Ketika hamil terdapat pelbagai perubahan fisiologi yang berlaku pada tubuh anda. Perubahan-perubahan ini boleh memberi kesan kepada aspek kesihatan diri termasuk kesihatan mulut. Perubahan paras hormon wanita seperti estrogen dan progesteron boleh menyebabkan wanita hamil lebih berisiko mendapat beberapa masalah kesihatan mulut. Pentingnya menjalani pemeriksaan gigi oleh doktor gigi bertauliah seawal kandungan supaya masalah dapat dikesan dan dirawat dengan selamat. Saksikan video temubual bersama Dr Marini Ismail di segmen Kesihatan Wanita di rancangan Assalamualaikum (TV Al Hijrah) untuk mengetahui dengan lebih lanjut.