Berak Berdarah: Apa Harus Saya Lakukan? – Dr Ruhi Fadzlyana

Berak berdarah adalah buasir?

Masyarakat adakala malu atau segan untuk membincangkan topik yang berkaitan dengan najis. Bagi sesetengah golongan isu ini adalah rahsia dan tidak patut dikongsikan bersama. Malah ada yang menyimpan ‘rahsia’ kejanggalan najis mereka sehingga ianya mendatangkan kesan yang mudarat kepada diri mereka sendiri. Ada juga pesakit yang sering membeli ubat di farmasi dengan mempunyai persepsi berak berdarah adalah hanya buasir dan itu adalah normal. Malangnya persepsi pesakit sering salah, pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah disarankan bagi mengelakkan komplikasi. Satu kajian populasi yang dilakukan di Australia menunjukkan 47% pesakit merasakan berak berdarah itu tidak perlu dirisaukan. Malahan 37% populasi kajian tidak pernah melihat warna najis sendiri dan 43% membuat rawatan sendiri sebelum mendapatkan nasihat doktor.

Saya temui darah dalam najis saya. Mengapa?

Ada banyak sebab mengapa berlaku pendarahan di dalam najis. Apa yang para doktor akan lakukan ialah bermula dari mengambil sejarah terperinci berkenaan dengan cara pembuangan najis pesakit.

  1. Buasir (haemorrhoid) – secara amnya buasir disebabkan oleh luka yang berlaku dari pembuluh darah yang menjadi kusyen bagi di bahagian anus (lubang dubur). Pendarahan sering berlaku bagi pesakit yang mempunyai sejarah sembelit atau kesukaran untuk membuang najis. Darah dari buasir selalunya adalah darah merah yang segar (fresh) beserta dengan menitis-nitis sesudah selesai pembuangan najis. Darah tidak akan bercampur dengan najis. Kadang kala pesakit dapat merasakan kehadiran benjolan-benjolan (bengkak) licin di lubang dubur. Pesakit kadang kala merasakan kegatalan dan sakit di kawasan dubur.
  2. Divertikulum – Ini adalah poket-poket kecil yang terdapat marata-rata di usus besar. Pendarahan yang berlaku selalunya darah yang segar kadang kala berketul seperti pendarahan haid di kalangan wanita. Pesakit akan mengatakan bahawa mereka ke tandas untuk membuang air besar tetapi yang keluar adalah darah segar, tiada najis. Kadangkala pesakit akan mengadu selalu sembelit untuk ke tandas.
  3. Kanser – Kanser usus adalah kanser yang ketiga tertinggi dikalangan pesakit di Malaysia. Tanda- tanda awal ialah berak berdarah yang tidak mendatangkan sebarang kesakitan sewaktu membuang najis. Darah akan bercampur dengan najis. Pesakit kadangkala ada pertukaran dari segi tabiat membuang air besar – sembelit berpanjangan, cirit beserta darah, sering ke tandas untuk membuang air besar tapi tiada (tenesmus).
  4. Luka di anus (anal fissure) – Pesakit yang mempunya masalah sembelit boleh mendapat luka dibahagian anus. Sering kali darah daripada luka ini adalah darah merah segar beserta dengan sakit di anus dan selalunya pendarahan akan berhenti sendiri. Pesakit selalunya mengenalpasti pendarahan ini apabila membersihkan dubur dengan tisu di akhir pembuangan najis.
  5. Polip – ini adalah ketumbuhan “daging” yang boleh terdapat di sepanjang usus. Pendarahan yang berlaku bergantung kepada lokasi polip. Semakin dekat dengan dubur, semakin merah segar pendarahan yang berlaku. Sesetengah polip adalah ketumbuhan yang berpotensi untuk menjadi kanser (bergantung kepada ujian biopsi)
  6. Angiodisplasia – adalah pembuluh darah kecil yang tidak normal boleh terdapat di seluruh kawasan usus. Pembuluh darah ini boleh luka dan menyebabkan berak berdarah. Variasi jenis pendarahan dari merah segar ke kehitaman bergantung kepada lokasi pembuluh darah ini.
  7. Keradangan usus (proctitis / colitis) – secara amnya keradangan boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman. Pesakit akan mengadu cirit bercampur dengan darah atau najis yang lembut diselaputi darah.
  8. Ubat – beberapa jenis ubat boleh menyebabkan pendarahan seperti ubat pencair darah – warfarin dan aspirin.
Source: http://colorectalsurgeonssydney.com.au

Sumber: http://colorectalsurgeonssydney.com.au

Apa yang akan doktor lakukan selepas itu?

Sesudah mengambil sejarah terperinci berkenaan dengan masalah pesakit, doktor akan melakukan pemeriksaan di dalam klinik.

  1. Abdomen – Para doktor akan memeriksa abdomen (perut pesakit) untuk merasakan sebarang ketumbuhan atau benjolan/bengkakan.
  2. Pemeriksaan dubur – Doktor akan memeriksa sekitar kawasan dubur untuk melihat sebarang ketumbuhan (buasir – haemorrhoid, kanser), luka (anal fissure). Kemudian doktor akan memasukkan jari ke dalam lubang dubur untuk merasa sebarang ketumbuhan (terhad kepada 7cm pertama dari bibir anus) dan selesai pemeriksaan doktor akan melihat warna najis yang melekat pada sarung tangan. Ini akan memberi petunjuk kepada doktor untuk membuat diagnosis.
  3. Proktoskopi – Satu alat dalam lingkungan 2cm diameter untuk melihat dalam lubang dubur – terhad kepada 8cm dari bibir anus. Gel akan diletakkan di alat ini bagi mengelakkan kesakitan kepada pesakit.
Source: http://www.steinergraphics.com

Sumber: http://www.steinergraphics.com

Adakah pemeriksaan di klinik memadai atau saya perlu ujian lanjut?

Jika berpandukan kepada sejarah yang diberikan pesakit dan pemeriksaan yang dijalankan, doktor dapat mengenal pasti punca berak berdarah sama ada buasir atau luka (fissure), rawatan boleh diberikan serta merta. Walau bagaimanapun jika masalah berulang atau anda adalah dikalangan pesakit yang berisiko tinggi mempunyai kanser terutamanya atau pendarahan yang tidak dapat dikenal pasti puncanya, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar bedah.

Rawatan lanjut yang membolehkan doktor pakar melihat kedalam usus besar pesakit adalah endoskopi – colonoskopi atau sigmoidoskopi. Ini adalah satu alat berbentuk tiub dalam diameter 1.5 cm yang mempunyai kamera dihujung tiub bagi membolehkan doktor pakar melihat ke dalam usus besar. Ujian ini membolehkan punca pendarahan dikenal pasti sehingga ke tahap terminal ileum (sambungan usus besar ke usus kecil) untuk colonoskopi dan ke tahap sigmoid bagi sigmoidoskopi. Rawatan susulan adalah bergantung kepada laporan colonoskopi atau sigmoidoskopi.

Selain daripada ujian endoskopi, darah pesakit juga akan diperiksa untuk membantu rawatan susulan dalam mendapatkan diagnosis.

Sumber: http://greatlakesgastroenterology.com

Sumber: http://greatlakesgastroenterology.com

Saya temui darah ketika membuang air besar. Apa perlu saya lakukan?

Anda boleh temui doktor keluarga anda yang berdekatan jika pendarahan itu adalah sedikit. Doktor akan memeriksa anda sepertimana yang dinyatakan di atas. Bergantung kepada diagnosis yang telah dibuat oleh doktor, akan menentukan sama ada anda memerlukan rawatan pakar atau rujukan ke hospital berdekatan. Tetapi jika pendarahan yang berlaku adalah banyak sehingga menyebabkan anda merasa pening, keletihan atau anda mempunyai tanda-tanda lain yang mencurigakan seperti kesusahan membuang air besar berlarutan, cirit birit berpanjangan anda dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dr. Ruhi Fadzlyana adalah seorang pakar bedah yang sedang bekerja di sebuah hospital di Kuala Lumpur. 

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

 

Rujukan:

147 comments for “Berak Berdarah: Apa Harus Saya Lakukan? – Dr Ruhi Fadzlyana

  1. airish
    February 11, 2014 at 5:56 pm

    salam dr.sy mengalami masalah anal fissure akibat buasir slps melahirkan ank..hampir satu tahun.buasir sudah pulih.pernah berjumpa dr tetapi smp sekarang luka masih blm pulih..lukanya lebih kurg besar biji tembikai.sekarang sy bergantung pada supliment untuk kurgkn sembelit. apakah yang perlu sy lakukn? adakah sy perlukan pembedahan? apakah ubat yg boleh dr cdgkn pd sy.terima kasih.

  2. Dr Ruhi
    February 12, 2014 at 1:19 pm

    Salam airish. Penyakit anal fissure akan wujud jika pesakit mempunyai masalah sembelit. Namun demikian masalah sembelit harus dikenalpasti puncanya terlebih dahulu kerana tidak semua masalah sembelit adalah disebabkan oleh masalah pemakanan. Boleh rujuk artikel dibawah untuk masalah sembelit :https://www.mmgazette.com/the-serious-side-of-constipation-dr-lam-yeaw-fah/Tidak semua penyakit anal fissure memerlukan pembedahan. Saya mencadangkan agar Airish dapat merujuk kepada doktor pakar pembedahan atau pakar kolorektal surgeri untuk pemeriksaan lebih lanjut. Agar punca anal fissure dapat dikenalpasti dan rawatan dapat diberikan.

  3. Dr Ruhi
    February 12, 2014 at 1:21 pm
    • ira
      August 30, 2014 at 8:33 pm

      Hai dr..sy ira..saya nak tanya dr sy mengalami pendarahan apabila membuang air besar berserta darah dan sakit..tapi saya dah mengalami lama sampai sekarang pe y perlu sy lakukan?

  4. nurul
    February 27, 2014 at 3:28 pm

    Salam dr…saya kadang2 mengalami pembuangan najis beserta darah yang menitis…darah yang,menitis,berwarna merah segar..ia kadang-kadang berdarah dan kadang-Kadang tidak..adakah ini tanda2 awal kanser usus,,?

    • Dr Ruhi
      February 28, 2014 at 7:32 pm

      Salam nurul

      Berak berdarah bewarna merah segar menunjukkan pendarahan datang dari bahagian anus atau rectum (bahagian yang paling dekat dengan lubang dubur). Antara sebab pendarahan ini adalah buasir, ‘anal fissure’, kanser rectum atau kanser anus. Adalah sukar untuk saya menyatakan sama ada nurul mempunyai tanda-tanda awal kanser hanya berpandukan kepada maklumat yang diberi. Adalah dinasihatkan agar nurul mendapatkan pemeriksaan lanjut dari pihak doktor untuk mengenalpasti punca pendarahan ini.

