“Saya Tidak Mahu Tulang Belakang Anak Saya Ditebuk!” – Dr Alya Hamzah

Sumber: A.D.A.M. Interactive Anatomy

Sumber: A.D.A.M. Interactive Anatomy

Pengenalan

Respon di atas kadang kala kedengaran di hospital tempatan apabila doktor yang merawat seorang kanak – kanak mengemukakan cadangan kepada ibubapa atau penjaga mengenai keperluan untuk mendapatkan sampel air tulang belakang. Walaupun kemodenan telah meresapi segenap aspek kehidupan masyarakat kita, namun sesetengah persepsi agak sukar diubah mengenai sesuatu perkara. Antaranya adalah prosedur mengambil air tulang belakang atau ‘lumbar puncture’ (LP). Adalah diharap dengan artikel ini, persoalan dan kekeliruan tentang prosedur tersebut dapat terlerai.

Apakah air tulang belakang?

Sebelum kita mengupas subjek ini, mari kita mengenali dahulu anatomi badan yang terbabit.

Otak dan saraf tunjang  merupakan organ yang ‘tersimpan’ dalam susunan yang sangat rapi. Kedua duanya diselaputi sejenis tisu yang dipanggil ‘meninges’. Otak terletak di dalam struktur  tengkorak yag utuh. Saraf tunjang pula, rangkaian tisu yang bermula daripada bahagian bawah otak, mengunjur kearah bawah badan di dalam perlindungan tulang belakang yang dekenali sebagai tulang vertebra (vertebrae).Tulang belakang atau tulang vertebra ini agak unik kerana ia tidak bersambung seperti sebatang tiang contohnya, namun ia berupa ‘bongkah – bongkah’ kecil yang tersusun rapi di atas satu sama lain. Tulang tulang vertebra ini bersambung antara satu sama lain dengan struktur yang dikenali sebagai ‘spinal disc’ yang memainkan peranan menyerap sebarang impak dalam manusia menjalani aktiviti kehidupan seharian.

Otak dan saraf tunjang ini sentiasa dibasahi cecair yang dikenali sebagai air tulang belakang atau ‘Cerebrospinal Fluid ‘ (CSF).  Air tulang belakang atau CSF dihasilkan di dalam otak sepanjang masa. CSF yang dihasilkan melalui sistem saluran khas di dalam otak turun membasahi  rangkaian saraf tunjang. Air yang terkumpul di bahagian bawah di sekitar saraf tunjang tersebut akan diresap kembali untuk dikembalikan kepada otak di mana  proses penghasilan CSF ini bermula lagi. Antara fungsi CSF adalah melindungi otak dan saraf tunjang  daripada hentakan kepada dinding tengkorak dan juga tulang vertebra yang keras.

Apakah prosedur ini sebenarnya?

Prosedur ‘lumbar puncture’ merupakan proses untuk mendapat akses kepada CSF atau ruang dimana tersimpannya cecair tersebut. Setelah akses ini diperolehi, pelbagai tujuan dapat dicapai bergantung kepada situasi klinikal yang dihadapi. Seperti yang diterangkan di atas, bahagian otak dan saraf tunjang tersimpan dalam keadaan yang sangat rapi. Ia adalah sangat sukar bagi doktor yang merawat untuk melakukan evaluasi terhadap sistem saraf tersebut apabila seseorang pesakit disyaki menghadapi sebarang masalah berkaitan. Kelebihan memperolehi akses kepada CSF atau ‘ruang’ itu tadi , doktor dapat menjalankan evaluasi dan siasatan yang lebih terperinci agar diagnosis yang tepat dan rawatan yang paling sesuai dapat diberikan.

Source: www.cancerresearchuk.org

Source: www.cancerresearchuk.org

Mengapakah prosedur in dilakukan?

Dalam pesakit kanak kanak, antara indikasi utama utntuk melakukan LP adalah apabila anak itu disyaki menghidapi radang otak akibat draipada jangkitan. Ini kerana ujian lain seperti sampel darah dan ujian ‘scan’ pada otak sahaja tidak memadai untuk mencapai diagnosis yang tepat.

Tambahan pula, kadang kala kanak-kanak yang menghidapi jangkitan otak tidak menunjukkan tanda- tanda ‘klasik’ atau biasa jangkitan tersebut. Ini menyukarkan para doktor untuk membuat diagnosis.

Dengan adanya CSF, analisis terperinci dapat dibuat agar rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah tepat dan terbaik. Sekiranya sampel ini tidak diperolehi, rawatan akan diteruskan juga mengikut ‘bukti-bukti’ klinikal yang sedia ada. Namun, kehadiran organisma yang menyebabkan jangkitan tidak akan dapat dibuktikan. Kesukaran akan timbul sekiranya kanak- kanak tersebut tidak menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan awal. Ini akan merumitkan rawatan seterusnya kerana doktor tidak mempunyai ‘bukti’ utuh untuk memandukan pelan rawatan ke atas pesakit.

‘Lumbar puncture’ juga boleh dilakukan untuk memberi ubat – ubatan ataupun untuk mengurangkan tekanan  di dalam ruang otak dalam kes- kes terpilih.

