jika telinga perlu dibersihkan setiap hari? Kadang2 rasa gatal di dalam rongga telinga seperti ada “benda” yang merayap2. Kawan saya memberitahu itu adalah tanda2 penyakit resdung. Adakah benar? Apa yang perlu saya lakukan? Di mana saya boleh mendapatkan rawatan dari pakar perubatan berkenaan masalah kesihatan saya, kalau boleh kos yang berpatutan di kawasan sekitar Cheras, Kuala Lumpur. Terima kasih.

    Jawapan Dr Ahmad

    Waalaikumussalam.

    Ada kemungkinan anda menghidapi allergic rhinitis, tetapi tahap yang tidak teruk. Ada kemungkinan ada perubahan persekitaran atau pemakanan yang menyebabkan gejala ini semakin teruk. Rasa gatal boleh merebak ke mata, tetapi jarangkali ke telinga.

    Rasa telinga gatal kemungkinan besar dari tabiat membersihkan telinga. Telinga sepatutnya tidak perlu dibersih dengan sebarang jenis alat, walaupun putik kapas. Ia akan menyebabkan kerosakan kulit telinga dan menjadi gatal dan seterusnya jangkitan.

    Anda perlu berhenti mengorek telinga. Dalam beberapa hari, rasa gatal itu akan hilang. Jika anda merasa gatal, anda boleh menggosok bahagian kulit lembut berisi tulang rawan (tragus) di hadapan salur telinga untuk menghilangkan rasa gatal untuk sementara.

    Di Cheras, anda boleh mendapat rawatan di Pusat Perubatan UKM. Saya kurang pasti mengenai tarikh terawal untuk temujanji dan keperluan surat rujukan.

    Anda juga boleh berjumpa dengan Pakar ENT di mana-mana Pusat Perubatan Pakar swasta untuk temujanji yang lebih awal. Ada baik nya anda bertanya dengan kakitangan klinik sebelum berurusan
    untuk mengetahui kos konsultasi pakar, kos ubat, kos rawatan ulangan, kos endoskopi hidung, dll.

    Perlu diingatkan bahawa penyakit anda perlu rawatan susulan. Ubat untuk rawatan allergic rhinitis hanyalah untuk mengawal gejala anda, ia tidak boleh menghilangkan penyakit tersebut.

    Diharap anda akan beransur sembuh, Insyaallah.

    Dr Ahmad Nordin

  37. iisnain
    July 23, 2014 at 8:24 am

    Aslm wrt Dr.

    Saya mempunyai anak lelaki berumur 12 tahun yang kadang kala mengalami hidung tersumbat, bersin yang kerap dan kadang kala mengalami pendarahan di lubang hidung sebelah kiri. Pendarahan hidung ini selalunya akan berhenti selepas memicit hidung berkenaan untuk tempoh 10-20 saat.

    TQ

    • Dr Ahmad Nordin
      August 25, 2014 at 4:51 pm

      Waalaikumussalam iisnain,

      Anak anda mempunyai gejala allergic rhinitis. Ini boleh memberi gejala perdarahan hidung terutamanya kanak kanak kerana selaput hidung di tulang rawan tengah mudah menjadi nipis dan berdarah. Ia boleh dikurangkan dengan rawatan allergic rhinitis oleh doktor ENT. Ada juga doktor yang memberi ubat sapu di dalam hidung sebagai lapisan mengurangkan perdarahan.

  38. dyg
    July 30, 2014 at 12:12 am

    Tq dr…
    Slmt hari raya

    • Dr Ahmad Nordin
      August 25, 2014 at 4:52 pm

      Sama sama Dayang.

      Selamat Hari Raya 🙂

  39. lin
    July 30, 2014 at 11:54 am

    salam doc, muka,esp mata n hidung sy gatal n miang…tapi sy x selsema..x bersin…agak2 kenapa ye?
    suami sy memang ade resdung, tp boleh berjangkit ke?

    • Dr Ahmad Nordin
      August 25, 2014 at 4:57 pm

      Wasalam Lin,

      Mohon maaf kerana kelewatan menjawab soalan anda.

      Ada kemungkinan anda alah kepada persekitaran atau jenis bau/ wangian tertentu. Ada kemungkinan juga ia akan berterusan menjadi allergic rhinitis sekiranya semakin teruk, di mana anda masih dalam peringkat awal penyakit ini.

      Penyakit oni tidak berjangkit. Cuma anak anda berkemungkinan tinggi mengalaminya walaupun suami anda tiada penyakit ini.

  40. nurul ain
    August 11, 2014 at 4:17 pm

    Assalamualaikum Dr.

    Semenjak mengandung sehingga sekarang (7 bulan) saya mengalami hidung tersumbat (sebelah). apabila dihembus kadang-kadang ia mengeluarkan bau. kadang-kala saya cuba keluarkan daripada tekak sekiranya tekak saya berasa pahit dan keluarlah lendir kuning sedikit. adakah saya sudah terkena jangkitan atau ia hanya sekadar alahan mengandung.

    Terima kasih.

    • Dr Ahmad Nordin
      August 27, 2014 at 7:40 pm

      Waalaikumussalam Nurul Ain,

      Mohon maaf kerana lewat membalas.

      Ada sebahagian wanita yang mengandung akan merasa gejala / simptom hidung menjadi semakin teruk semasa mengandung. Sebahagian lagi akan merasa lega dari masalah hidung semasa mengandung.

      Kebiasaan hingus yang mengakibatkan alahan ialah jernih. Apabila ia bewarna kuning & berbau, ia menunjukkan tanda jangkitan. Tidak semestinya anda perlu antibiotik, jika ia peringkat awal, pencician dengan cecair pembersih jenis saline boleh membantu.

      Anda boleh berjumpa dengan pakar ENT untuk membuat pemeriksaan lanjut untuk mengetahui punca hidung tersumbat, terutamanya yang melibatkan hanya sebelah hidung. Semoga anda & kandungan anda sihat sehingga ke peringkat bersalin.

  41. Dr Ahmad Nordin
    August 15, 2014 at 6:48 am

    Waalaikumussalam Wanee,

    Saya baru sedar yang soalan anda belum terjawab di webpage. Soalan anda telah saya draft di dalam komputer saya pada 21 April. Mungkin ada kesilapan teknikal semasa upload. Saya memohon maaf. Berikut ialah jawapan saya:

    Ada beberapa sebab kita sukar untuk tidur malam. Antara yang kami risau ialah penyakit \’obstructive sleep apnea\’. Ia berpunca dari penyempitan salur pernafasan di mulut, hidung atau tekak. Ini menyebabkan kurang kandungan oksigen badan semasa tidur dan mengganggu tidur.

    Apabila ini berlaku, pesakit biasanya bernafas melalui mulut. Ini mengakibatkan udara untuk bernafas menjadi kering . Ini menyebabkan kedua-dua hidung dan mulut menjadi kering.

    Apabila hidung kering, ia akan menyebabkan kuping kering dan hidung berdarah seperti yang anda alami. Tekak kering menyebabkan batuk.

    Ini hanya jangkaan saya berasaskan apa yang anda nyatakan. Saya rasa anda patut berjumpa dengan pakar ENT untuk pemeriksaan lanjut.

  42. sukri
    August 18, 2014 at 9:47 am

    Salam Dr.
    Saya ingin bertanya tentang polip hidung. adakah polip tersebut boleh tumbuh kembali setelah pembedahan membuang polip dijalankan. ? Apakah polip hidung merbahaya..? dan apakah rawatan terbaik untuk merawatnya. pohon penjelasan

    • Dr Ahmad Nordin
      August 27, 2014 at 7:42 pm

      Wasalam Sukri,

      Saya meminta maaf dalam kelewatan memjawab pertanyaan anda.

      Polip hidung (nasal polyps) ada kemungkinan boleh tumbuh kembali. Ia boleh berlaku terutamanya jika seseorang itu mempunyai faktor persekitaran & dalaman yang menggalakkan pertumbuhan polip. Ia juga berlaku sekiranya tempat asal polip berasal dari rongga sinus yang dalam & sukar dicapai (difficult surgical access) semasa pembedahan polip.