  5. iena
    March 28, 2014 at 10:26 pm

    Salam doktor.selepas saya bersalin, apabila buang air besar, pasti rasa sakit dan akan ada darah segar menitis bersama.dan sejak dulu saya mmg sukar untuk buang air besar..kadang kala 3,4 hari, hanya sekali.tapi saya xada mengalami sebarang sakit perut.cuma selepas bersalin, saya terpaksa tolak balik rektum(saya agak) masuk semula ke dalam.blh doktor bantu saya?terima kasih.

  6. amir
    March 31, 2014 at 1:37 am

    Doktor,sy selalu berak berdarah nie.selalu najis saya keras.selalunya selepas najis sy keluar,akan ada darah segar menitis.saya selalu mengenakan air pada anus saya.sy selalu membersihkan kawasan anus sy dengan menggunakan jari.lepas sy pergi membuang najis,sy akan rasa hendak buang lagi.tapi yang keluar lendir.dan lendir tu kadangkala ada darah yang tak segar.apa kah penyakit sy ini doktor.kebelakangan ini sy jarang makan,badan sy kurus sebelum nie.sekarang ada susut sikit.ada kah ni disebabkan faktor pemakanan sy?

    • Dr Ruhi
      April 1, 2014 at 7:11 pm

      Salam Amir

      Masalah buang air besar beserta dengan darah serta lendir dan susut berat badan bukan semuanya disebabkan oleh faktor pemakanan. Sebarang tanda-tanda perubahan dari segi pembuangan air besar beserta dengan turun berat badan harus menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar. Saya menasihatkan agar Amir mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor pakar supaya rawantan susulan dapat diberikan,

  7. lia
    April 1, 2014 at 10:59 am

    dr, baru baru ni saya dapati ada darah yg keluar selepas saya membuang air besar. tapi selalunya dia keluar kalau saya ada masalah sembelit. kalau najis biasa dia tak ada darah. serius tak masalah saya tu ?

    • Dr Ruhi
      June 20, 2014 at 12:57 pm

      Lia,

      Darah yang keluar selepas membuang air besar yang bersama dengan sembelit, adalah salah satu simptom buasir. Masalah sembelit boleh diatasi dengan pemakanan yang dipenuhi dengan fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Saya menasihatkan agar Lia mendapatkan pemeriksaan daripada pihak doktor untuk mengesahkan penyakit Lia.

  8. Dr Ruhi
    April 1, 2014 at 7:06 pm

    Wsalam iena.Berdasarkan maklumat yang puan berikan, simptom yang puan ada adalah seperti penyakit buasir peringkat ketiga. Namun demikian saya menasihatkan iena untuk mendapatkan nasihat doktor supaya pemeriksaan lanjut boleh dilakukan dan rawatan susulan dapat diberikan. Boleh rujuk link dibawah untuk memahami penyakit buasir

    https://www.mmgazette.com/piles-haemorrhoids-dr-lam-yeaw-fah/

  9. atirah
    April 15, 2014 at 2:07 am

    Dr. Saya nak tanya. Saya sekarang menghadapi masalah darah akan keluar sekiranya najis saya besar dan keras. Saya akan merasakan kesakitan yang sangat untuk buang air besar. Adakah ia memang tiada kaitan dengan pengambilan pemakanan? Selain itu saya ada merasakan kegatalan pada dubur saya. Dan juga pada masa kini, saya ada merasakan kesakitan pada pusat saya. Adakah ada perkaitan dengan masalah seperti ini? Tq dr. Itu sahaja.

  10. atirah
    April 15, 2014 at 2:13 am

    Dr. Saya ada lagi soalan lanjutan. Saya sekarang masih lagi tidak berkahwin. Adakah jika saya mempunyai simptom seperti di atas tu akan effect ketika proses melahirkan anak? Tq.

    • Dr Ruhi
      June 20, 2014 at 1:22 pm

      Atirah,

      Daripada simptom yang saudari ceritakan kemungkinan saudari mempunyai penyakit anal fissure (luka di anus) atau buasir. Sering kali kedua-dua penyakit ini akan dialami jika cara pemakanan yang kurang fiber (sayuran dan buah-buahan) serta kurang pengambilan air dalam sehari yang akan menyebabkan najis keras. Walaubagaimanapun, saya menasihatkan agar saudari mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada pihak doktor, agar pengesahan penyakit dan rawatan dapat diberikan.

  11. eddy
    April 16, 2014 at 5:27 pm

    Doktr.. masalah sy bila buang najis banyak darah yg keluar selepas najis .. selepas selesai sahaja membuang najis,rasa berdenyut dan sakit pada lubang dubur.. boleh bagi penjelasan tentang masalah saya??
    Thanks,

    • Dr Ruhi
      June 20, 2014 at 1:34 pm

      Eddy,

      Saya menasihatkan agar saudara mendapatkan rawatan doktor, ini kerana pendarahan yang banyak daripada dubur boleh menyebabkan anemia – kekurangan darah di dalam badan. Kemungkinan pendarahan dan sakit yang dialami adalah disebabkan oleh buasir, ketumbuhan di rectum atau anus. Pengesahan penyakit hanya boleh dilakukan setelah doktor memeriksa dan mendapatkan sejarah lebih lanjut mengenai penyakit Eddy. Sila berkunjung ke doktor yang terdekat untuk mendapatkan rawatan susulan.

  12. Irwin
    April 29, 2014 at 10:11 am

    Dr Ruhi

    Saya nak tahu dimana hospital anda berkerja agar dapat berjumpa anda bagi rawatan buasir, tq

    • Dr Ruhi
      June 20, 2014 at 4:11 pm

      Irwin

      Saya berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Ampang. Rawatan penyakit buasir boleh didapatkan di mana-mana hospital kerajaan dan swasta.

  13. man
    May 1, 2014 at 11:37 pm

    Dr najis sy keras dn masa kluar saya sakit sngt..
    Sehingga sy tahan najis..pedih n sakit kt luar jee..
    Dn ade darah segar menitis.com.com
    Apa sbb nye dr..

    • Dr Ruhi
      June 20, 2014 at 1:41 pm

      Man,

      Kesakitan yang dialami sewaktu membuang air besar dalah disebabkan oleh ada luka di anus (anal fissure). Penyakit ini boleh disebabkan oleh faktor pemakanan seperti kurang buah-buahan dan sayuran serta kurang pengambilan air dalam sehari menyebabkan najis keras. Selain itu tekanan otot yang kuat dikawasan anus boleh menyebabkan luka juga. Namun demikian, pengesahan penyakit hanya boleh saya berikan setelah pemeriksaan dan sejarah lanjut penyakit diberikan. Saya menasihatkan agar saudara berjumpa dengan doktor agar pengesahan penyakit dan rawatan susulan dapat diberikan

  14. ira
    May 5, 2014 at 8:31 pm

    Salam..dr. Sy sering keluar darah ketika buang air..sya dah cek ..tp doktor hnya mnyatakan buasir..sy dah mkn ubt buasir itu..tp hakikatnya sy masih lg buang air brdarah..apa ptt sy buat doktor?

    • Dr Ruhi
      June 20, 2014 at 1:45 pm

      Ira,

      Memandangkan saudari sudah mendapatkan rawatan doktor dan saudari dikatakan mempunyai penyakit buasir tapi masalah saudari masih lagi belum selesai, saya menasihatkan agar saudari mendapatkan rawatan susulan daripada doktor ke dua atau doktor pakar bedah untuk kepastian. Saya pasti ada penyelesaian untuk masalah penyakit saudari Insyallah.

      • izati
        October 30, 2014 at 1:27 am

        assmulaikum ..sye baru berumur 21 tahun ..sye sering sakit perut dan kerap jugk berak berdarah dan darah tu masih segar .setiap kali selepas je berak perut sye akan merasa sakit rasa cm pedih ..sye jugk kerap sembelit dan cirit birit kadang kadang perut sye rsa macam masuk angin ..sejak akhir akhir ini badan sye rase lesu penat kurang selera makan dan kadang kadang rasa nk pitam setiap malam tapak kaki sye berasa sejuk ..adahkah ini tanda tnda awl kenser ??

  15. nur
    May 5, 2014 at 8:39 pm

    dr…sy ingin bertanya…sy dpt penyakit berak bdarah ni tahun lepas..sebab waktu tu kawan saya selalu masak masakan pedas..sebulan jugak kejadian nie..sy ingt penyakit tu dh hilang…baru2 nie penyakit ni kembali semula disebabkan sy makan pedas..
    kadang2 perut sy disebelah kanan rasa sakit skit2…apa yang patut sy lakukan? mohon Dr. tlg jelaskan

  16. aina
    May 8, 2014 at 9:14 am

    salam..doc..saya nak bertanya..saya berusia 24tahun,berat 67kg dan ketinggian 163cm..baru-baru ni saya mgalami muntah-muntah dan saya ada mengambil ubat cucuk untuk tahan muntah..selepas gejala muntah saya berhenti, apabila saya membuang air besar,terdapat darah pada air..darah berwarna cair dan keluar bersama najis..saya mempunyai sejarah gastrik..saya tidak ada masalah sembelit dan tidak berasa sakit ketika membuang air besar..mohon doc tolong beri penjelasan untuk simptom saya..terima kasih..
    https://www.mmgazette.com/wp-comments-post.php

    • Dr Ruhi
      June 20, 2014 at 3:17 pm

      Salam Aina,

      Masalah muntah-muntah yang saudari alami beserta berak berdarah kemungkinan adalah disebabkan oleh jangkitan kuman. Namun demikian jika masalah ini berlarutan, saudari dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor untuk pengesahan penyakit dan rawatan susulan.

  17. nurin
    May 8, 2014 at 4:46 pm

    saya pesakit leukimia. semasa habis rawatan kimo, saya sering menghadapi masalah buang air besar sehingga dua minggu. najis selalu keras dan susah untuk buang air besar. tetapi sejak dua bulan lepas saya kerap membuang air besar sehingga 4 – 5 kali sehari dan perut berasa sakit. kadang-kadang najis saya bercampur lendir dan darah. Saya kerap berjumpa doktor onkologi tetapi mereka mengatakan itu gastrik. Sehingga hari ini saya masih kerap berak dan berak bercampur sedikit darah dan lendir. Apa sebenarnya masalah saya doktor?