Bagaimanakah prosedur ini dijalankan?

Prosedur ini selalunya memakan masa dalam 20 hingga 30 minit. Bergantung kepada keaadan pesakit, ubat pelali mungkin diberi ataupun tidak. Tiada persiapan khas yang diperlukan untuk pesakit. Prosedur ini dilakukan dalam keadaan steril dan menggunakan sebatang jarum khas.

Sebelum itu, ubat untuk mengurangkan sakit akan diberikan dalam bentuk krim pada kawasan tulang belakang. Ubat tahan sakit berbentuk suntikan kadang kala diberikan bergantung kepada usia dan keadaan klinikal. Doktor akan memilih kawasan yang hendak dicucuk iaitu di antara tulang-tulang vertebra dan di kawasan yang jauh daripada rangkaian saraf tunjang. Jarum ini kemudiannya  dimasukkan ke kawasan yang telah dipilih. Air tulang belakang akan keluar melalui jarum dan dikumpul untuk analisis. Hanya beberapa titis shaja yang diperlukan untuk analisa.

Setelah itu , jarum akan dikeluarkan dan kawasan tersebut akan ditutupi dengan ‘pressure dressing’ untuk beberapa ketika untuk memastikam tiada pendarahan atau pembocoran air tulang belakang.

Apakah komplikasi yang boleh berlaku?

Dalam kanak-kanak yang didapati sesuai untuk menjalani prosedur LP, komplikasi yang boleh terjadi adalah perasaan sakit dibahagian yang dicucuk untuk beberapa jam. Ada juga sesetengah anak -anak yang akan mengadu pening kepala tetapi kedua-dua keadaan ini adalah sementara dan pesakit akan dinasihatkan untuk baring atau berehat untuk beberapa jam dan juga untuk meningkatkan pengambilan air.

Oleh kerana tempat dimana jarum tersebut dimasukkan adalah jauh daripada saraf tunjang, isu pesakit menjadi lumpuh tidak timbul. Tulang belakang atau vertebra juga tidak dicederakan memandangkan  kawasan yang dicucuk adalah ‘ruang’ di antara tulang tersebut.

Air tulang belakang yang diambil akan ‘diganti’ semula oleh otak kerana seperti yang diterangkan, proses penghasilan CSF adalah suatu proses yang berterusan.

Komplikasi lain yang  boleh timbul adalah radang atau jangkitan di kawasan yang dicucuk tetapi ini sangat jarang berlaku kerana prosedur in dilakukan dalam keadaan steril oleh doktor yang terlatih.

Source: www.diagnosisms.com

Source: www.diagnosisms.com

Adakah prosedur in selamat ?

Dalam kes-kes yang telah ditentukan sesuai oleh Doktor yang merawat, prosedur LP adalah satu prosedur yang selamat. LP sangat  penting dalam membantu penyiasatan penyakit berkaitan dengan otak dan saraf tunjang serta penyakit-penyakit tertentu yang lain. Adalah normal untuk ibu bapa merasa risau apabila doktor mengesyorkan prosedur tersebut dan staf yang terlbat seharusnya sensitif dengan perasan ibubapa. Namun kedua-dua pihak ibubapa dan doktor yang merawat bolehlah saling berbincang agar sebarang keraguan dan persoalan dapat ditangani dengan cara yang terbaik.

Dr. Alya Hamzah merupakan pegawai perubatan paediatrik yang kini bertugas di Sabah. Beliau amat mementingkan pendidikan pesakit dan keluarga pesakit dalam memastikan rawatan yang diberikan adalah optimum. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.] 

 Rujukan:

31 comments for ““Saya Tidak Mahu Tulang Belakang Anak Saya Ditebuk!” – Dr Alya Hamzah

  1. Puan Putri Haryati Ibrahim
    January 27, 2014 at 9:19 am

    Info yang sangat berguna – membantu menghindari persepsi bahawa prosedur LP boleh mengakibatkan pesakit manjadi lumpuh.

    • alya H
      February 2, 2014 at 9:05 am

      Puan Putri ,
      Alhamdulillah dan terima kasih.

      Dr Alya H.

    • Ana rohani
      February 6, 2014 at 9:39 pm

      thanks a lot doctor.very useful.

      • Alya H
        February 7, 2014 at 9:14 pm

        Thank you Ana

        Dr Alya H

  2. January 29, 2014 at 10:01 pm

    Info yg sgt berguna.

    • alya H
      February 2, 2014 at 9:06 am

      Farhana ,
      Terima kasih di atas komen anda.

      Dr Alya H.

  3. wady
    January 30, 2014 at 7:44 am

    Amat berguna info tersebut, tapi yg akhir kalam tuh yg membuat hati resah….doktor yg berpengalamn….seperti sedia maklum di malaysia, kebanyakkan doktor berpengalaman nih dah join swasta kerana pendapatan yg lebih tinggi….yg tinggal doktor yg terkinjal kinjal di hospital hospital kerajaan…nal pegi swasta tal mampu, so pegi la hospital kerajaan…yg doktor di hospital kerajaan plak nampak patient nih yg bukan dari kenalan mereka macam bahan ekpserimen lak….seperti sedia maklum banyak kes berlaku di malaysia especialy hospital berpunca dari salah teknikal doktor yg kurang berpengalamn….ini pandangan saya…..twrima kasih….

