Pemutihan Gigi, Apakah Kesan Kepada Gigi? – Dr Anis Ezrina

Source: www.dimensiondentistry.com

Source: www.dimensiondentistry.com

Ramai di kalangan masyarakat sangat suka kepada  warna gigi yang putih. Namun begitu di atas sebab pengaruh usia, penyakit genetik (Amelogenesis/dentinogenesis imperfecta), permukaan dentin terdedah akibat gigi haus, merokok dan pemakanan, maka  gigi akan berubah warna. Gigi akan berwarna kekuningan dan kusam. Pelbagai cara dilakukan untuk menjadikan warna gigi menjadi putih. Antaranya ialah, penggunaan ubat gigi, penggilapan, rawatan korona, veneer oleh pegawai pergigian dan yang paling popular adalah ‘bleaching’ yang juga dilakukan oleh pegawai pergigian. ‘Bleaching’ atau pemutihan gigi adalah rawatan yang diakui kejayaannya. Sebanyak 90% kejayaan telah dilaporkan  untuk pemutihan intrakorona gigi ‘non-vital’.

Terdapat dua jenis pemutihan gigi iaitu ‘vital bleaching’ dan ‘non-vital bleaching’.

Vital Bleaching (VB)

Proses pemutihan dilakukan pada permukaan luaran gigi dengan menggunakan ceper. Ia boleh dilakukan sendiri oleh pesakit atau dilakukan di klinik pergigian. Ceper yang berisi bahan pemutih akan diletakkan kedalam mulut pesakit dan dibiarkan untuk jangka masa tertentu. Kesan pemutihan akan dapat dilihat selepas rawatan.

Non vital bleaching (NVB)

Proses pemutihan dilakukan di dalam  gigi yang telah dilakukan rawatan akar. Putik kapas yang mengandungi bahan pemutih  diletakkan ke dalam gigi diikuti dengan  tampalan sementara. Temujanji  susulan akan dilakukan untuk melihat kesan kepada gigi tersebut. Proses ini akan diulang beberapa kali untuk mendapat hasil yang memuaskan pesakit.

Contoh kes 1 (gigi 21) & 2 (gigi 11) non-vital bleaching pada gigi yang telah di rawat akar.

teeth

 

Proses pemutihan gigi melibatkan penggunaan bahan aktif hydrogen peroxide. Bahan ini adalah agen pengoksida yang kuat, menghasilkan radikal-radikal bebas dan mampu bertindak untuk melarutkan warna / kromogen  pada permukaan gigi. Sebanyak 10 % Carbamide peroxide juga ada kalanya digunakan untuk proses pemutihan gigi. Hasil akhir daripada proses ini bergantung kepada kepekatan bahan aktif  yang digunakan, kemampuan bahan aktif itu menembusi gigi, dan masa dan berapa kali proses itu diulang. Adakalanya, pegawai pergigian menggunakan proses pemanasan (thermo-catalytic procedure) untuk mempercepatkan tindak balas bahan aktif tersebut. Proses ini tidak digalakkan kerana kesan sampingan seperti ‘cervical root resorption’ dan gigi menjadi sensitif akan terjadi. Banyak kajian saintifik telah melaporkan komplikasi-komplikasi ini.

Tidak semua pesakit  boleh menerima rawatan ini. Kaedah rawatan ini dilakukan pada pesakit yang mempunyai:

  1. Fluorosis (kesan sampingan terlalu banyak fluorida)
  2. Staining’ disebabkan merokok, faktor pemakanan/minuman (teh, kopi)
  3. Gigi yang bertukar warna setelah rawatan akar
  4. Tetracycline staining’ (gigi bertukar warna setelah mengambil antibiotik tetracycline)

Namun begitu, kaedah rawatan ini perlu mendapat nasihat daripada pegawai yang bertauliah kerana jika dilakukan dengan tidak betul kesan sampingan boleh terjadi. Antaranya:

  1. Gigi akan menjadi nipis dan sensitif
  2. Resorbsi pada akar gigi
  3. Iritasi pada mukosa / tisu lembut

Ia terjadi jika kebocoran bahan pemutih (hydrogen peroxide) pada permukaan tisu lembut akibat daripada ceper yang digunakan tidak sesuai dengan mulut pesakit

  1. Kesan pada permukaan gigi
    Bagi pegawai pergigian sekiranya mereka ingin membuat tampalan sewarna gigi, mereka perlu melewatkan prosedur itu kerana radikal bebas dari bahan aktif itu akan merencat / melambatkan  proses ‘polymerisation’ tampalan sewarna itu. Tampalan sewarna boleh dilakukan selepas seminggu atau lebih agar restorasi yang dibuat lebih tahan lama.
  2. Kesan terhadap restorasi yang ada seperti  meningkatkan pengeluaran merkuri dari tampalan amalgam, melarutkan tampalan GIC.