    • Dr Ruhi
      June 20, 2014 at 3:44 pm

      Nurin,

      Pesakit yang sedang menjalani rawatan kimoterapi kadangkala akan mempunyai masalah kerap membuang air besar. Ini adalah kemungkinan sebahagian daripada kesan sampingan ubat kimoterapi tersebut. Najis yang bercampur dengan lendir dan darah yang saudari alami harus diperiksa dengan lebih lanjut oleh pihak doktor. Mungkin Nurin boleh mendapatkan pemeriksaan daripada klinik onkologi untuk mendapatkan rujukan kepada doktor pakar bedah jika perlu

  18. amoy
    June 17, 2014 at 10:55 am

    salam dok … mcmna kalau masa kita buang air bsr tu takada najis yg klua dan yg klua tu adalah darah pekat bwrna merah gelap ?? saya mengalami ini lbih dr 5kali dan blum bjumpa mana2 doktor utk pemeriksaan lanjut … apakah penyakit yg bkaitan dgn simptom saya ni doktor ??? mohon pencerahan dr doktor … saya bingung sangat2

    • Dr Ruhi
      June 20, 2014 at 4:00 pm

      Amoy,
      Salam. Berdasarkan apa yang saudari ceritakan adalah agak sukar untuk saya memberitahu apakah penyakit yang saudari alami. Walaubagaimanapun, memandangkan apa yang yang saudari alami hanyalah pendarahan tanpa bercampur dengan najis, kemungkinan boleh disebabkan oleh penyakit yang berada di rectum atau anus. Antara kemungkinan penyakit yang saudari alami, adalah buasir, diverticulum, luka di anus (anal fissure) atau ketumbuhan di kawasan rektum atau anus. Saudari dinasihatkan berjumpa dengan doktor agar pemeriksaan dan pengesahan penyakit dapat dijalankan. Seterusnya rawatan susulan dapat diberikan

  19. Dia
    June 19, 2014 at 11:54 pm

    Doktor, saya merupakan seorang remaja 17 tahun, Baru baru ini saya dapati darah keluar ketika saya membuang air besar, Perkara ini sering juga berlaku tetapi tidak berlaku secara berturut turut, Namun ia pasti akan berulang dalam masa seminggu atau dua minggu selepas itu, Saya mula menyangka yg mungkin darah itu merupakan darah haid yg terkumpul di bhgn bawah kerana sebelum ini saya memang mempunyai masalah haid tidak datang pada waktunya, Tetapi kakak saya cakap lubang untuk membuang air besar dan lubang untuk mengeluarkan darah haid merupakan lubang yg berlainan, Jadi saya mula risau, Saya masih belum berjumpa doktor sbb kejadian ini tak berlaku secara berturutan. Ia berlaku mungkin seminggu atau dua minggu sekali, Saya juga tidak merasakan apa apa kesakitan atau kegatalan pada bhgn dubur, Saya harap doktor dpt membantu saya,

    • Dr Ruhi
      June 20, 2014 at 4:08 pm

      Dia,

      Memandangkan masalah yang saudari alami sering berulang, adalah dinasihatkan agar saudari dapat mendapatkan pemeriksaan doktor. Ini adalah kerana, masalah pendarahan yang sering berulang boleh menyebabkan masalah kekurangan darah di dalam badan (anemia). Ini boleh menyebabkan saudari berasa letih, tidak bermaya dan penat. Adalah sukar untuk saya menjelaskan daripada mana pendarahan ini berlaku tanpa mendapatkan sejarah lebih lanjut berkenaan dengan pendarahan yang dialami dan tanpa memeriksa saudari. Diharapkan saudari dapat mengunjungi klinik terdekat untuk pemeriksaan daripada pihak doktor, seterusnya pengesahan penyakit serta rawatan susulan dapat diberikan.

  20. Dr Ruhi
    June 20, 2014 at 3:09 pm

    Nur,Satu mitos yang paling terkenal ialah makanan pedas boleh menyebabkan berak berdarah. Ini adalah tidak benar. Makanan pedas tidak akan menyebabkan berak berdarah. Saudari harus lihat kepada aspek pemakanan yang berlainan seperti kurang pengambilan minuman (minimum 2.5 liter sehari), kurang buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangnya faktor pemakanan sepertimana yang dijelaskan akan menyebabkan najis keras lalu menyebabkan masalah sembelit dan sterusnya boleh menyebabkan luka di anus (anal fissure) atau pun buasir. Walaubagaimanapun saya menesihatkan agar saudari dapat berjumpa dengan doktor agar pemeriksaan lanjut dapat dijalankan dan penyakit saudari dapat dikenalpasti seterusnya rawatan susulan dapat diberikan.

  21. cik ros
    June 21, 2014 at 10:01 am

    Salam doc, boleh jlskan bgaimana kanser usus blh terjadi ? N adakah punca utama buasir disbbkan pemakann n kurgnya minum air putih ? mohon pencerahan . Syukran

    • Dr Ruhi
      June 28, 2014 at 9:03 pm

      Salam cik ros,

      Pelbagai faktor untuk kanser usus terjadi. Antaranya faktor genetik atau keturunan. Faktor pemakanan boleh menyebabkan sembelit, seterusnya menyebabkan buasir berlaku. Kurangya makanan yang berserat seperti buah-buhan dan sayur-sayuran serta kurang pengambilan air (kurang daripada 2.5liter satu hari) boleh menyebabkan sembelit (najis keras).

      Adalah agak sukar untuk saya bercerita megenai kanser usus disini, insyAllah di ruangan akan datang topik kanser usus akan diketengahkan

  22. June 25, 2014 at 4:36 pm

    Salam doktor . Saya merupakan remaja yang berumur 15 tahun . Baru- baru ni , saya mendapati ada darah yang banyak ketika saya membuang air besar. Seingatt saya , hal ini baru beberapa kali terjadi . jadi saya tak ambil peduli kerana saya rasa hal ini biasa sahaja . Tetapi apa yang menakutkan saya , saya jarang datang haid . Selang beberapabulan , baru saya datang haid . 2bulan atau 3 bulan kemudian baru saya akan datang haid . Adakah saya menghidapi sebarang penyakit ? Atau ini semua hanya perkara biasa ? Mohon doktor menjawab persoalan saya . Terima kasih =)

    • Dr Ruhi
      June 28, 2014 at 9:11 pm

      Salam Zaniesa,

      Kewujudan darah di dalam najis adalah tidak normal. Namun demikian harus dikenal pasti punca pendarah ini, adakah dari dubur atau faraj, kerana kedua-duanya mempunyai penjelasan yang berlainan. Adik harus berjumpa dengan pihak doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut untuk masalah berak berdarah ini. Berdasarkan pengalaman saya, kedatangan haid yang tidak menentu di kalangan remaja adalah normal. Walaubagaimanapun, saya pasti pakar sakit puan pasti lebih arif dengan masalah haid adik. DIharapakan dapat membuat rawatan dengan doktor, untuk pengesahan jika adik berpenyakit dan rawatan susulan dapat diberikan.

  23. noraini
    June 26, 2014 at 10:51 am

    Assalamualaikum Dr.

    Saya mengalami kesukaran untuk membuang air besar dan najis saya kecil seolah-olah saluran tersumbat. Darah juga sering keluar membuang air besar dan keadaan seperti memancut-mancut. Rasa pening juga sering berlaku kepada saya. Apa yang perlu saya lalukan dr. Terim kasih.

  24. Dr Ruhi
    June 28, 2014 at 9:23 pm

    Waalaikum salam Noraini,

    Kesukaran untuk membuang air besar boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya kurang serat dan air dalam pemakanan, pembedahan dibahagian uterus (sakit puan), kelahiran anak yang banyak – boleh menyebabkan kelemahan otot bagi membantu proses membuang air besar. Saudari boleh rujuk artikel ini untuk pencerahan masalah sembelit

    https://www.mmgazette.com/the-serious-side-of-constipation-dr-lam-yeaw-fah/

    Masalah pening yang saudari hadapi mungkin boleh disebabkan oleh kurangnya darah didalam badan. Namun demikian, saudari dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor, bagi pemeriksaan masalah berak berdarah ini.

  25. confused
    July 5, 2014 at 1:02 pm

    hye dr, sy ada mengalami berak berdarah tpi sy tiada sembelit dan tiada rasa sakit masa meneran, ada pergi ke klinik doktor kata sy mengalami buasir, dr bgi sy ubat pil katanya utk berhentikan darah. adakah ubat tu akan berhentikan jgk kitaran haid sy?haid sy memang x teratur, sebelum ni paling lama tidak haid 2 bulan. tapi sekarang sudah masuk 4 bulan sy tidak haid. lebih dari 5 klinik sy pergi semuanya KATA hormon x stabil. ap pandangan dr??

    • Dr Ruhi
      July 7, 2014 at 9:24 am

      Hi saudari confused,

      Menurut pengalaman saya, satu ubat yang sering diberikan untuk pesakit buasir adalah Daflon. Ubat ini diberikan untuk jangkamasa yang pendek. Tiada dokumentasi mengenai kesan sampingan ubat ini, yang akan menyebabkan saudari putus haid selama 4 bulan. Ada banyak sebab mengapa kitaran haid tidak hadir selama 4 bulan, antaranya adalah kemungkinan mengandung, hormon yang tidak stabil, polycystic ovary. Saya menasihatkan saudari untuk mendapatkan pandangan daripada pakar sakit puan untuk mengesahkan penyakit saudari.

  26. Ani
    July 6, 2014 at 6:09 am

    Salam doktor,sy berumur 22tahun dan masih belajar di IpT. sy mengalami cirit birit sejak 2 hari lalu. Najis yg keluar sedikit dan terdapat lendir dan darah. Kuantiti darah yg keluar tidak byk, sekitar 1-2 titis darah. Disamping itu, sy mudah berasa penat& badan terasa lesu. Keadaan ini baru pertama kali berlaku.kadangkala sy berasa loya dan sengal2 di bahagian blkg badan.Harap doktor bole beri penjelasan

    • Dr Ruhi
      July 7, 2014 at 9:32 am

      Salam Ani,

      Cirit-birit yang kerap boleh menybabkan luka dibahagian anus. Luka ini boleh menyebabkan pendarahan yang minima. Selain daripada itu, cirit yang disebabkan oleh bakteria juga boleh menyebabkan cirit yang berdarah. Masalah penat, lesu beserta loya dan sengal mungkin tiada kaitan dengan pendarahan yang saudari alami. Namun demikian adalah sukar untuk saya memberikan pandangan tanpa memeriksa dan mendapatkan butiran yang lebih lanjut mengenai sakit yang saudari alami. Oleh itu, Saudari dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor supaya pengesahan penyakit dan rawatan lanjut dapat diberikan.

  27. amy
    July 9, 2014 at 2:23 pm

    Doktor…saya mmpunyai masalah yang sama…pada mula2 sy mngalami kncing berdarah…kemudian sy mrujuk doktor klnik tmpatan…sy diberi ubat untuk bersihkan air kncing sy…kta doktor yg mrawat saya itu…kmungkinan sy mngalami batu karang..nmun stlah ambik ubat kncing sy xlgi berdarah…ttpi skrang..setiap kli sy buang air besar..darah akan kluar smpai menitik2…sy khuatir sma ada saya buasir atau sy mgkin mngadapi pnyakit laen…apekah sy harus brjmpe dktor sekali lgi dan mlakukan pembedahan?
    mohon pencerahan doktor…trima kasih..

