Malaysian Medical Gazette di Astro Awani (Saluran 501)

Astro Awani | The Malaysian Medical Gazette

[KGVID width=”640″ height=”360″]http://vod.astroawani.com/mp4/2013-10/mmgazette_36468_62018_512.mp4[/KGVID]

Ikuti temuramah pengasas Malaysian Medical Gazette, Dr. Dhesi BR serta kolumnis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Ahmad Mahyuddin bersama Astro Awani menceritakan tujuan penubuhan dan aspirasi Malaysian Medical Gazette.

Laman sesawang The Malaysian Medical Gazette direka khas oleh pakar perubatan bagi berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa kesihatan yang boleh dijadikan rujukan. Laporannya bersama wartawan Tan Su Lin.

Tidak dinafikan dalam era moden ini banyak maklumat kesihatan yang boleh didapati hanya menerusi satu klik di internet. Namun persoalannya, sejauh mana kesahihannya? Bagi menangani masalah penyebaran maklumat yang tidak tepat, Malaysian Medical Gazette (MMG) diwujudkan untuk menyampaikan maklumat perubatan yang mudah dan boleh difahami untuk komuniti.

“Kadang-kadang ibu bapa atau komuniti lebih suka mendapatkan maklumat kesihatan dari Google, contohnya pasal vaksinasi ataupun pasal  ‘breastfeeding’ ataupun jenis-jenis penyakit. Maklumat-maklumat yang mereka dapat dari laman sesawang ini tidak semestinya doktor atau pegawai perubatan yang tulis, kebanyakannya adalah ‘unknown authors’. ‘For that reason’ (Oleh sebab itu), MMG telah ditubuhkan agar pegawai-pegawai perubatan yang menulis artikel-artikel ini untuk komuniti kita,” Dr. Dhesi BR (pengasas Malaysian Medical Gazette)

Menariknya, pakar perubatan dari pelbagai latarbelakang menulis tentang isu-isu kesihatan dalam gaya penulisan yang mudah difahami. Menerusi laman web berkenaan, orang ramai juga diharap akan menjadi lebih proaktif mengenai hal ehwal kesihatan.

“Contoh, baru-baru ini kita ada bercakap mengenai skoliosis. Skoliosis ini masalah tulang belakang bengkok. Rawatannya sama ada melalui pembedahan atau rawatan dengan memakai ‘brace’ atau ubat-ubatan atau fisioterapi sahaja. Tanpa maklumat, dia datang menyerah diri. Dengan maklumat dia boleh bertanya doktor; adakah ini rawatan yang terbaik? Ada ke cara pembedahan lain yang boleh menghasilkan rawatan yang terbaik?” Dr. Ahmad Mahyuddin (pakar bedah ortopedik)

Sejak pelancarannya pada 19/9/13, laman sesawang yang ditubuhkan di bawah naungan Profesional Perubatan Bersepadu Malaysia (MIMPA), telah dikunjungi oleh lebih 20,000 pelawat.

Malaysian Medical Gazette kini boleh didapati juga menerusi aplikasi fon Android dan Apple. Tidak lama lagi orang ramai juga berpeluang untuk berinteraksi secara live dengan doktor-doktor dan pakar perubatan, menerusi laman sesawang www.mmgazette.com dan sekali gus memperkasakan lagi pengguna dengan info perubatan dan kesihatan.

 

Sumber: http://www.astroawani.com/

Sumber: http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/medical-gazette-sumber-maklumat-kesihatan-sahih-dan-mudah-difahami-18284

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box