Sebagai seorang jurupulih carakerja, persoalan yang kerap ditanya oleh ibubapa adalah “kenapa anda hanya bermain dengan anak anak sepnjang sesi dijalankan?” Permainan dan bermain yang digunakan dalam Terapi Carakerja adalah sebagai modaliti untuk menilai dan meningkatkan kemahiran tertentu pada kanak-kanak. “Sensory Play” yang biasa digunakan oleh Terapi Carakerja adalah untuk merangsang semua jenis sensori yang ada pada setiap kanak-kanak seperti deria sentuhan, penglihatan, rasa, bau dan pendengaran. “Sensory Play” yang melibatkan semua deria ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Bukan sahaja kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam ransangan sensori yang mendapat kebaikan melalui “Sensory Play” ini tetapi semua kanak-kanak.
Antara 3 deria yang utama dan penting dalam perkembangan normal kanak-kanak adalah rangsangan sentuhan, otot dan sendi dan keseimbangan badan. Sebab itulah penting untuk kanak-kanak berlari, memanjat, berpusing, supaya deria ini dapat distimulasikan. Untuk kanak-kanak, dengan bermain membolehkan mereka belajar dan meningkatkan skil yang perlu untuk daya tumpuan, perkembangan dan interaksi sosial.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan anak-anak:
Sentuhan:
- pijak rumput tanpa kasut
- main pasir, beras
- main belon dalam besen air
- main bedak talkum
- sentuh kertas pasir
- letak guli banyak- banyak dalam bekas
- plastisin
- uli tepung
Pendengaran:
- bisik-bisik berbisik (beratur sampaikan mklmt)
- teka bunyi binatang (ayam berkokok,kucing,itik,lembu kambing dan lain-lain yang biasa didengari)
Bau
- letakkan dalam tupperware bertutup,teka bau apa :
limau,bawang, serbuk kari,teh, kopi
Rasa:
- letak dalam bekas, teka rasa apa :garam, gula, serbuk kopi,asam keping
Permainan sensori adalah sangat menyeronokkan dan tidaklah susah untuk anda aplikasikan bersama. Beberapa tips untuk memastikan anak anda mendapat Sensory Play dan sensory aktiviti sebanyak yang mungkin.
- Mengehadkan masa bersama gadget
- Menggalakkan anak anda untuk tolong bersama dalam penyediaan meja makan, atau kerja rumah yang mudah.
- Melawat taman permainan.
- Menggalakkan mereka berlari, memanjat, berpusing, menaiki basikal, untuk mengaktifkan sensori otot dan sendi, juga keseimbangan badan.
- Dan yang paling penting, biarkan kanak kanak mengkaji persekitaran mereka menggunakan deria rasa mereka yang ada untuk meningkatkan daya imaginasi, berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah dan mengkaji solusi sendiri!
[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]