Kesihatan Lelaki: Berpuasa Meningkatkan Kesuburan – Dr Shaiful Ehsan

Kita seringkali mendengar kebaikan berpuasa dari segi kesihatan fizikal, jasmani dan rohani. Namun adakah benar berpuasa dapat meningkatkan tahap kesuburan di kalangan kaum Adam? Sejak akhir-akhir ini, peratusan masalah mati pucuk dan kurang tenaga batin di kalangan kaum Adam didapati semakin meningkat. Ini berkadar terus dengan faktor usia dan peningkatan penyakit-penyakit bersiko tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung seperti darah tinggi, penyakit kolesterol dan kencing manis. Ini ditambah pula dengan tahap merokok yang masih tinggi di kalangan masyarakat, samada rokok tembakau atau rokok alternatif. Secara umumnya, jika berlaku kerosakan dan penyumbatan pada saluran darah, maka akan bertambahlah risiko untuk mendapat mati pucuk.

Sesungguhnya berpuasa di bulan Ramadhan bukan sahaja mampu memberi manfaat yang berterusan, namun amalan berpuasa sunat secara berkala juga mampu memberi kesan kesihatan yang baik, selain meningkatkan pahala dan ganjaran di kalangan umat Islam. Amalan berpuasa juga dikenalpasti mampu mengekalkan kesihatan saluran darah dan sekaligus mampu mengurangkan risiko mati pucuk.

 

Berikut adalah antara kesan berpuasa yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesuburan lelaki:

1) Berpuasa meningkatkan tahap hormon testosterone, iaitu hormon yang memainkan peranan yang sangat penting untuk fungsi dan kelengkapan seksual lelaki

2) Berpuasa mengurangkan risiko rintangan insulin dan sekaligus mengurangkan kerosakan saraf dan darah, lalu memudahkan proses ereksi berlaku

3) Berpuasa mengurangkan paras darah tinggi dan gula, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung dan saluran darah

4) Berpuasa mengurangkan risiko kegemukan yang juga dikaitkan dengan darah tinggi dan kencing manis

5) Berpuasa dapat meningkatkan kualiti hidup, menghasilkan emosi yang baik dan tidur yang lebih teratur

6) Berpuasa dapat menambahbaik paras kolesterol dan mengurangkan kesan keradangan

 

Walau apa pun kebaikan yang dikaitkan, namun perlu diingatkan supaya pengambilan makanan ketika berbuka puasa dan sahur juga haruslah seimbang dan bersederhana supaya tidak menjejaskan kebaikan berpuasa itu sendiri, yang akhirnya boleh menjejaskan tahap kesihatan akibat makan berlebihan. Salam Ramadhan kepada semua.

Rujukan:

1) Azevedo, F. R., Ikeoka, D., & Caramelli, B. (2013). Effects of intermittent fasting on metabolism in men. Revista da Associacao Medica Brasileira (1992), 59(2), 167–173. https://doi.org/10.1016/j.ramb.2012.09.003

2) repanowski, J. F., Kroeger, C. M., Barnosky, A., Klempel, M. C., Bhutani, S., Hoddy, K. K., Gabel, K., Freels, S., Rigdon, J., Rood, J., Ravussin, E., & Varady, K. A. (2017). Effect of Alternate-Day Fasting on Weight Loss, Weight Maintenance, and Cardioprotection Among Metabolically Healthy Obese Adults: A Randomized Clinical Trial. JAMA internal medicine, 177(7), 930–938.

3) Sutton, E. F., Beyl, R., Early, K. S., Cefalu, W. T., Ravussin, E., & Peterson, C. M. (2018). Early Time-Restricted Feeding Improves Insulin Sensitivity, Blood Pressure, and Oxidative Stress Even without Weight Loss in Men with Prediabetes. Cell metabolism, 27(6), 1212–1221.e3.

4) Al-Barha, N. S., & Aljaloud, K. S. (2019). The Effect of Ramadan Fasting on Body Composition and Metabolic Syndrome in Apparently Healthy Men. American journal of men’s health, 13(1), 1557988318816925. https://doi.org/10.1177/1557988318816925

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box