Fakta:
- Kelenjar tiroid membesar 10 hingga 40% ketika kehamilan akibat peningkatan saiz folikel tiroid dan jumlah darah.
- Wanita hamil memerlukan peningkatan 50% penghasilan hormon tiroid bebas tiroksin(T4) dan hormone tiroid bebas triiodotironin(T3). Pada masa yang sama peningkatan melbihi 50% untuk keperluan harian iodin.
Saringan untuk masalah tiroid ketika kehamilan.
- Sejarah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit tiroid dan pembedahan tiroid.
- Mempunyai gejala kekurangan atau terlebih hormon tiroid.
- Mempunyai bengkak goiter.
- Mempunyai positif ‘thyroid antibodies’.
- Gejala- gejala seperti anemia, tinggi kolestrol dan kekurangan sodium.
- Penyakit kencing manis jenis 1
- mempunyai sejarah penyakit autoimun.
- Sejarah pendedahan kepada sinar radiasi bahagian kepala dan leher.
- Sejarah keguguran dan kelahiran pramatang.
Jenis-jenis penyakit tiroid ketika hamil:
- Kurang hormon tiroid subklinikal (subclinical hypothyroid):
- Prevalennya adalah sebanyak 2 hingga 3%
- Didiagnosakan secara tanpa gejala apabila keputusan serum TSH (Throid stimulating hormone) adalah melebihi 2.5 mIU/L dan nilai serum tiroksin adalah normal. Kebiasaannya disebabkan oleh penyakit autoimun.
- Komplikasi pada ibu adalah 1.8 kali lebih berisiko mendapat kelahiran pramatang, keguguran di awal kehamilan dan 3 kali risiko untuk mendapat masalah placenta abruptio.
- Komplikasi pada bayi adalah dengan meningkatkan risiko kepada sindrom gangguan pernafasan dan meningkatkan risiko masalah kekurangan neurokognitif.
- Perlu diberikan hormon tiroksin secara oral dan perlu diawasi paras TSH setiap 4 hingga 6 minggu.
- Pencapaian target setiap trimester mengandung untuk hormon TSH adalah seperti berikut:
- Trimester pertama, TSH adalah dalam linkungan 0.1 hingga 2.5 mIU/L
- Trimester kedua, TSH adalah dalam linkungan 0.2 hingga 3.0 mIU/L
- Trimester ketiga, TSH adalah dalam lingkunga 0.3 hingga 3.0 mIU/L.
Lebihan hormon tiroid subklinikal (subclinical hyperthyroid):
- Apabila paras hormon tiroksin (T4) adalah normal akan tetapi paras hormon TSH adalah rendah.
- Tiada bukti saintifik menunjukkan bahawa rawatan untuk masalah ini akan memperbaiki keselamatan kandungan (pregnancy outcome) dan rawatan adalah lebih berpotensi kepada masalah kepada bayi.
- Kekurangan hormon tiroid ketika mengandung (hypothyroid in pregnancy):
- Prevalen adalah sebanyak 0.3 hingga 0.5%.
- Kebiasannya adalah tanpa gejala dengan bacaan hormon TSH adalah melebihi 2.5 mIU/L dan bacaan hormone tiroksin adalah rendah dari paras normal.
- Antara penyebabnya adalah seperti penyakit ‘chronic autoimmune thyroditis’, terlebih rawatan dengan ubat rawatan tiroid, penggunaan ‘radioiodine ablation’ dan pembedahan tiroid dan masalah kekurangan iodin.
- Antara komplikasi kepada ibu yang mengandung adalah menyebabkan risiko kemandulan, risiko keguguran, kekurangan darah (anemia), darah tinggi semasa mengandung, plasenta abruptio dan kehilangan darah setelah melahirkan anak.
- Komplikasi kepada bayi adalah seperti menyebabkan kelemahan fungsi otak, kelahiran pramatang, kekurangan berat dan gangguan pernafasan.
Lebihan hormon tiroid ketika mengandung (hyperthyroid in pregnancy):
- Prevalens adalah 0.1 hingga 0.4%.
- Diagnosis adalah melalui simtom-simtom terlebih hormon tiroid, peningkatan hormone tiroksin dan penurunan hormon TSH berdasarkan kepada trimester tertentu.
- Simtom adalah sama dengan penyakit Grave’s disease dan Gestational Transient Thyrotoxicosis
Bagaimana untuk membezakan antara Gestational Transient Thyrotoxicosis dan Grave’s disease?
Kriteria untuk diagnosis Gestational Transient Thyrotoxicosis adalah:
- Fungsi hormon tiroid tidak normal
- Tiada bukti hormon tiroid tidak normal sebelum mengandung.
- Sejarah muntah yang teruk dan berulang untuk kandungan sebelumnya.
- Ketiadaan petanda fizikal yang konsisten dengan penyakit Grave’s disease.
