Panggilan Kecemasan 999 (HOSPITAL): Apa Anda Perlu Tahu- PPP Harith Baharudin

948dBagi panggilan kecemasan 999 bahagian kesihatan (hospital) terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu bagi lebih memahami proses gerak kerja dan bagaimana sesuatu kes kecemasan kesihatan itu di kendalikan. Tambahan lagi, bagi memudahkan pemahaman, penjelasan diberikan dalam bentuk point. Antara perkara yang perlu diketahui adalah:

1) Staff yang bertugas sebagai perespon panggilan kecemasan ini di kelolai oleh perjawatan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Jururawat yang mana perlu menghadiri dan mengambil kursus dan peperiksaan “Emergency Medical Dispatch” (EMD). Setiap staff yang mengambil EMD ini akan diberikan sijil amalan dan perlu diperbaharui bagi meningkatkan kecekapan dari semasa ke semasa.

2) Panggilan kecemasan (hospital) ini beroperasi selama 24 jam dan staff yang bertugas, bertugas secara syif. Tambahan lagi, umumnya terdapat dua tugas utama yang dijalankan iaitu “Call taker” dan “Despatcher”.

3) Bagi staff yang bertugas sebagai “Call Taker”, mereka adalah staff yang menerima, menyambung dan merespon panggilan yang dialihkan oleh operator TM. Tugas “Call taker” adalah bagi mengetahui pengenalan asas pemanggil (nama, no telefon, lokasi sebenar, dan sebagainya). Selain daripada itu, staff yang bertugas sebagai “Call Taker” juga berperanan dalam menentukan bentuk kecemasan atau kesakitan yang dialami pemanggil di samping memberikan arahan ringkas tentang perkara yang boleh dilakukan dan rawatan awal yang boleh diberikan kepada mangsa  atau pesakit bagi mengurangkan komplikasi dan kecacatan kekal. Sebagai contoh, pemanggil menyatakan bahawa terdapat mangsa yang tidak sedarkan diri dan tiada pernafasan, staff yang bertugas sebagai “Call Taker” akan mengarahkan pemanggil untuk membuat tekanan dada (CPR) kepada mangsa sementara menunggu bantuan pihak ambulans (Petugas Pre Hospital Care “PHC”) tiba bagi mengurangkan komplikasi. Tambahan pula, dalam masa yang sama, maklumat yang diperoleh akan diserahkan kepada “Despatcher” bagi menguruskan pasukan PHC.

4) Bagi staff yang bertugas sebagai “Despatcher” pula, mereka berperanan dalam menguruskan aliran pergerakan pasukan ambulans PHC. Lazimnya, pasukan ambulans PHC yang terhampir dengan pemanggil seperti pasukan PHC ambulans klinik-klinik kesihatan yang berhampiran dengan pemanggil akan diarahkan merespon kes kecemasan yang dipanggil. Selain daripada itu, petugas “Despatcher” juga berperanan dalam merekodkan semua panggilan kecemasan, keadaaan mangsa atau pesakit, dan memberitahu kepada petugas di Jabatan Kecemasan & Trauma agar bersiap sedia kerana terdapat mangsa pesakit yang akan dihantar lebih lebih lagi bagi mangsa atau pesakit yang kritikal.

5) Semua perkara di atas dilakukan kurang daripada 10 minit seperti yang diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

6) Setiap pasukan ambulans PHC mempunyai “Key Performance Index” (KPI) dalam masa “respon time” dan akan di audit dan di soal jika tidak mencapai target masa yang diwartakan.

7) Pasukan Ambulans PHC di ketuai oleh PPP dan di bantu oleh Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dan Pemandu Ambulans.

8) Bagi kes “maternity” (perbidanan), Jururawat Kesihatan ataupun Jururawat Masyarakat di pertanggungjawabkan untuk merespon kes tersebut selain di bantu oleh PPP.

9) Kecepatan masa respon pasukan ambulans PHC bergantung kepada banyak perkara, seperti perkara semula jadi, perkara teknikal, perkara komunikasi dan sebagainya. Perkara semula jadi seperti kesesakkan jalan raya, keadaan jalan dan sebagainya manakala perkara komunikasi merujuk kepada pemanggil memberikan kawasan yang kurang tepat , pemanggil tidak membantu pasukan ambulans PHC dalam mencari mangsa atau pesakit dan sebagainya.

Penjelasan di atas adalah serba sedikit perkara umum yang perlu di ketahui masyarakat dalam mengetahui bagaimana sesuatu panggilan kecemasan 999 itu di kendalikan spesifik kepada Unit Hospital. Perkara ini adalah perlu di ketahui umum kerana ia akan membantu dan menentukan kecepatan petugas ambulans PHC dalam merespon setiap kes kecemasan yang di panggil bagi mengelakkan sebarang salah faham dan kesulitan kepada pihak pemanggil dan staff yang terlibat.

Akhir kata, suka diingatkan bahawa anda boleh didakwa dan didenda sebanyak RM50000 atau di hukum 1 tahun penjara atau kedua duanya sekali jika disabitkan kesalahan dalam menyalahkan gunakan nombor 999. (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 233) .

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box