Kuman Pemakan Daging Manusia – Dr Ahmad Mahyuddin

Sumber: www.medicinenet.com

Sumber: www.medicinenet.com

Anda semua pasti pernah mendengar cerita tentang ikan piranha yang amat suka memakan daging, bukan? Namun tahukah anda, terdapat juga kuman yang memakan daging manusia?

Keadaan ini dikenali sebagai Necrotising fasciitis di kalangan pengamal perubatan. Ia biasanya sebabkan oleh kuman dari spesis Streptococcus atau secara spesifiknya, dikenali sebagai Group A, beta hemolytic streptococcus. Terdapat juga beberapa kuman lain yang boleh menyebabkan masalah kesihatan ini seperti spesis Clostridium, E. coli dan fungus.

Pesakit yang mempunyai penyakit kencing manis serta masalah sistem imuniti yang lemah mudah terdedah dengan keadaan ini. Pesakit akan mengalami demam panas, badan yang lemah, lesu serta kehilangan selera makan. Kadang-kala pesakit mungkin datang dengan jangkitan kuman yang amat teruk atau Sepsis. Pesakit mungkin tidak sedarkan diri serta mempunyai tekanan darah yang rendah dan seterusnya boleh membawa kepada kematian. Risiko kematian adalah setinggi 75 peratus.

photo 2Anggota badan pesakit biasanya berwarna kemerahan, bengkak, terasa panas serta sakit sekiranya dipegang. Kulit pesakit mungkin juga boleh kelihatan normal dari luar namun tisu di dalam termasuk otot dan fascia (lapisan menyeliputi otot, saraf dan salur darah) telah mati akibat dijangkiti kuman ini.

Pesakit perlu segera mendapat rawatan di hospital. Tisu yang mati ini perlu dibuang segera bagi mengelakkan jangkitan daripada merebak. Pesakit akan diberi antibiotik bagi membunuh saki-baki kuman yang masih ada walaupun setelah pembedahan dilakukan. Sekiranya jangkitan terlalu serius, anggota badan pesakit perlu dipotong bagi menyelamatkan nyawa.

Sekiranya terdapat sedara-mara anda yang mempunyai masalah ini, tolong segera ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan. Setiap saat amat berharga. Kelewatan boleh membawa kepada kehilangan insan tersayang.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

 

Rujukan:

  • Review of Orthopaedics, 5th edition. Mark D. Miller, page 84
  • CHIN-HO WONG et. Al. Necrotizing Fasciitis: Clinical Presentation, Microbiology and Determinants of Mortality. JBJS 85-A · NUMBER 8 · AUGUST 2003

13 comments for “Kuman Pemakan Daging Manusia – Dr Ahmad Mahyuddin

  1. Fuady
    January 13, 2014 at 11:03 pm

    saya amat tertarik dgn artikel ini. boleh terangkan dgn lebih lanjut mengenai jika pesakit mempunyai penyakit kencing manis.1) drpd apakah kuman ini d perolehi? 2) pd bahagian anggota badan manakah yg selalu dijangkiti? 3) apakah cara bg mengelakkan kehadiran kuman ini?terima kasih

    • January 14, 2014 at 9:30 am

      Assalamualaikum saudara Fuady,

      Bagi pesakit kencing manis;

      1. Kuman ini boleh diperolehi samada secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung, ia boleh terjadi apabila seseorang pesakit mendapat luka, dan luka ini dijangkiti kuman. Contohnya, terpijak paku, cagu (masalah kuku jari kaki), tercucuk jarum, selumbar, pisau dan sebagainya. Seperti yang kita tahu, sistem pertahanan badan pesakit kencing manis adalah lebih lemah berbanding pesakit yg tiada kencing manis.

      Selain itu, secara tidak langsung, penyakit ini boleh juga terjadi akibat kuman yg menjangkiti bahagian badan yang lain. Contohnya pesakit kecing manis yg mempunyai jangkitan pundi kencing atau salur pernafasan. Kuman boleh bergerak melalui salur darah ke tempat yg dijangkiti.

      2. Anggota badan yg selalu dijangkiti ialah kedua2 kaki dan tangan pesakit. Namun, ia boleh juga melibatkan bahagian kemaluan (dipanggil Fournier’s gangrene dalam bahasa perubatan)

      3. Cara yg terbaik ialah mengelakkan diri daripada terluka. kerana kita tahu, pesakit kencing manis mempunyai deria rasa (sentuhan) yang kurang (kebas2) pada kaki dan kadangkala tangan dan ini membuatkan mereka lebih terdedah kepada luka.

      Sekiranya terluka, segera alirkan dibawah air bersih yang mengalir, sapu krim antiseptik serta segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Terima kasih.

  2. Najib
    January 13, 2014 at 11:51 pm

    Saya adalah mangsa kuman ini ketika sedang melanjutkan pengajian di Sydney. Para Doktor terpaksa memotong kaki kanan saya dari paras lutut kerana kuman telah merosakkan tisu. Sekarang berkaki palsu dan cuba untuk menguatkan diri untuk meneruskan hidup.

