Kita semua gerun apabila mendengar ungkapan “kecederaan kepala” kerana kita yakin dan percaya bahawa kecederaan kepala ialah suatu keadaan yang membawa maut. Berapa ramai antara kita yang sebenarnya tahu bagaimana mengenal pasti keadaan ini seawalnya untuk mengelakkan bahana maut itu? Sepanjang saya bertugas di pusat pembedahan saraf (neuro) selama 3 tahun lalu, saya dapati ramai anggota masyarakat kita yang masih tidak tahu bahawa sekiranya tindakan segera diambil, pesakit tersebut boleh diselamatkan.
Marilah kita fahami anatomi atau kedudukan asas otak kita dahulu. Otak terletak di dalam tengkorak – seumpama suatu peti yang tertutup rapat. Ada satu lapisan selaput nipis di antara otak dan tengkorak. Otak sendiri terapung-apung dalam takungan cecair serebrospinal yang kekal mengapungkannya dan menyerap hentakan ke suatu takat tertentu. Namun kecederaan masih boleh berlaku sekiranya hentakan tersebut terlalu kuat.
Dua perkara utama untuk diingati ialah:
- Bukan semua trauma menyebabkan kecederaan kepala.
- Bukan semua pesakit yang mengalami kecederaan di kepala tidak sedarkan diri.
Lanjutan daripada kecederaan kepala yang teruk (traumatik), kebanyakan pesakit akan pengsan untuk suatu tempoh masa dan kebanyakan mereka akan sedar sepenuhnya selepas itu. Sesetengah pesakit akan mengalami amnesia atau hilang ingatan sementara atau kekal, melibatkan peristiwa yang berlaku sebelum atau selepas kecederaan atau kemalangan (trauma).
Isipadu di dalam tengkorak ialah tetap dan dirujuk sebagai isipadu intrakranium (intra: dalam, cranium: tengkorak) dan isipadu ini bertambah selepas kecederaan (trauma) otak, dan mengakibatkan tidak sedarkan diri. Sekiranya kecederaan berlarutan, ia akan membawa maut. Tidak seperti anggota tubuh yang lain, otak tidak akan sembuh atau pulih atau tumbuh semula seperti sediakala dan kerosakan struktur kepada otak merupakan suatu kerosakan yang kekal.
Mengenali gejala tekanan intrakranium yang bertambah ialah perkara penting untuk pengesanan awal kecederaan otak. Gejala-gejala ini termasuklah:
- Sakit kepala
- Lemah seluruh tubuh badan
- Resah gelisah
- Mengantuk atau pening
- Muntah berulang kali
- Sawan atau ‘tarik’
- Penglihatan kabur
- Tidur mati/lena
- Pengsan berpanjangan (kebanyakan orang akan sedar kembali dalam masa 10 minit)
- Gejala bayi: sukar makan, kurang aktif, mudah terusik dan tangisan yang tidak berhenti
Ada kalanya, pesakit boleh kembali sedar sepenuhnya selepas pengsan beberapa ketika dan kemudian kembali merosot atau rebah. Tempoh ini ditakrif sebagai “sela sedar”. Sela masa ini ialah tempoh keemasan untuk mencari gejala-gejala di atas dan ia boleh bertahan selama 6 hingga 8 jam dan mengelak kematian. Selepas doktor datang memeriksa pesakit yang jatuh atau mengalami kecederaan (trauma) ringan, kami selalunya mendapati perkara-perkara untuk diawasi sekiranya terdapat kecederaan otak. Ini dinamakan “Head Injury Advice” atau “Nasihat berkenaan Kecederaan Kepala” dan kebanyakannya berkenaan langkah berjaga-jaga terhadap gejala-gejala tersebut.
Perkara penting yang ingin disampaikan di sini ialah kebolehan untuk mengenal pasti gejala peningkatan tekanan intrakranium. Jika terdapat gejala, maka hendaklah dirujuk ke hospital berdekatan secepat mungkin. Biasanya pasukan bedah otak akan dimaklumkan dan pengimejan selanjutnya akan dilaksanakan, contohnya imbasan Computed Tomography (CT) atau CT Scan untuk menentukan rawatan seterusnya. Oleh itu, dengan adanya ilmu dan pengetahuan dalam pengesanan kecederaan kepala awal, ianya dapat membantu pihak kesihatan dan perubatan mencegah kematian.
Dr. Vinodh Vayara Perumall adalah seorang Pegawai Perubatan dalam bidang Neurosurgeri yang berhijrah dari Perak ke Sabah demi cinta dan cita-citanya dalam bidang neurosurgeri. Artikel ini diterjemahkan dari artikel asal https://www.mmgazette.com/identifying-traumatic-head-injury-dr-vinodh-vayara-perumall/ oleh Azizul Ismie Mohd Puad.