    • Dr Ruhi
      July 19, 2014 at 12:36 pm

      Salam amy

      Darah yang keluar menitis semasa membuang air besar mungkin disebabkan oleh buasir atau luka di bahagian anus (anal fissure). Adalah dinasihatkan agar amy mendapatkan rawatan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Tidak semua penyakit buasir memerlukan pembedahan. Boleh rujuk artikel ini untuk memahami mengenai penyakit buasir

      https://www.mmgazette.com/piles-haemorrhoids-dr-lam-yeaw-fah/

  28. Eyda Barin
    July 9, 2014 at 9:31 pm

    saLam Dr, seteLah sy baca tentang berak berdarah sy rasa sy Buasir sbb sy merasakn kdang2 gataL pd anus sy dan kdang2 rasa sakit. sy mmg sush nak buang air besar, apa sy perlu sy Lakukan .. Last sy buang air besar sy rasa darah makin bnyk tp x brcmpur dgn najis , Mohon pendapat dr .. terima kasih

    • Dr Ruhi
      July 19, 2014 at 12:39 pm

      Salam eyda

      Kegatalan pada anus dan berak berdarah adalah simptom penyakit buasir. Memandangkan eyda mempunyai masalah susah untuk membuag air besar, dinasihatkan agar minum air dengan banyak (2.5 liter sehari) serta banyakkan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayuran. Namun demikian untuk pengesahan penyakit yang eyda alami, dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor terdekat supaya pemeriksaan dan rawatan lanjut dapat diberikan

  29. cah
    July 12, 2014 at 5:47 am

    slm dr.sy nak tanya, sy berak berserta dengan darah…ianya bercampur dan sesudah itu ianya tidak sakit.. penyakit apakah itu???

    • Dr Ruhi
      July 19, 2014 at 12:43 pm

      Cah,

      Berak yang bercampur dengan darah menunjukkan penyakit adalah dari bahagian rectum atau colon yang lain. Antara punca-punca penyakit itu adalah polip, diverticulum atau ketumbuhan. Sukar untuk saya memberikan pengesahan penyakit tanpa mengetahui simptom lanjut dan juga tanpa memeriksa pesakit. Adalah dinasihatkan agar cah untuk berjumpa doktor supaya pengesahan penyakit dan rawatan lanjut dapt diberikan.

  30. July 13, 2014 at 1:36 am

    Assalam masalah ini berlaku pada salah seorang ahli keluarga saya..yang lelaki….beliau ad mengatakan semasa beliau berak tiada najis yang keluar tapi hanya percikan darah…dan beberapa hari sebelum ia terjadi beliau ada rasa sakit di bahagian bawah pusat…apakah penyakit beliau?…dan boleh tak sekiranya beliau hanya ingin lakukan rawatan dirumah?

    • Dr Ruhi
      July 19, 2014 at 12:50 pm

      Salam ayyash

      Percikan darah sewaktu membuang air besar tanpa najis mungkin disebabkan oleh luka dibahagian anus (anal fissure), buasir atau angiodysplasia. Sukar untuk saya kaitkan sakit dipusat dan pendarah ketika membuang airbesar tanapa memeriksa pesakit dan mengetahui simptom lebih lanjut. Tindakan untuk rawatan di rumah adalah tidak wajar kerana pendarahan yang banyak boleh menyebabkan pening kepala, berdebar-debar kemudian pengsan. Adalah dinasihatkan agar ayyash dapat membawa saudara berjumpa dengan doktor terdekat untuk mendapatkan rawatan.

  31. norain
    July 17, 2014 at 1:13 pm

    salam dr ruhi

    saya ada soalan. saya juga mengalami berak berdarah. few years ago, saya pernah menjalani rawatan di klinik pakar uitm, sungai buloh selepas saya mengalami berak berdarah selama 2 minggu. menurut doktor yg merawat saya ketika itu, mengatakan ada luka di bahagian usus. saya pon tak berapa ingat. kemudian, ia beransur pulih bergantung dgn ubat2 yg telah diberikan. saya juga mengalami susah buang air besar. kadang2 dalam masa seminggu. bila ada rasa nak buang air besar tapi tak keluar apa2. saya pon dah tak jalani pemeriksaan tersebut tapi sampai sekarang perkara tu tetap berlaku. saya mengalami darah pada najis dan juga darah segar yang menitik. saya harus menjalani pemeriksaan lagi ke doktor? terima kasih

    • Dr Ruhi
      July 19, 2014 at 12:55 pm

      Salam norain,

      Saya menasihatkan agar saudari kunjungi semula doktor yang berkenaan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Ini adalah kerana penyakit norain sudah berulang kembali. Saudari harus memastiakn bahawa pengambilan air mestilah 2.5 liter sehari dan lebihkan buah-buahan dan sayuran dalam pemakanan untuk masalah susah buang air besar yang saudari alami. Jika masalah susah buang air besar tidak ditangani maka masalah berak berdarah akan sentiasa berulang kembali.

  32. Hairey
    July 17, 2014 at 5:26 pm

    salam dr ruhi, sy ada masalh berak brdarah dan ada ketumbuhan kecil di dubur sy dr. sy dh pegi bnyk tmpt farmasi utk beli ubt tpi dia xda kesan apa2 sampai skrg. so blh x dr jls kan apa jenis penyakit sy ini. tq..

    • Dr Ruhi
      July 19, 2014 at 1:09 pm

      Salam hairey

      Tindakan saudara hanya membeli ubat difarmasi tanpa mendapatkan pemeriksaan dari doktor, bukanlah satu tindakan yang bijak. Ini adalah kerana pengesahan penyakit tidak dapat dilakukan tanpa memeriksa apakah ketumbuhan tersebut. Pendarahan beserta ketumbuhan boleh disebabkan oleh kanser, buasir atau polip. Sila berjumpa dengan doktor untuk pengesahan penyakit dan rawatan susulan.

  33. Khai
    July 17, 2014 at 6:02 pm

    As salam doktor ,sy nak bertanya dan harap doktor dapat bg yg jelas utk sy paham,sy ada mengalami masalah ni hampir 3 minggu tanpa penyelesaian yg baik utk diri sy,hampir 3,4 klinik sy pergi utk membuat rawatan ini tp penyakit yg sy alami ni masih terus kekal dan xde tanda perubahan,ini amat menyukarkan sy utk melakukan tugas2 harian,pelbagai ubat dari klinik dan sy masih tidak sembuh lg,jd sy terbaca artikel doktor ni utk sy dapat penjelasan lebih tepat,dan apa yg perlu sy lakukan sekarang dgn usaha sy selama ini tdk menunjukkan tanda2 sembuh,utk makluman doktor sy mengalami kesukaran utk membuang air besar disebabkan ada ketulan daging bulat di hujung saluran najis sy,kdg2 beserta dgn darah,,hampir 3 mingu,klinik hanya berikan ubat dan mengatakan \\’ketulan itu akan mengecut \\’ tp smpai skg tdk baik lg,, sy amat risau ttg kesihatan diri sy ni,jd sy arap doktor dpt membantu sy,, apa yg perlu sy lakukan.. Tq doktor

    • Dr Ruhi
      July 19, 2014 at 1:43 pm

      Salam khai

      Daripada cara rawatan doktor dan penjelasan mengenai penyakit yg saudara alami, kemungkinan sakit saudara adalah merupakan buasir tahap ke empat. Benjolan di bahagian dubur akan mengambil masa untuk mengecut. Pilihan lain adalah pembedahan. Saudara dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar bedah untuk mendapatkan pandangan mengenai pilihan pembedahan. Hanya dengan pemeriksaan daripada pakar bedah akan menentukan sama ada pembedahan adalah perlu ataupun tidak.

  34. lyo
    July 17, 2014 at 9:26 pm

    Salam Dr,
    Adakah perianal wart berbahaya jika x dirawat? Drpd pemerhatian sy, ianya sdh mbsr sebsr butir. Apakah rawatan yg biasa dijalani? Terima kasih.

    • Dr Ruhi
      July 19, 2014 at 1:53 pm

      Salam iyo

      Perianal wart adalah disebabkan oleh sejenis virus iaitu human papilloma virus. Penyakit ini boleh didapati melalui sentuhan bahagian yang sudah berjangkit ke kulit yng normal. Penyakit ini sering dialami oleh pesakit yang mengamalkan seks dibahagian dubur. Jika dibiarkan ianya boleh menyebabkan kanser. Pesakit akan disaring dengan penyakit AIDS, syphilis dan penyakit berjangkit yang lain jika didapati mempunyai perianal wart. Rawatan melalui ubatan topikal (sapu), pembedahan kecil atau penggunaan ‘liquid nitrogen’. Dinasihatkan agar iyo berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan

  35. anuar
    July 18, 2014 at 6:27 am

    salam dr ruhi,sy ada mengalami masalah sembelit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.kdgkala apabila sembelit,najis sy akan bercampur dengan lendir darah dan kadang2 tidak. adakala terasa sakit n kadang2 x sakit.sy juga mengalami kegatalan di bahagian anus dan terasa macam bengkak,pedih.pembuangan najis sy juga tidak teratur n tidak normal .ader masa berdarah n ader masa tidak berdarah.adakah ini buasir biasa atau ader tanda2 awal kanser??tubuh badan sy tiada masalah susut dan selera makan normal seperti biasa.harap doc boley bagi penjelasan bagi masalah saya ini.terima kasih.

    • Dr Ruhi
      July 19, 2014 at 1:59 pm

      Salam anuar

      Ada banyak sebab yang boleh menyebabkan masalah sembelit. Boleh rujuk artikel ini untuk pencerahan

      https://www.mmgazette.com/the-serious-side-of-constipation-dr-lam-yeaw-fah/

      Kegatalan, lendir dan berdarah serta bengkak didubur mungkin disebabkan oleh buasir. Namun demikian penyakit kanser juga boleh menyebabkan najir lendir dan berdarah. Oleh yang demikian saya nasihatkan saudara anuar berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan

  36. aida
    July 18, 2014 at 9:13 pm

    Hai dr.
    Ibu saya di sahkn mhidap kanser usus.dr.pakar dri hkl telah mnyarankan untuk mlakukan pembedahan ttp ibu sy perlu makan ubat utk surutkan bengkak pd usus tsebut sblm pbedahan blh dlakukan..namun kami tidak bsetuju utk mlakukan pembedahan kerana risiko lebih tgi bbanding peluang untuk sembuh.oleh itu sekarang ibu sy hanya mlakukan rawatan alternatif.sy mohon pendapat dan nasihat doc dlm hal ini.trm kasih.

    • Dr Ruhi
      July 19, 2014 at 2:10 pm

      Hi aida

      Kanser usus adalah penyakit yang boleh dirawat dengan pembedahan. Namun demikian jika pesakit mendapatkan rawatan pada tahap kanser yang ‘advance’ pembedahan hanyalah untuk membantu ruangan alternatif bagi pembuangan air besar. Saya pasti pilihan yang diberikan oleh doktor pakar dari HKL adalah yang terbaik untuk ibu anda. Sebagai seorang doktor pakar, saya tidak bersetuju dengan pilihan rawatan alternatif tanpa menjalani rawatan daripada pihak hospital.
      Mungkin saudari boleh membawa ibu ke hospital pakar yang lain untuk mendapatkan nasihat dan pemahaman mengenai risiko rawatan dan pembedahan. Jangan berlengah-lengah untuk mendapatkan rawatan pakar, kerana semestinya kanser usus adalah penyakit yang boleh dirawati jika ianya diperingkat awal.