Kesan sampingan perlu diterangkan kepada pesakit  terlebih dahulu agar mereka faham. Selalunya, sebelum melakukan prosedur ini, pegawai pergigian perlu memberitahu berkaitan proses pemutihan dijalankan, apakah prognosis pada gigi, serta rawatan alternatif yang boleh dilakukan. Selain daripada itu pegawai juga perlulah mendapatkan kebenaran rawatan dari pesakit.

Kesimpulannya, pemutihan gigi  hanya boleh dilakukan untuk keadaan tertentu sahaja. Jangan jadikan ia satu amalan harian kerana ia tidak sihat untuk kesihatan gigi. Penjualan ubat pemutihan gigi di kaunter- kaunter farmasi seharusnya mendapat preskripsi daripada pegawai pergigian sebelum diberikan kepada pengguna. Konsentrasi kandungan bahan aktif yang berbeza di dalam ubat-ubat tersebut  akan memberi kesan sampingan yang lebih buruk kepada pengguna.

*semua gambar adalah koleksi  penulis. Kebenaran menggunakan gambar untuk tujuan pendidikan telah diambil dari pesakit.

 

Dr. Anis Ezrina (DDS) (UKM), (MRestDent) (Newcastle, UK) adalah seorang doktor gigi yang bekerja di Kedah. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

 

Rujukan:

  • Tooth Bleaching – A critical Review of the biological aspects. Crit.Rev.Oral Biol.Med 2003;14,292

7 comments for “Pemutihan Gigi, Apakah Kesan Kepada Gigi? – Dr Anis Ezrina

  1. Fuady
    January 15, 2014 at 10:09 pm

    Dr. seberapa kerapkah seseorang itu harus melakukan scaling & pemutihan gigi? adakah gigi kuning itu tidak sihat ?

  2. Dr Anis Ezrina
    January 16, 2014 at 2:57 pm

    “Scaling'” adalah proses membuang karang pada permukaan gigi. Kekerapan nya bergantung kepada kejadian karang pada permukaan gigi selepas prosedur penskaleran dilakukan. Jika karang gigi sentiasa berulang, ini menujukan cara pemberusan gigi tidak betul kerana tujuan pemberusan gigi adalah membuang segala benda asing pada permukaan gigi. Pemberusan gigi secara berkesan perlu diterapkan kepada setiap pesakit.

    Pemutihan gigi tidak digalakkan kerana ia menyebabkan penipisan permukaan gigi menyebabkan gigi akan menjadi sensitif. Hanya keadaan yang tertentu sahaja dibenarkan seperti fluorosis, ‘tetracycline staining, non vital tooth discoloration.

    Kegigian yang kuning sebenarnya adalah normal. Apabila kita meningkat dewasa, permukaan gigi akan menjadi haus dan mendedah struktur dentine yang mana berwarna agak kekuningan. Justeru itu kegigian orang dewas lebiha kusam berbanding kanak-kanak. Ini adalah satu keadaan yang normal dan tidak perlu dirisaukan.

  3. Shah
    October 19, 2014 at 1:07 pm

    Alat pemutihan gigi, adakah ia baik digunakan dan halal (ingredient: Carbamide peroxide , Carbopol ,propanediol ,Glycerin, PH regulators , stabilizer ,Menthol) hryab

  4. hafiz
    December 5, 2014 at 10:58 am

    doc.. nk link the team tu?? selain tu kat mana nak baca artikek psl gg yg doc punya?

    • Hidayah
      December 5, 2014 at 1:08 pm

      Tab The Team ada di bahagian atas website ini. Boleh click “columnist”. Utk artikel2 lain pergigian boleh pergi ke Tab Health Education > Allied Health > Dental atau taip Dr Anis Ezrina di ruangan search.

  5. elle
    December 11, 2014 at 7:44 pm

    Doc…adakah kaedah bleeching boleh memutihkan gigi yg kuning disebabkan trauma kemalangan? Semasa berumur 8 thn, saya mengalami kemalangan kecil…gigi di bahagian hadapn patah..setelah sembuh, gigi kekal telah tumbuh, namun warna sangat kuning drp gigi asal…apakah kaedah terbaik utk memutihkan gigi untuk situasi seperti ini? Hrp doc blh bantu…tq
    https://www.mmgazette.com/wp-comments-post.php

  6. hani
    June 1, 2015 at 7:40 pm

    Berapa peratuskah kejayaan bleaching utk seseorang yg mengalami masalah fluorosis?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box