Penyakit kusta: Apa yang anda perlu tahu! – Dr Mohammad Bin Che’ Man, Dr Shahidah Che Alhadi & Dr Syamimi Nadiah A. Wahab

Apakah itu Penyakit Kusta!

Penyakit kusta juga dikenal sebagai penyakit “Leprosy” atau “Hansen’s disease” sempena nama penemunya, Gerhard Armauer Hansen pada tahun 1874. Ianya juga adalah penyakit berjangkit yang kronik dengan penglibatan kulit dan saraf yang ketara disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Leprae. Penyakit ini melibatkan pengkibatan kulit, saraf-saraf periferi, system pernafasan dan juga organ mata. Penyakit ini untuk peringkat awal boleh sembuh sepenuhnya tanpa mendapat komplikasi kekal seperti kecacatan kekal. Ianya juga menyebabkan perubahan kosmetik pesakit yang boleh didikriminasi oleh orang awam dan ‘stigma’ masyarakat.

Penghapusan kes kusta!

Pada tahun 1990, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan azam untuk membasmi penyakit ini menjelang tahun 2000. Pembasmian bermaksud penurunan kadar prevalen kepada kurang dari 1 kes per 10,000 populasi dikawasan endemic penyakit ini. Walau bagaimanapun, 140,594 kes kusta telah dilaporkan pada 2021 untuk seluruh dunia.

Transmisi (perebakan) kusta!

Secara amnya, perebakan kusta masih tidak difahami secara sepenuhnya. Walau bagaimanapun, penyakit ini difahamkan merebak melalui “droplet” atau cecair dari pernafasan sama ada dari hidung dan mulut dari pesakit kusta yang tidak dirawat yang mempunyai kadar bakteria yang tinggi. Kebiasaannya, kuman atau bakteria ini boleh melalui kulit-kulit yang merekah. Kajian jugamendapati , di kalangan perebakan ini melalui hubungan dengan haiwan bernama ‘armadillos’ sama ada ketika menjaga, membunuh atau makan haiwan ini.

Tempoh inkubasi (jangkitan) bakteria kusta

Tempoh inkubasi bakteria kusta adalah antara beberapa bulan sehingga lebih 30 tahun. Kebiasaannya dalam lingkungan 4 hingga 10 tahun.

 

Gejala dan Petanda Kusta!

Pada Kulit

  • Kawasan keputihan kulit (hypopigmentation) atau ‘reddish skin’
  • Ketebalan kulit atau “stiff skin”
  • Kehilangan bulu mata dan bulu kening.
  • Bengkak atau kehadiran biji di kawasan cuping telinga atau muka.

Pada saraf-saraf

  • Kurang atau kehilangan rasa deria saraf pada kawasan kulit yang dijangkiti.
  • Kebas kawasan tangan dan kaki.
  • Pembesaran saraf atau kesakitan saraf hujung.
  • Kekeringan mata dan bukkal mukosa.
  • Perubahan saraf seperti kontraktur dan otot menjadi kecil

Bagaimana mendiagnos penyakit kusta?

Penyakit kusta didiagnos berdasarkan kepada penemuan sekurang-kurangnya salah satu petanda utama seperti dibawah:

  1. Kehilangan deria rasa di kawasan kulit yang lebih cerah (hypopigmented) atau kemerahan (reddish skin patch).
  2. Ketebalan atau pembesaran saraf periferi bersama dengan kehilangan deria rasa dan/atau masalah kelemahan otot yang di sarafi saraf berkenaan.
  3. Kehadiran kuman ‘acid-fast bacilli’ kusta di dalam calitan ‘slit-skin smear’.

Untuk diagnosis penyakit kusta, ianya boleh didiagnos melalui pemeriksaan klinikal sahaja atau bersama dengan ujian calitan ‘slit-skin smears’ atau pemeriksaan patologi dengan pengambilan kulit biopsi.

Pemeriksaan melalui makmal.

  1. Ujian ‘Slit skin smear’- ujian utama
  2. ‘Serologic testing’
  3. Skin biopsy- pengambilan isi kulit dan dihantar untuk ujian makmal.
  4. PCR

Tujuan-tujuan ujian ‘skin-slit smear’:

Tujuan:

  1. Diagnosis dan klasifikasi penyakit kusta
  2. Keputusan untuk permula rawatan dan durasi rawatan.
  3. Untuk melihat keberkesanan rawatan.

Ujian ‘skin-slit smear’ sangat berbaloi, mudah dan efektif. Sekiranya pesakit mempunyai bukti klinikal yang jelas akan tetapi ujian adalah negatif, pesakit perlu dirujuk kepada pakar dermatologi untuk rawatan seterusnya.

Apakah prinsip utama rawatan kusta?

  1. Untuk menukarkan keadaan pesakit dari keadaan pesakit berjangkit kepada keadaan tidak berjangkit.
  2. Untuk mengehadkan ‘progress’ penyakit kusta menjadi lebih teruk.
  3. Untuk mencegah komplikasi dan kecacatan.
  4. Untuk mengelakkan risiko kerintangan antibiotik/ubat.
  5. Untuk membasmi penyakit kusta dari komuniti manusia.

Ubat-ubatan antibiotik utama:

  1. Rifampicin
  2. Clofazimine
  3. Dapsone

Penggunaan jenis antibiotik bergantung kepada jenis kusta/ golongan kanak-kanak atau dewasa.

Rujukan-rujukan:

  1. Global leprosy (Hansen Disease) update, 2021: moving towards interruption of transmission. WHO,
  2. 2022.
  3. Singh I, et al. Leprosy: a review on transmission, pathogenesis, immunological features, diagnosis and treatment. J Immunol Res. 2018;2018:9051357.
  4. Abraham S, Mozhi NM, Joseph GA, Kurian N, Rao PS, Job CK. Epidemiological significance of first skin lesion in leprosy. Int J Lepr Other Mycobact Dis. 1998;66(2):131.
  5. Truman RW, et. al., Probable zoonotic leprosy in the southern United States. N Engl J Med.
  6. 2011;364(17):1626.
  7. Jean L. Bolognia et.al., Dermatology (4th edition), 2018. Adapted from A Guide to Leprosy Control, 2nd Geneva: World Health Organization, 1988:27–8.
  8. Journal of the American Academy of Dermatology in 2020
  9. Indian Journal of Dermatology in 2018
  10. Gautam M, Jaiswal A. Forgetting the cardinal sign is a cardinal sin: Slit-skin smear. Indian J Paediatr
  11. Dermatol 2019;20:341-4.
  12. Guidelines for the diagnosis, treatment and prevention of leprosy, WHO, 2018
  13. S. David et. al, Leprosy: Treatment and prevention, UpToDate June 2023

Ditulis oleh,

Asst. Prof. Dr Mohammad Bin Che’ Man

Pensyarah perubatan/Pakar Perubatan Keluarga

MD.UKM, MMED.USM

Department of Family Medicine,

Kulliyyah of Medicine, IIUM Kuantan

Asst. Prof. Dr Shahidah Che Alhadi

Pensyarah perubatan/Pakar Bedah

MBBS. IIUM , MMED.USM

Department of Surgery,

Kulliyyah of Medicine, IIUM Kuantan

Dr Syamimi Nadiah A. Wahab

MBBS. Unisza

Post- graduate master of medicine (Family Medicine)

Department of Family Medicine,

Kulliyyah of Medicine, IIUM Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box