Panduan Berpuasa Bagi Ibu Mengandung #HealthyRamadhan- Dr Ayu Akida

Pic source: www.zawaj.comBulan yang mulia menjelma kembali; di mana para Muslimin dan Muslimat diwajibkan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Pengecualian daripada melaksanakan kewajipan ini adalah jelas dan boleh diperolehi daripada para ahli ulama atau pemimpin-pemimpin agama. Walau bagaimanapun, kes ibu-ibu yang hamil selalunya berada dalam keadaan yang tidak pasti, menyebabkan satu persoalan : perlu berpuasa atau tidak?

Walau apapun kemungkinan keputusannya, saya yakin bahawa anda tahu apa yang terbaik untuk anak yang anda kandungkan. Namun, sebelum mengambil risiko, pertimbangkan hal-hal ini:

  1. Sudahkah anda berbincang dengan doktor tentang keadaan anda dan adakah ianya selamat untuk anda memulakan langkah untuk berpuasa?
  2. Adakah Pengamal Kesihatan anda meletakkan anda sebagai penanggung sebarang kemungkinan berisiko?
  3. Apakah keadaan terkini cuaca, panas yang membahang atau panas bersederhana?
  4. Adakah anda perlu mengambil ubat-ubatan di siang hari?
  5. Adakah anda menghidap diabetes, di mana penggunaan insulin adalah perlu?
  6. Adakah anda mengalami masalah pada kandungan yang terdahulu?
  7. Adakah anda mempunyai sejarah bersalin anak pra-matang (proses bersalin awal dari waktu yang dijangka)?
  8. Adakah aktiviti seharian anda (pekerjaan, rumah) berat?

Jika terdapat sebarang persoalan di atas berkaitan dengan anda, langkah terbaik adalah dengan mendapatkan penilaian doktor tentang keperluan anda untuk berpuasa. Doktor anda mungkin menasihatkan agar anda tidak perlu berpuasa, berdasarkan kefahaman medikal, berhubung dengan anak dalam kandungan mahupun kesihatan anda. Sebaliknya, anda lebih cenderung untuk menjadi baik dan cukup sihat untuk menyertai orang lain berpuasa. Lagipun, kehamilan bukanlah satu penyakit atau kecacatan. Ia hanyalah keadaan sementara yang memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih untuk memastikan kedua-dua ibu dan anak adalah selamat.

  1. Makan makanan yang seimbang, bernutrisi untuk Sahur atau di pagi hari
  2. Jangan abaikan makanan di awal pagi
  3. Perbanyakkan minum air tetapi jauhkan dari meminum air berkafein seperti kopi atau teh.
  4. Amalkan kesederhanaan dalam segala hal, termasuklah pengambilan garam dan gula.
  5. Dapatkan rehat secukupnya dan cubalah mengelakkan sebarang aktiviti-aktiviti yang berat.
  6. Sentiasa dalam keadaan dingin di siang hari dan ini termasuklah mengelakkan melakukan aktiviti luar.
  7. Semasa berbuka puasa, cuba makan secara perlahan-lahan. Usus telah berehat sepanjang hari, dan ia adalah elok untuk mengelakkan usus dari ‘terkejut’ dengan kemasukan makanan yang berlebihan.
  8. Dalam tempoh yang tidak berpuasa iaitu di sebelah malam, amalkan pengambilan makanan ringan yang sihat secara kerap untuk memastikan anda mempunyai nutrien dos secukupnya
  9. Sentiasa memilih atau membeli makanan daripada penjual yang bersih.

Walaupun telah mendapat kebenaran untuk berpuasa, sentiasa perhatikan simptom-simptom ini:

  1. Kekurangan pergerakan anak dalam kandungan anda
  2. Kontraksi abdomen anda
  3. Rasa mual atau muntah-muntah
  4. Pening atau rasa di awang-awangan
  5. Demam
  6. Sakit bahagian bawah tulang belakang
  7. Sakit semasa membuang air kecil
  8. Sakit kepala
  9. Kelemahan / Sengal badan
  10. Dahaga atau kelaparan yang melampau

Sekiranya anda mengalami mana-mana gejala-gejala ini, segeralah berjumpa doktor anda, kerana ia mungkin tanda amaran bagi sebarang keadaan yang serius. Kehamilan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk berpuasa. Walau bagaimanapun, anda harus sentiasa peka untuk sebarang isyarat dari badan anda yang berkemungkinan memerlukan rawatan. Jika terdapat keraguan, berbincanglah dengan pembekal penjagaan kesihatan anda. Akhir kata, semoga perjalanan kandungan anda berada dalam keadaan yang sihat.

Dr. Ayu Akida adalah seorang pakar kesihatan awam yang mempunyai minat dalam perubatan keluarga dan kesihatan wanita. Ketahui beliau dengan lebig lanjut dalam laman The Team. Artikel ini diterjemah daripada https://www.mmgazette.com/healthyramadhan-dr-ayu-akida/ oleh Raja Maizatul Azaria.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box