Rujukan:
- Handbook Of Neurosurgery, Seventh Edition, Thieme Medical Publishers, 2010; Chapter 27: 850-919
- Teasdale et al., Assessment of coma and impaired consciousness: A practical scale, Lancet, Jul 13 1974; 2(7872):81-4.
- Singh et al., “Head Trauma.”, 2006, Emedicine (online)
[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]
Maaf,saya ingin bertanya.Ketika saya berumur 14 tahun,kepala saya pernah terkena kipas siling dengan kelajuan yang maksimum dan mengalami banyak pendarahan.Kepala saya dijahit tujuh jahitan.Lebih kurang sehari dua lepas tu,saya mengalami sakit kepala yang sangat teruk dan muntah-muntah.Tetapi saya tidak pergi berjumpa doktor kerana tidak diberitahu.Lebih sepuluh tahun kemudian,iaitu bila umur saya 30an,saya jadi sangat pelupa dan kurang tumpuan.Saya selalu bercakap perkara yang sama berulangkali sehingga tidak disenangi oleh orang lain.Adakah ini adalah akibat kecedaraan kepala yang saya alami dulu?
Hello Dr Vinodh. Saya terlibat dalam kemalangan jalanraya (kereta) pada januari 2010. Kepala saya terhentak di cermin depan kereta. Saya tidak ingat langsung bagaimana, bila atau apa2 tentang kemalangan itu. Saya hanya sedar apabila berada di rumah. Saya hanya tahu setelah rakan saya yg terlibat sama dalam kemalangan tersebut cerita semuanya. Apabila saya cuba untuk ingat, kepala saya sakit.. Sehingga sekarang saya masih tidak ingat bagaimana kemalangan itu berlaku. Bukan itu saja, daya juga lupa segalanya bermula sehari sebelum, semasa dan lebih kurang 2 minggu selepas kejadian. Ibarat memory saya lost 1GB.. 🙂 .. Medical repot pun menyatakan ada hentakan di kepala dan sy alami konkusi otak. Sejak itu, kesan traumatic dari kemalangan itu bermula step by step. Saya fobia apabila naik kereta dan duduk di tepi pemandu. Sehingga lebih kurang 2 tahun baru lah fobia duduk di tepi pemandu hilang. Sehingga sekarang tidak ada lagi fobia itu. Cerita ke2, saya terlibat dalam kemalangan lagi pada bulan november 2012. Keadaan saya juga agak sama dgn kmalangan sy cerita di atas Saya menunggang msikal, menggunakan highway PLUS. Waktu lebih kurang 9mlm, hujan lebat, saya menghala ke utara, kali terakhir saya ingat, sy berhenti minum di r&r taiping, kemudian saya sedar pada jam lebih kurang 4pagi, saya berada di hospital parit buntar… Sekali lg sy alami konkusi. Sy tidak tahu cerita sepenuhnya dan hanya tahu sedikit dari pemandu lori pick up yg bawa msikal saya ke kedai moto di parit buntar. Kali ni saya hanya tidak ingat bagaimana kemalangan itu berlaku. Keesokan hari saya semakin sihat. Dlm medical report juga menyatakan sy mengalami hentakan di kepala dan hanya temporary memory loss. Kedua2 kemalangan tersebut saya tidak ingat sehingga sekarang. Kesan saya alami sehingga sekarang adalah saya daya ingatan saya lemah. Saya mudah lupa, kuat tidur dan sukar untuk focus. Sebelum saya mengalami kedua2 kemalangan ini, daya ingatan saya kuat, focus, teliti dan boleh berfikir walaupun dlm keadaan fizikal totally exhausted. Manusia tidak dapat berfikir positif apabila badan terlampau penat, tetapi saya sudah dilatih untuk hadapi keadaan begitu. One more thing Dr, for ur info, I\’m a Malaysian Army (regular force) my 1st service in army on 2008 and still served. Sebab itu saya tahu perubahan dan kesan akibat kemalangan tersebut agak teruk bagi saya. Saya ingin tahu adakah proses hilangkan trauma seperti cara yg familiar iaitu hipnosis boleh membantu? Or any suggestion from u Dr vinodh? I\’m asking for ur opinion, suggestion, advice or anything that could help me recover from this simpthom… If there is, just let me know.. Thats all. Anyway, sorry if there\’s anything wrong with my writing and story. Thanks a lot and i really appreciate ur kindness Dr.