      Polip bukan kanser, ia biasanya mengakibatkan sumbat hidung & hidung berhingus. Pesakit dinasihati berjumpa pakar ENT untuk mengesahkan ia polip hidung dan bukan kanser atau allergic rhinitis. Ia merbahaya jika pesakit mengalami kesukaran bernafas & tidur di mana ia secara tidak langsung boleh mengakibatkan stress kepada jantung & paru-paru dan fungsi otak jika kualiti tidur terganggu.

      Polip yang kecil biasanya dirawat dengan ubat semburan hidung jenis steroid.

      Polip yang besar perlu dibedah, biasanya secara endoskopi, iaitu melalui rongga hidung tanpa belahan kulit/ parut, biasanya dibius penuh (general anaesthesia)

      Saya bercadang untuk menulis artikel ini di masa hadapan, Insyaallah.

  43. siti aisha
    August 20, 2014 at 12:20 am

    Assalam,
    Sy mohon bantuan dr doktor. Sy sejak hampir setahun yg lalu akan melalui hari yg sama setiap pagi bersin dan sampai hari ini bersin akan jadi sepanjang hari. Hingus jernih akn meleleh setiap masa. Keadaan sgt buruk ketika solat, habis basah telekung dgn hingus dan lendir. Sesekali hingus menjadi pekat berwarna hijau dan pernah berwarna coklat gelap. Muka sy dahulu bersih, sekarang dipenuhi bintik hitam dan jerawat. Malah jerawat turut tumbuh dibelakang badan dan leher. Sy jd sukar menjalani hidup seharian. Sy demam tak kire masa walau ketika cuaca panas terik. Badan jadi keletihan sepanjang masa. Deria bau kadangkala terus hilang dan mata seakan berselaput. Sy pergi klinik, doktor beri citrizin atau desloratodine dan nasal spray. Sebelum ini ianya membantu untuk menghentikan bersin dan lendir yg keluar tetapi belakangan ini seakan tidak ada kesan langsung. Apakah yang harus saya lakukan? Berapakah kos untuk mendapatkan rawatan pakar ent swasta? ada doktor menasihati saya untuk mencuci hidung dengan saline atau air bergaram, adakah ia membantu? Boleh guna garam masakan biasa yg dicampur air suam? Saya kurang mempercayai produk2 yg banyak diiklankan dan bergantung kpd ubt sepenuhnya, apa yang perlu saya buat jika ubat2 tersebut sudah tidak berkesan? Masalah ini turut dideritai oleh suami dan ank2 saya tetapi yang paling teruk adalah saya. Mohon bantuan doktor.
    Terima kasih

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 12:17 am

      Waalaikumussalam Siti Aisha,

      Mohon maaf atas kelewatan menjawab,

      Kemungkinan besar anda menghidapi ‘rhinosinusitis’.

      Rawatan biasanya dengan ubat streroid nasal spray & antihistamin yang anda sedang gunakan.
      Anda juga patut menjalani ujian endoskopi hidung oleh pakar ENT untuk memastikan tiada abnormaliti dalam hidung anda.

      Air garam atau sodium bikarbonat dalam sukatan tertentu digunakan untuk mengurngkan kepekatan lendir dan mencuci hidung anda. Tetapi dapatkan dari farmasi atau hospital. Syabas kerana tidak terpedaya dengan produk yang diiklankan yang tiada pengesahan KKM.

      Sekiranya tiada perubahan dengan ubat dan gejala ini berterusan, doktor ENT biasanya akan meinta anda menjalani ujian CT scan bahagian sinus hidung dan mungkin akan menjalankan pembedashan beregantung dengan keputusan scan.

      Saya kurang pasti dengan kos doktor ENT di hospital swasta. Lain hospital juga mempunyai kadar bayaran yang berbeza. Sila rujuk dengan hospital tersebut sebelum berjumpa pakar.

  44. salleh
    August 28, 2014 at 3:13 pm

    Salam dr.saya telah lama menggunakan filixonase dlm 4 tahun.tapi apa yang membimbangkan saya ahli farmasi tk mengsyokan dan mengatakan ubat itu banyak kesan sampingan.Saya sangat bergantung pada ubat berkenaan,jika tdak maka bersinlah saya 24jam

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 12:22 am

      Waalaikumussalam Salleh,

      Ubat flixonase generasi baru agak kurang kesan sampingan, ada kemungkinan anda menggunakan flixonase generasi lama. Ada juga ubat semburan hidung jenis lain yang baru yang selamat digunakan untuk jangkamasa panjang dan sangat kurang kesan sampingan kerana kurang dari 1% yang diserap dalam aliran sistemik badan.

      Anda boleh menggunakan ubat antihistamin untuk mengurangkan gejala bersin dan dengan ini boleh mengurangkan dos flixonase anda

  45. Izzah
    August 29, 2014 at 9:14 pm

    Salam Dr.
    saya nak tanya berkenaan dua ubat spray ni.Mana yang tak mendatangkan kesan sampingan jangka panjang.Flixonase dan Nasonex.mana yang Dr syorkan penggunaan sepanjang hayat.

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 12:28 am

      Waaslaikumussalam Izzah,

      Kedua-duanya agak setara dari segi efikasi. Saya menggunakan kedua-dua jenis ubat ini (fluticasone furoate & Nasonex- momethasone) pada pesakit saya untuk jangkamasa yang lama. Biasanya dos akan saya kurangkan apabila gejala mereka bertambah baik.

      Saya akan memberikan ubat bergantung kepada keselesaan pesakit, kerana ada yang lebih gemar ubat yang tertentu kerana lebih mujarab dan kurang kesan rasa tajam di hidung atau pahit di tekak selepas menggunakannya.

  46. ruby
    September 2, 2014 at 6:57 am

    salam doktor,
    saya masalah dengan benda putih dan kekadang warna hitam selalu keluar dari tubuh dari atas kepala sampai ke kaki.bermacam ubat dan cara telah saya guna tapi mmg x berkesan.bermula dari saya buang resdung menggunakan rokok resdung,benda itu pon keluar sampai sekarang hampir 3 bulan.ubat arlegic pom saya dah makan dan antibiotik.pon tidak berkesan.sayaperlukan pendapat doktor.terima kasih

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 9:31 pm

      Waalaikumussalam Ruby,

      Saya memohin maaf kerana lambat menjawab.
      Saya memohon maaf sekali lagi kerana saya kurang pasti dengan gejala yang anda gambarkan kepada saya kerana ia kutrang jelas jika tidak dapat memeriksa dengan mata saya sendiri.

      Ada baiknya jika anda berjumpa dengan doktor untuk mendapat pemeriksaan penuh & merujuk ke pakar ENT tau disiplin yang sepatutnya selepas mendapat gamabaran penuh gejala anda.

  47. bella
    September 6, 2014 at 12:29 am

    salam doktor. saya mengalami gatal2 hidung sejak semalam. tiba2 harini saya terasa seperti ada sesuatu di hidung saya, terasa lubang hidung sebelah kiri macam tersumbat. saya cuba hembuskan keluar tapi masih sama. and baru time saya nk masuk tidur tadi terasa ada sesuatu ‘jatuh’ kat saluran tekak menyebabkan saya terbatuk and terkeluar lendir pekat/ketulan berdarah. saya ada snap pic tapi tak tau nk tunjuk kat dr mcmana ?btw dia berbentuk bulat(seketul macam jelly), dan berurat merah. dr rasa apa ya ? thanks in advance

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 9:35 pm

      Waalaikumussalm Bella,

      Saya memohon maaf kerana lewat menjawab.

      Anda patut beerjumpa dengan pakar ENT untuk pemeriksaan endoskopi hidung, kerana mungkin ada lagi di dalam rongga hidung anda. Ada kemungkinan ia bengkak di dalam hidung seperti polip hidung atau ketumbuhan atau cuma darah beku.

  48. faisal
    September 12, 2014 at 3:03 am

    Assalammualaikum doktor,
    Saya sering berbau busuk seperti bangkai tetapi orang lain tidak dan sering hidung tersumbat.
    Apakah masaalah saya ini dan bagaimana mengubatinya.
    Terima kasih.

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 9:39 pm

      Waalaikumussalam Faizal,

      Mohon maaf kerana lewat menjawab.

