Pembedahan Endodontik Bagi Gigi Yang Dirawat Akar – Dr Anis Ezrina

Pendahuluan

Rawatan akar gigi selalunya gagal kerana jangkitan kuman masih berada di dalam salur akar. Bakteria adalah penyebab keradangan akar atau ‘apical periodontitis’. Kehadiran bakteria di dalam salur akar akan merangsang tindak balas keradangan dan imunisasi disekitar tisu ‘periradikular’ menyebabkan kemusnahah tulang di sekitar akar gigi. Selain daripada bakteria, keradangan juga boleh berlaku apabila bahan tampalan akar tersasar keluar dari sistem akar dan menyebabkan penyembuhan tidak berlaku.

Sumber: www.wisegeek.org

Sumber: www.wisegeek.org

Rawatan salur akar gigi atau rawatan endodontik ini adalah salah satu cara untuk membersih sistem akar gigi daripada tisu yang telah mati. Gigi dan akar akan ditampal semula agar ‘recontamination’ akar gigi tidak berlaku lagi. Rawatan ini juga dilaksanakan bertujuan untuk menyelamatkan gigi yang bermasalah (apical periodontitis)daripada dicabut dan dapat terus berfungsi di dalam mulut.

Adakalanya, rawatan akar yang konvensional ini tidak berjaya. Jika gigi kembali mempunyai tanda dan gejala, rawatan semula akar akan dilakukan sekali lagi. Kebiasaannya prosedur tanpa pembedahan adalah mencukupi untuk menyembuhkan gigi tersebut. Kadar kejayaan jangka panjang menggunakan kaedah rawat semula tanpa pembedahan (83%) adalah lebih baik berbanding kaedah pembedahan (72%). Namun demikian, terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan pembedahan endodontik perlu dilakukan.

Indikasi pembedahan endodontik gigi

  1. Biopsi
    • Apabila operator inginkan kepastian berkaitan lesi pada bahagian /sekeliling akar gigi, operator akan membuka gusi berdekatan dengan gigi yang terlibat dan diambil lesi tersebut dan dihantar untuk pemeriksaan.
  1. ‘Apicectomy ‘
    • Ini adalah kaedah dimana 1/3 akar gigi akan dipotong. Tampalan semula dari arah akar akan dilakukan menggunakan material mineral trioxide aggregate (MTA). Tampalan ini dinamakan ‘retrograde filling”. Ia bertujuan untuk menghalang kemasukan semula kuman ke dalam kanal akar yang telah dibersihkan.
  2. Kesukaran prosedur konvensional rawatan akar kerana salur akar yang komplek, instrument patah di dalam kanal, terdapat tiang yang menyokong korona
  3. Akar gigi yang tidak matang atau ‘open apex’
  4. Membaiki resobsi, dan ‘perforasi’pada akar gigi
  5. Untuk melakukun prosedur ‘root amputation’ dan ‘hemisection’

Kontraindikasi pembedahan endodontik gigi

  1. Faktor pesakit
    • Pesakit yang mempunyai penyakit sistemik yang teruk, pesakit psikatrik
  2. Faktor anatomi
    • Konfigurasi akar yang kompleks
    • Berdekatan dengan salur darah dan saraf yang kompleks
    • Gigi yang tidak boleh ditampal lagi
    • Penyokong gigi/tulang di sekeliling gigi sangat minimal
  3. Kemahiran operator
  4. Memerlukan operator yang terlatih dalam bidang pembedahan mikrosurgery (endodontik)

Apakah pembedahan endodontik gigi?

Pembedahan endodontik adalah pembedahan yang dilakukan pada akar gigi. Ia adalah pembedahan kecil di mana insisi (belahan) dibuat pada bahagian gusi berkaitan gigi yang terlibat bagi mencapai akses ke kawasan yang telah mengalami infeksi, ‘resorbtion’ atau perforasi. Akses membolehkan tulang, tisu yang mengalami keradangan dan akar gigi yang terlibat didedahkan. Bius setempat diberi kepada kawasan operasi.Tisu yang mengalami infeksi akan dikeluarkan bersama dengan sebahagian dari akar gigi. Jika berlakunya ‘perforation’ kawasan akar yang terlibat akan dibaiki. Bahan tampalan seperti ‘Mineral Trioxide Aggregate’(MTA) digunakan dan gusi kemudiannya disutur (jahit) semula.Tulang sekeliling akar gigi akan sembuh sendiri dalam jangkamasa dua bulan.

001

Risiko-Risiko Pembedahan endodontik

Seperti pembedahan yang lain, pembedahan endodontik  juga terdedah kepada risiko dan komplikasi. Pembedahan endodontik  yang melibatkan gigi posterior (pramolar dan molar) adalah lebih mencabar berbanding dengan gigi anterior (incisor, kanin). Akar gigi molar/pramolar atas biasanya berkait rapat dengan lantai sinus maksila. Jika prosedur tidak dijalankan dengan berhati-hati, penembusan lantai sinus maksila boleh terjadi.

002

Kebas yang berpanjangan pada rahang bawah boleh terjadi selepas pembedahan endodontik gigi posterior bawah. Ini adalah disebabkan kedudukan akar gigi yang berdekatan dengan foramen mental di mana saraf mandibel melaluinya. Tampalan ‘retrograde’akar yang baik bagi gigi posterior juga adalah agak sukar disebabkan anatomi dan kedudukannya.

Namun begitu, penggunaan teknik terkini, bahan pergigian dan peralatan yang moden membantu operator melakukan dengan jayanya.

Dr. Anis Ezrina adalah seorang pakar pergigian restoratif yang sangat mementingkan pendidikan pesakit terhadap masalah pergigian. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan:

  • http://www.myhealth.gov.my/
  • Carrote P. Surgical endodontic, British Dental Journal 2005; 198: 71-79

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box