Risiko BMI Berlebihan Semasa Mengandung – Dr Muhammad Izzat

Sumber gambar: verywellfamily.com

 

Ibu yang mempunyai BMI berlebihan semasa mengandung berisiko untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan:

 

Thrombosis

Trombosis adalah darah beku di kaki atau darah beku ini boleh bergerak dan sekaligus menyumbat salur darah pada peparu dipanggil pulmonary embolism. Kehamilan itu sendiri meningkatkan peluang ibu mengandung untuk dapat thrombosis. Kalau berat badan berlebihan + mengandung = lagi senang nak dapat masalah ini. Risiko untuk dapat thrombosis ini akan dinilai oleh doktor masa memula anda datang jumpa doktor untuk buka buku pink. Kalau perlu anda akan dimulakan ubat untuk mencairkan darah yang diberikan secara suntikan.

Kencing manis semasa mengandung

Kalau BMI 30 dan ke atas, anda TIGA KALI lebih senang menghidapi kencing manis semasa mengandung dibandingkan dengan orang yang BMI mereka bawah 25.

Untuk mengetahui sama ada ibu ada kencing manis atau tidak semasa mengandung, ibu diminta minum air gula antara minggu 24 ke minggu 28 kehamilan. Sekiranya ada kencing manis, rawatan dan follow up berbeza daripada ibu yang tidak menghidap kencing manis. Pakar O&G akan  turut terlibat.

Darah tinggi dan pre-eclampsia

BMI 30 atau lebih risiko dapat pre-eclampsia 2-4 kali lebih tinggi berbanding dengan mereka yang BMI 25 dan ke bawah.

Bertambah-tambah senang lagi jika

  • Umur lebih 40 tahun
  • Pernah ada pre-eclampsia kehamilan yang sebelumnya
  • Tekanan darah dah memang tinggi sebelum mengandung lagi

Kalau ada faktor ini dan faktor-faktor lain, doktor akan mulakan ubat aspirin seawal 12 minggu. Biasa sebiji dalam 300mg. So nanti anda kena belah 4, makan suku je, sehari sekali.

Masalah mental

Berat badan berlebihan akan meningkatkan masalah mental masa mengandung dan selepas melahirkan.

Risiko pada bayi jika ibu mempunyai berat badan berlebihan

  • Peluang keseluruhan untuk keguguran 1 dalam 5 (20%) – sama ada kurus atau berat badan berlebihan. Tetapi jika berat badan anda berlebihan BMI 30 dan ke atas peluang untuk gugur 1 dalam 5 (25%)

  • Kalau dah berat badan berlebihan sebelum mengandung, boleh menganggu pembentukan bayi dalam rahim. Keseluruhan 1 dalam 1000 bayi lahir dengan masalah neural tube defect, tapi jika BMI anda lebih 30 risiko ini BERGANDA menjadi 2 dalam 1000

  • Kalau berat badan berlebihan, peluang untuk dapat bayi besar dengan berat 4kg atau lebih tu tinggi. Apa yang tak bagusnya? Komplikasi bersalin seperti koyakkan teruk sampai lubang dubur, bahu sangkut, peluang untuk kena caesar pun meningkat. Kalau BMI anda lebih 30, risiko ini BERGANDA dari 7 dalam 100 jadi 14 dalam 100 jika kita bandingkan dengan mereka yang BMI 20 – 30.

  • Kalau BMI berlebihan masa mengandung, anda kena ada scan tambahan untuk periksa tumbesaran bayi, kedudukan. Biasanya misi guna pita pengukur je nak ukur saiz rahim, tapi kalau BMI anda lebih 35 tidak boleh dah ukur rahim guna pita pengukur ni, memang kena scan lah jawabnya.

  • Risiko keseluruhan untuk bayi meninggal tetiba 1 dalam 200. Kalau BMI lebih 30, risiko meningkat 1 dalam 100 kelahiran.

 

Sumber gambar: timesofindia.com

 

Ingin mengandung? Dapatkan berat badan ideal dulu sebelum mengandung. Jika sudah mengandung dengan BMI berlebihan, tidak boleh buat apa dah. Jangan pula bersenam secara teruk bila sudah mengandung – no point, sebaliknya berbahaya kepada anda.

Yang paling bagus adalah pencegahan. KURUSKAN BADAN sebelum bercadang untuk mengandung. Bagaimana? Anda mesti tahu jawapannya kan?

Artikel ditulis oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi yang berkhidmat di sebuah hospital di Selangor darul Ehsan

Rujukan :

  1. Being Overweight during pregnancy and afterbirth – information for you published in November 2018 by Royal college of Obstetricians & Gynaecologists London

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box