“Hindi Samja Nahi!” (Saya Tidak Faham Bahasa Hindi!) – Afiqah Binti Azman

20140205_145848“Selepas ni, orang dah tak faham kalau kita cakap bahasa Melayu.”

Begitulah kata-kata salah seorang rakan saya sewaktu kami berlepas ke India untuk kali pertama bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Walaupun sangat teruja kerana itu adalah pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke negara asing, namun di dalam hati masih ada perasaan risau memikirkan tentang masalah komunikasi yang bakal ditempuhi, lebih-lebih lagi apabila dimaklumkan bahawa universiti saya terletak di sebuah kota yang mana penduduknya kurang fasih berbahasa Inggeris.

Pada tahun pertama pengajian, saya kurang berhadapan dengan masalah komunikasi kerana seharian sibuk ke kelas dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan tempatan serta pensyarah-pensyarah yang mahir berbahasa Inggeris. Masalah komunikasi hanya timbul apabila saya berurusan dengan penjual kedai runcit atau pemandu ‘auto’ (kenderaan beroda tiga yang digunakan sebagai pengangkutan awam di India). Saya beruntung kerana mempunyai senior-senior yang sudi mengajar saya beberapa perkataan mudah seperti ‘kitna’ (berapa) dan nombor-nombor dalam bahasa Hindi, lantas memudahkan urusan jual beli. Selain itu, kami para pelajar Malaysia juga kerap disapa oleh pengunjung-pengunjung hospital semasa kami melintasi kawasan hospital untuk ke dewan kuliah. Mungkin kerana bilangan pelajar Malaysia yang tidak begitu ramai pada masa itu dan rupa kami yang agak berbeza dari mereka, jadi mereka seakan kaget serta hairan dan sering memerhatikan kami. Kebanyakannya  bertanya berkenaan kawasan hospital dan semestinya dalam bahasa Hindi yang memang saya tidak faham pada ketika itu. Apabila saya menjawab “I’m sorry, I don’t know Hindi”, mereka juga tidak faham apa yang saya katakan dan sekali lagi bertanya sesuatu dalam bahasa Hindi. Keadaan kami ini boleh diibaratkan bagai ayam dan itik yang bercakap, saling tidak memahami bahasa yang dituturkan sesama sendiri.

Masuk tahun kedua, kami sudah mula menghadiri kelas klinikal yang diadakan di hospital. Pada masa itu, saya dapat rasakan semakin besar masalah komunikasi yang akan saya hadapi. Pesakit di sini, rata-ratanya bertutur dalam bahasa Hindi atau Marathi (bahasa rasmi negeri Maharashtra) dan sedikit pun tidak tahu berbahasa Inggeris.  Memandangkan kelas klinikal memerlukan kami untuk berkomunikasi dengan para pesakit dan mengambil sejarah penyakit mereka, jadi saya hanya berdiri di tepi dan memerhatikan rakan-rakan tempatan berbual-bual dengan pesakit. Bulan yang pertama, saya tidak merasakan apa-apa tetapi lama kelamaan, saya terfikir saya harus berbuat sesuatu dan tidak boleh terus menjadi pemerhati. Dengan bantuan seorang rakan tempatan yang agak rapat, saya mula belajar ayat-ayat mudah untuk berkomunikasi seperti siapa nama kamu, berapa umur kamu, kamu tinggal di mana dan apa sebabnya datang ke hospital. Setiap hari saya menghafal dan mempraktikkannya di kelas klinikal. Kawan-kawan tempatan selalu mengetawakan saya apabila saya cuba bertutur kerana bagi mereka sebutan atau ‘slang’ saya sangat pelik bunyinya.

Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berlatih. Saya sangat gembira dan berpuas hati apabila pesakit faham apa yang saya tanyakan pada mereka. Akan tetapi satu lagi masalah timbul apabila saya tidak faham jawapan yang mereka berikan. Oleh sebab itu, terhasillah sebuah kamus peribadi kecil yang memuatkan perkataan-perkataan yang selalu digunakan di hospital. Setiap hari, saya akan mencatat sekurang-kurangnya lima perkataan baru yang saya dengar. Saya kembali menjadi pemerhati tetapi kali ini saya cuba memberikan lebih perhatian pada apa yang rakan saya bualkan bersama pesakit, cuba menangkap perkataan-perkataan yang pernah didengari. Tahun ini merupakan tahun ketiga saya di sini. Kamus saya semakin tebal, perbendaharaan kata Hindi saya juga semakin bertambah dan kini, saya sudah boleh berbual ringkas dengan para pesakit.

20140205_133943Para pesakit di sini sebahagian besarnya terdiri dari kalangan warga emas. Mereka juga agak peramah. Apabila saya cuba memulakan perbualan dengan mereka, mereka menyangka bahawa saya fasih berbahasa Hindi dan leka bercerita itu dan ini.  Saya hanya tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala sebagai respon kepada cerita mereka walhal saya hanya faham lebih kurang dua puluh peratus sahaja dari apa yang mereka ceritakan. Selesai mereka bercerita, barulah saya akan merujuk kepada rakan yang turut berada di situ untuk mengetahui dengan lebih jelas apa yang mereka ceritakan. Segelintir pesakit di sini kadang kala sangat bersungguh-sungguh bercerita untuk membuatkan kami faham apa yang terjadi kepada mereka. Walaupun berulang kali saya katakan “Hindi samja nahi” yang bermaksud saya tidak faham bahasa Hindi, namun mereka tetap meneruskan penceritaannya  sambil menggunakan gaya badan. Tidak saya nafikan, kesungguhan para pesakit sebeginilah yang banyak membantu saya mendalami bahasa Hindi.

Begitu pantas masa berlalu, diam tak diam saya bakal menjadi pelajar tahun akhir pada semester depan. Semakin banyak masa yang akan dihabiskan bersama pesakit-pesakit di hospital. Saya akan terus berusaha mendalami bahasa Hindi walaupun pada mulanya saya kerap mempertikaikan mengapa saya perlu belajar bahasa Hindi kerana saya tidak akan menggunakannya kelak apabila bekerja di Malaysia memandangkan warga Malaysia majoritinya bertutur bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Saya percaya apa sahaja yang kita lakukan dan pelajari akan memberi faedah kepada kita. Mungkin bukan sekarang tetapi pada masa hadapan. Sesetengah perkara yang kita pandang remeh pada hari ini juga, mungkin menjadikan kita seseorang yang luar biasa kelak kerana apa sahaja yang bakal berlaku esok, lusa, tulat, atau pada masa akan datang, tiada siapa yang boleh meramalkannya. Bak kata pepatah, “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu”

Afiqah adalah seorang pelajar perubatan tahun 4 di Krishna Institute of Medical Sciences, India. Ketahui tentang beliau di laman Young Columnists Program di bawah The Team.

15 comments for ““Hindi Samja Nahi!” (Saya Tidak Faham Bahasa Hindi!) – Afiqah Binti Azman

  1. MOHD IZZAT SHAFIQ
    February 6, 2014 at 12:39 am

    Kudos fifi! Simple but yet meaningful to all people outside there. =)

  2. Hidayah
    February 6, 2014 at 9:11 am

    A very well written and honest account. Was touched by the perseverance and tenacity showed by the author. Hopefully all medical students can emulate these qualities, it’s not easy to be a doctor, even harder to be a good one but Insya Allah you’re on the right track. Well done!

    • Afiqah
      February 6, 2014 at 11:06 pm

      Yeah..i know it’s not gonna be easy but i’ll keep struggling! insyaAllah.. Thanks Dr. Hidayah =)

  3. sue_bashah
    February 6, 2014 at 11:11 am

    Cerita yg jujur dan terkesan di hati saya.
    Kdg2 kita lupa & mementingkan diri sendiri.”apa guna belajar bahasa asing kalau tidak digunakan”.ttp mengapa tidak kita fikir dr subjek kemanusiaan.wpun bahasa ayam itik tetapi sekurang2nya sejuk hati apabila ada juga org lain sudi mendengar dan memberi respon walau hanya bahasa tubuh,mgkin sekadar anggukan kecil dan renungan mata.teruskan usaha mempelajarinya..Sebagaimana kita bangga dgn bangsa lain yg menuturkan hatta sepatah perkataan bahasa ibunda kita,begitu juga mereka.lebih2 lagi dari manisnya bicara seorang doktor…

