Taufan Lan ! Jangan Sampai Kena Strok Haba (Heat stroke) – PPP Harith Baharudin

Menurut kenyataan Profesor Klimatologi dan Oseanografi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Fredolin Tangang, Malaysia merupakan antara negara yang sedang mengalami fenomena panas dan terik berpanjang akibat tempias Taufan Lan yang menggegarkan timur Filipina yang akan menyebabkan cuaca yang panas dan kering di seluruh negara. Tambahan lagi, menurut kajian pihak terbabit, dijangkakan bahawa ia akan berlarutan sehingga beberapa hari sebelum keadaan cuaca musim peralihan monsun kembali semula.

Keadaan panas dan kering sememangnya tidak selesa, lebih lebih lagi pada individu yang mengalami masalah kulit sensitif kerana mereka akan mengalami kegatalan dan sakit pada bahagian yang kerap berpeluh. Namun demikian, simptom tersebut tidak lah begitu serius, perkara yang lebih serius dalam situasi ini sehingga boleh mengundang maut ialah keadaan “heat stroke” (strok haba). Hal ini kerana, “heat stroke” boleh menyebabkan kematian kerana suasana sekeliling terlalu panas dan mengakibatkan keadaaan dehidrasi yang terlampau, kekeliruan dan seterusnya boleh menyebabkan keadaan tidak sedarkan diri (koma).

Antara simptom awal bagi keadaan ini adalah mual dan muntah, pening, lemah dan kekejangan otot, sakit kepala, keletihan seterusnya lemah tumpuan. Dalam keadaan yang lebih teruk, kondisi ini lebih berisiko terjadi pada golongan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah, penghidap penyakit pernafasan, darah tinggi ,kencing manis, dan penghidap penyakit kelanjar tiroid. Tambahan lagi, golongan lain yang lebih berisiko adalah mereka yang terlibat dengan pekerjaan dan melakukan aktiviti fizikal sebagai contoh peladang, buruh, ahli sukan dan sebagainya.

Pelbagai cara boleh di lakukan daripada mencegah perkara di atas di mana ia nya bermula dengan banyakkan meminum air kosong , meminum air isotonik (mampu mengantikan air garam yang keluar melalui peluh dengan cepat) dan kerap mandi untuk menyejukkan tubuh badan. Selain daripada itu, antara perkara umum lain yang boleh di lakukan adalah dengan mengehadkan aktiviti luar rumah, banyakkan berehat di waktu lapang , memakai pakaian yang longgar, ringan dan terang di samping elakkan bersenam di bawah terik matahari. Bagi mereka yang mengunakan kenderaan tertutup (kereta,lori, van dan lain lain) perlu juga mengelakkan diri dan orang lain di dalam keadaan tingkap tertutup.

Bagi staf kesihatan keseluruhannya perkara mengenai hal ini adalah perlu diketahui, kerana fenomena ini akan berlanjutan dalam jangkamasa beberapa hari lagi dan akan ramai pesakit datang untuk mendapatkan rawatan kesihatan akibat kesan daripada fenomena ini.

PPP Harith Baharudin
Jabatan Kecemasan & Trauma
Hospital Melaka

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

 

Artikel MMG lain mengenai cuaca panas:

 

Panas! Panas! Cuaca Panas! – Dr. Nur Hidayati

https://www.mmgazette.com/panas-panas-cuaca-panas-dr-nur-hidayati/

Strok Haba: Pembunuh senyap yang sering dilupakan – Dr. Ahmad Mahyuddin

https://www.mmgazette.com/strok-haba-pembunuh-senyap-yang-sering-dilupakan-dr-ahmad-mahyuddin/

A Guide to Working in a Hot Environment – Dr. Lim Jac Fang

https://www.mmgazette.com/a-guide-to-working-in-a-hot-environment-dr-lim-jac-fang/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box