COVID-19: Formula 3 (Amalkan 3 Serangkai, Elakkan 3C atau 3S) – Dr Farizah Hairi & Dr Zaki Hilmi

Sumber gambar: dailyexcelsior.com

Tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar dan sangat luar biasa. Satu tahun sangat unik yang belum pernah kita lalui selama ini.

Penduduk bumi di ancam dengan hebatnya oleh sejenis kuman yang sangat kecil, yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi sangat bijak dan licik.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pula dilanjutkan lagi mulai 12 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020.

Keadaan ini memaksa kita semua untuk mengubah cara kehidupan kita mulai sekarang sehingga suatu masa yang akan datang.

Sehingga bila? Selama manakah?

Kami masih juga tertanya-tanya soalan yang sama, namun masih tidak menemui jawapan yang tepat lagi.

Yang pasti, mulai detik ini, kita hendaklah mengamalkan tiga serangkai dan mengelakkan 3C.

 

Apakah tiga serangkai tersebut?

  • Mempraktikkan amalan kebersihan diri dan tangan, iaitu kerap membasuh tangan dengan betul dengan air dan sabun, atau dengan hand sanitizer.
  • Menggunakan topeng muka.
  • Mengamalkan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya menjaga jarak di antara kita satu meter daripada satu orang dengan orang yang lain.

 

Apakah 3 C pula?

  • Elakkan berada di kawasan yang sesak atau ramai orang (crowded area)
  • Elakkan berada di dalam kawasan yang tertutup atau sempit (confined space)
  • Elakkan bercakap atau sembang pada jarak yang dekat iaitu kurang dari satu meter (close conversation)

 

Sedikit peringatan terakhir:

  • Amatlah penting untuk kita tidak balik ke kampung untuk menyambut sebarang keramaian atau untuk berhari raya.
  • Sayangilah warga emas, mereka berisiko tinggi sekiranya terdedah kepada Covid-19.
  • Jangan adakan rumah terbuka ketika hari raya tahun ini.
  • Walaupun kita duduk di rumah, jangan keluar rumah sekiranya tiada keperluan.

 

Kita mesti jaga kita.

Kita mesti jaga keluarga kita.

Kita mesti jaga masyarakat kita.

Kita mesti jaga negara kita.

Kita lah barisan hadapan yang sebenar.

Terus amalkan kelaziman baru ini, agar kita berjaya memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19.

Insya Allah kita yakin, kita pasti akan menang. Dan Berjaya menumpaskan pandemik Covid-19 ini

Kita prihatin!

Pesanan Kepada Masyarakat Daripada Dr Farizah Hairi dan Dr Zaki Hilmi.

Dr Farizah Hairi adalah Professor Madya dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Universiti Malaya.

Dr Muhammad Zaki Hilmi Zainal Abidin, adalah doktor perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, graduan Newcastle University.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box