Satu kempen jalanan atau #StreetCampaign Derma Organ telah dijalankan di Kuala Lumpur dan 77 lokaliti di seluruh Malaysia sempena Mingu Kesedaran Pendermaan Organ 2014. Kempen ini merupakan antara inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan bilangan pengikrar derma organ di kalangan penduduk Malaysia yang kini hanya merupakan 1% daripada keseluruhan penduduk. Ikuti temubual bersama Dr Hirman Ismail mengenai kempen tersebut.