  37. fiza
    July 19, 2014 at 3:08 am

    Assalam dr,
    sy ingin bertanya..sy mmg slalu mngalami sembelit.susah tuk buang air bsr shgga mkn masa 5-6 hari baru ada rasa nk membuang.

    sehingga 1 masa sy mgalami buasir..slps itu terus ade bengkak di luar lubang anus.jika skt bengkak itu baik…tp still masih ade benjolan yg terkeluar dilubang tersebut.

    ia berterusan sehingga skrg..apabila sy sembelit..benjolan itu akan membengkak n berdarah..kdg2 besarnya hampir spt biji delima.sy ada berjumpa dr..tp dr hanya bg ubat tuk hilang bengkak n nasihat agar byk minum air masak n mknn berfiber.buat pengetahuan dr..sy mmg byk minum air msk n jrg minum manis.

    apa yg patut sy lakukan?…atau sy boleh ambil ubat dlm bentuk cecair untuk lembutkan najis?..ade sesetengah ubat untuk lembutkan najis akan bg kesan sampingan yg membuatkan perut memulas2 skt…dr ade sugestion x ubat apa yg tiada kesan smpingan spt itu..

    terima kasih

    • Dr Ruhi
      July 19, 2014 at 2:21 pm

      Salam fiza
      Ada banyak sebab mengapa sembelit. Boleh rujuk artikel ini untuk pencerahan

      https://www.mmgazette.com/the-serious-side-of-constipation-dr-lam-yeaw-fah/

      Masalah buasir yang saudari alami akan berkurangan jika masalah sembelit ditangani. Boleh amalkan makanan yogurt, minuman probiotik seperti yakult, vitagen serta pengambilan minyak zaitun jika penyakit sembelit ini adalah disebabkan oleh najis yang keras.Dinasihatkan agar fiza berjumpa doktor pakar bedah untuk pengesahan punca sembelit dan rawatan buasir saudari

  38. din
    July 19, 2014 at 6:21 am

    dr.. setelah membaca p’tanyaan kawan2 dan reply dr, sy rasa sy salah seorang pengidap buasir..
    ape rawatan permulaan yg harus sy lakukan utk megurangkan berak berdarah dr..

    • Dr Ruhi
      July 19, 2014 at 2:26 pm

      Din,

      Saya tidak menggalakkan pesakit untuk membuat rawatan sendiri dan membuat diagnosis sendiri hanya melalui pembacaan. Komponen penting dalam membuat diagnosis adalah memahami sejarah pesakit serta memeriksa pesakit. Nasihat saya adalah saudara berjumpa dengan doktor untuk pengesahan penyakit dan rawatan susulan kerana tidak semua berak berdarah itu adalah buasir.

  39. Hidayah
    July 21, 2014 at 6:57 am

    Pertanyaan dr MJ:

    Sy prnah cek Dr slps mndapati berak brdarah.. Dr diagnose buasir stahe3 n sy tlh mnjalani pmbedahan brupa stapling. Slps 3bln msh lg brlaku pndarahn smasa ke tndas. Kdg2 rse nk buang air besar tp yg kluar hanya angin n darah.. Nenek sy mninggal dunia akibat kanser usus.. So sy risau brkmungkinan mndpt sakit kanser jga..

    Jawapan Dr Ruhi:

    Pendarahan yang berlaku 3 bulan sejurus pembedahan mugkin disebabkan oleh buasir datang kembali. Namun demikian memandangkan saudari mempunyai sejarah kanser di dalam keluarga, saudari dinasihatkan berjumpa dengan doktor pakar agar satu kolonoscopi atau sigmoidoscopi dapat dilakukan untuk mengetahui punca pendarahan itu.

  40. seha
    July 22, 2014 at 12:25 am

    salam. Saya berumur 19 thun. Saya cuma nak tahu. Kenape yg kalau sy kencing keluar darah dekat dubur sy?

    • Dr Ruhi
      August 6, 2014 at 9:49 am

      Salam Seha

      Adalah agak sukar untuk saya menyatakan sebab-sebab pendarahan dari dubur ketika kencing tanpa mendapatkan lagi simptom-simtom lain yang saudari alami. Saudari harus memastikan bahawa pendarahan itu adalah dripada dubur, bukan dari saluran kencing ataupun dari faraj. Ini adalah kerana pnedarahan dari berlainan tempat mempunyai sebab yang berlainan. Harap saudari dapat berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaaan lanjut

  41. yaya
    July 23, 2014 at 8:07 pm

    assalamualaikum
    semasa saya memmbuang air besar , darah pun turut keluar pada ketika itu .
    perkara ni sudah terjadi pada sebulan yang lalu .
    tetapi saya hanya menganggap seolah tiada apa-apa .
    tetapi sekarang ia berulang kembali . bah kan sudah tiga kali .
    apa yang harus saya laku kan . saya amat takut utk mendapat kan rawatan

    • Dr Ruhi
      August 6, 2014 at 9:52 am

      Salam Yaya,

      Pendarahan segar ketika membuang air besar boleh disebabkan oleh buasir, luka di anus atau ketumbuhan. Saya menasihatkan yaya berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dijalankan dan pengesahan penyakit dapat dilakukan.

  42. Yati
    July 25, 2014 at 11:35 am

    Salam,
    Doktor anak saya beritahu saya yg dia berak darah lepas makan sahur.Umur dia baru 12 tahun.Dia sakit apa ya?

    • Dr Ruhi
      August 6, 2014 at 9:56 am

      Salam Yati,

      Berak berdarah dikalangan remaja boleh disebabkan oleh buasir, polyp, luka di anus. Namun demikian sukar untuk saya menyatkan apakat penyakit anak puan tanpa memeriksa beliau dan mendapatkan lagi simptom sejarah sakitnya. Saya menasihatkan agar puan membawa anak puan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

  43. ad
    July 29, 2014 at 9:55 pm

    salam doc..sy nk tny..sy ada rs sakit masa buang air besar, selang dua hari sy buang air ada kuar darah lbh kurang 2titik..selepas buang air dubur sy rs mcm perit sedikit..najis sy kadang2 pernah kelihatan hitam sedikit tetapi jarang brlaku..sy penah bt checkup darah baru2 ni sblm ianya trjadi, tetapi keputusan sy doc ckp semuanya ok..tlg bg pencerahan doc..sy buntu..tq

    • Dr Ruhi
      August 7, 2014 at 10:39 am

      Salam ad,

      Sakit di kawasan dubur dan berdarah adalah tanda-tanda penyakit buasir atau luka di anus (anal fissure). Ianya disebabkan oleh masalah sembelit, tekanan yang kuat di kawasan anus. Rawatan untuk kedua-dua penyakit ini adalah berlainan bergantung kepada punca penyakit. Jika masalah saudari ad berterusan, boleh mendapatkan pandangan daripada doktor pakar bedah untuk rawatan lanjut.

  44. AA
    August 11, 2014 at 4:59 pm

    Salam Doctor,

    Boleh dikatakan saya senang untuk buang air besar. Hampir tiap-tiap hari. Cuma kadang-kadang ianya keras. Tapi sejak bulan puasa saya mendapati adakalanya saya sakit didubur ketika buang air besar. Jika najis lembut, kesakitan itu kurang tetapi tetap terasa. Dan saya dapati, ada calitan darah pada najis. Cuma sekali sahaja darah merecik (kelihatan pada mangkuk tandas).

    Apakah pandangan awal masalah saya ini? Perlukah saya berjumpa doktor yang khusus atau boleh sahaja ke GP?

    • Dr Ruhi
      August 14, 2014 at 2:53 pm

      Salam AA

      Kesakitan di dubur sewaktu membuang air besar beserta dgn darah boleh disebabkan oleh luka di anus (anal fissure), ulcer (keradangan) atau buasir. Saudari boleh berjumpa dengan doktor GP sahaja untuk pemeriksaan lanjut. Jika ada keperluan atau kemusykilan, GP akan merujuk AA kepada doktor pakar

  45. mohamad
    August 21, 2014 at 10:09 am

    Salam doktor,
    Saya selalunya buang air besar hampir setiap hari dan tiada masalah atau sakit ketika buang air besar.Akan tetapi najis saya lembut berwarna coklat cair selalunya disalut darah,ada masanya darah merah akan keluar menitik dan merecik selepas najis.Perkara ni sudah berlanjutan selama 3-4hari.Saya risaukan kanser atau sebagai nya tetapi saya tiada masalah kesakitan ketika buang air besar.

    Apakah pandangan awal doktor tentang keadaan saya ini

    • Dr Ruhi
      August 29, 2014 at 10:27 am

      Salam mohamad

      Satu dogma yang salah dikalangan masyarakat adalah “kanser hanya berlaku jika ada kesakitan di bahagian tertentu”. contohnya “berak berdarah yang beserta dengan sakit adalah disebabkan oleh kanser usus”. Malangnya dogma ini adalah salah. Kanser usus atau kanser di kebanyakan bahagian tubuh badan tidak akan mendatangkan kesakitan. Malahan, deria sakit itu hanya akan muncul apabila tahap kanser itu sudah diperingkat “advance”, bukan permulaan. Sukar untuk saya memberikan diagnosis tanpa mengetahui sejrah penyakit saudara dengna lebih lanjut dan juga tanpa memeriksa saudara. Sila kunjungi doktor yang terdekat untuk pemeriksaan lanjut.

  46. wani
    August 23, 2014 at 1:31 am

    Salam doc, saya ada synthom2 seperti soalan2 diatas tapi x berani to see the doctor. Takut n malu bcoz u need to expose ur private part. If saya pegi klinik kesihatan can I request for female doctor? Or could u suggest any doc around putrajaya/s.alam/klang area? Pengalaman jumpa doc only for fever or flue and nothing serious like this. I have this synthom for years (on off) but I always ignore it sebab xde phyical efek pon but lately darah tu dari cecair changed to lendir-ish. Please doc I need ur help. Or can I just set an appointment with u?

    • Dr Ruhi
      August 29, 2014 at 10:35 am

      Salam wani,

      Saudari mungkin boleh berkunjung dengan doktor “GP” yang biasa saudari kunjungi, atau mana-mana klinik “GP” yang doktor bertugas adalah perempuan. Sepanjang pengetahuan saya di hospital kerajaan sekitar putrajaya mempunyai doktor pakar bedah perempuan. Doktor yang bertugas di lain-lain hospital juga mempunyai doktor perempuan. Saudari boleh request doktor perempuan tapi bergantung kepada “availability” of the doctor or not. Masalah berak berdarah saudari harus menjalani pemeriksaan daripada pihak doktor. Diharapkan wani dapat berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

  47. Liza
    August 23, 2014 at 10:09 am

    Salam Dr.,
    Suami saya berumur 28 tahun. Dia mengalami cirit birit yang agak lama sekitar 3-4hari lepas. Semasa awal penyakit ini dia makan ubat dhamotil yang dibeli di farmasi. Tetapi tidak ada kesan. Apabila makan atau minum, 2-3 jam kemudian akan mengalami cirit birit. Pada hari ke-4 keluar darah fresh tidak ada najis. Apa yang berlaku sebenarnya?

