Penyakit Kawasaki – Dr La Reina Sangaran

Apa itu penyakit Kawasaki?

Kawasaki adalah suatu penyakit radang yang umumnya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit radang mukosa, kulit dan kelenjar.

Apakah tanda-tanda penyakit Kawasaki?

Adakah penyakit ini dapat dicegah?

Malangnya, penyakit ini tidak dapat dicegah kerana punca terjadinya penyakit ini masih belum diketahui.

 

Adakah penyakit Kawasaki merbahaya?

Ya, penyakit Kawasaki sangat merbahaya jika tidak mendapat rawatan segera. 25% daripada kanak- kanak yang menghidap penyakit Kawasaki dan tidak dirawat akan mengalami radang pada salur darah jantung. Jika berlanjutan, salur darah pada jantung akan bengkak dan ini dapat membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak di bawah umur satu tahun yang menghidap penyakit Kawasaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat bengkak pada salur darah jantung.

 

Bagaimanakah penyakit Kawasaki dirawat?

Kanak-kanak yang menghidap penyakit Kawasaki perlu dirawat di hospital. Ubat IVIG (Intravenous Immunoglobulin) harus diberikan dengan segera untuk mengurangkan dan menghentikan proses radang. Selain itu, ubat Aspirin iaitu suatu ubat antiplatlet juga akan diberikan untuk mengurangkan risiko darah beku pada salur darah jantung. Kebanyakan kanak-kanak yang dirawat dengan ubat- ubatan ini akan sembuh. Namun, terdapat 20% daripada kanak-kanak yang tidak membaik dengan ubat IVIG (IVIG non responder). Kanak-kanak dalam kumpulan ini akan dirawat dengan ubat-ubatan

steroid. Untuk mereka yang lebih tenat, mereka mungkin memerlukan ubat yang lebih canggih seperti ubat-ubatan biologika. Kanak-kanak yang lebih tenat akan memerlukan rawatan di unit rawatan rapi.

 

Adakah kanak-kanak yang menghidap penyakit Kawasaki mempunya risiko mendapat penyakit jantung?
Ya, kanak-kanak yang penghidap penyakit Kawasaki berisiko menghidap penyakit jantung. Oleh itu, semua kanak-kanak yang menghidapi penyaki Kawasaki akan dirujuk kepada doktor pakar jantung untuk pemantauan. Mereka memerlukan pemeriksaan echo jantung secara berkala untuk memantau jika terjadi bengkak pada pembuluh darah jantung (coronary artery aneurysm). Ini terutamanya terjadi pada kanak-kanak yang tidak mendapat rawatan dengan segera atau tidak mendapat rawatan yang tepat. Selain itu, pembentukan darah beku pada pembuluh darah jantung juga boleh berlaku dan ini boleh mennyebabkan serangan jantung.

 

Apakah yang perlu ibu bapa lakukan?

Sebagai ibu bapa, jika anak anda mempunyai demam tinggi melebihi 5 hari dan terdapat gejala- gejala di atas, dapatkan rawatan di hospital dengan segera.

 

Ditulis oleh,

Dr La Reina Sangaran, Pakar Paediatrik, Hospital Selayang

Rujukan:
1. McCrindle BW et al, “Diagnosis, Treatment, and Long-Term Management of Kawasaki Disease: A Scientific Statement for Health Professionals from the American Heart Association”, Circulation, March 2017.
2. Gorelik M et al, “2021 American College of Rheumatology/Vasculitis Foundation Guideline for the Management of Kawasaki Disease”, Arthritis and Rheumatology 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box