      Anda perlu menjalani ujian endoskopi hidung untuk mengetahui patologi sebenarnya. Ada kemungkinan anda mengalami atrophic rhinitis, rhinolith, sinusitis atau penyakit hidung yang lain. Sila jumpa pakar ENT untuk kepastian.

  49. irsyad
    September 15, 2014 at 12:57 am

    assalamualaikum dr,

    saya kerap batuk terutama waktu pagi. tekak ni sentiasa rasa gatal. batuk saya comes and goes..selalunye batuk x berhenti2 bile terkena asap rokok dan kalau selsema. kahak saya kadang2 warna putih jernih kadang2 warna kuning tp x pernah bercampur darah. dah mcm2 ubat batuk saya makan dan setiap kali pergi ke kelinik dr bagi saya ubat batuk,sakit tekak etc. masa saya berumur 10 tahun juga mengalami masalah yg sama bile x ray saya kena hospitalized sebab pneumonia. lps tu dah xde dah masalah batuk sehinggalah sejak 2 tahun kebelakangan ini. soalan saya,

    1) adakah mungkin jangkitan peparu saya berulang?
    2) ayah saya syorkan berbekam muka..apa pandangan dr?
    3) apa rawatan yg dr syorkan? tahap saya ni mcm mana ye?
    4) mcm mana kos rawatan…kalau pergi hospital kerajaan ade subsidi ke?

    terima kasih doktor

    • amanda
      September 19, 2014 at 4:54 pm

      Salam dr…kawan sy kdg2 sakit kepala dr kening hingga ke atas dahi…tp cume sebelah bhgn sj.dia jarang dtg sakit, tp sekali dtg mmg sakit sgt..sampai mata leh berair.hidung mcm behingus bukan jernih.tekak pula rasa mcm ade kahak..ape perlu kawan sy buat doc.adakah itu sinus?

      • Dr Ahmad Nordin
        January 27, 2015 at 9:51 pm

        Waalaikumussalam Amanda,

        Kemungkinan besar ia adalah sinusitis. Kawan anda patut berjumpa pakar ENT untuk pengesahan diagnosis.

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 9:48 pm

      Waalaikumussalam Irsyad,

      Mohon maaf kerana lewat menjawab.

      Ada kemungkinan anda mengalami 2 penyakit- allergic rhinitis & refluks laringofarinks (LPR- artikel saya ada di MMGazette)

      1. Ia mungkin boleh berulang, tetapi agak jarang berlaku berbanding dengan umur kanak-kanak

      2. sila pastikan andas tiada penyakit yang perlu rawatan dahulu. Sekiranya lebih terkawal- anda boleh berbekam, memandangkan ia juga sunah Rasulallah.

      3. anda patut mendapatkan rawatan untuk LPR & allergic rhinitis

      4. Kos rawatan di hospital kerajaan memang sudah diberi subsidi oleh kerajaan. Jika anda penjawat awam, perbelanjaan asas perubatan ialah percuma.

  50. hafizah
    September 19, 2014 at 8:07 pm

    Salam doc,

    Dr ENT sudah konfem saya ad allergic rhinitis dan sekarang saya menggunakan spray Flixonase aqueous nasal spray.

    Saya ingin tanya
    1)adakah allergic rhinitis boleh menyebabkan bahagian luar telinga sakit sbb sejak akhir2 saya kerap kn.

    2)adakah ubat spray Flixonase aqueous nasal spray ada side effect sbb sy blom menggunakan.

    3)ada side effect ke jika saya kerap ambik piriton jika saya susah bernafas dan gatal?

    Terima kasih doc.

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 12:40 am

      Walaikumssaam Hafizah,

      1. Sekiranya hidung anda tersumbat, telinga juga akan berasa tersumbat dan sakit. Tetapi sakitnya biasa di sebelah dalam & bukan di luar telinga

      2. setiap ubat ada kesan sampingan, tetapi ubat ini jarang kesan sampingan. Pesakit mungkin akan mengadu perdarahan hidung atau tidak selesa di dalam hidung & tekak setelah menggunakannya,

      3. Piriton boileh menyebabkan anda mengantuk, biasa diambil sewaktu gatal dan sumbat hidung, tetapi bukan untuk susah bernafas. Jarangkali ia akan menyebabkan masalh koordinasi, loya, muntah, kering mulut.

  51. Randall
    September 19, 2014 at 10:35 pm

    Hello Dr,
    I have a stuffy nose problem since 10 years ago, worsen by now im 23.
    I can’t stay too long under aircond, because of stuffy nose.
    One of my major problem is when the aircond/fan is close up to my face, 300% i’ll suffer with this stuffy nose especially during night time when i am about to sleep.
    My first symptom before it blocked, sneezing. It happen every morning after bath, and before sleeping(like most of the time 9/10)
    so what i do to get rid of stuffy nose? rise from the bed and drink warm water, it will eventually reduce the blockage(by luck i can sleep without my mouth open).
    Oh yeah, i also do suffer with itchy nose while sneezing and sometimes mucus do present.
    And i do have flaky skin on a certain area of my face(typically the area between my nose(ONLY THAT AREA) for several years.
    i dont experience headache or any breathing problem nor any medical condition besides what i’ve stated above.
    please clarify doctor.
    Thank you!

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 12:48 am

      Dear Randall,

      Most likely you have allergic rhinitis, but you need to see an ENT doctor to rule out other abnormalities of the nose such as deviated nasal septum which may have caused you to have the nasal blockage since a young age.

      Sometime the nose reacts to the surrounding- cold temperature by becoming more blocked, that is also possible as warm water & as the day passes your nose clears up. The dry skin area may probably be from the frequent rubbing of the affected part due to itchy nose.

  52. Sobrie
    September 21, 2014 at 12:24 pm

    Assalammualaikum wbt doc.
    Doc, saya mengalami masalah kerap kali bersin apabila merasa sejuk, hidung gatal,hidung tersumbat (berair).adakah ini Allergic rhinitis ??
    apakah saranan doc kpd saya.Terima Kasih

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 12:53 am

      Waalaikumussalam wbt Sobrie,

      Jika hanya cuaca sejuk yang menyebabkan gejala ini dan bukan sebab alahan- ia lebih dikenali sebagai ‘vasomotor rhinitis’. Tetapi kebanyakkan pakar ENT jarang menggunakan istilah ini sekarang. Walaubagaimanapun, rawatannya juga menggunakan nasal spray & antihistamin bergantung kepada tahap penyakit.

  53. ajue
    September 21, 2014 at 1:30 pm

    salam doc. sy prnah mngalami sinusitis..selsema n hingus kekuningan dan berbau spt telur busuk..bhgn pipi kening mata sakit bl di pegang.. pg 2 3 klinik.. x pg ENT.. doc tu bg antibiotik n ubat selsema sebulan.n ubat bengkak. alhamdulillah berkurang… tp tidak habis keseluruhannye.. bila sy dpt heavy flue, bau busuk hingus tu kembali.. then sy cuma mkn antibiotik n ubat sesema..then berkurang… adakah betul tindakan n rawatan sy tu??? atau sy kena pg ENT juga?? sbb bl berkurangn n xde selsema, sy dah ok n x bau busuk tu lg… ia dtg bl sy dpt heavy flue je.. tq doc.

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 10:11 pm

      Waalaikumussalam Ajue,

      Mohon maaf kerana lewat menjawab.

      Anda kemungkinan besar menghidapi rhinsinusitis yang kronik.

      Anda perlu berjumpa pakar ENT untuk pemeriksaan endoskopi. Jika betul- anda boleh mendapat rawatan ubatan seperti nasal spray & antihistamin. Tetapi jika gejala tidak terkawal- doktor ENT mungkin akan membuat ujian CT scan & mungkin dibedah bergantung kepada keputsan scan.

  54. fara
    September 21, 2014 at 3:27 pm

    Salam.dr

    Sy.disahkan menghidap allergic.rhinitis oleh dr di klinik primer kelantan dan hampir melakukan pembedahan tetapi dr beritahu sy tak perlukan pembedahan. Dr bagi ubat antibiotik, selsema dan avamys nasal spray.. selepas ubat habis hingus sy berkurang tetapi sakit di bahagian pipi dan dahi datang kembali malah makin teruk dari sebelum… bau busuk juga datang balik.. hidung kerap tersumbat jadi sy terpaksa bernafas melalui mulut.. Tetapi hidung sy hanya mengeluarkan hingus sekali sekala sahaja… nasal spray yg dr bagi seakan tidak bagi kesan lagi untuk sy.. kebelakangan ni sy juga menghidapi batuk kahak dan sakit di bahagian telinga.. sy memang menghidap eczema sejak kecil dan allergic dengan seafood dan cuaca sejuk..
    Apakah rawatan yg terbaik untuk keadaan sy ni.. mohon penjelasan dr.