    • Dr Ruhi
      August 29, 2014 at 10:41 am

      Salam Liza,

      Saya tidak menyarankan untuk mana-mana pesakit membeli ubat difarmasi tanpa mendapatkan nasihat doktor. Pegawai farmasi mungkin boleh memberikan nasihat dari sudut ubatan, tapi mereka tidak boleh membuat diagnosis penyakit. Tindakan membeli uabat di farmasi tanpa berjumpa doktor untuk pengesahan penyakit adalah amat membimbangkan. Ini adalah kerana tidak semua cirit-birit itu disebabkan oleh “salah makan” dan memerlukan ubat “tahan berak”. Cirit birit beserta dengan pendarah boleh disebabkan oleh keradangan usus seperti infective colitis atau ulcerative colitis. Sila berkunjung ke klinik terdekat untuk berjumpa dengan doktor supaya rawatan dan pemeriksaan lanjut dapat diberikan

  48. Zana
    August 26, 2014 at 12:44 am

    Salam Doktor,
    Saya sedang hamil 8 bulan. Mengalami HB rendah sepanjang kehamilan Dan mengambil ubat iberet ketika hamil. Mempunyai sejarah hemaroid sewaktu hamil sblm ini. Sejak seminggu yg lalu saya mengalami berak beserta darah segar keluar dan kdgkala pekat seperti darah haid. Tiada rasa sakit ketika buang air besar dan saya buang air besar setiap hari dgn najis yg lembut. Adakah masalah saya serius? Dan perlu ke saya tunggu hingga bersalin dan barulah saya berjumpa doktor berkaitan? Dan adakah keadaan ini menganggu kesihatan anak dlm kandungan saya? Terima kasih.
    wjcex

    • Dr Ruhi
      August 29, 2014 at 10:50 am

      Salam Zana

      Masalah buasir atau hemorrhoid adalah masalah yang sering berlaku dikalangan ibu yang mengandung. Jika buasir beserta dengan pendarahan yang kerap sehingga menyebabkan anemia dan serterusnya membahayakan ibu dan bayi, rawatan definitif seperti pembedahan adalah disarankan. Namun demikian, segala keputusan pembedahan hanya diambil kira setelah semua risiko dan kebaikan kepada ibu dan bayi di timbal balik. Mungkin Zana boleh berbincang dengan doktor sakit puan untuk mendapatkan pandangan daipada doktor pakar bedah, supaya rawatan lanjut dapat diberikan.

  49. Thiva
    August 28, 2014 at 11:25 am

    Dr..
    Saya ada masalah di bahagian dubur. Pedih, tak rasa selesa selepas buang air besar. Pernah ada darah segar (fresh blood) sebelum ini masa buang air besar. Kemungkinan I ada “anal fissure”
    Nak dapat rawatan. Berapa kos untuk rawatan? Colonoscopy or pembedahan. Dr Ruhi kat hospital Ampang? Boleh tak dapat appointment?

    • Dr Ruhi
      August 29, 2014 at 10:56 am

      Hi Thiva,

      Saya tidak arif dengan kos rawatan di hospital. Mungkin Thiva boleh mendapatkan surat rujukan daripada mana-mana doktor atau “GP” selepas mereka menjalankan pemeriksaan dan merasakan Thiva perlukan rawatan susulan daripada pakar bedah.

      • shafwatuddin
        September 17, 2014 at 8:58 pm

        Dr.. Sye shafwatuddi

        Mse sye hendak berak, najis keluar dlu bru darah keluar, tpi darah segar.. Selepas selesai berak, prut sye rasa skit.. Kali kedua sye berak sama juga berak berdarah.. Ape motif berak berdarah niem Dr.. Tlg bgthu ape penyakit sye

        • Dr Ruhi
          December 12, 2014 at 11:52 pm

          Shafwatuddi

          Masalah berak berdarah saudara boleh disebabkan oleh buasir, luka di anus (anal fissure). Sila kunjungi doktor terdekat untuk pemeriksaan lanjut dan pengesahan penyakit

      • razali
        November 29, 2014 at 8:20 pm

        Salam doc. Sy br keluar hsptl 27 nov akibat anemia ( berak berdarah sbb buasir ). Sy dpt rawatan dgn kene bending 3 tmpt. Tp smpi hr ni 1 dec darah msh lg keluar memancut2 keluar mcm paip bocor. Normal ke atau ade luke yg lain doc. Perlu ke sy beli ubat menahan darah. Tolong sy doc.

        • Dr Ruhi
          December 12, 2014 at 11:56 pm

          Salam Razali

          Sila kunjungi hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut kerana masalah anemia anda boleh kembali. Secara idealnya rawatan banding akan dilakukan setelah kolonoscopi atau sigmoidoscopy telah dilakukan untuk memastikan pendarah bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain.

  50. eka
    August 28, 2014 at 10:45 pm

    Salam doktor..
    Saya buang air besar berdarah tp x keras pun. Darah segar keluar sebelum buang air besar dan ketika buang air besar still ada lagi..

    • Dr Ruhi
      December 13, 2014 at 12:00 am

      Salam eka,

      Suakr untuk saya memberitahu punca berak berdarah saudari. Jika darah keluar adalah segar, boleh disebabkan oleh buasir, luka di anus, polyp di rectum (bahagian pangkal usus besar). Sila kunjungi doktor terdekat untuk pemeriksaan lanjut dan pengesahan penyakit

  51. alif
    August 29, 2014 at 11:11 am

    Salam dan slmt sejthterA….Saya berak berdarah tp darahyg keluar pekat n kehtman .saya tak rasa sakit apa2..sbb apa saya bole buang air besar berdarah

    • Dr Ruhi
      December 13, 2014 at 12:04 am

      Salam Alif

      Darah pekat kehitaman boleh disebabkan oleh luka dari perut. Sila kunjungi doktor terdekat untuk memastikan jenis penyakit. Sukar untuk saya menjelaskan punca penyakit saudara tanpa mengetahui sejarah lebih lanjut dan tidak memeriksa saudara.

  52. August 31, 2014 at 10:13 am

    Salam dr semalam sya dah jerkins doctor sebab buasir sya bengkakSblm ni x pernah bengkak klau tkluar blihe msuk smula. Dan dah 5 thn rasanya x pernah brdarah wlpun ia terkluar sikit. smlm dr check ktqnya bgkak brwarna hitam mgandungi drah beku dia beri ubat A d B utk kecutkan , pelawasmn ubat sapu. Sya lupa bertanya apakah kesan selepas mkn ubat Maksud sya proses kecut tu .sya dah mkn ubat 3x Dan tdi subuh sya dpati Ada drah dseluar n bila cek bgkaktu dah mgecil apakah ini proses bengkaktu mgecut.sya x rsa skit cuma pdih sikit dbhgn bgkaktu.blhkah lletak cream antisptik d bgkak yg trluka tu

    • Dr Ruhi
      December 13, 2014 at 12:10 am

      Saudari ummu hadi

      Buasir tahap 4 mempunyai risiko untuk darah membeku didalamnya. DOktor anda telah memberikan rawatan yang sewajarnya. Namun demikian, jika bengkak sudah surut, adalah dinasihatkan agar pembedahan dilakukan kepada buasir tersebut terutamanya jika ummu bakal mengandung lagi. Ini kerana buasir selalunya akan mengalami komplikasi sewaktu mengandung.

      Luka di habagian dubur boleh dirawati dengan “sitz bath” – rendaman kedalam air suam bersama garam. Ini bertindak sebagai antiseptik dan boleh mengecutkan luka di punggung. Boleh dilakukan 3 – 4 kali sehari.

  53. lysa
    September 3, 2014 at 7:47 pm

    Salam DR, saya nak tanya apa petanda bila saya buang air terdapat darah becampur najis…. selepas 3 jam,asus saya rasa sakit dan bila saya kencing saya dapati ada keluar darah dari asus.. darah tu segar lagi..

    • lysa
      September 3, 2014 at 7:53 pm

      Maaf pembetulan ejaan “asus” kepada “anus”

      • Dr Ruhi
        December 13, 2014 at 12:13 am

        Salam Iysa

        Berak berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti yang tertulis didalam artikel ini. Jika darah segar, boleh disebabkan oleh buasir, luka di anus, polyp. Sila kunjungi doktor terdekat untuk rawatan dan pengesahan penyakit

  54. jojoba
    September 5, 2014 at 2:10 am

    Slm dr.,sy mglmi mslh berak berdarah sejk umur 16 thn..skg sy berumur 24 tahun..sy telah menjalankn rwatan di hospital..pelbagai prosedur telah dilakukan terhadap saya trmasuk sigmoidcopy,endoscopy dan ctscan…dr telah sahkn sy mglmi poly..ttpi sy musykil setiap kali temujanju di hospital..,doktor hanya mmbekalkan sejenis ubat yg dimasukan mekalui dubur dan ubat tmbah darah..boleh doktor terangkan dgn lebih lnjut rawatan untuk memulihkan ketumbuhan @polyps ne?t.kasih

    • Dr Ruhi
      December 13, 2014 at 12:20 am

      Salam jojoba,

      Polyp adalah daging berlebihan yang boleh tumbuh dikeseluruhan usus. Rawatan adalah berdasarkan risiko polyp tersebut untuk bertukar jadi kanser. Tidak kesemua polyp akan bertukar menjadi kanser, namun demikian polyp sering mendatangkan komplikasi seperti berak berdarah, cirit, berak bermukus. Disebabkan ada polyp yang berisiko menjadi kanser, pesakit akan menjalani sigmoidoscopy secara berkala untuk pemantauan. Mungkin saudara boleh menyatakn kemusykilan anda kepada doktor yang merawat untuk mengetahui jenis poyp yang saudara alami. Seterusnya rawatan lanjut boleh diterangkan oleh doktor pakar yang saudara lawati.

  55. zaza
    September 6, 2014 at 10:06 pm

    Assalamualaikum dr ruhi..sy baru lpas bersalin,sudah 45 ari..sy mngalami sakit ketika mmbuang air besar sjak 2 mnggu lpas..sakitny ibarat mngeluarkan pisau yg tajam dr lubang dubur..sgt sakit tapi tiada darah..apa yg sy prasan,di luar lubang dubur sy bengkak..dan tisu di antara lubang dubur & rahim juga bengkak..adakah ini buasir?

