Apakah itu HbA1c bagi pesakit kencing manis? – Dr Mohammad Bin Che’ Man & Dr Shahidah Che Alhadi

Apakah itu HbA1c bagi pesakit kencing manis?

HbA1c atau nama lain ‘glycated haemoglobin’ adalah satu perkataan yang selalu digunakan berkaitan dengan penyakit kencing manis. Ianya adalah panduan daripada gula dalam darah sepanjang 3 bulan lepas secara purata dan juga untuk mendiagnosa pesakit kencing manis.

Ianya terbentuk apabila sel haemoglobin iaitu protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen bergabung dengan gula dalam darah yang menjadi ‘glycated’.

Untuk pesakit kencing manis, paras HbA1c yang melebihi nilainya akan menyumbang kepada risiko pembentukan komplikasi kronik kepada pesakit. Sekiranya paras kandungan gula dalam badan adalah tinggi, paras HbA1c juga akan menjadi tinggi.

Walau bagaimanapun, pesakit-pesakit yang mempunyai masalah abnormal haemoglobin adalah tidak sesuai untuk menentukan kawalan kencing manis melalui ujian HbA1c.

Mendiagnosa penyakit kencing manis berdasarkan kepada ujian HbA1c:

Normal < 5.6%
Pre- diabetes 5.6 hingga 6.2%
Diabetes (Kencing manis) ≥ 6.3%

Untuk pesakit kencing manis yang tidak bergejala, pengulangan ujian HbA1c perlu dilalkukan selepas 4 minggu ujian positif. Untuk yang bergejala, hanya satu ujian sudah mencukupi untuk mendiagnos kepada penyakit kencing manis.

Kajian-kajian tentang HbA1c:

Berdasarkan kajian-kajian terkemuka seperti UK Prospective Diabetes Study (UKPDS) dan Diabetes Control and Complication Trial (DCCT), ianya menunjukkan bahawa penurunan kadar HbA1c sebanyak 1% di kalangan pesakit kencing manis jenis 1 dan jenis 2 akan mengurangkan risiko komplikasi mikrovaskular akibat kencing manis sebanyak 25%. Contoh komplikasi vaskular adalah seperti masalah mata (retinopati), masalah saraf (neuropati) dan masalah buah pinggang (nefropati).

Melalui kajian-kajian juga terhadap pesakit kencing manis jenis 2 apabila terdapat penurunan 1% HbA1c akan mengurangkan 19% risiko penyakit selaput mata (katarak), 16% risiko penurunan kegagalan jantung dan 43% risiko pemotongan kaki (amputasi) atau kematian akibat penyakit ‘peripheral vascular disease’.

Apakah beza antara HbA1c dengan paras gula dalam darah?

HbA1c menyediakan bacaan purata gula untuk sesuatu masa yang panjang dan di ambil pada saluran darah vena manakala kandungan gula (glukosa) dalam darah diambil pada satu ‘single point’.

Keadaan-keadaan HbA1c tidak boleh digunakan untuk mendiagnosa pesakit kecing manis:

  • Remaja kurang dari 18 tahun.
  • Pesakit yang mengambil ubatan seperti steroid dan ubat antipsikotik.
  • Pesakit yang mengambil oral zat besi (iron).
  • Pesakit yang mengalami kecederaan organ pancreas dan menjalani pembedahan pancreas.
  • Masalah genetik yang berkaitan dengan HbA1c.
  • Pesakit buah pinggang tahap 4 dan 5 dan yang mengambil suntikan “erythropoietin”.
  • Anaemia sebab kekurangan zat besi, vitamin B12 dan kekurangan ‘erythropoietin’.

Target HbA1c untuk pesakit kencing manis:

Ketat

(6.0 hingga 6.5%)

 

6.6% hingga 7.0%

Kurang ketat

(7.1% hingga 8.0%)

 

·       Pesakit yang baru didiagnosa

·       Lebih muda usia

·       Sihat tubuh badan (jangkaan umur yang panjang, tiada komplikasi jantung)

·       Risiko rendah hipoglisemia

 

 

·       Yang lain-lain

 

·       Pesakit yang ada penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang.

·       Jangkaan umur yang pendek

·       Senang hipoglisemia

Skala bacaan HbA1C dengan purata kencing gula dalam darah pesakit:

5%                   6%                7%              8%              9%             10%             11%         12%      (HbA1c)

5.4                   7.0                8.6            10.2            11.8            13.4            14.9         16.5       (Blood glucose)

Rujukan:

  • CPG Management of Type 2 Diabetes Mellitus (5th Edition) , Ministry of Health Malaysia, 2016
  • King P et al, The UK Prospective Diabetes Study (UKPDS): Clinical and therapeutic implication for type 2 diabetes.

Asst. Prof. Dr Mohammad Bin Che’ Man

Pensyarah perubatan/Pakar Perubatan Keluarga

MD.UKM, MMED.USM

Department of Family Medicine,

Kulliyyah of Medicine, IIUM Kuantan

Asst. Prof. Dr Shahidah Che Alhadi

Pensyarah perubatan/Pakar Bedah

MBBS. IIUM , MMED.USM

Department of Surgery

Kulliyyah of Medicine, IIUM Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box