Langkah-langkah Keselamatan & Kesihatan Selepas Banjir Apabila Balik ke Rumah Anda -KKM

 2015-01-04 15.37.571. AWAS! RISIKO RENJATAN ELEKTRIK, HAIWAN BERBAHAYA, RUNTUHAN DAN LANTAI LICIN
  1. Lakukan pemeriksaan di dalam rumah bagi memastikan haiwan dan serangga berbahaya seperti ular, lipan atau kala jengking tida kmenjadi ancaman kepada anda dan ahli keluarga. Periksa tempat-tempat yang mungkin boleh menjadi tempat pesembunyian haiwan-haiwan tersebut seperti dibelakang almari, kerusi atau cabinet dan lain-lain.
  2. Pastikan punca utama elektrik dimatikan bagi mengelakkan renjatan elektrik terutamanya jika air masih ada.
  3. Pastikan keadaan struktur rumah selamat bagi mengelakkan kecederaan akibat objek terjatuh semasa berada di dalam rumah.
  4. Lantai tile adalah sangat licin bila terendam air dan ditumbuhi kulat. Hati-hati bagi mengelakkan terjatuh dan cedera.

2. AWAS! RISIKO JANGKITAN KUMAN: Air dan tanah yang dibawa banjir mungkin mengandungi pelbagai kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Kulat juga akan tumbuh dengan cepat pada dinding, lantai dan perabut rumah. Oleh itu;

  1. Pakai alat perlindungan diri seperti boot dan sarung tangan getah terutama jika terdapat luka-luka kecil pada kaki dan tangan.
  2. Pakai topeng muka (mask) dan goggles bagi mengelakkan bahan kotoran tidak memasuki saluran pernafasan dan mata semasa aktiviti pencucian.
  3. Buka semua tingkap bagi memastikan peredaran udara yang baik sebelum melakukan aktiviti pencucian di dalam rumah.

3. ELAKKAN:

  1. Bersentuhan langsung dengan bahan-bahan kotoran dan juga perabut rumah seperti sofa yang ditenggelam air terutamanya jika ada luka-luka kecil di tangan. Sila pakai sarung tangan getah terlebih dahulu.
  2. Kanak-kanak bermain/berada di dalam kawasan rumah yang hendak dicuci.

4. Buang karpet atau bahan seumpamanya yang ditenggelami air banjir kerana ia berpotensi memerangkap bahan kotoran dan bacteria dalam jumlah yang tinggi. Ia mungkin boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada anda.

5. Simbah semua permukaan lantai dan dinding dengan air bagi membuang kotoran. Kemudian basuh dengan menggunakan air yang dicampur bahan pembasmi kuman seperti klorox atau bahan pencuci detergent. Ini bagi membasmi kuman-kuman dan juga mencegah kulat (mold) dari tumbuh. Klorox boleh dicampur dengan kuantiti 5:1 (5 air kepada 1 bahagian klorox) bagi memporolehi kesan yang baik.

6. Alatan memasak seperti periuk dan pinggang mangkuk yang terendam air banjir juga perlulah dibasuh dengan air campuranklorox atau bahan pencuci.

7. KESELAMATAN AIR MINUM:

  1. Sistem paip. Pastikan flush dahulu semua paip di dalam dan di luar rumah sebelum mengambil airnya bagi kegunaan keluarga anda. Dikhuatiri system paip yang ditengelami air banjir akan mengumpul bakteria yang boleh memberi risiko kesihatan.
  2. Pastikan semua air minum dimasak terlebih dahulu.

8. KESELAMATAN MAKANAN:

  1. Buang semua makanan yang terendam air banjir
  2. Elak memakan makan mentah seperti ulam-ulamam sehinggalah semua keadaan pulih
  3. Kupas buah-buahan dan sayuran yang berkulit sebelum di makan
  4. Basuh tangan selepas keluar tandas dan sebelum makan

9. KESELAMATAN SISTEM GAS MEMASAK: Peralatan dapur gas memasak dan paip getah boleh dimasuki air menyebabkan aliran gas tersekat dan keluar melalui injap dan liang yang tidak sepatutnya. PERIKSA sistem gas memasak terlebi hdahulu sebelum menggunakannya.

10. KESELAMATAN PERALATAN ELEKTRIK: PERIKSA semua suis elektrik dan peralatan elektrik lain seperti lampu dan kipas sebelum menghidupkannya. Ia mungkin dimasuki air dan kotoran lain yang boleh mendatangkan risiko renjatan elektrik dan litar pintas.

11. KEBERSIHAN DIRI: Kebersihan diri perlu diutamakan. Bersihkan diri anda secukupnya dengan menggunakan sabun mandi setiap kali melakukan aktiviti pembersihan di rumah.

DAPATKAN RAWATAN AWAL: sekiranya anda atau ahli keluarga anda mengalami deman atau cirit-birit, muntah-muntah dan tidak sihat selepas balik ke rumah, SEGERALAH berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box