Salam Aidilfitri & Eid Mubarak – Dr. Hidayatul Radziah Ismawi

crazystar9999@1Logo25133754

Salam Aidil Fitri & Eid Mubarak,

“Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang,

 Di Hari Raya hari yang bahagia,

 Kerana tugas pada negara,

 Dan semoga kekal sejahtera.” 

–  Senandung Hari Raya Untukmu

Setiap kali tiba musim Raya, saya terkenang kembali kali pertama terpaksa bertugas di hospital di waktu Hari Raya. Menjalankan tugas sambil sayup-sayup kedengaran takbir raya dan lagu raya di pembesar suara wad. Syahdu. Walaupun, kini dapat berhari raya bersama keluarga tercinta, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada setiap orang yang berkorban masa bersama keluarga demi menabur bakti kepada mereka yang memerlukan. Juga buat mereka yang tidak akan pulang selamanya di pagi Raya ini, mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah. Semoga keluarga dan kenalan mereka tabah menghadapi kehilangan yang tersayang.

Kami warga Malaysian Medical Gazette ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin”. Di hari Raya ini, mari kita panjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang kita ada berbanding dengan mereka yang kurang bernasib baik. Mari kita lakukan amalan yang sunnah dan baik di hari yang mulia ini; mengamalkan pemakanan yang sihat, mengelakkan pembaziran, mengeratkan silaturrahim, saling bermaafan dan bertoleransi. Akhir sekali, jangan dilupa mereka yang sedang menyambut Aidil Fitri dalam suasana peperangan, penindasan, kekejaman, kemiskinan dan kedaifan. Ambil sedikit kesempatan untuk mendoakan kesejahteraan mereka dan hulurkan bantuan seikhlas mungkin.

تقبل الله منا و منك

Taqabalallahu minna wa minka

Semoga Allah menerima amalan kita dan amalan mu

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box