Masalah Terkucil – Dr Adeline Peters

Close up of a woman with hands holding her crotch isolated in a white background

ARTIKEL KHAS DoctorOnCall.com.my

Batuk, bersin and ketawa adalah perkara-perkara yang biasa dilakukan setiap hari malah secara tidak sengaja. Tetapi mungkin bukan untuk seseorang yang menghadapi masalah SUI (“Stress Urinary Incontinence”) iaitu masalah mudah terkucil. Bagi anda yang belum mengenali, SUI adalah ketidakupayaan mengawal otot-otot faraj yang seterusnya menyebabkan seseorang terkencing tanpa disedari. Bolehkah anda bayangkan sekiranya tidak dapat membengkok, mengangkat anak mahupun menjalin hubungan kerana takut situasi memalukan akan berlaku?

Statistik menunjukkan seramai 1 daripada 3 wanita mempunyai pengalaman SUI. Faktor yang paling kerap menyebabkan SUI ialah mengandung kerana bayi yang semakin membesar dalam rahim akan meningkatkan tekanan ke atas lantai pelvik. Tambah pula hormon relaxin yang dihasilkan ketika mengandung akan melembutkan otot lantai pelvik.

Proses bersalin secara normal, terutamanya sekiranya episiotomi dilakukan juga melemahkan otot pelvik. (Episiotomi adalah pengguntingan kulit dan otot antara faraj dan dubur untuk melebarkan jalan lahir).

Perubahan hormon yang berlaku setelah wanita mencapai menopos atau dikenali sebagai putus haid, khasnya penurunan hormon estrogen akan melemahkan otot di sekitar uretra iaitu saluran kencing.Oleh kerana faktor ini, sebilangan wanita hanya mula mengalami SUI selepas menopos.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan SUI adalah perkara-perkara yang meningkatkan tekanan dalam abdomen yang seterusnya meningkatkan tekanan ke atas lantai pelvik. Ini termasuk tabiat merokok (yang mungkin menyebabkan batuk berpanjangan), muntah kronik, sering mengangkat benda berat dan obesiti.

Histerektomi adalah pembedahan di mana rahim pesakit dibuang untuk tujuan kesihatan tertentu. Dalam sekumpulan kes begini, kerosakan otot lantai pelvik boleh berlaku semasa proses pembedahan.

Pengambilan sesetengah ubat juga akan menyebabkan adanya kesan sampingan SUI; seperti ubat “antidepressant”, penenang otot and ubat darah tinggi.

Pesakit SUI biasa mengalami tekanan mental. Mereka terpaksa merancang aktiviti-aktiviti harian supaya sesuai dengan situasi SUI. Contohnya, ramai wanita yang menghadapi masalah SUI akan mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti sosial seperti bersenam,berjalan atau membeli-belah dengan rakan-rakan. Mereka terpaksa mengambil langkah-langkah tertentu untuk bersedia sekiranya terkucil, termasuk bersedia dengan baju berlebihan atau memakai tuala wanita walaupun pada hari yang tiada haid. Oleh itu, memang tidak mengejutkan bila pesakit SUI berasa sedih, takut, malu, terasing, tertekan, putus asa malah mengalami kemurungan. Mereka seringkali merasa bimbang dan ini akan menyebabkan kualiti kehidupan terjejas.

Peratusan besar pesakit tidak mendapatkan rawatan kerana tidak tahu bahawa SUI adalah penyakit biasa yang boleh dirawatdi klinik ataupun hospital. Sebilangan pesakit pula khuatir masalah SUI hanya boleh diperbaiki melalui pembedahan. Sebenarnya, ada kaedah rawatan bukan pembedahan untuk SUI yang boleh ditawarkan bergantung kepada punca yang menyebabkan keadaan tersebut.. Salah satunya adalah dengan mengubah gaya kehidupan seperti berhenti merokok and membuat senaman khas untuk mengukuhkan otot lantai pelvik, antaranya senaman “Kegels” atau menggunakan peralatan seperti “vaginal cones”. Senaman kardio untuk menurunkan berat badan pula sesuai ditawarkan bagi pesakit SUI yang obes..

318753-130GG3492928Sekiranya anda telah mencuba perkara-perkara seperti yang disebutkan di atas tetapi masih tidak dapat mengatasi masalah terkucil, doktor anda akan mencadangkan rawatan pembedahan. Teknik pembedahan untuk masalah SUI termasuk “Bladder Neck Suspension Sling” – dimana doktor bedah akan menggunakan sling untuk menarik dan menguatkan otot saluran kencing. Selain itu, doktor juga boleh menyuntik kolagen di kawasan pelvik bagi tujuan menebalkan otot dan seterusnya mengetatkan saluran kencing.

“Artificial Urinary Sphincter Implantation” adalah teknik menggunakan “cuff”, belon dan pam untuk menganti otot saluran kencing atau pundi kencing yang tidak lagi berfungsi secara optimum. “Tension Free Vaginal Tape (TVT)” pula adalah suatu cara untuk memberi sokongan kepada saluran kencing yang sudah kendur.

Sepertimana yang kita bincang, SUI boleh dirawati melalui teknik-teknik yang telah disebutkan di atas. Tetapi berita yang paling baik ialah, dengan kemajuan teknologi, kini terdapat satu lagi cara untuk mengatasi masalah SUI tanpa pembedahan! Teknik ini dikenali sebagai “Vaginal Laser Rejuvenation Treatment”. Rawatan ini tidak invasif dan dapat mengurangkan komplikasi pembedahan.

Rawatan “Vaginal Laser Rejuvenation Treatment” bertindak dengan meransangkan badan untuk membentuk kolagen sendiri. Kolagen adalah tisu yang bertanggungjawab untuk memulih dan menguat semula dinding faraj. Ini penting kerana struktur saluran kencing berdekatan dengan kawasan faraj. Manfaat lain yang diraih melalui rawatan ini ialah ianya juga dapat merawat ”atrophy” faraj (perasaan sakit, pedih ataupun gatal akibat geseran dinding faraj yang kering), mengetatkan faraj, meningkatkan penampilan vulva berpigmen serta membaiki perubahan faraj selepas bersalin.

Sekiranya anda ada apa-apa soalan lanjut, sila tujukan soalan anda kepada doktor-doktor di laman DoctorOnCall.com.my. Anda boleh memilih opsyen chat, panggilan atau video call.

Dr Adeline Peters

General Practitioner, MBBS (Manipal).

 

DoctorOnCall Logo_FA02 (2)

 

DoctorOnCall.com.my adalah platform telemedicine perubatan video & talian perundingan yang pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi video dan suara and pengalaman doktor untuk memberi akses yang mudah dan kos efektif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box