Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang tidak memudaratkan – Dr Mohammad Hj. Che’ Man & Dr Shahidah Che Alhadi

Vaksin covid-19 telah terbukti antara bentuk pencegahan yang terbaik dalam mengekang pandemik jangkitan covid-19 yang melanda dunia. Manfaat perlindungan dari suntikan vaksin ini adalah jauh pentingnya dari kesan kemudaratan kesan sampingannya.

Kesan sampingan adalah berbeza dari seorang kepada seorang yang lain. Sekiranya lagi ramai orang awam mengambil immunisasi covid-19, kita boleh melihat corak kesan sampingan yang dilaporkan oleh penerima vaksin. Maklumat yang diberikan dan dikongsi oleh penerima suntikan, boleh dikumpulkan dan sehingga kini, kita tidak boleh menjangka individu yang akan mengalami kesan sampingan suntikan vaksin.

Hasil laporan yang telah dibentangkan oleh Pertubuhan  Kesihatan Sedunia (WHO), kesan sampingan vaksin yang dikumpulkan adalah ringan dan untuk jangka pendek sahaja.

Daripada hasil vaksinasi ini, sistem pertahanan badan (antibodi) akan melindungi kita dari serangan virus yang merbahaya ini. Proses ini kadangkala boleh menyebabkan kesan sampingan tetapi bukan semua mengalami kesan sampingannya.

Kebarangkalian untuk mendapat kesan sampingan (side effects) daripada suntikan vaksin juga bergantung kepada jenis spesifik vaksin yang disuntik sama ada vaksin tersebut keluaran Pfizer, Sinovac atau Oxford AstraZeneca atau pun jenis yang lain.

 

Apakah kesan-kesan sampingan biasa dari suntikan vaksin-vaksin secara amnya?

Kesan-kesan sampingan untuk semua jenis vaksin baik vaksin covid-19, vaksin-vaksin wajib untuk kanak-kanak dan juga vaksin tambahan yang lain sebenarnya adalah bersifat sementara dan adalah ringan sahaja, contohnya:

  • Sakit ditempat suntikan
  • Bengkak ditempat suntikan
  • Keletihan
  • Cirit
  • Rasa sejuk, ‘chills’
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Menggigil
  • Sakit sendi
  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Sakit perut
  • Kemerahan ditempat suntikan
  • Loya
  • Berasa tidak sihat
  • Pembengkakan kelenjar limfa
  • Timbul ruam merah di kulit

*Sangat-sangat jarang berlaku kesan sampingan yang teruk yang boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam masa beberapa minit hingga satu jam setelah menerima suntikan.

*Kesan-kesan sampingan yang biasa adalah antara 1 hingga 2 hari selepas menerima suntikan vaksin.

 

Antara kesan-kesan sampingan yang biasa untuk vaksin covid-19 jenis Pfizer BioNTech Comirnaty:

Kawasan bahu yang dicucuk (setempat):

  • Sakit bahu
  • Kemerahan ditempat suntikan
  • Bengkak

Seluruh badan (sistemik):

  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Sakit otot-otot
  • Kesejukan
  • Demam
  • Loya

Antara kesan-kesan sampingan yang biasa untuk vaksin covid-9 jenis Sinovac:

Kawasan bahu yang dicucuk (setempat):

  • Sakit ditempat suntikan
  • Bengkak ditempat suntikan
  • Kemerahan ditempat suntikan

Seluruh badan (sistemik):

  • Keletihan
  • Rasa sejuk, ‘chills’
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Menggigil
  • Sakit sendi
  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Sakit perut
  • Loya
  • Berasa tidak sihat
  • Pembengkakan kelenjar limfa

 

 

Antara kesan-kesan sampingan yang biasa untuk vaksin jenis Oxford AstraZeneca:

 

Kawasan bahu yang dicucuk (setempat):

  • Sakit ditempat suntikan

Seluruh badan (sistemik):

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sakit otot dan sendi
  • Demam
  • Kesejukan
  • Loya

