Pentingkah Saringan Penyakit Jantung Koronari untuk Orang Dewasa? – Dr Mohammad Hj. Che’ Man

Atherosclerosis’ adalah penyebab patologi utama kepada penyakit jantung koronari. Ianya merupakan penyebab kepada morbiditi dan mortaliti yang utama di seluruh dunia.

Di negara Malaysia, penyakit jantung koronari adalah 1 per 4 penyebab kematian utama di hospital- hospital kerajaan iaitu sebanyak 24.4%.

Faktor-faktor risiko penyakit jantung koronari adalah:

Faktor risiko yang boleh diubah Faktor risiko yang tidak boleh diubah
·       Merokok ·       Peningkatan umur
·       Tidak aktif bersenam/kurang aktiviti fizikal ·       Lelaki
·       Tekanan darah tinggi ·       Keturunan – genetik
·       Tahap kolestrol yang tinggi (dyslipidaemia)
·       Berat badan berlebihan atau obesiti
·       Diet yang tidak sihat – kandungan garam dan lemak yang tinggi serta kurangnya serat
·       Minum arak
·       Faktor psikososial seperti tekanan hidup, murung, kemiskinan dan taraf pendidikan

Berdasarkan kajian “National Health and Morbidity Survey, 2011” telah membuktikan bahawa kadar prevalen tertinggi untuk faktor risiko penyakit jantung koronari yang boleh diubah di kalangan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat iaitu 92.5%, diikuti oleh berat badan yang berlebihan dan obesiti iaitu sebanyak 60.5%, tahap kolesterol yang tinggi iaitu sebanyak 35.1%, tekanan darah tinggi 32.7%, merokok 25% dan kencing manis sebanyak 15.2%.

Kaedah saringan penyakit jantung koronari.

Mengikut “Framingham Study Group”, Framingham Risk Score” (FRS) digunakan sebagai kaedah penilaian risiko penyakit jantung koronari secara umum. Berdasarkan kepada ‘FRS’ ini, setiap individu dikelaskan kepada risiko secara total kepada penyakit jantung yang rendah (< 10%), sederhana (10- 20%) dan juga tinggi (>20%). Di dalam ‘FRS’, terdapat parameterumur, jantina, indeks jisim badam (‘body mass index’ (BMI)), tekanan darah sistolik, jenis ubat darah tinggi yang dimakan, merokok dan juga status kencing manis.

Saringan faktor risiko dilakukan pada permulaan umur tertentu bagi mereka yang berumur dengan mengklasifikasikan mereka kepada dua iaitu adanya faktor risiko penyakit jantung atau tiada faktor risiko penyakit jantung koronari.

Ujian-ujian saringan:

  1. Pengskoran framingham dilakukan ke atas mereka yang berumur 30 tahun dan ke atas yang mempunyai faktor risiko untuk penyakit jantung koronari, manakala 40 tahun dan ke atas sekiranya tidak mempunyai faktor risiko. Untuk risiko yang rendah disarankan dibuat ujian saringan di antara 2 hingga 5 tahun, manakala mereka yang berisiko sederhana disarankan dibuat ujian saringan di antara 6 bulan hingga setahun, dan kepada mereka yang berisiko tinggi ujian saringan bergantung kepada tahap klinikal pesakit tersebut.
  2. Pengambilan berat dan tinggi untuk mendapatkan indeks jisim badan (body mass index) bermula pada umur 18 tahun dan ke atas. Ianya juga boleh diukur dengan lilitan pinggang.

Untuk yang normal, disarankan dibuat ujian saringan setiap 2 tahun, dan setiap  tahun sekiranya mempunyai faktor risiko penyakit jantung koronari. Untuk yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan obesiti adalah disarankan dibuat ujian saringan setiap 6 bulan sekali.

  1. Ukuran tekanan darah tinggi adalah pada umur 18 tahun dan keatas untuk setiap tahun bagi mereka yang mempunyai tekanan darah sistolik < 130 mmHg dan diastolic < 85 mmHg, setiap 3 bulan sehingga 6 bulan sekiranya bacaan tekanan darah dalam lingkungan sistolik 130 ke 139 mmHg dan bacaan diastolik 85 ke 89 mmHg. Untuk yang berisiko tinggi, disarankan mengambil ukuran secara kerap.
  2. Ujian tahunan kolesterol bermula pada umur 18 tahun dan ke atas iaitu dengan pengambilan darah ‘fasting lipid profile’ yang mengandungi ujian total kolesterol, LDL-C, HDL-C dan juga Trigliserida.
  3. Ujian kencing manis iaitu samaada ‘random blood glucose’, ‘fasting blood glucose’, ‘oral glucose tolerance test’ atau ujian HbA1C iaitu bermula pada umur 18 tahun dan ke atas bagi yang mempunyai risiko penyakit kencing manis dan umur 30 tahun dan ke atas yang tidak mempunyai faktor risiko.
  4. Ujian ‘familial hypercholestrolaemia’ yang berumur 18 tahun dan ke atas bagi mereka yang mempunyai faktor risiko. Pegawai perubatan terlatih akan menilai kesesuaian untuk membuat ujian tersebut.

Selepas mengetahui keputusan ujian saringan, langkah-langkah pencegahan awal dapat diambil terutamanya untuk mengawal atau mengelakkan faktor risiko boleh ubah. Kesimpulannya, saringan penyakit jantung koronari untuk orang dewasa amatlah penting. Bak kata pepatah Inggeris, “Prevention is better than cure” iaitu ‘Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati’.

Rujukan:

  1. Cardiovascular disease risk factor: screening for adults: Consensus Guide to Adult Health Screening for General Population Attending Primary Care Clinic, 2015
  2. Clincal Practice Guidelines: Prevention of cardiovascular disease in woman (2ndEdition) 2016, Ministry of Health Malaysia.
  3. Clincal Practice Guidelines: Management of Hypertension (5th Edition) 2018, Ministry of Health Malaysia.
  4. Clincal Practice Guidelines: Management of type 2 Diabetes Mellitus (5th Edition) 2016, Ministry of Health Malaysia.

ASST. PROF. DR. MOHAMMAD BIN HJ. CHE’ MAN

(MD.UKM, MMED.USM)

DEPARTMENT OF FAMILY MEDICINE, IIUM KUANTAN PAHANG

FAMILY MEDICINE SPECIALIST/CLINICAL LECTURER

SPECIAL INTEREST: MEN HEALTH, PRIMARY CARE DERMATOLOGY

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box