Kekeringan mulut atau dalam istilah perubatannya, xerostomia adalah disebabkan kekurangan atau ketiadaan air liur di dalam mulut. Air liur terhasil sekurang-kurangnya 1.5 liter dalam sehari dan ia berfungsi untuk menjaga kesihatan mulut dan pada masa yang sama mengekalkan kelembapan mulut. Kekeringan mulut yang teruk akan menjejaskan kesihatan gigi dan gusi. Pada masa yang sama juga ia akan mengganggu proses penghadaman dan penelanan makanan. Jika ia tidak dirawat, kekeringan mulut akan memberi kesan atau komplikasi yang lebih buruk terhadap gigi dan gusi serta masalah kesihatan.
Bagaimana air liur berfungsi?
Kekeringan mulut ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja contohnya jika kita berada dalam keadaan stress atau gementar. Namun begitu, jika masalah ini berterusan, ia perlu dikenal pasti penyebab utamanya dan dapatlah rawatan yang sewajarnya. Air liur mempunyai pelbagai fungsi seperti mengawal kuman di dalam mulut, mengawal pH didalam mulut agar kekal neutral, membersih mulut dari makanan dan mengekalkan kesihatan gusi. Antara lain fungsi air liur ialah:
- Melembabkan mulut
- Membantu penghadaman dan penelanan makanan
- Membantu percakapan
- Membantu proses remineralisasi permukaan gigi
Tanda-tanda kering mulut
Selalunya, pesakit akan mengadu:
- Mulut kering
- Air liur menjadi pekat dan berbuih
- Permukaan mukosa mulut kering dan merekah
- Bibir kering dan merekah
- Bau mulut
- Rasa ‘seolah-olah terbakar’ di dalam mulut
- Jangkitan fungi
- Makanan melekat pada gusi dan gigi
- Susah mengunyah dan menelan
- Masalah pergigian contoh karies, masalah gusi
- Jika pesakit memakai gigi palsu, pesakit akan mengadu gigi palsunya longgar
Apakah penyebab kering mulut?
Terdapat beberapa faktor berlakunya kekeringan mulut:
- Masalah perubatan seperti ‘Sjogren syndrome”, diabetes, depresi
- Penggunaan dan pengambilan ubatan seperti ‘tricyclic antidepressants , antihypertensive (α dan β blocker, diuretic, calcium channel blocker, angiotensin converting enzyme inhibitors), ubat sitotoksik, antiparkinson dan ubat antisawan.
- Umur yang meningkat
- Kemoterapi
- Radiaoterapi
- Trauma contohnya akibat kemalangan atau prosedur pembedahan yang menyebabkan kecederaan kelenjar air liur
- Berdengkur
- Bernafas melalui mulut (mouth breather)
- Merokok
- Minum alkohol
Pencegahan
Pesakit kadang kala tidak perasan bahawa mereka mempunyai masalah kekeringan mulut. Di dalam kes-kes yang tidak kronik, masalah ini boleh diatasi. Selalunya rawatan adalah memfokus kepada mengurangkan simptom dan mengelak karies dan masalah gusi. Pekara-pekara umum yang boleh dilakukan oleh pesakit ialah:
- Banyakkan minum air, elakkan pengambilan air jus, minuman berkabonat kerana ia akan menjurus kepada karies gigi.
- Gunakan ‘sugar free chewing gum’ untuk merangsang penghasilan air liur
- Hadkan pengambilan alkohol, caffeine
- Elakkan merokok
- Guna ubat kumur yang tiada alcohol kerana alcohol akan mengeringkan lagi permukaan mukosa mulut
- Bernafas melalui hidung
- Penggunaan saliva gantian (Saliva-substituent) yang boleh dibeli di farmasi.
- Penjagaan kebersihan mulut- memberus gigi dan lidah, ‘flossing’ dan lain-lain.
Rawatan
Pada kes-kes yang kronik, pekara utama yang perlu diketahui ialah penyebab kekeringan mulut ini. Setelah diagnosis dibuat, langkah seterusnya adalah membuat perancangan rawatan terhadap masalah tersebut.
Rawatan untuk masalah yang disebabkan xerostomia (kekeringan mulut)
|
|
MASALAH |
STRATEGI RAWATAN
|
Karies Gigi |
|
Kekeringan mulut |
|
Sukar mengunyah |
|
Sukar menelan |
|
Gigi palsu yang longgar |
|
Jangkitan fungi |
|
Secara kesimpulannya, kekeringan mulut, jika dirawat dengan betul, ia dapat mengurangkan ketidakselesaan pesakit dan mereka boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Lawatan berkala ke klinik pergigian dapat mengurangkan masalah pergigian dan rawatan awal dapat dijalankan agar kesihatan mulut terjaga.
Dr Anis Ezrina adalah seorang pakar pergigian restoratif yang sangat mementingkan pendidikan pesakit terhadap masalah pergigian. Kenali beliau dengan lebih lanjut di lama The Team.
[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]
Rujukan:
- Dry mouth and its effects on the oral health of elderly people. Micheal D. Turner, Jonathan A.Ship. Journal of America Dental association. 2007; 138: 15-20
- Dental Hygienists: Your partners in Oral Health : www.odha.on.ca
- Treatment of oral dryness related complaints (xerostomia) in Sjogrens syndrome. Willy A Van, V.Arjan, V.Enno. Annual Rheumatic disease 1999; 58: 465-474
Satu perkongsian ilmu yg baik..
terima kasih atas perkongsian ini,sungguh bermanfaat sekali 🙂