    • Dr Ruhi
      December 13, 2014 at 12:24 am

      Salam zaza

      Selalunya penyakit yang berkaitan dengan buang air besar yang dialami oleh para ibu di dalam pantang adalah buasir atau luka di anus. Namun demikian luka disebabkan semasa proses melahirkan anak juga boleh terjadi dikawasan dubur dan faraj. Dinasihatkan agar bejumpa doktor terdekat untuk pemeriksaan lanjut.

  56. Nysaa
    September 11, 2014 at 10:57 pm

    salam dr.
    saya berumur 16 tahun, baru kemarin saya dapati buat pertama kalinya najis saya bewarna koko kehitaman beserta dengan darah. tapi, saya tidak mngalami sebarang kesakitan semasa membuang air besar, dan najis saya tidak keras. darah tersebut merah segar menitis nitis kemudian berhenti, apabila saya meneran secara sederhana, darah tersebut mnitis keluar kembali dah berhenti setelah saya berhenti meneran.
    pada keesokkan harinya 11.9.14 pagi lepas minum milo saya rasa x selesa pd bhgian bawah sdikit drpd pusat,sehigga saya terpaksa pgang bhgian trsbut. lepas makan nasi dah ok. saya cirit right after makan laksa malam tu n najis saya bewarna coklat dan tiada darah pd najis tersbut. slpas sketika sedikit darah (3-4titk) menitis keluar pabila saya meneran. dan apabila selesai buang air besar, anus saya berasa panas. (saya pikir normal lah kalau cirit, anus rasa panas)
    harap penjelasan saya lengkap. dan saya meminta penjelasan drpd dr. Terima kasih 🙂

    • Dr Ruhi
      December 13, 2014 at 12:28 am

      Salam Nysaa,

      Kemungkinan saudari mengalami luka dianus disebakan oleh cirit birit. Ini boleh menyebabkan berak berdarah dan berasa panas dikawasan anus. Jika berak berdarah berpanjangan sila kunjungi doktor terdekat untuk rawatan lanjut.

  57. October 16, 2014 at 1:28 pm

    assalamualaikum, saya nak tanya macam mana cara kita nak mengatasi masalah BAB berdarah ini tanpa perlu berjumpa dengan doktor. Saya dapati saya BAB dan mengeluarkan darah…saya dapati ada luka pada tempat saya BAB… bolehkah luka itu sembuh tanpa perlu kita rujuk pada doktor???

    • Dr Ruhi
      December 13, 2014 at 12:34 am

      Salam nurhaida

      Tujuan berjumpa doktor adalah untuk pengesahan penyakit. Ini hanya dapat dilakukan melalui pemeriksaan dan meneliti sejarah pesakit. Mengubati diri sendiri tanpa pengesahan doktor adalah tidak disarankan kerana tidak semua luka dianus dan buasir itu adalah disebakan oleh sembelit.

  58. mia
    October 19, 2014 at 9:13 pm

    salam dr.

    saya hendak minta pendapat daripada doktor. Pada awal bulan august saya berak berdarah, tanpa rasa sakit dan menitis, ianya seperti darah mengalir time period. Pada septmber skali lgi ada darah pd tisue ketika sdg membuang air besar tpi hanya titik. saya ke hospital dan doktor menjalani ujian ke ats dubur saya. dan doktor mengeluarkan surat untuk berjumpa dgn doktor bedah next week.persoalan saya adaka saya akan dignosis sekali lagi oleh doktor bedah? atau dr bedah hanya akan memberi ubat2an dan consult. sebelum ne saya adala org yg sgt susa masuk tandas.dalam seminggu kadang2 hanya sekali..paling kerap 3 kali seminggu. pada 2006 sehingga 2011 saya pernah mengalami cirit2 birit,pitam dan muntah2 akibat jarang buang air besar. the last time sa cek dgn dktr pd 2011 mereka telah scan,ambil sample air kencing dan xtray tetapi masih tdk di ketahui puncanya.sebelum berak berdarah ni pada awal tahun ne saya mengalami sakit pd pingang kanan shingga tdk mampu berdiri sama seperti simptom apendik, last week skali lg sakit pd pingang kanan. sa sudah perna bertanya pada doktor ttpi mereka kata ianya bukan apendik dan hanya memberi ubat utk berak..adaka semua ini berkaitan dgn berak berdarah?

  59. reza
    October 20, 2014 at 2:00 am

    salam doc, saya rasa saya mengalami Luka di anus (anal fissure) so saya nak tau
    klinik or hospital mana yang sesuai untuk saya pergi ?
    klinik swasta yang biasa boleh tak ?

    • Dr Ruhi
      December 13, 2014 at 12:38 am

      Rawatan anal fissure boleh diberikan oleh mana-mana doktor berpengalaman. Jika saudara mempunyai insurans disarankan berjumpa dengan doktor pakar bedah di hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.

  60. mohamad Rahmat
    October 26, 2014 at 12:12 pm

    doktor , pada tahun lepas saya mengalami buasir pada raya pertama.
    pada bulan 9 yang lepas saya kena berak berdarah, kemudia pegi klinik dan dapat ubat. kembali pulih pada 24/11 sakit ini kembali, cirit birit dan bersama darah

    • Dr Ruhi
      December 13, 2014 at 12:44 am

      Saudara Rahmat,

      Jika penyakit disahkan melalui pemeriksaan protoscopi dan masalah sering berulang. Boleh kunjungi ke pakar bedah untuk rawatan susulan

  61. fariz
    October 29, 2014 at 9:14 am

    Salam Dr. Sy pernah mengalami pendarahan segar ketika membuang air besar dan ape yang sy perhati ia pndarahan akibat sembelit/buasir kerana sy terasa ade luka di dubur. Dan selepas lebih sebulan masalah itu tak berlaku lagi. Tapi baru² ni berlaku pula pendarahan yang lain. Ia tak sama dengan sebelumnya. Apa yg sy perhati wrna najis sy pon pada mulanya kehitaman. Dan apabila najis sudah kluar semua, darah segar masih ade apbila sy meneran. Ia tidak menitis hanya keluar bila meneran. Mohon mintak penjelasan dari Dr.
    Terima kasih

    • Dr Ruhi
      December 17, 2014 at 8:48 pm

      Salam Fariz

      Pendarahan segar yang berlaku beserta dengan sembilat boleh disebabkan oleh buasir, luka di anus atau diverticulum (poket-poket kecul di usus). Sila berkunjung doktor terdekat untuk rawatan dan pengesahan penyakit

  62. nur
    November 5, 2014 at 8:03 pm

    salam dr. kalau saya tak ada masalah sembelit dan najis tak keras. tapi bila nak berak, boleh rasa sedikit kepedihan macam luka. kemudian di akhir-akhir pembuangan najis akan ternampak darah dan darah menitik. saya meminum air masak lebih dari 3 liter satu hari namun perkara ni masih berlaku. harap dr boleh tolong jelaskan dan nasihat apa langkah yang perlu saya ambil. terima kasih

    • raouaneruhi@gmail.com
      December 17, 2014 at 8:51 pm

      Salam nur

      Darah segar yang menitis boleh disebabkan oleh buasir atau luka di anus. Tidak semua buasir dan luka dianus disebabkan oleh masalah sembelit atau najis keras. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan dan pengesahan punca penyakit

  63. Aa
    November 11, 2014 at 8:49 pm

    Salam doktor, sye sejak kebelakangan ni asyik buang air besar berdarah je. Lepastu badan sy asyik sakit2. Hiad pun dtg lambat, adekah itu jadi salah satu sintomnya?

    • Dr Ruhi
      December 17, 2014 at 8:54 pm

      Salam Aa

      Sukar untuk memberitahu apakah sakit yang saudari alami tanpa mengetahui keseluruhan sejarah sakit ini. Berak berdarah dan kedatangan haid yang lewat adalah dua maslah yang berlainan. SIla berjumpa dengna doktor untuk rawatan dan pengesahan penyakit

  64. z
    November 20, 2014 at 1:33 pm

    Assalam Dr.

    I would like to share my current situation. Just now after excreting feaces of the system, i noticed that there is fresh blood around he area of the anus. And I only realised this after putting my hand mistakenly around the buttocks area. Hence I conclude that the problem is not actually new but it’s just that i never concern about looking at my stools and caring about the process. In addition, I have always had troubles to get rid of the feaces and the main factors of this might be because I don’t eat vegetables and it’s very rarely that I eat fruit.

    So my questions are,
    1. Do I need to consult with doctors?
    2. Can the current situation be worsen if no further actions are taken?
    3. Can my problem simply be solved if I start consuming fibre from veggie and fruit?

    Thank you for taking your time to read my response.

    Regards

    • Dr Ruhi
      December 17, 2014 at 8:58 pm

      Salam z

      If you have constipation and notice that your stools are hard, you are advised to consumed more vegetables and fruits. Near 80% of the time constipation is more dietary related. If the bloody stool incident still persist, please do visit your doctor for further management and confirmation of your sickness.

  65. Amy
    November 21, 2014 at 11:38 pm

    Salam doktor. Saya sudah 2 hari berak berdarah. Anus saya terasa sakit sewaktu mula2 mengeluarkan tahi tetapi tidak sakit sewaktu tahi keluar kerana tahi saya tidak keras. Saya perasan darah akan keluar selepas tahi keluar. Apakah tindakan yg harus saya lakukan? Adakah pemeriksaan doktor menyakitkan?

    • Dr Ruhi
      December 17, 2014 at 9:02 pm

      Salam Amy,

      Saudari Amy mungkin mempunyai luka di anus atau buasir yang luka. Jika doktor mendapati pemeriksaan di kawasan dubur adalah menyakitkan, sewajarnya pemeriksaan dilakukan di dewan bedah setelah bius diberikan. Pemeriksaan bersama bius ini membolehkan doktor membuat pemeriksaan dengan teliti dan memberikan rawatan pada waktu yang sama.

  66. kamil
    December 12, 2014 at 11:47 am

    salam.Dr,sy ada masalah berak berdarah…darah yg cerah bersama najis.najis turun terselit darah .
    dlm setahun saya kena 2 3 kali masalah ni.

    rasa sakit sikit di permukaan dubur..dlm 0.001 inc dari luar.

    saya tiada masalah berak keras/saya berak nomal ….najis lembut.

    • Dr Ruhi
      December 17, 2014 at 9:11 pm

      Salam Kamil

      Adalah dinasihatkan supaya saudara berkunjung dengan doktor sewaktu pendarahan supaya pemeriksaan dan pengesahan penyakit dapat dilakukan. Darah yang bercampur dengan najis boleh disebabkan oleh polyp, keradangan usus, luka di usus

  67. la
    December 17, 2014 at 5:43 pm

    Sy ada masalah sembelit dn buasir hampir 2 tahun..sy juga tlh blaja mengamalkan pengambilan oat setiap hari,sayur2 serta air yg cukup namun masalah sembelit sy msih bterusan..stiap kali bjmpa dr mereka hya menyarankan minum air mencukupi serta amalkan makanan berfibre..apa yg harus sy lakukan?masalah buasir juga smkin teruk kmungkinan tahap 2..mohon pencerahan

  68. Aina
    December 18, 2014 at 2:41 pm

    Assalam dr ruhi, sy mengalami berak berdarah dan darah merah memercik selepas selesai membuang.. tetapi najis sy tak keras.. sy juga gemar mkn makanan yg pedas.. adakah itu juga 1 faktor kenape berak berdarah.. ? sy juga mengalami sakit2 dan lemah2 bdn selepas berak berdarah.. adakah ia memudaratkan?