 Kesan sampingan serius vaksin covid-19 secara amnya:

  • Ianya adalah sangat-sangat jarang.
  • Semua penerima vaksin wajib berada didalam pemerhatian petugas kesihatan selepas suntikan selama 15 hingga 30 minit.
  • Petugas kesihatan wajib mengetahui ‘protokol rawatan kecemasan’ bersama troli kecemasan yang lengkap sekiranya berlaku alergi yang teruk.
  • Sistem Pelaporan Kejadian Vaksin (Vaccine Adverse Event- Reporting System) telah mengesan 21 kes alergi serius setelah pemberian 1,893,360 dos pertama vaksin Pfizer.
  • 11 kes dilaporkan dari sejuta kes yang diberikan vaksin telah membuktikan bahawa kes alergi tersebut adalah dari kalangan mereka yang sudah sedia ada mempunyai alergi terhadap makanan, ubatan dan gigitan serangga. Tiada kematian dilaporkan.
  • Petugas kesihatan akan bersedia sekiranya berlaku alergi dengan ubatan alergi yang terbaik.

 

 Sekiranya berlaku kesan sampingan serius apabila menerima suntikan vaksin setelah pulang ke rumah, apakah tindakan kita?

*Kesan jangka masa pendek yang serius adalah kesan reaksi alergi iaitu dalam masa 4 jam suntikan contohnya seperti pembengkakan anggota badan terutamanya muka, kesan kemerahan kulit dan membengkak, dan kesukaran seseorang untuk bernafas.

  • Sila dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat. Rawatan terkini boleh membantu untuk menghilangkan kesan alergi tersebut.
  • Boleh melaporkan kesan sampingan dalam aplikasi MySejahtera atau secara atas talian di lama web sesawang: npra.gov.my.

Perlukah mengambil Panadol® atau ubat tahan sakit sebelum suntikan vaksin?

  • Tidak disarankan diambil sebelum suntikan vaksin kerana secara teorinya akan mengaburi tindakbalas penghasilan antibodi an keberkesanannya.
  • Boleh diambil selepas suntikan sekiranya mengalami demam.

Kesimpulan:

Kelebihan menerima vaksin untuk tujuan perlindungan diri dan orang sekeliling kita adalah jauh melebihi kemudaratan kesan sampingannya yang sementara.

Ambillah vaksin covid-19 bagi melindungi diri kita dan orng sekeliling dari serangan vaksin covid-19 yang tidak tahu bila kesudahannya.

Sejarah telah membuktikan bahawa vaksin telah terbukti keberkesanannya dalam membasmi penyakit berjangkit!

Rujukan:

  • Different covid-19 vaccine: CDC
  • Pfizer-BioNTech COVID-19 Vaccine Overview and Safety CDC
  • AstraZeneca COVID-19 Vaccine (AZD1222) – CDC
  • Maklumat Vaksin Covid-19 Bagi Penerima Vaksin Negeri Pahang (Maklumat Penerima Vaksin Coronac (SINOVAC)), Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Covid-19 vaccines, World Health Organization (WHO)

ASST. PROF. DR. MOHAMMAD BIN HJ. CHE’ MAN

PENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR PERUBATAN KELUARGA

OCCUPATIONAL HEALTH DOCTOR

(MD. UKM, MMED, (FAMILY MEDICINE) USM), OHD(NISOH)

SPECIAL INTEREST: MEN HEALTH, PRIMARY CARE DERMATOLOGY, OHD

DEPARTMENT OF FAMILY MEDICINE,

KULLIYYAH OF MEDICINE, IIUM KUANTAN PAHANG.

ASST. PROF. DR. SHAHIDAH CHE ALHADI

PENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR BEDAH

(MBBS.IIUM, MMED, (SURGERY) USM)

SPECIAL INTEREST: BREAST AND ENDOCRINE SURGERY

DEPARTMENT OF SURGERY,

KULLIYYAH OF MEDICINE,

IIUM KUANTAN PAHANG.

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box