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 10:16 pm

      Waalaikumussalam Fara,

      Mohon maaf kerna lambat menjawab soalan anda.

      Sewkiranya anda mengalami kesakitan di pipi dan dahi, ia telah berpindah diagnosis dari allergic rhinitis ke sinusitis.

      Rawatan dalam bentuk ubatan nasal spray & antihistamin akan dimulakan & ia akan diteruskan jika anda bertambah baik. Sekiranya anda semakin teruk- ujian CT scan akan dijalankan & anda baik menjalani pembedahan bergantung kepada keputusan scan.

  55. Boni
    October 2, 2014 at 1:09 pm

    Assalamualaikum,

    Doktor, saya ada pertanyaan berkenaan dengan deria bau saya. Saya berumur 25 tahun. Deria bau saya bermasalah sejak saya dari kecil. Seingat saya deria bau saya tidak begitu sensitif ketika berumur 12 tahun. Saya hanya boleh menghidu bau-bauan yang kuat seperti durian. Soalan saya, (i) adakah perkara ini disebabkan oleh sinusitis? (ii) bagaimana saya boleh dapatkan rawatan untuk masalah ini?

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 10:26 pm

      Waalaikumussalam Boni,

      Mohon maaf kerana lewat menjawab.

      1. Ia mungkin berpunca dari struktur hidung anda. Jika ia bermasalah atau atau sempit- ia boleh mengurangkan deria hidu. Kadangkala jangkitan atau kerosakan kepada saraf deria hidu boleh mersakkannya secara kekal.

      2. Anda perlu menjalani ujian endoskopi hidung untuk memastikan tiuada abnormaliti dalam rongga hidung. Ujain CT scan mungkin dijalankan jika perlu.

  56. Khairul
    October 11, 2014 at 10:27 pm

    Salam Doktor…adakah sinus boleh menyebabkan pusing, mata terasa berat dan kepala tidak seimbang sepanjang masa?

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 10:28 pm

      Waalaikumussalam Khairul,

      Ini lebih berpunca daripada masalah telinga dalam yang mengawal keseimbangan atau masalah dalam otak.

  57. saimahrostani@yahoo.com
    October 14, 2014 at 7:06 am

    daripada setiap penerangan yang saya baca di atas saya pasti saya menghadapi‘allergic rhinitis’ ….tq byk membantu …soalan saya apakah medication yg paling sesuai ….

    • Dr Ahmad Nordin
      January 27, 2015 at 10:33 pm

      Hi Saimahrostani,

      Saya berbesar hati anda mendapat manafaat dari artikel di atas.

      Ubat bergantung kepada tahap penyakit/ severity.

      Jika tidak teruk- ubat makan antihistamin akan diberi
      Jika teruk- ubat antihistamin & ubat steroid nasal spray akan diberi.

      Pesakit akan diberi temujanji & ubat akan diubah dos atau jenis bergantung kepada tahap gejala selepas mendapat rawatan.

  58. norzawati
    October 20, 2014 at 11:59 am

    assalamulaikum

    saya bermasalah batuk berkahak hampir dua bulan.tiap pg bangun ada lendir dalam tekak dan hidung susah nk bernafas hingga sakit dada.kerap gatal hidung dan muka.badan juga sering sakit2 seperti ingin demam.sblm ni sy penah melakukan operate di telinga kerana telinga bernanah dan membengkak.adakah penyakit sinus sy alami menyebabkan sy batuk berkahak dan sukar untuk bernafas sebab lendir di tekak?apa patut saya lakukan.?

    • Dr Ahmad Nordin
      January 28, 2015 at 7:44 pm

      Waalaikumussalam Norzawati,

      Mohon maaf kerana lewat menjawab.

      Anda mempunyai masalah allergic rhinitis kerana ada tanda sumbat & gatal hidung. Hingus anda mengalir ke belakang tekak bila anda tidur & mengakibatkan lendir berkumpul di tekak di waktu pagi.

      Anda patut berjumpa dengan doktor untuk merawat masalah hidung anda untuk mengurangkan gejala di tekak. Anda juga mungkin perlu merawat peenyakit refluks jika anda. Insyaalah ia akan sembuh.

  59. farah ahmad
    October 21, 2014 at 7:02 pm

    Slm doc..sy dh alami pnyakit sinus yg setiap kali mnyerang akan smpi dmm,dr tahap yg hiasa sehingga kronik,ent yg sy pergi hnya mmpu bg sy spray nadal n evryday brgntng pd pil like piriton.usia sya kini 24 thun dn hmpir 6 thun sy alami pnyakit ini.kini sy brgntng pd pil jmu resdung yg mmpu.yai steroid dn skrng dos ubat2tan yg sy brgntng smuanya tinggi2…sy buntu doc.sy tkut.boleh sy thu doc ada.klinik or pendpt yg boleh sy jdikn rujukan sbb sy ingin mmbuat endoacopy hidung n rawatan susualan

    • Dr Ahmad Nordin
      January 28, 2015 at 7:55 pm

      Waalaikumussalam Farah,

      Doktor ENT akan cuba memberi jenis ubat nasal spray yang lain kerana pesakit lain mempunyai kesan berbeza bagi jenis spray jenama lain. Begitu juga ubat antihistamin.

      Beliau juga boleh melakukan ujian skin prick test untuk mengenalpasti jenis alahan yang anda alami. Lain pesakit ada lain jenis alahan. jika diketahui jenis alahan tersebut- gejala anda akan kurang jika allergen tersebut dapat dikenalpasti. Dari interview dengan pesakit juga, kadangkala jenis allergen juga boleh dikenalpasti.

      Ubat steroid jenis pil/ makan/ oral tidak seuai diambil secara berterusan untuk jangkamasa lama. Anda boleh merujuk internet untuk kesan steroid jangkamasa panjang.

      Saya tidak mempunyai sebarang rujukan untuk rawaytan susulan, setiap hospital besar biasanya mempunyai pakar ENT yang boleh membuat ujian endoskopi hidung. Ujian skin prick test biasa dijalankan di makmal swasta yang tertentu.

  60. October 28, 2014 at 11:44 am

    salam doc,
    saya ada masalah selsema dan bersin yang teruk setiap hari. saya perlukan bantuan doktor untuk menyelesaikan masalah saya ini. setiap hari bangun sahaja dari tidur saya akan mula selsema dan bersin berlanjutan sepanjang hari.Saya sudah berjumpa dengan doktor tetapi ubat yg diberi hanya ubat selsema,selepas makan ubat selsema saya akan baik tetapi mungkin akan bertahan selama 1 atau 2 hari sahaja kemudian selsema akan terjadi semula. Sekarang ini untuk mengelakkan selsema setiap hari apabila bangun dari tidur saya akan minum redoxon, selsema ini akan hilang tetapi sekiranya saya tidak minum redoxon selsema dan bersin akan muncul

    • Dr Ahmad Nordin
      January 28, 2015 at 8:02 pm

      Waalaikumussalam Azlin,

      Penyakit allergic rhinitis biasanya tidak dapat disembuhkan, sepertimana penyakit asthma. Ubat yang diberi biasanya untuk mengawal gejala/ simptom sahaja. Bila ubat dihentikan- simptom itu akan muncul semula.

      Jika symptom itu berterusan, anda mungkin perlu menggunakan ubat steroid nasal spray secara berterusan & akan dikurangkan dos sehingga simptom itu terkawal.

      Jika anda tidak kisah mengambil supplement Vitamin C (Redoxon), anda boleh mengambilnya secara berterusan mengikut dos yang disyorkan selamat. Jika anda tidak gemar memakan ubat, anda boleh memakan buah yang kaya Vitamin C seperti jambu dan oren.