    • Dr Ruhi
      December 27, 2014 at 5:36 pm

      Salam Aina

      Satu tanggapan yang salah sering dikaitakan dengna berak berdarah ialah pemakanan pedas. Setakat ini, tiada bukti kajian saintifik yang mengaitkan antara berak berdarah dan pemakanan pedas. Tetapi jika pemakanan pedas boleh menyebabkan seseorang itu cirit birit, rentetan dari masalah cirit birit yang berterusan bolehmenyebabkan luka di anaus kemuadian berak berdarah.

      Kemudaratan berak berdarah ialah ianya boleh menyebabkan seseorang ‘kehilangan darah’ – anemia. Jika tahap darah di dalam badan berkurangan sehingga memerlukan pemindahan darah dilakukan, sudah tentu berak berdarah adalah memudaratkan. Sila berkunjung dengan doktor, supaya pemeriksaan lanjut dan rawatan dapat diberikan.

  69. ayu
    December 29, 2014 at 11:11 pm

    Salam doc,

    Saya nak tanya tentang berak berdarah bagi baby yang baru berusia 7 bulan adakah iaberisiko tinggi mendapat penyakit yang tertera diatas ?? Kebelakangan ni anak saya berak mesti hujung-hujung akn keluar darah yang berwarna merah..ape yanag perlu saya lakukan jika hal sebegini berlarutan??

  70. nani
    January 3, 2015 at 10:47 am

    Salam doc,
    Bapa saya mengalami pendarahan segar luar biasa setelah membuang air besar. Tetapi tidak sakit. perkara ini berlarutan selama dua hari lepas sehingga sekarang. Apakah kemungkinan penyakit yang dihadapi oleh bapa saya dan apakah tindakan yang perlu diambil untuk mencegah perkara ini berlaku lagi?Adakah sebarang jenis ubat yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih doc.

  71. atul
    January 5, 2015 at 3:55 pm

    Salam dr. Saya berusia 19tahun. Baru2 ini saya mengalami berak bercampur dengan darah tapi tk sakit dan tidak ada lendiran darah. Saya pernah tnya doktor di klinik tetapi hanya mengatakan saya mengalami buasir. Adakah berbahaya jika perkara ini berlanjutan & perlu mendapatkan rawatan susulan atau ada rawatan yg perlu saya lakukan sndri sebelum berjumpa dengan pakar? Terima kasih.

  72. sue
    January 10, 2015 at 8:11 am

    salam dr … baru2 ini sy mngalami pendarahan ketika mmbuang air besar ..ia nya trjd pada sy kadang kala shja .. tdk kerap .. tetapi sy tk rasa sakit apa2 pon .. boleh dr bg pncerahan ape punce sbnarnya ..

  73. puan mika
    January 10, 2015 at 11:48 am

    Salam doktor…ada 2 perkara saya nak bertanya..
    1- Saya nk bertanya mngenai masalah penyakit saya..apabila saya meneran untuk membuang air besar tanpa saya sedari ada darah warna merah fresh keluar..tapi tak sekali dengan najis…ini kali pertama berlaku pada saya..

    2- setiap kali saya membuang air besar,ada 1 isi yang bulat akan terkeluar..selepas saya mencuci,saya akan memasukan semula isi tersebut,.saya takut dan malu untuk pergi ke klinik…apakah penyakit saya sebenarnya..adakah semua ini memberi kesan penyebab saya susah nak hamil??
    Terima kasih..

  74. Nordin
    January 11, 2015 at 12:29 pm

    Salam Doktor,
    Saya suami berusia 38 tahun dan telah berumahtangga serta mempunyai 3 orang anak. Saya kini menghadapi kesukaran buang air besar di mana kini saya buang air besar keluar air sahaja padahal saya telah makan banyak.

    Masalah saya bermula pada 7 Jan 2015 dan saya telah berjumpa dengan doktor yang mana saya mula buang air besar keluar air di mana saya diberi cuti dan ubat Diphenoxylate HCI BP 2.5mg Hyocyine dan Butylbromide BP 10mg (makan sekiranya perlu). Saya kini saya menghadapi kesukaran buang air besar kerana ketika buang air besar masih sahaja keluar. Saya telah mencuba julap (Liquid Paraffin) sebelum tidur namun masih buang air besar keluar air juga.

    Untuk makluman saya memang ada buasir yang mana saya biarkan sejak saya sekolah menengah lagi. Doktor hanya memberi pil untuk disumbatkan ke lubang dubur. Buasir saya kini kekal di luar dan sukar dimasukkan ke dalam semula. Tambah merisaukan saya ialah bapa dan bapa saudara mempunyai sakit usus ketika meninggal dunia.

    Di sini saya ingin minta pandangan doktor berkenaan masalah ini

  75. iz
    January 11, 2015 at 2:35 pm

    Salam doktor..
    Anak saya berumur 4 tahun 9 bln.anak yg aktif tetapi sering mengadu sakit perut..kembung angin..pernah berak berdarah kerana najis keras..oleh sbb fobia menyebabkan dia suka menahan kentut (pada pndapat saya) dan dia suka menahan buang air besar. Baru2 ini dia berak najis lembut tapi mengadu berdarah..adakah ini tanda dia mengidap suatu penyakit dibahagian perut? Mohon pencerahan doktor.

  76. Nor
    January 26, 2015 at 2:51 pm

    assalam Dr,

    sejak 3 minggu yang lepas saya telah mengalami kekerapan membuang air besar, untuk pengetahuan dr, saya pernah mengalami buasir, namun, saya sudah lama tidak berjumpa doktor untk rawatan susulan setelah saya rasa buasir saya semakin okay, namun 3 minggu lepas saya kerap buang air besar dan sering berasa loya, minggu pertama simptomnya seperti buasir, najis dan darah, namun, masuk minggu kedua dan ketiga, saya terlalu kerap buang air besar (Cirit-birit), setiap kali lepas makan pasti akan buang air besar, namun tidak ada darah tetapi najis saya berbau terlalu busuk dan gelap. Kadang-kadang, hanya terasa ingin buang air kecil, namun pada waktu sama akan buang air besar dan najisnya berwarna gelap dan berbau,Adakah saya mengalami simptom kanser usus? Mohon pencerahan dr. terima kasih 🙂

  77. M. Malek
    February 2, 2015 at 9:19 am

    Salam doktor. Saya nak tanya. Kalau kita sakit perut, lepas tu berak berdarah tapi berlaku dalam keadaan jarang (sebulan sekali). Ada kemungkinan tak berpenyakit? Darah keluar macam air.

    • February 11, 2015 at 3:37 pm

      salam dr..saya nk Tanya. sy mengalami perkara yg sama iaitu membuang air besar berserta darah, keadaan ini berlaku selepas 2 thun pembedahan..sblm ini sya menjalani pembedahan hernia..adakah ini kesan drpd pembedahan??..mohon penjelasan..

  78. sukri
    February 8, 2015 at 10:07 am

    saya merasa sakit apabila ingin membuang air besar.. namun najis saya tidak berdarah.. bila saya duduk terlalu lama bahagian dubur akan terasa sakit.. ia nya tiada bengkak d bahagian luar.. saya juga terasa payah untuk membuang angin.. kadang kala saya terasa sakit apabila melangkah berjalan.. apakah pemeriksaan yg doktor bakal lakukan terhadap saya??

  79. khairul
    February 12, 2015 at 7:19 pm

    dr sy nak tanya. sy bru mengalami masalah buang air besar tp hanya keluar darah berselaput lendir. boleh sy tahu sintom ap?

  80. Salim Mrg
    February 22, 2015 at 5:00 am

    Assalamualaikum Dr. Ruhi, Saya nak tanya berkaitan masalah najis berdarah. Baru2 ini, saya mengadakan kenduri. Selesai kenduri saya ada makan lebihan lauk kenduri, menyedari terhidu bau menunjukkan lauk tu dah nak basi, saya cepat2 muntahkan balik namun ada tertelan sedikit.Selepas tu saya mengalami cirit-birit. Pada mulanya, saya buang air dan najis tanpa darah tetapi menjelang malam hari, saya mula sedar apabila saya ke tandas, saya mengalami najis berdarah tetapi saya tak rasa sakit di bahagian perut atau lubang najis saya. Saya mula mengalami najis berdarah selepas saya memakan ubat tahan berak dinamakan ubat pil \”Simtec\” yang saya beli di farmasi berdekatan.Doktor, apa masalah saya?Q1: Adakah disebabkan memakan lauk yang dah nak basi tu?; atauQ2: Adakah disebabkan ubat \”Simtec\”tu?P/s: sedikit info sejarah medikal: Arwah bapa saya meninggal disebabkan kanser usus tahap lewat;Untuk waktu ini, saya di bawah review/pemerhatian doktor setiap 6 bulan kerana semasa ujian teropong lubang najis yang lalu (endoscopy/colonoscopy-tak pasti betul ke tak) doktor ada menemui ketulan dinamakan \”polip\” @\”folip\” di dalam usus saya tetapi sudah dibuang/dikerat. Bulan April 2015 ni saya akan menjalani ujian teropong tu lagi.Saya risau najis berdarah tu doktor. Tolong nasihati saya.Terima kasih. Wassalam.

  81. mutia wulandari
    March 2, 2015 at 2:10 am

    ass dok, maaf menggangu saya mau nanya sudah 2 minggu ini setiap saya bab,bab saya selalu mengeluarkan darah segar, padahal saya tidak merasakan sakit apapun termasuk ketika bab.itu bagaimana penjelasanya dok? apa langsung saya cek ke rumah sakit?

  82. Ariff
    March 30, 2015 at 6:04 am

    Dr ruhi minta tlg reply ye..bln 5 then lps IBU sy disahkan mengidap kanser usus,until now dia masih pakai beg kat luar perut (left side).baru2 ni pulak stoma prolaps,Dan 2,3hari lepas stoma tu berubah jadi unusual size…x silap saya bahagian hujung stoma tu membengkak Dan sy dapati ia berdarah pada kelilingnya..didalam ruangan salur najis juga kelihatan darah,out of no where…ada kalanya darah yang keluar Dari salur najis tu seakan akan berketul.. apa pendapat doktor tentang situasi ni…..please answer,I’m too worried about this…..

  83. Win
    June 7, 2015 at 12:49 am

    salam dr . nak tanya .. saya buang air besar kadang-2 keluar darah sekali . bukan selalu tapi jarang-2 berlaku . tak rasa apa pun masa keluar darah tu . Sangat banyak darah . apa saya kena buat eh ? selain dari minum air banyak .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box