    • January 14, 2014 at 9:21 am

      Saudara Najib,

      Semoga ALlah memberi kekuatan buat saudara bagi menghadapi hari2 yg mendatang. Setiap sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya. Memang mudah untuk berkata-kata, namun diri yg mengalaminya sahaja yg lebih mengetahui kesakitan dan kesusahan yang perlu dilalui.

      Saya doakan saudara diberi rahmah oleh Allah swt, aamiin.

  3. dr_mu6
    January 14, 2014 at 12:33 pm

    Artikel menarik..sgt bersetuju dgn dr mahyuddin..utk pesakit2 kencing manis dinasihatkan berhati hati dgn penjagaan kaki terutamanya mereka yg telahpun menghidap longstanding Diabetis(yg telah lama menghidap) dan juga mereka yg telahpun menerima rawatan insulin(kerana gula paras gula yang tinggi dan sukar dikawal dgn ubat oral)..pemakaian kasut yg sesuai juga sgt penting kerana boleh menyebabkan ‘cagu’ ataupun ‘cekam’..
    ape2 pun routine check up di klinik berhampiran utk memastikan kadar gula dalam darah sgt penting bagi pesakit2 berisiko tggi seperti golongan di atas, dan juga rawatan awal ke hospital apabila ada tanda2 seperti bengkak, demam kluar nanah etc adalah sgt penting, kerana sekiranya tanda2 ini sudah bermula, setiap saat adalah ’emas’

  4. faizzah
    March 6, 2014 at 8:13 pm

    salam,

    ayah saya seorang pesakit kencing manis yg menggunakan insulin…baru2 ini kakinya terpijak paku, disebabkan tiada deria rasa dikakinya dia x mendapatkan rawatan sehingga kakinya mula membengkak dan bernanah..saya telah membawa ayah ke hospital utk rawatan tp hanya diberikan ubat antibotik sahaja dan disuruh refer ke klinik kesihatan utk cucian dan pantauan..
    semasa di hospital, ayah disuruh xray, ambil darah sahaja..doktor maklumkan pada kami, terdapat kuman dalam darah tp x bahaya,dan menyuruh ayah mkan antibiotik.
    saya risau dan buntu,ayah mengadu masih terasa sakit dan bisa di kaki, bengkak tidak surut, nanah masih keluar jika dipicit. nak berjalan pun terpaksa menggunakan tongkat.
    adakah dengan antibiotik dan cucian harian di klinik, bengkak akan sembuh..berapa lama masa diambil utk sembuh sepenuhnya..
    semoga ayah kami tabah dalam ujian dari Nya..

    • July 8, 2014 at 7:12 pm

      Waalaikumussalam Puan Faizzah,

      Sekiranya terdapat nanah yang terperangkap di dalam tisu, ia perlu dibuang, begitu juga dengan tisu yang telah mati (gangrene). Sekiranya nanah itu hanya dipermukaan (superficial), atau hanya air kotor (discharge) yang keluar, ia boleh di cuci secara dressing sahaja. Antibiotik akan diberikan sekiranya doktor berpendapat terdapat jangkitan kuman.

      Tempoh masa untuk sembuh bergantung kepada beberapa perkara, antaranya saiz luka tersebut, kekuatan sistem pertahanan badan pesakit, nutrisi yang diterima serta tahap kawalan gula dalam darah. Merokok juga akan melambatkan penyembuhan.

      Terima kasih

  5. ninarina
    October 15, 2014 at 7:11 am

    salam dr…saya nk tau tentang sakit tulang belakang…anak saya remaja perempuan…sering mengadu sakit tulang belakang…ni berlaku apabila dia terlalu lama duduk menyelesaikan tugas depan komputer…kadang sampai nak bawa ke demam…apakah tu simptom tulang membengkok…minta penjelasan dr…timakasih

    • October 23, 2014 at 11:44 pm

      waalaikumussalam saudari Ninarina,

      Puan boleh bawa anak puan untuk pemeriksaan lanjut. Dalam banyak keadaan, ia lebih kepada masalah mekanikal akibat penjagaan postur yang kurang baik.

      Terima kasih

  6. ikram
    October 16, 2014 at 7:13 pm

    Assalamualaum tuan ,
    Bagaimana jika tisu otot telah rosak atau dibuang , apakah tissue ini boleh regenerate semula?

    • October 23, 2014 at 11:43 pm

      Waalaikumussalam saudara Ikram,

      Tissue yang rosak tidak boleh regenerate kembali ke tisu yang asal. Otot yang rosak akan menjadi tisu fibrous (fibrous tissue) yang kurang elastik.

      Bahagian yang dibuang, apabila kita jaga dan cuci dengan baik, akan diganti dengan granulation tissue, iaitu tissue baru bewarna merah, dan boleh di tutup dengan lapisan nipis kulit sekiranya perlu. Sekiranya kawasan terlibat adalah kecil, kita boleh cuci luka tersebut (dressing) sehingga ia tertutup.

      Terima kasih

  7. October 16, 2014 at 9:50 pm

    slm..boleh share ke artikel dlm page doktor ni?

    • October 23, 2014 at 11:39 pm

      Saudara Kickstory,

      Dipersilakan share mana-mana artikel yang encik sudi. Tuuan kami ialah bagi berkongsi ilmu dengan masyarakat Malaysia. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box