Apakah Kesan Kerja Syif Kepada Kesihatan? – Dr Lim Jac Fang

Sumber: fitness.makeupandbeauty.com

Sumber: fitness.makeupandbeauty.com

Pekerjaan syif bermaksud sekumpulan pekerja yang bergantian dengan sekumpulan pekerja yang lain di tempat kerja yang sama, bekerja dalam putaran 24 jam sehari. Ia diperlukan dalam beberapa industri mengikut keperluan permintaan-penawaran terhadap tenaga kerja selama 7 hari seminggu dan seterusnya 365 hari setahun. Kebiasaannya terdapat dua atau tiga jadual syif, pada kitaran 8 jam atau 12 jam diselitkan dengan waktu berehat. Kefahaman tentang peri pentingnya kerja syif adalah penting kerana ia mempunyai kesan terhadap jadual, keperluan para pekerja dan beban kerja, dari segi pengekalan kualiti produktiviti, dan semangat pekerja.

Kesan utama dari pekerjaan syif ialah keperluan untuk bekerja di waktu berehat normal seorang manusia bermula dari 9 malam hingga 5 pagi. Jam biologi akan diaturkan-semula dalam tempoh ini dan bekerja akan mengganggu ritma sirkadian waktu-jaga yang normal – kitaran tidur manusia. Keadaan ini akan menyebabkan pekerja itu berjaga ketika waktu tidur yang sepatutnya dan kemudian akan tidur pada syif akan datang kerana kurang mendapatkan rehat yang secukupnya.

Bekerja syif boleh menyebabkan tekanan dan keletihan, kerana badan memerlukan penyesuaian antara siang dan malam. Ini adalah salah satu isu-isu kesihatan mental yang berkaitan dengan kerja syif. Ia juga dikenali sebagai gangguan ritma harian. Para pekerja mudah menjadi perengus,cepat marah, dan mengalami kesukaran untuk fokus lalu menyebabkan perasaan mudah marah.

Para pekerja syif juga akan mengalami keletihan. Pekerja berasa sangat penat dan kekurangan motivasi untuk melakukan aktiviti biasa harian mereka. Ia seperti penyusutun tenaga. Masalah gastrik seperti rasa kembung, ‘kekenyangan’ dan kadang-kadang sakit di perut (gastritis) juga boleh berlaku. Dalam jangka masa panjang, ia boleh mengurangkan keimunan dan pekerja boleh jatuh sakit dengan mudah.

Seperkara lagi aspek tentang kerja syif ialah gangguan dalam aktiviti sosial dan kekeluargaan. Oleh kerana sifat pekerjaan dan masa, pekerjaan syif boleh menyebabkan pekerja tidak dapat menghadiri majlis kekeluargaan, dan jika kedua-dua suami dan isteri bekerja dalam syif yang berbeza, ia boleh meregangkan hubungan kekeluargaan.

Oleh itu, apakah yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak, pekerja dan majikan untuk mengurangkan kesan-kesan daripada bekerja secara syif ini?

  1. Rancanglah jadual dalam mengurangkan kesan-kesan daripada bekerja secara syif. Adalah lebih sesuai untuk bekerja pada siang hari, petang dan malam,diikuti dengan hari bercuti.
  2. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk tidur yang lebih berkualiti, dalam keadaan yang selesa, gelap dan sunyi serta perlu bersikap konsisten dengan waktu untuk tidur.
  3. Aktiviti-aktiviti harian seperti bersenam, meluangkan masa untuk bersama keluarga dan juga bekalan nutrisi yang secukupnya, perlu diteruskan. Ini dapat meningkatkan lagi tahap kesihatan dan juga keimunan badan.
  4. Alkohol, kopi/teh, dan juga merokok, perlu dikurangkan atau dielakkan kesemuanya.
  5. Akhir sekali, seperti mana anda perlu menghantar kereta anda untuk diservis mengikut skala kebiasaan, demi memastikan keadaan yang optimum; lakukanlah perkara yang sama kepada diri anda kerana sebagai pekerja, anda perlu berada dalam keadaan yang optimum juga.

Dr. Lim Jac Fang merupakan perunding kesihatan pekerjaan dari Sabah, mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang yang diceburi oleh beliau. Kenali beliau dengan lebih lanjut dalam laman The Team. Artikel ini diterjemahkan oleh Raja Maizatul Azaria.

Rujukan:

  • LaDou, Joseph, ed. 2006. Current Occupational and Environmental Medicine, 4th ed. New York: McGraw Hill.

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

1 comment for “Apakah Kesan Kerja Syif Kepada Kesihatan? – Dr Lim Jac Fang

  1. Nurse Shasha
    June 20, 2014 at 3:58 pm

    Sangat berguna tips ini. Thanks you dr. Kami nurse memang memerlukan 24/7 untuk menjaga pesakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box