Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang awam seperti berikut:
- Elakkan mengunjungi pasar yang menjual unggas hidup bila mengunjungi negara-negara yang terlibat dengan jangkitanavian influenza.
- Mereka yang pulang dari kawasan dijangkiti seperti Anhui, Jiangsu, Shanghai, Zhejiang, Beijing, Henan, Jiangxi, Shandong,Hunan, Fujian, Guangdong, Hebei, Taipei dan Hong Kong dengan gejala pernafasan dinasihatkan untuk memakai topeng muka (mask)dan segera mendapatkan rawatan perubatan dan memaklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor.
- Tidak memegang unggas yang ditemui mati tanpa alat perlindungan diri dan hendaklah melaporkan kejadian kematian unggas yangluar biasa ke Pejabat Veterinar yang terdekat.
- Bagi penternak dan pengusaha ladang unggas hendaklah sentiasa patuh kepada nasihat dan panduan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggiseperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau sanitizer, terutamanya selepas batuk dan bersin.
- Mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran dengan segera apabila mendapat gejala influenza-like illness (ILI), terutamanyabagi mereka yang terlibat dengan pengendalian unggas.
- Melaporkan sebarang kejadian kluster ILI kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Artikel ini dipetik daripada AVIAN INFLUENZA A(H7N9)UPDATE dengan izin Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.