Apakah yang dimaksudkan dengan CPR?
CPR ialah gabungan bantuan kaedah EAR (Expired Air Resuscitation) yang bermaksud bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan ECC (External Cardiac Compression) yang bermaksud mampatan dada. Selain CPR dianggap sebagai bantuan cemas yang dilakukan secara ekspres atau ‘on-the-spot action’, ia juga dikatakan mampu menghidupkan individu yang telah mati atau lebih dikenali sebagai kematian klinikal. Kematian klinikal ialah kematian yang berlaku di antara 4-6 minit pertama iaitu ketika jantung dan nafas mula-mula berhenti.