Pernahkah jari anda tiba-tiba menjadi ‘jammed’ atau tidak boleh diluruskan semula setelah anda membuat genggaman?
Anda mungkin mempunyai masalah yang dikenali sebagai ‘Trigger Finger’. Ia seolah-olah jari anda bersedia untuk memetik picu senapang atau pistol bukan? Biasanya pesakit boleh membengkokkan jari mereka ketika menggenggam tangan, namun apabila mereka membuka genggaman, jari yang bermasalah ini ‘jammed’ atau tersekat dan gagal diluruskan.
Punca masalah ini terjadi masih belum diketahui sepenuhnya. Namun, kajian menunjukkan proses keradangan (inflammation) pada lapisan luar urat jari atau tendon (flexor tendon pulley) yang menyebabkan ia menebal dan seterusnya menyempitkan laluan tendon tersebut ketika berlaku pergerakan.
Masalah ini lebih kerap berlaku di kalangan pesakit wanita yang berusia antara 40 hingga 60 tahun. Pesakit kencing manis turut mempunyai risiko yang lebih tinggi bagi mendapat masalah ini. Saya juga kerap mendengar rintihan permasalahan di atas berlaku pada pesakit-pesakit yang pekerjaan mereka melibatkan penggunaan tangan yang kerap seperti menjahit dan menaip. Ia biasanya berlaku pada tangan dominan mereka.
Pesakit biasanya datang dengan rasa sakit pada bahagian hujung tapak tangan. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, masalah ini akan berlarutan sehingga menyebabkan jari menjadi ‘lekat’ atau ‘jammed’. Pada peringkat awal, pesakit mungkin masih boleh meluruskan jari tersebut dengan menggunakan tangan beliau yang sebelah lagi, namun pada peringkat yang teruk, jari ini tidak akan dapat diluruskan langsung.
Rawatan bagi ‘Trigger Finger’ bergantung kepada keadaan pesakit ketika mendapatkan rawatan. Sekiranya pesakit datang awal, ia boleh dirawat secara konservatif, iaitu tanpa pembedahan dan hanya memadai dengan rawatan fisioterapi dan ubat anti-radang. Suntikan steroid kadang-kala berguna bagi merawat pesakit yang gagal dirawat dengan fisioterapi.
Sekiranya jari pesakit telah pun ‘jammed’ dan tidak dapat diluruskan, maka pembedahan perlu dilakukan. Setelah ubat bius setempat diberikan, satu torehan kecil sepanjang 1sm akan dibuat pada tapak tangan pesakit bagi memotong ‘A1 pulley’ (rujuk gambar) yang sempit. Dengan cara ini, tendon akan kembali bebas berfungsi.
Sekiranya anda mempunyai masalah ini, sila dapatkan rawatan segera di hospital berhampiran.
Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.
Rujukan:
- Postgraduate Orthopaedics, Pau A. Banaszkiewicz. Cambridge University Press 2009, P335-6
- http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=a00024
- Treatment of trigger finger: randomized clinical trial comparing the methods of corticosteroid injection, percutaneous release and open surgery. Edson S. Sato1, João B. Gomes dos Santos1, João C. Belloti1, Walter M. Albertoni1and Flavio Faloppa1. Oxford Journals of Rheumatology, Volume 51, Issue 1, Pp. 93-99. http://rheumatology.oxfordjournals.org/content/51/1/93
[Artikel ini kepunyaan The Malaysian Medical Gazette. Sebarang pencentakan semula (samada di atas talian atau di luar talian) tanpa keizinan bertulis daripada pihak The Malaysian Medical Gazette tidak dibenarkan.]
Assalamualaikum, doktor, saya ingin bertanya, ibu saya kadang2 mengadu jari kakinya pandai tertarik ke bawah dengan sendirinya. Pernah saya lihat sendiri, ibu saya tunjukkan jari kakinya tertarik senget kebawah, dan cepat2 saya betulkannya. Masa tu ibu dalam keadaan relax, kami menonton tv. Ibu saya cakap, ia berlaku secara tiba2.
Adakah masalah trigger finger ini sama dengan masalah ibu saya ? Adakah ia berbahaya ? Apakah sebabnya dan bagaimana ia boleh berlaku ? Saya harap doktor boleh menerangkan dengan lebih lanjut lagi.. Terima kasih doktor 🙂
Hannah,
Terima kasih kerana bertanya. Berdasarkan cerita Puan tadi, saya tidak fikir itu ialah Trigger finger. Trigger finger hanya berlaku di jari tangan sahaja.
Pada pandangan saya, ia kedengaran lebih kepada masalah cramp. Adakah ibu saudari merasa sakit semasa ia berlaku? Saya berpendapat elok ibu saudari perlu mendapatkan pemeriksaan doktor bg mendapatkan diagnosis yg tepat. Saya rasa ibu saudari juga perlu menjalani pemeriksaan darah. Tidak mudah memberi diagnosis berdasarkan penceritaan semata-mata. Terima kasih.
Salam dokter…
Sy ingin bertanya.. kadang kala bila sy mngankat benda berat atau selepas mnyapu rumah jari2 sy jdi bengkok seakan2 cramp.. adakah itu salah satu tanda trigger finger.. terima kasih
Salam doktor..
Saya mngalami masalah utk menegakkan Ibu jari tgn saya ke bahagian luar.. Bila saya cuba menolaknya ke bahagian luar,ia terasa sakit dan ketegangan berlaku. Masalah ini mbataskan pergerakan saya seperti menyapu,menulis dan mengangkat benda berat.. Adakah ini salah satu tanda trigger finger?
Terima kasih
Assalam dr, tangan saya sentiasa kebas dan crammed terutama ketika memegang baranf, menulis dsb. Adakah ini juga trigger finger? Apakah rawatan yg sesuai?
Terima kasih….
Assalam Dr.,
Tangan saya menghadapi trigger finger sejak lbh kurang 3 bln yg lalu. Di sebabkan terlalu bz sakit ini berlarutan mula-mula tu cuma bengkok2 jer tp blh di luruskan semula tp lama kelamaan langsung jemmed. Tak blh nk bengkok dan 100% tak blh menggengam tangan langsung. sya kena triger finger ini di bahagian jari tengah. skrang ni sdg buat fisio. tp lama sgt proses nya. untuk info dr jgk sya ada kencing manis sejak 2010 tp dlm keadaan terkawal dan sya mkn ubat 2 biji sehari pagi & mlm. HBa1c sya 6.2. So apa nasihat dr jika sya nk teruskan dengan membuat operation ape risiko nya.
Salam doktor. Saya selalu mengalami kebas atau rasa ‘semut’ di tangan. Terutama jika saya menulis terlalu lama. Adakah jika keadaan ini berlarutan akan menyebabkan trigger fingger? Bgaimana cara nak mengatasi masalah ini.