Pertolongan Cemas dan Sokongan Hayat Asas: Bahagian III – Dr Khoo Yoong Khean

Pertolongan cemas ketika serangan jantung, sawan dan strok

 

Sakit dada/serangan jantung:

Demi keselamatan, kita harus menganggap mana-mana sakit dada yang kuat sebagai serangan jantung atau insiden kardiovasular.

  1. Pertama sekali, dail 999 dan panggil ambulans.
  2. Jika diketahui mangsa memhidapi penyakit jantung, dia seharusnya ada membawa ubat bersama-sama. Cari ubat yang berlabel ‘sublingual GTN’ dan letakkan satu tablet di bawah lidahnya.
  3. Jika pada bila-bila masa mangsa berhenti bernafas, mulakan CPR sehingga bantuan tiba.
Sumber: ADAM Interactive Anatomy

Sumber: ADAM Interactive Anatomy

Sawan:

Sawan atau ‘tarik’ biasanya terhad sendiri dan akan akhirnya berhentii.

  1. Pertama sekali, dail 999 dan panggil ambulans.
  2. Taksirkan bahaya dan jika boleh, bawa mangsa keluar daripada persekitaran berbahaya.
  3. Letak mangsa dalam posisi pemulihan (iringkan seluruh tubuh ke sebelah kiri).
  4. Letakkan benda lembut di bawah kepalanya cth: jaket, selimut.
  5. Tanggalkan pakaian ketat seperti tali leher dan rantai leher.
  6. JANGAN CUBA HENTIKAN PERGERAKAN.
  7. JANGAN LETAK APA-APA DI DALAM MULUT MANGSA.
  8. Tunggu sawan habis dan periksa pernafasan/nadi.
  9. Mulakan CPR jika perlu.
  10. Jika pernafasan normal, duduk bersama mangsa sehingga dia betul-betul sedar. Jangan beri makanan atau air sehinggalah dia betul-betul sedar.

 

Sumber: www.healthtipops.com

Sumber: www.healthtipops.com

 

Strok:

Kebelakangan ini, pengurusan strok akut telah bertambah baik dan membawa mangsa ke hospital secepat mungkin adalah sangat penting untuk meningkatkan peluang mangsa pulih daripada strok.

Untuk menguji strok, gunakan akronim ini: F-A-S-T

  • F: Face. (muka). Perhatikan jika ada asimetri (ketidakseimbangan bentuk) pada muka (contoh: mulut senget sebelah).
  • A: Arm drift. (tangan hanyut). Minta mangsa mengangkat kedua belah tangan pada 90 darjah. Belah yang strok akan lambat-laun ‘hanyut’ ke bawah.
  • S: (pertuturan). Minta mangsa menuturkan satu ayat yang mudah dan dengar sama ada pertuturannya jelas atau kabur.
  • T: Time. (masa). Ingat pukul berapa gejala-gejala tadi timbul (berguna kepada para doktor di hospital untuk rawatan lanjut)

Bawa mangsa ke hospital dengan kenderaan jika boleh. Jika tidak, tunggulah ambulans. Sekali lagi, lakukan CPR jika mangsa berhenti bernafas.

 

Kesimpulan

Ini ialah beberapa contoh apa yang boleh dibuat dalam situasi kecemasan. Dengan sedikit ilmu pertolongan cemas, peluang mangsa untuk terus hidup lebih tinggi. Berbaloi jika anda tahu. Modul-modul Sokongan Hayat Asas ada diajar di Malaysia, termasuklah latihan dan pensijilan CPR. Kadang-kadang, ada juga bengkel percuma atau berbayar dibuat di seluruh negara.  Sila hubungi doktor keluarga anda atau hospital berdekatan untuk maklumat lanjut.

Dengan artikel ini, saya harap kaedah pertolongan cemas asas dapat diamalkan dengan lebih meluas dalam masyarakat kita. Ingatlah, bantuan awal menyelamatkan nyawa.

 

Dr Khoo Yoong Khean ialah Editor Pengurusan Malaysian Medical Gazette. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

 

Rujukan:.

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box