  61. linds
    October 29, 2014 at 12:21 pm

    Assalamualaikum doktor..
    Saya pregnant 15 minggu dan tiba tiba diserang hidung tersumbat tanpa demam…ianya sudah berlarutan.seminggu..saya alah kepada habuk.sebab sebelum ni saya sering gatal hidung dan.bersin apabila terdedah kpd habuk..namun simptom nya hanya sekejap.
    Tapi kali ini agak teruk sampai saya kehilangan.deria bau dan deria rasa..
    2 hari yg lalu saya berjumpa dng gynae saya dan beliau bagi saya piriton.dan unacyn..setakat. ini saya dah makan piriton 2 kali…dam gejala hidung tersumbat saya agak berkurangan..namun saya belum mendapat semula.deria bau saya..deria rasa ade.sedikit…hanya kalau saya merasa garam di lidah…berbanding zero sebelum ini..
    Tulang pipi sebelah kanan juga berasa sakit sedikit bila sujud atau d.tekan…
    Adakah saya dalam proses recovery?
    By the way..saya belum start makan unacyn antibiotik..

    • Dr Ahmad Nordin
      January 29, 2015 at 10:46 pm

      Waalaikumussalam Linds,

      Mohon maaf kerana lambat menjawab.

      Pada ketika itu, mungkin sinisitis anda belum di peringkat teruk- kerana tiada demam & gejalanya kurang setelah mengambil antihistamin (Piriton). Doktor anda mungkin risau ia menjadi jangkitan teruk, sebab itu beliau membei antibiotik (Unasyn).

      Anda boleh menggunakan air garam untuk mencuci hidung (dijual di beberapa farmasi) untuk mengurangkan gejala. ia selamat kerana tidak mempunyai kesan buruk kepada kandungan anda. Sila ambil antibiotik selama 10-14 hari jika gejala semakin teruk atau mula ada demam.

  62. mardianaarif@gmail.com
    November 4, 2014 at 4:52 pm

    salam doktor,

    saya mardiana, saya telah mengalami selsema, batuk yg teruk pada waktu malam serta, mengalami mata merah dan bertaik ketika bangun tido, pembengkakan pada hidung bahagian atas, pening kepala. adakah sinus saya semakin teruk? perlukah saya menjalani pembedahan ?

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 4:48 pm

      Waalaikumussalam Mardiana Arif,

      Mohon maaf atas kelewatan menjawab.

      Jika anda biasa mengalami sinusitis sebelum ini, kemungkinan ia bertambah teruk.

      Tetapi jika ia episod pertama, anda perlu menjalani pemeriksaan oleh doktor kerana ada sesetengah simptom anda bukan yang biasa ada pada pesakit sinusitis.

  63. An
    November 6, 2014 at 11:57 pm

    Salam dr,
    Saya sering mengalami sakit kepala..kdang2 terasa di dahi nyut2..mata pown semakin kabur..tambah2 klu melihat komputer xhenti lagu bertambah sakit kepala..sejak kebelakangan ni hidung asyik tersumbat ja tpi kedua2 belah lubang…hidung saya sudah lama tersumbat tapi kadang2 sebelah kiri kadang2 sebelah kanan saya bernafas..tapi sekarang kedua2 belah..

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 4:52 pm

      Waalaikumussalam An,

      Anda perlu menjalani pemeriksaan ENT untuk memastikan punca hidung anda tersumbat.

      Sakit kepala anda mungkin dari sinusitis, atas kemungkinan besar dari masalah penglihatan kerana mata anda penat memfokus kepada imej komputer. Tanda sakit kepala itu mungkin menunjukka anda perlu menggunakan cermin mata dengan kuasa yang berpatutan. Sila jumpa doktor mata atau kedai membuat cermin mata.

  64. Fiza
    November 21, 2014 at 2:42 pm

    Salam doc,

    Pertama sekali terima kasih untuk info yang berguna ini. Setelah membaca artikel doc saya merasakan masalah saya sangat tepat dengan Sinusitis. Awal tahun lalu saya menghidapi selesema sehingga menyebabkan telinga kiri saya “blocked” selama 4 minggu dan keadaan kembali normal. Baru-baru ini saya sekali lagi mendapat selesema dan sakit muka leher dahi kepala yang amat sangat serta hingus saya turut berdarah. Saya belum pernah merujuk ke mana mana ENT lagi. Adakah masah saya ini sudah ditahap kronik dan perlu kan rawatan segera?

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 4:56 pm

      Waalaikumussalam Fiza,

      Mohon maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Terimna kasih kerana membaca artikel MMG.

      Ia dikira sebagai ‘chronic sinusitis’. Anda patut berjumpa dengan pakar ENT untuk pemeriksaan endoskopi & rawatan yang sepatutnya.

  65. Nurul
    November 28, 2014 at 12:52 pm

    Assalamu’alaikum Dr.

    Saya ingin tahu pendapat Dr tentang rawatan bekam resdung.

    Terima kasih 🙂

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 5:04 pm

      Waalaikumussalam Nurul,

      Saya tidak pasti bagaimana bekam untuk resdung dilakukan. Saya cuma faham dan pernah melihat proses bekam dilakukan secara am dan bukan untuk penyakit yang spesifik.

      Pada pendapat saya sendiri- seseorang patut berjumpa dengan pakar ENT dan memastikan penyakit sinusitis disahkna dan tiada tanda penyakit kanser dikesan. Rawatan sinusitis dari doktor patut diterima oleh pesakit terlebih dahulu.

      Rawatan bekam ialah sunnah nabi s.a.w., Ia boleh diamalkan sebagai rawatan komplementari/ sokongan.

  66. Bony
    December 3, 2014 at 2:28 pm

    Selamat petang doktor
    Saya ada mengalami bengkak dalam hidung sebelah kiri
    Ada masanya benda itu akan hilang dan akan beralih ke hidung sebelah kanan
    Dan begitulah sebaliknya
    Tapi so far deria bau masih okay
    Adakah itu sinus ?

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 5:11 pm

      Selamat petang Bony,

      Mohon maaf atas kelewatan menjawab.

      Kemungkinan besar bengkak tersebut ialah ‘turbinate’ yang ada dalam ilustrasi di atas. Ia boleh kelihatan besar dan berubah saiz mengikut keadaan tertentu. Sila jumpa pakar ENT untuk kepastian.

  67. leo
    December 18, 2014 at 2:50 am

    doc.. hidung saya berbau busuk. tak selesa baunya. apakah penyakitnya ?

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 5:14 pm

      Hi Leo,

      Mohon maaf kerana lamabt menjawab.

      Ada banyak sebab hdung tersebut menjadi busuk: sinusitis, atrophic rhiinits, benda asing, ‘rhinolith’, kanser hidung, dll.

      Sila jumpa pakar ENT untuk ujian endoskopi hidung.

  68. anne
    December 22, 2014 at 6:08 am

    Salam, doktor..
    sy seorang yang mempunyai alergic terutamanya pd habuk. Tp ketika sy mengandung ni, alergic sy makin teruk sehingga kerap menyebabkn gatal-gatal di hidung, mata, telinga dan sakit di tekak. Setiap kali bangun pagi mesti bersin dan sy terpaksa kumur dengan air garam untuk hilangkan sakit tekak, namun ia hanya dapat legakan tekak sy untuk sementara waktu sahaja. Apa yang perlu sy lakukan ya doktor?

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 5:21 pm

      Waalaikumussalam Anne,

      Mohon nmaaf kerana lewat menjawab.

      Anda boleh menggunakan air garam (dalm sukatan tertentu & boleh dibeli dari farmasi tertentu) untuk mencuci hidung. Ia mengurangkan pendedahan hidung kepada debu & boleh mengurangkan simptom anda.

      Ubat antihistamin boleh digunakan, tetapi jika betul-betul perlu. Ubat antihistamin generasi baru yang kurang mengantuk seperti loratadine, cetirizine boleh digunakan. Ubat antihistamin generasi lama seperti chlopheniramine (Piriton) boleh menyebabkan anda & janin mengantuk dan mungkin mentyebabkan kurang pergerakan bayi dalam kandungan.

      Ubat nasal spray steroid tidak digalakkan untuk digunakan semasa mengandung.

