Penjagaan Pemakaian Kas Plaster Of Paris (POP) – Harith Baharuddin

139707821_XS“POP” adalah satu singkatan yang sinonim dalam bidang perubatan sama ada dalam negara atau luar negara. Amnya, ia diguna pakai di bawah Jabatan Orthopedik (bahagian tulang) dan aplikasi pemasangan POP ini diterajui oleh profesion Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang mana ilmu ini telah di terapkan kepada setiap PPP sejak pelatih lagi.

Pada istilah orang awam, POP lebih di kenali dengan istilah “simen” kerana cara pembuatan dan hasil daripada prosedur ini akan menghasilkan satu kas yang kuat dah keras. Indikasi utama bagi aplikasi kas POP ini adalah untuk “immobolize”
(memastikan bahagian tersebut tidak bergerak) anggota atau sendi yang mengalami kepatahan di samping turut dijadikan rawatan untuk masalah “ligament tear”.

Penjagaan selepas aplikasi POP adalah amat penting dan kebanyakan pesakit tidak mengendahkannya dan akhirnya ia akan menyebabkan tujuan utama aplikasi kas ini tidak tercapai malah akan mendatangkan komplikasi. Tambahan lagi, perkara yang paling penting sebelum, semasa dan selepas pemakaian kas POP ini adalah berdasarkan 5 prinsip berikut yang dinamakan sebagai 5P (Pain, Pallor, Paraesthesia, Pulselessnes dan Paralysis). Jika 5 prinsip ini tidak tercapai, pemakaian kas tidak boleh di lakukan atau jika sudah pakai ia perlu ditanggalkan semula kerana ia akan mendatangkan kompilkasi kepada pesakit.

Antara nasihat dalam penjagaan kas POP adalah :

  1. Datang segera ke hospital semula jika berlaku komplikasi ataupun plaster retak, pecah atau basah – elakkan daripada mendapat komplikasi.
  2. Elakkan daripada berdiri dan mengenakan berat badan pada kas dalam masa 48 jam selepas pemakaian – kas akan menjadi rosak kerana belum kering sepenuhnya.
  3. Ampu dan letak anggota yang dipasang kas atas bahan lembut semasa proses pengeringan kas – bagi mengelakkan kas menjadi bengkok.
  4. Tinggikan anggota yang berplaster apabila sedang duduk atau baring – bagi melancarkan peredaran darah.
  5. Jangan gunakan “hair dryer” untuk mengeringkan kas POP sebaliknya biarkan ia kering sendiri dengan udara biasa – akan merosakkan struktur kas dan mendatangkan komplikasi pada kulit pesakit
  6. Pastikkan kas POP sentiasa kering – elakkan daripada kas basah yang mana akan menyebabkan kas rosak dan prinsip “immobization” tidak tercapai.
  7. Jangan kotorkan atau menconteng pada kas POP – sumber jangkitan.
  8. Jangan membuang bahagian dalam kas (orthoban) atau menyimpan sesuatu di dalamnya- sumber jangkitan dan merosakkan kas.
  9. Lakukan senaman ringkas dengan melatih pergerakkan anggota yang tidak berada di dalam kas – elakkan kekakuan sendi dan otot

Jika kas POP ini tidak dijaga dengan baik dan diabaikan kebersihannya, ia akan menyebabkan beberapa komplikasi. Antaranya ialah “pressure sore”, “skin blistering” , kegatalan , sakit, pembengkakan dan sebagainya.

Penjagaan pemakaian kas POP perlulah diikuti agar anda tidak memperoleh komplikasi dan seterusnya akan hanya menyebabkan diri anda menjadi lebih merana.

Artikel ini ditulis oleh Harith Baharuddin, seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 di Hospital Melaka.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box