- Negatif titer autoantibodi (TRAb).
Apakah itu Gestational Transient Thyrotoxicosis?
- Ianya dijumpai dikalangan wanita yang mengalami muntah yang teruk semasa mengandung.
- Adalah untuk sementara sahaja. Akan hilang sepenuhnya pada minggu ke-18 kehamilan.
- Rawatan adalah dengan pengawalan aras hormone tiroid secara berkala, sesetengah kes mungkin memerlukan rawatan ubat antitiroid dan ubat penyekat reseptor Beta kemungkinan boleh membantu.
Komplikasi penyakit Grave’s disease semasa mengandung:
- Masalah kepada ibu: kelahiran pramatang, preeklampsia, kegagalan jantung.
- Masalah kepada bayi: kelahiran bayi kecil, pramatang, kelahiran bayi berpenyakit Grave’s disease dan risiko masalah kesan sampingan ubat tiroid seperti kecacatan bayi semasa dalam kandungan dan juga bayi yang mempunyai goiter dan kekurangan hormon tiroid.
Penyakit Grave’s disease semasa mengandung:
- Ianya adalah ‘naik turun’ semasa mengandung dan boleh diterukkan lagi semasa semester pertama.
- Ianya boleh bertambah baik akhirnya sehinggakan dapat memberhentikan rawatan dalam 20 hingga 30% kes.
- Kemunculan penyakit kembali boleh berlaku setelah kelahiran.
Thyroid receptor antibodies (TRAb):
- Hadir dalam lebih dari 95% pesakit aktif Grave’s disease.
- Boleh melalui plasenta dan boleh mengaktifkan tiroid fetus dalam kandungan dan menyebabkan penyakit Grave’s diseasedikalangan bayi baru lahir.
- Bayi yang mempunyai terlebih tiroid akan menyebabkan komplikasi bayi kecil, jantung bergerak laju, goiter, hydrops fetalis, kematangan tulang cepat, kelahiran pramatang dan juga kematian bayi.
Rawatan penyakit Grave’s disease semasa mengandung:
Ubat tiroid:
- Trimester pertama/sebelum mengandung: Ubat propylthiouracil adalah pilihan utama. Sepanjang rawatan menggunakan ubat ini memerlukan pemantauan fungsi hati.
- Trimester kedua dan trimester ketiga: ubat carbimazole adalah pilihan utama kerana ubat propylthiouracil mungkin menyebabkan ketoksikan hati.
- Dos ubat tiroid yang paling rendah diperlukan untuk mengekalkan tiroksin dalam ibu mengandung pada tahap yang sepatutnya untuk mengelakkan bayi mendapat kekurangan hormon tiroid dan juga goiter.
- Ubat penyekat reseptor Beta digunakan untuk mengawal gejala metabolik dan boleh diberhentikan setelah kandungan berusia 2 hingga 6 minggu.
- Pengawalan aras fungsi tiroid adalah disarankan pada minggu keempat hingga keenam kehamilan.
Ubat antitiroid dan penyusuan:
- Pengambilan ubatan tiroid semasa menyusu adalah selamat dengan dos pertengahan.
- Ubat carbimazole boleh digunakan sehingga 20mg/sehari manakala propylthiouracil adalah 450mg/sehari atau kurang.
- Pengambilan adalah sebaik-baiknya selepas penyusuan.
Rawatan tanpa ubat:
Pembuangan separa kelenjar tiroid (subtotal thyroidectomy):
- Reaksi yang teruk terhadap ubat makan tiroid.
- Penggunaan ubat tiroid yang terlalu tinggi setiap masa.
- Pesakit tidak makan ubat tiroid yang diberikan.
- Penyakit tiroid yang tak terkawal.
RADIOAKTIF IODIN ADALAH TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEMASA MENGANDUNG!!
RUJUKAN:
- Clinical practice guidelines, Management of thyroid disorders 2019, Ministry of Health Malaysia.
- Practice Guidelines for Thyroid Disorders The Malaysian Consensus 2000, Malaysian Endocrine and Metabolic Society.
ASST. PROF. DR. MOHAMMAD BIN HJ. CHE’ MAN
PENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR PERUBATAN KELUARGA
(MD. UKM, MMED, (FAMILY MEDICINE) USM)
SPECIAL INTEREST: MEN HEALTH, PRIMARY CARE DERMATOLOGY
DEPARTMENT OF FAMILY MEDICINE,
KULLIYYAH OF MEDICINE,
IIUM KUANTAN PAHANG.
ASST. PROF. DR. SHAHIDAH CHE ALHADI
PENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR BEDAH
(MBBS.IIUM, MMED, (SURGERY) USM)
SPECIAL INTEREST: BREAST AND ENDOCRINE SURGERY
DEPARTMENT OF SURGERY,
KULLIYYAH OF MEDICINE,
IIUM KUANTAN PAHANG.
[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]