  69. nur sheila
    December 31, 2014 at 8:20 pm

    asalamualaikum.. saya mengalami simton2 sinustisis, hidung berhingus bercampur darah, pening kepala yg teruk, demam dan ketumbuhan dalam hidung. adakah sy perlu menjalani pembedahan untk membuang ketumbuhan tersebut?

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 5:26 pm

      Waalaikumussalam Sheila,

      Minta maaf kerana lambat menjawab.

      Gejala sinusitis biasanya dirawat dengan ubatan terlebih dahulu. Pembedahan akan dijalankan sekiranya tiada kesan dari ubat yang digunakan.

      Saya kurang pasti mengenai jenis ketumbuhan tersebut. Doktor ENT perlu memastikan apa jenis ketumbuhan tersebut & sama ada perlu dibedah.

  70. rai
    January 6, 2015 at 10:41 pm

    Salam Doktor,
    Sy perasan yang sejak setahun lepas hidung sy seperti ade bau yg tak berapa mmbuatkan sy selesa… Sy tak tahu mcm mana nk gambarkan . bau ni lgi teruk kalau xdibersihkan. sy juga perasan yg kalau hidung sy basah mesti akan jd gatal. Tp yg memusykilkan sy ialah sy dapati spt ade kuping luka yg pd asalnya sy ingt hanyalh jerawat dlm hidung. Sudah beberapa kalu sy mengalami mslh yang sama di kawasan yg sama. Dan ‘luka’ tu sgt menyakitkan sekiranya sy tersentuh hidung sy dn lbh skit sekiranya sy cuba nk bersihkan. Buat pengetahuna doktor, sekarang mmg hari2 saya kene bersihkan hidung supaya kurang bau yg xmenyenangkan itu…blh doktor jelaskan?
    Terima kasih

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 5:40 pm

      Waalaikumussalam Rai,

      Mohon maaf kerana lambat menjawab soalan anda.

      Soalan anda hampir serupa dengan saudara Leo di atas. Ada banyak diagnosis yang memberi gejala hidung berbau busuk:antaranya ialahsinusitis, atrophic rhiinits, benda asing, ‘rhinolith’, kanser hidung, dll.

      Cucian dengan air boleh mengurangkan gejala, tetapi sila jumpa pakar ENT untuk ujian endoskopi hidung untuk pengesahan diagnosis & rawatan yang sepatutnya.

  71. mamata
    January 13, 2015 at 10:05 am

    As salam doktor
    saya ingin bertanyakan soalan

    1) Saya kerap selesama di pagi hari,boleh dikatakan setiap hari ,dan akan berhenti tengah hari @ petang. Adakah itu resdung?
    2) Kadang – kadang apabila mandi diwaktu pagi ,ketika selsema,saya akan menghembus hingus @ cecair dalam hidung, ketika itu saya perasab ada ketulan putih .Selalu berbentuk panjang, mcm ulat,tetapi bukan .bila saya hembus ,akan keluar lagi tapi kuantiti yang sedikit dan hilang, Ini berlarutan ,jika keesokkan nya saya mandi ,hembus ,keluar lagi . Adakah ini resdung?

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 5:44 pm

      Waalaikumnussalam Mamata,

      Selsema ialah satu tanda ‘allergic rhinitis’ jika lendir yang keluar itu putih. Lendir itu biasanya keputihan dalam kepekatan yang berbeza. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk kepastian.

  72. Salleh
    January 21, 2015 at 12:51 pm

    Saya telah mengalami sinus@alahan yg kronik dh 5 tahun.semua jenis ubat saya telah gunakan. nasal spray steroid banyak kesan sampingan bila guna jangka panjang.kini aku mencuba ubat ….beli kat farmasi .alhamdulillah kesanya amat baik.

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 5:48 pm

      Alhamdulilah Salleh,

      Bagus anda beransur pulih. Diharap anda telah berjumpa doktor untuk pengesahan penyakit anda. Ubat yang dibeli di farmasi adalah lebih selamat berbanding dengan yang diilankan di sesetngah media sosial dan ubat yang tidak diiktiraf KKM.

  73. Zaher
    January 25, 2015 at 9:53 am

    Assalamualaikum Dr….sy nk tny..sy ada buat rawatan berkaitan dengan mngeluarkan lendir dari rongga hidung dgn mnyedut herba…jadi sy nak tny,adakah kesan daripada mmbuang lendir tersebut boleh memudaratkan atau ada kesan lain?? Sbb selepas mmbuat rawatan tersebut,mata sbelah kiri sy selalu berair,depan telinga sy bengkak,dipertengahan antara hidung tengah sy sakit dan dagu sebelah kiri turut bengkak…mohon penjelasan dari Dr..terima kasih..(sy juga ada dinyatakan mengambil kapsul resdung)…

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 6:03 pm

      Waalaikumussalam Zaher,

      Saya kurang arif mengenai rawatan herba & kapsul resdung kerana tiada latihan spesifik dalam bidang tersebut. Ada kemungkinan anda tidak serasi dengan rawatan herba kerana timbul simptom yang anda alami tersebut.

      Saya pernah menyatakan bahawa sebahagian kapsul dan ubat yang tidak diiktiraf KKM ada mengandungi steroid dan menyebabkan kerosakan kebanyakkan organ dan sistem badan jika diambil dalam jangkamasa yang lama

  74. Aiman
    January 26, 2015 at 10:43 am

    Salam Dr,
    Berapa anggaran kos perubatan kalau melalui pembedahan. Ini sebagai rujukan masa hadapan. Terima kasih Dr.

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 6:09 pm

      Waalaikumussalam Aiman,

      Kos itu berbeza di antara hospital kerajaan & swasta. Hospital swasta juga mempunyai kadar yang berbeza di hospital yang berbeza.

      Jika di hospital kerajaan, kos untuk pembedahan sinus biasa agak murah kerana banyak subsidi kerajaan. Jawapan ini adapernah saya berikan di atas, saya akan ‘copy & paste’ di sini:

      Bergantung kepada jenis pembedahan sinus, kos pembedahan adalah sekitar RM50 untuk warganegara Malaysia yang berakomodasi kelas ketiga. Ia percuma bagi kakitangan kerajaan dan pelajar sekolah dan pelajar institusi tertentu. Ada kos tambahan seperti untuk caj harian wad, darah, dll. Sekiranya pembedahan tiada komplikasi, ia dalam lingkungan bawah RM 100. Kos adalah lebih tinggi sekiranya anda di wad kelas pertama atau kedua.

      Ada lebih baik jika anda berbincang dengan doktor di hospital anda untuk mengetahui jenis pembedahan yang akan dilakukan dan mengesahkan dengan Unit Hasil di hospital tersebut mengenai anggaran bayaran jika ia dijalankan.

  75. VJ
    January 31, 2015 at 12:56 pm

    Salam Dr,

    Setiap pagi saya mengalami masalah hidung tersumbat. Debu dan cuaca selalu buat saya seringkali menghidap selesema. Saya juga mempunyai lingkaran hitam di bawah mata sudah beberapa tahun. Adakah mengambil treatment bagi sinus boleh menyembuhkan lingkaran hitam tersebut? Bagi pengetahuan Dr, ibu saya ada masalah asthma, dan saya risau sekiranya saya juga ada kemungkinan untuk mewarisinya. Mohon pandangan dan nasihat dari Dr. Terima kasih.

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 6:17 pm

      Waalaikumussalam VJ,

      Rawatan ‘allergic rhinitis’ anda boleh mengurangkan anda mengalami gejala gatal mata & mengurangkan anda menggosok mata. Sama ada lingkaran hitam trsebut akan hilang, ia bergantung kepada berapa tebal parut yang terbentuk. Anda boleh berjumpa pakar kulit atau mata untuk masalah tersebut.

      Penyakit ‘allergic rhinitis’ ialah penyakit alahan/ atopi. Ia adalah antara 3 penyakit atopi termasuk asma & eczema. Ia mempunyai kemungkinan besar untuk diwarisi kepada anak sekiranya ibubapa mempunyai antara 3 penyakit tersebut.

  76. aril
    February 2, 2015 at 6:43 pm

    salam.. kedua2 rongga hidung sy seperti berkudis dan seperti ad kepingan air bisa y kering berwarna kekuningan.. amat sakit dan pedih jika sy menyentuh hidung sy.. dan ketika ingin mencuci muka sy sukar untuk menggosok hidung sy.. dlu pernah terjadi tapi tidak terlalu dlm seperti kali ini.. mohon pandangan dri Dr.