  4. Ima Din Pian
    February 6, 2014 at 11:21 am

    Syabas Fifi sbb punyai attitude yg sangat baik terhadap mempelajari bahasa baru,sebenarnya bahasa Hindi adalah bahasa yg indah,kurang kurang buleh faham lagu Hindi.Way to go girl

  5. Bibi
    February 6, 2014 at 11:58 am

    Waaahhhh,nt nk.pnjm kamus ble? Article y best!

  6. Jun Kai
    February 6, 2014 at 5:37 pm

    Just finished my finals in Karnataka, where we used Kannada.
    Your article is well written. Perfect. Kudos for the effort!!! =) Keep learning!!!
    This is the perfect attitude. =) Communication is most important. =)

    • Afiqah
      February 7, 2014 at 1:54 am

      Hello there! Thanks for reading.
      I learnt Kannada for 3 months before flying to India. However, since I’m in Maharashtra, I don’t practice it. But I guess maybe I can still recognised the alphabet. =)

  7. Alya H
    February 6, 2014 at 7:56 pm

    Hi.Loved your article.
    I congratulate you on your preserverance and encourage you to pursue learning Hindi as you are at the best place and time to learn it.
    It is never a waste to learn another language as you never know when it will come in handy.

    Im also someone struggling to learn Hindi or Urdhu to be more precise.Its actually a very beautiful language with complex grammar not dissimilar to Arabic. Let’s both not give up and keep trying our best!

    • Afiqah
      February 7, 2014 at 1:41 am

      Hi Dr. Alya. I’m glad u loved it.
      We are in the same boat! But I heard Urdhu is a bit harder. All the best to you. Let’s keep fighting!

  8. nickhun
    February 7, 2014 at 7:23 pm

    Tahniah artikel yang menarik. Belajar bahasa asing bukan suatu benda yang senang, sebab ia memerlukan ketabahan dan kesungguhan yang berterusan..syabas anda sudah selangkah ke arah yang cemerlang..semoga berjaya pada masa hadapan 🙂 -saranghaeyo.

    • Afiqah
      February 7, 2014 at 10:31 pm

      Hi nickhun.
      Terima kasih di atas kata-kata semangat yg memberangsangkan. I’ll give my very best till the end.
      Kamsahamnida =)

  9. February 17, 2014 at 3:28 am

    sama seperti di Mesir.

    walaupun telah belajar Bahasa Arab komunikasi sewaktu sekolah menengah, namun ada 2 cabaran utama; penduduk Mesir menggunakan Bahasa Arab Ammi (dialek), dan istilah-istilah perubatan/slang dalam bahasa awam.

    sudah 7 tahun, dan masih belum master. belum cukup usaha nampaknya.

  10. Sharon
    April 9, 2014 at 7:43 pm

    Dear Afiqah,

    I am looking for an article for my work with Special Olympics in improving healthcare and health access for people with special needs when I came across your article. One of the barriers to healthcare for these marginalize population is communication. Often they are misdiagnosed because of their inability to communicate effectively. I do hope that more future doctors will take the extra mile as like what you have done , not just to learn a new language but to really understand your patients and thus make the right diagnosed and treatment.Keep up the good work!

  11. sana anam
    June 24, 2014 at 1:11 am

    hi,
    Reading your article, make me remember my life when i was first came to malaysia, it was hard as i never know how to speak MALAY. however when i think back i never lost anything but had gain more in this processes of learning. it was amazing to get to know, how you really try to learn the language, I know its not easy but the only way to learn a language is to keep on try to speak, and understand. people might laugh at your mistake, but you will learn from this mistakes. i do believe learning a new language will always open up new opportunity for you in your later life. All the best. AP ko apney manzil may kamiabi mila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box