Pencegahan dan kesedaran pengguna Bahagian Perkhidmatan Farmasi bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai keperluan pendaftaran suatu produk kesihatan dan kosmetik sebelum produk tersebut dipasarkan.
Kesedaran Pengguna
Banyak aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan tahap kesedaran di kalangan orang ramai dan mempromosi laman Facebook Sahabat Farmasi sebagai medium untuk memberi dan memperoleh maklumat daripada pengguna . Antara aktiviti yang dilakukan adalah:
- Pameran dan Ceramah Kenali Ubat Anda dan Gunalah Ubat Berdaftar di Agensi Swasta, Kerajaan, Sekolah dan NGO
- Dialog dengan Usahawan Produk Kesihatan
- Edaran Sampul Duit Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali
- Menerbitkan bahan-bahan seperti risalah dan poster untuk kegunaan kempen berkaitan penguatkuasaan farmasi
- Hebahan Media di Facebook Sahabat Farmasi
- Buskers Farmasi
- Mengedarkan Kempen Kit di Tol pada musim cuti sekolah
- Karnival Sahabat Farmasi
- Melekatkan Label & Sticker ‘Nak Selamat, Gunalah Ubat Berdaftar’ di meja makan kedai atau premis
- Meletakkan Bunting ‘Nak Selamat, Gunalah Ubat Berdaftar’ di Premis
- Paparan Maklumat melalui Crawler Board
Aduan & Maklumat
Unit aduan menerima aduan daripada orang awam dan pegawai farmasi sekiranya terdapat penjualan produk kesihatan yang mencurigakan atau aduan terhadap produk itu sendiri. Risikan akan dibuat untuk melihat kesahihan aduan dan tindakan diambil jika maklumat yang diberikan adalah betul.
Sumber aduan yang diterima: Telefon, surat, datang sendiri, E-mel, laman web/ISPAA
Makmal Forensik
Sampel yang diambil untuk tujuan analisa yang diperoleh melalui aktiviti penguatkuasaan farmasi yang meliputi unit risikan, pemeriksaan, pengendalian aduan dan lain-lain. Sampel-sampel ini merangkumi produk tradisional, suplemen kesihatan serta kosmetik yang disyaki dicampur dengan racun berjadual. Keputusan analisa ini akan menjadi panduan sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan dijalankan.
Secara keseluruhannya, pencegahan dan kesedaran pengguna bertujuan untuk menyampaikan dua ciri utama suatu produk kesihatan iaitu:
- Hologram Meditag, sticker berwarna silver yang dilekatkan pada kotak pembungkusan suatu produk kesihatan. Ketulenan hologram dapat disemak dengan Dekoder Meditag. Dekoder ini diletakkan di semua farmasi hospital dan klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia serta farmasi swasta.
- Nombor pendaftaran produk kesihatan yang bermula dengan MAL diikuti dengan 8 angka dan diakhiri dengan A, X, T dan N, manakala untuk kosmetik bermula dengan NOT diikuti dengan 8 atau 9 angka dan diakhiri dengan K. Nombor notifikasi tidak semestinya ada pada kotak pembungkusan. Untuk menyemak nombor pendaftaran MAL atau notifikasi, pengguna boleh melayari laman sesawang bpfk.gov.my atau muat turun apps Mediquest bagi pengguna telefon android.
Bakiyarathi A/P Seridaran adalah seorang Pegawai Penguatkuasa Farmasi di Melaka.
Rujukan:
[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]