    • Dr Ahmad Nordin
      February 5, 2015 at 6:23 pm

      Waalaikumussalam Aril,

      Hidung anda adalah agak kering, kemungkinan dari pendedahan kepada udara kering atau penghawa dingin dalam jangkamasa lama atau jika anda kerap mengorek hidung anda. Ada kemungkinan juga anda menghidapi penyakit hidung yang lain. Ada baiknya anda berjumpa dengan doktor ENT untuk pemeriksan endoskopi.

  77. February 5, 2015 at 7:16 pm

    Salam..doc sy nk tanye.. setiap mlm sy akn mengalami selesema dan hidung tersumbat. Tp semalam hidung dan mata sy bedarah.. adakah masalah ini serious ? Mohon pandangan doc..

    • Dr Ahmad Nordin
      February 8, 2015 at 12:25 pm

      Waalaikumussalam Fatin,

      Anda perlu berjumpa pakar ENT untuk memastikan tiada penyakit serius memndangkan ada berlakunya perdarahan. Ujian endoskopi patut dijalankan.

  78. Adreana
    February 6, 2015 at 12:51 pm

    Salam Dr.apa pandangan Dr tentang ubat Nuvalectranal ia selamat penggunaannya?.dan lagi satu apakah penyakit alahan tk boleh disembuhkan cuma mengawalnya saja,walaupun membuat pembedahan ia akan kembali juga.mohon penjelasan Dr.trima kasih

  79. DR Ahmad Nordin
    February 8, 2015 at 12:23 pm

    Waalaikumussalam Adrena,

    Saya kurang pasti mengenai ubat ini. Saya cuma menjumpai 1 publikasi perubatan & ini kesimpulannya:

    The study revealed a significant number of positive signals indicating the therapeutic effectiveness of the herbal and mineral complex (HMC) in patients with easonal allergic rhinitis (SAR) which should be further tested in larger, multicentre trials with more patients

    Maknanya- ia masih belum dikaji sepenuhnya & perlu lebih kajian lagi untuk memastikan keberkesanan & tiada kesan sampingan. Pada ketika ini, ia masih belum dapat disyorkan sepenuhnya oleh saya.

    Rawatannya sama seperti asthma, ia jarang boleh disembuhkan. Pembedahan setakat ini cuma boleh mengurangkan sumbat hidung bagi allergic rhinitis, dan mungkin kembali selepas beberapa tahun.

  80. leeya
    February 10, 2015 at 2:58 pm

    Hai doc. Sye ada mengalami kegatalan truk di seluruh muka. Sye telah bertemu dgn dokter dan dokter mengklasifikasikan sbagai alahan pd makanan. dan kemudiannye sye mengalami selesma hampir sebulan. Skrg ini hidung sye pula keluar air. Apakah sebabnya??? Dan adakah ianya peringkat awal resdung??

    • Dr Ahmad Nordin
      March 5, 2015 at 7:11 pm

      Hi Leeya,

      Setiap orang mempunyai alahan yang berbeza kepada makanan yang berbeza. Jika gejala gatal & selsema teruk selepas makanan tertentu- ada kemungkinan doktor anda betul bila menyatakan anda alah kepada makanan.

      Ia mungkin ntanda anda menghidapi penyakit allergic rhinitis.

  81. nora
    February 12, 2015 at 12:53 am

    Salam doc…saya mempunyai seorg anak lelaki yg brumur 5 tahun, sjak 2 tahun lpas d mgalami selsema yg teruk, hampir stiap hari dia selsema, klu xda pun mungkin hanya 5hari dlm sbulan.ianya jd makin teruk jika dia ada makan choclat…setiap pg dia akan bersin2 dgn hidung yg berair lg.sjak kbelakangan ini dia serik berkahak seperti hndak mgeluarkan kahak dwaktu tidur atau bila2 mas saja, bila saya tanya knape dia buat bgitu dia akan ckap yg tekaknya gatal, seperti ada bnda, sayasdah keklinik namun stlah ambil ubat selsema dan ubat alergic ia hanya akan stop smingu dan berulang kembali selsemanya itu..aperkah ubat yg perlu supaya pyakit itu reda.trima kasih doc.

    • Dr Ahmad Nordin
      March 6, 2015 at 5:52 am

      Waalaikumussalam Nora,

      Kemungkinan besar anak anda alah kepada coklat. Anda juga boleh membuat diari makanan & mencatatkan segala makanan yang diambil & catakan juga bila gejala alahan itu timbul. Ini boleh mengesan makanan lain selain coklat yang boleh menjadi alahan.

      Hingus dari hidung akan mengalir ke tekak (post nasal drip) dan pekat terutamnya pada waktu malam. Ini mengakibatkan simptom yang ada pada tekak anak anda menjadi teruk.

      Sekiranya ubat selsema tidak berkesan, ubat semburan hidung mungkin akan diberi. Sila jumpa pakar ENT untuk pemeriksaan dahulu. Perlu diingatkan alahan tersebut perlu diberi ubat untuk jangkamasa lama kerana penyakit allergic rhinitis ialah penyakit kronik.

      Semoga sembuh, insyaallah.

  82. Bazli
    February 12, 2015 at 12:31 pm

    Salam Dr. Baru-baru ni saya rasa seperti tekanan di hidung terutama ketika sujud. Saya dapati juga kahak dan hingus juga berwarna hijau dan hingus sedikit berdarah. Sebelum ni saya ada pergi ke klinik disebabkan sakit tekak dan doktor memberitahu tonsil saya membengkak. Adakah ia berkaitan?

    • Dr Ahmad Nordin
      March 6, 2015 at 6:53 pm

      Waalaikumussalam Bazil,

      Hidung dan tekak biasanya berkaitan. Biasanya penyakit di hidung yang menyebabkan rembesan hingus akan mengalir ke tekak dan mengakibatkan jangkitan di tekak & pembesaran tonsil. Ada kemungkinan masalah hidung itu sudah ada sebelum masalah tekak tetapi belum tahap serius.

  83. Adreana
    February 12, 2015 at 12:48 pm

    Terima atas artikel Dr tulis yang banyak membantu pesakit(SAR).disini saya nk minta pandangan Dr.boleh tk ubat antihistamin dimakan setiap hari atau jangka masa panjang.dan boleh Dr senaraikan ubat rhinitis allergic yang kami boleh dapati dekat farmasi yang selamat digunakan sepanjang hayat tanpa kesan sampingan.

    • Dr Ahmad Nordin
      March 6, 2015 at 7:24 pm

      Hi Adreana,

      Setiap ubat biasanya ada kesan sampingan. Ubat antihistamin generasi lama yang ada kesan sedatif boleh menyebabkan masalah kuat mengantuk, pening, mulut kering, masalah membuang air kecil, dan beberapa kesan yang lain.

      Ubat antihistamin generasi baru kurang kesan sedatif dan biasanya boleh diambil untuk jangkamasa lama. Kesan sampingan agak jarang berlaku iaitu kerosakan hati akut (acute liver failure)

      Sebaiknya ubat diambil atas preskipsi doktor dan diambil di klinik doktor atau dibeli di farmasi dengan arahan doktor.

  84. Watie
    February 16, 2015 at 12:47 pm

    Salam Dr. Saya kerap bersin pada waktu pagi. Tapi pagi ni hingus keluar bersama darah dan darah tu berbau busuk. Adakah itu gejala biasa dialami oleh pesakit resdung ? Dan apa tindakan yg perlu saya lakukan ?

    • Dr Ahmad Nordin
      March 6, 2015 at 7:27 pm

      Waalaikumussalam Watie,

      Anda kemungkinana menghidapi sinusitis yang kronik dengan sedikit gejala allergic rhinitis. Sila rujuk artikel untuk penjalasan semula jika perlu. Anda patut berkjumpa pakar ENT untuk pemeriksaan endoskopi.

