Alkohol, Keganasan dan Keagresifan – Dr Jaya Kumar, Dr Isa Naina Mohamed & Dr Rashidi Mohamed Pakri Mohamed

Ketagihan alkohol adalah salah satu punca utama beban penyakit dan kecederaan global. Alkohol boleh mengubah keadaan mental seseorang individu, termasuk kebolehan memproses emosi dan pemikiran rasional (Sontate, 2021). Ini secara keseluruhannya boleh menyebabkan kelakuan seseorang yang minum alkohol secara berlebihan tidak dapat diramalkan dan berbahaya, terutamanya golongan muda (Kerajaan Australia, 2017) atau mereka yang mempunyai komorbiditi psikologi atau psikiatri yang sedia ada (Puhalla et al., 2020). Kajian dari pelbagai negara telah melaporkan jenayah dan keganasan rumah tangga akibat penggunaan alkohol (Mayshak et al., 2020), terutamanya semasa keadaan pandemik penyakit koronavirus global 2019 (COVID-19) (Finlay dan Gilmore, 2020).

Pengambilan minuman keras dengan kadar alkohol yang lebih tinggi dari 0.75 g/kg telah dikaitkan dengan peningkatan sifat agresif (Kuypers et al., 2020), walaupun kajian lain telah melaporkan tiada kaitan antara kadar pembunuhan dan tahap penggunaan alkohol (Weiss et al., 2018). Malah, negara yang mempunyai corak minum yang lebih berisiko tidak menunjukkan kadar jenayah yang lebih tinggi berbanding negara yang mempunyai corak minum yang kurang berisiko (Hockin et al., 2018). Ini membawa kita kepada persoalan, adakah alkohol sahaja mencukupi untuk mencetuskan keganasan atau keagresifan?

Berdasarkan kajian kesusasteraan yang dikumpul dalam penemuan lepas, adalah jelas bahawa beberapa faktor individu dan persekitaran menentukan kemungkinan seseorang yang mabuk terlibat dalam tindakan agresif atau ganas. Disregulasi emosi, keimpulsifan, dan komorbiditi psikiatri yang sedia ada seperti gangguan personaliti, gangguan letupan emosi (intermittent personality disorder) bersama-sama sifat genetik dan tekanan dari persekitaran seperti kesukaran semasa zaman kanak-kanak, adalah salah satu pencetus keagrasifan semasa dalam keadaan mabuk. Penemuan genetik menunjukkan bahawa tekanan alam sekitar memainkan peranan yang lebih penting dalam keganasan yang dilakukan berbanding dengan genotip yang berisiko tinggi (Schwab-Reese et al., 2020).

 

Artikel ini ditulis oleh Prof Madya Dr Jaya Kumar (Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia), Prof Madya Dr Isa Naina Mohamed (Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Dr Rashidi Mohamed Pakri Mohamed (Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia)

 

Rujukan

Australian Government (2017). What are drugs? Department of Health. Available online at: https://www.health.gov.au/health-topics/drugs/about-drugs/what-are-drugs

Finlay I., Gilmore I. (2020). Covid-19 and alcohol—a dangerous cocktail. BMJ 369:m1987 10.1136/bmj.m1987

Hockin S., Rogers M. L., Pridemore W. A. (2018). Population-level alcohol consumption and national homicide rates. Eur. J. Criminol. 15, 235–252. 10.1177/1477370817731042

Kuypers K. P. C., Verkes R. J., Van den Brink W., Van Amsterdam J. G. C., Ramaekers J. G. (2020). Intoxicated aggression: do alcohol and stimulants cause dose-related aggression? A review. Eur. Neuropsychopharmacol. 30, 114–147.

Mayshak R., Curtis A., Coomber K., Tonner L., Walker A., Hyder S., et al.  (2020). Alcohol-involved family and domestic violence reported to police in Australia. J. Interpers. Violence 886260520928633.

Puhalla A. A., Berman M. E., Coccaro E. F., Fahlgren M. K., McCloskey M. S. (2020). History of childhood abuse and alcohol use disorder: relationship with intermittent explosive disorder and intoxicated aggression frequency. J. Psychiatr. Res. 125, 38–44. 10.1016/j.jpsychires.2020.02.025

Schwab-Reese L. M., Parker E. A., Peek-Asa C. (2020). Interactions of adolescent social experiences and dopamine genes to predict physical intimate partner violence perpetration. PLoS ONE 12:e0172840.

Sontate, K. V., Rahim Kamaluddin, M., Naina Mohamed, I., Mohamed, R. M. P., Shaikh, M. F., Kamal, H., Jaya Kumar (2021). Alcohol, Aggression, and Violence: from Public Health to Neuroscience. Front. Psychol. 12, 699726. doi:10.3389/fpsyg.2021.699726

Weiss D. B., Testa A., Rennó Santos M. (2018). Hazardous alcohol drinking and cross-national homicide rates: the role of demographic, political, and cultural context. J. Drug Issues 48, 246–268. 10.1177/0022042617750579

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box