  85. February 19, 2015 at 2:03 am

    assalamualaikum doc. saya mengalami hidung tersumbat tetapi keluar cairan hingus putih. dan bila hidung tidak tersumbat hingus saya berwarna hijau pekat kadang2 hijau/kuning cair apabila saya keluarkan/hembus hingus saya, mata saya sakit (seperti orang yang lemas termasuk air dalam hidung) kadang2 gigi atas saya sakit jika saya hembus hidung saya, kadang2 juga keluar darah bersama hingus. saya juga mengalami sukar mencium deria bau dan berdengkur yang teruk kerna pernafasan saya hanya dari mulut baru2 ni saya mengalami sakit tekak pertanyaan saya doc apakah penyakit yang saya hidapi ini doc? dan ada cara kah untuk menyembuhkannya? saya menghidapi sakit sudah setahun lebih doctor hanya memberi saya ubat \’Diphenhydramine & NH4CI & Na Citrate dan ubat Paracetamol (Acetaminophen) dan ia tetap tidak memberi kesan kepada saya. macam mana tu doc?

    • Dr Ahmad Nordin
      March 7, 2015 at 1:25 pm

      Waalaikumussalam Barunai,

      Kemungkinan besar anda menghidapi sinusitis, kerana ada gejala: hingus hijau, gigi sakit. Hingus yang mengalir ke tekak mengakibatkan sakit tekak. Anda perlu berjumpa pakar ENT untuk memastikan tiada ketumbuhan di hidung kerana ada perdarahan dan sumbat hidung. Ubat yang anda gunakan agak kurang berkesan untuk menangani penyakit sinusitis.

  86. Syariff
    February 21, 2015 at 6:21 pm

    Salam Dr.saya ada pertayaan.Saya mengalami allergic rhinitis yang agak teruk,tiap bagun pagi pasti bersin.sekarang saya bergantung pada antihistamine jenis ceterizine.antihistamin amat berkesan pada saya.persoalannya boleh tak saya bergantung ubat itu dan menggunakan jangka masa panjang.Dan ada tak antihistamin lain dan selamat jangka panjang penggunaanya.

    • Dr Ahmad Nordin
      March 7, 2015 at 1:30 pm

      Waalaikumussalam Syariff,

      Setiap ubat biasanya ada kesan sampingan. Ubat antihistamin generasi baru yang kurang kesan sedatif (contohnya cetirizine) biasanya boleh diambil untuk jangkamasa lama. Kesan sampingan agak jarang berlaku iaitu kerosakan hati akut (acute liver failure). sebaiknya, ia dikawal juga dengan ubat semburan hidung untuk mengurangkan anda bergantung dengan antihistamin.

  87. hamzah
    February 27, 2015 at 12:56 pm

    assalam Dr.
    saya menpunyai masalah sakit berdenyut d hidung,sekitar mata,pipi,sakit kepla hingga ke belakang laher..tapi hidung saya hanya tersumbat tiada berair,bersih dan darah….penyakit apa ni Dr?

    • Dr Ahmad Nordin
      March 24, 2015 at 8:29 am

      Waalaikumussalam Hamzah,

      Ada kebarangkalian anda menghidapi penyakit sinusitis. Anda perlu berjumpa dengan pakar ENT untuk pemeriksaan endoskopi hidung untuk pengesahan.

  88. Hasniza
    February 28, 2015 at 5:07 am

    Salam Dr.. TQ 4 sharing a very informative article. Bbrp tahun lps, saya telah berjumpa pakar ENT kerana mgalami tonsilitis secara berterusan. Semasa pakar memeriksa saya, dia juga membuat endoscopy ke dlm hidung saya n mgesahkan adanya polip. Pakar tersebut ingin membuat surgery membuang tonsil yg bengkak n at the same time, ingin membuang polip tsbt. Ianya membuatkan saya takut n tdk lg meneruskan temujanji. Skrg saya telah mgalami batuk n selsema hampir sebulan diikuti dgn demam skali skala. Doc mgesahkan sinusitis saya agak kronik krn mukus yg keluar sdh berwarna hijau. Soalan saya, adakah perlu saya membuang polip di dlm hidung dan apakah kesan jangka panjang jika tidak membuangnya? Saya hanya mgalami hidung tersumbat jika saya selsema.

    • Dr Ahmad Nordin
      March 24, 2015 at 8:40 am

      Waalaikumussalm Hasniza,

      Polip hidung menyempitkan ruang hidung dan memberi gejala seperti sumbat hidung, hidung berair. Jika terlalu besar, anda tidak boleh bernafas melalui hidung dan anda mengalami kesukaran bernafas, mulut & tekak kering, suara sengau, sakit tonsil akan bertambah teruk dalam kes anda.

      Anda boleh berbincang dengan pakar sama ada boleh melakukan pembedahan beperingkat- iaitu pembedahan polip dahulu & tonsil kemudian jika anda risau anda tidak boleh menahan kesan pembedahan 2 tempat sekali. Cuma anda perlu berulang kembali ke dewan bedah 2 kali untuk 2 pembedahan.

  89. ain
    March 3, 2015 at 1:17 am

    Assalamualaikum dr.sy mngalami gatal hidung dan mata,hidung dan tekak berair jernih sbulan lbh.gatal mata yg teramat.mnybabkn sy gosok smpai sakit.keadaan ni berlaku pd waktu pg slps bgn tidur.bl tghri smkin bkurang n petang akn hilang.kmbali gatal pg keesokan hari.harini sy ada g klinik biasa.dr ckp sy sinusitis.tp bdasarkn artikel dr di atad mgkin sy ketegori allergy rhinitis.sy dberi ubat prednisolone sbyk 20biji.1bji 3x sehari smpai habis.sy brestfeeding ank 8 bln.ada efek x pd baby sy nnt?klu sintom ni dh hilang blh x sy x habiskn ubat yg dberi?1 hari sy mkn pil ni gatal2 pd mata hidung dan cecair jernih dh xde lg. sbb sy bmbang ubat ini mngandungi steroid.tq dr.

  90. nadiah
    March 10, 2015 at 10:43 pm

    Assalammualaikum Dr.Saya mengalami masalah kehilangan deria bau dan gejala bersin yang teruk sekitar jam 3 hingga ke 4 pagi. Saya juga sering sakit kepala dan kadangkala demam. Setelah tidak tahan lagi dengan penderitaan yg di alami dan setelah mencuba pengambilan antibiotik serta ubat tidak berkesan, saya telah menjalani minor surgery pda Jun 2014. Tulang hidung saya juga dibuang selain rongga hidung diluaskan. Kini telah hampir 9bln, deria bau saya kembali mempunyai masalah dan saya kembali bersin serta hidung saya kerap di naiki ketulan kecil di bahagian dlm hidung seperti jerawat tetapi akan hilang dan kembali mengikut bulan2 tertentu.. hidung saya menjadi kerap tersumbat dan kadangkala terasa seperti bengkak di dalam hidung (jadi selalu tetapi sembuh selepas beberapa hari) dan seluruh muka gatal. Mohon pendapat dari Dr mengapa masalah ini terjadi dan apakah langkah atau cara terbaik untuk saya kembali pulih? Adakah saya berpeluang untuk mendapat kembali deria bau seperti dulu?

  91. fatin
    March 31, 2015 at 7:48 am

    assalamualaikum Dr.

    Saya mengalami hidung tersumbat tetapi saya tidak selesema ataupun hidung berair. Tetapi saya berasa seperti mempunyai kahak di antara hujung tekak dan hidung, apabila saya cuba untuk mengeluarkan kahak itu tidak pula terkeluar, sampai kekadang rasa seperti sukar untuk bernafas. Baru-baru ini saya ada pergi ke sebuah klinik swasta, dan Dr mengatakan dlm hidung saya seperti ada benjolan, dia memberi saya crystal method untuk di letak dlm air panas dan di hidu asapnya, tetapi apabila saya hidu tidak juga bekesan tetap juga merasa kahak itu masih ada..soalan saya, adakah ianya sinus dan merbahaya Dr? dan perlukah saya membuat pemeriksaan di hospital pula?

  92. Ad
    June 4, 2015 at 1:37 am

    Dr,

    saya ada masalah bau mulut. dah banyak kali bt pemeriksaan tp doc ckp gg sy xde masalah.. adakah resdung salah 1 faktor penyebab bau mulut? adakan dgn mmbuat pemeriksan ENT dpt menyelesaikan masalah saya? harap doc dpt membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box