    • Rizal
      January 31, 2014 at 1:08 pm

      I think your comments are not completly true. Many experience doctors still working in government hospital. Many occasion when problem arise the patients were transferred to gov hospital for further care. Infact the facilities and back-up at the gov hospital esp the major one much better than the private hospitals.

  4. Jawahir
    January 30, 2014 at 11:00 am

    Dr. ALya,

    I am not here to condemn or anything but this is actual case.

    In 1970, my 8 month old brother had high fever, was brought to the general hospital . The doctor took his spinal fluid ( which seems to coincide with what you describe as LP).

    Lepas tu, dia jadi cacat ….dia tak boleh cakap, makan minum dengan sendiri ataupun apa apa saja…tengah malam atau kadang kadang waktu siang..he would go into a fit and shouts endlessly for 10 to 20 minutes…..this happens daily …a real deafening cry which can be heard by neighbors even…

    all this carried on till he was 13 years old and he died….putting a great strain on our family for years and years….both emotional and financial…

    Jawahir Deen.

    • ikan
      January 30, 2014 at 3:34 pm

      sehari brape banyak LP dibuat di hospital. dan berapa banyak pulak yang ok. j

    • Rizal
      January 31, 2014 at 1:01 pm

      The complication was due to the disease itself not the procedure. Your brother probably suffering from meningitis (infection to the brain membrane). LP help to confirm the diagnosis thus appropriate treatment could be given. Early and appropriate treatment may help to prevent such complications.

    • qila zakaria
      January 31, 2014 at 6:40 pm

      Bukan kerana LP adik kamu jd begitu. Harap tak salah fhm

    • alya H
      February 2, 2014 at 9:29 am

      DearEncik Jawahir ,
      Thank you for your comments.
      Firstly , I would like to say that I am very sorry to hear about your little brother and the experience your family had. There are no words to describe the pain one feels with the loss of a loved one especially someone who has gone too soon and who may have had a less than desirable quality of life.

      Due to the limited history , I can’t comment much on what actually happened to your loved one.
      However with regards to the Lumbar Puncture , it is a safe procedure that is routinely done in hospitals all over the world in selected patients.

      More often than not , LPs are usually performed when there are suspicions of a brain-related disease. One example is meningitis.
      Some children who are treated for meningitis make full recovery with no residual neurological deficits while others , even despite adequate treatment , unfortunately still sustain significant brain injury and develop neurological sequelae which may manifest as developmental delay or problems with posture , voluntary or involuntary movements and swallowing.

  5. ida
    January 30, 2014 at 12:22 pm

    Jgn bfikiran sempit. Skrg dh ramai doktor pakar kt hospital kerajaan ye. Layanan diaorg pn bgs…sy lbh yakin mnerima rawatan di hospital kerajaan bbandg swasta. Slalunye hospital swasta akn refer patient yg dh tenat ke hospital kerajaan ye

    • Emran
      January 30, 2014 at 12:39 pm

      Dr. Alya
      Info amat berguna serba sedikit boleh membantu pihak luar untuk mengetahui perkara yang sebegini kerana ramai yang menyangka kaedah LP adalah satu kaedah perubatan yang boleh membawa kepada perubahan fizikal seseorang. Tetapi saya juga bersetuju dengan Wady.. adakalanya dan saya kira kebanyakannya bagi pihak pesakit yang datangnya dari golongan berpendapatan rendah..sudah semestinya akan pergi ke hospital kerajaan. Saya sendiri juga pernah mengalami keadaan-keadaan berada di hospital kerajaan..walaupun bukan sendiri mengalami tetapi kejadian berlaku di hadapan mata bagaimana seorang ibu telah di bawa ke unit rawatan rapi setelah melahirkan bayi. Kelahiran normal tetapi doktor yang melakukan prosedur kelahiran tersebut adalah doktor pelatih. Kes tersebut ialah usus ibu yang melahirkan dikatakan telah tertarik keluar sewaktu kelahiran ( maklumat dari kakitangan hosp ) saya tidak mahu nyatakan hosp. mana.. Rumusan disini bagi proses LP ini perlulah dilakukan oleh Dr yang pakar dan pembantu yang pakar. Jika di hosp. swasta memang ramai yang pakar tetapi berapa ramai orang awam yang berada diluar mampu untuk ke hosp.pakar dengan kos rawatan yang tinggi. MUngkin dari sebab itu..pandangan saya terdapatnya gejala atau komplikasi yang berlaku dari prosedur LP…dan mungkin ditempat-tempat lain adalah berpunca di hosp. kerajaan. Ini akan membuatkan banyak berita yang keluar dari dada akhbar akan menjadikan orang awam takut untuk melakukan proses prosedur LP yang pada asalnya selamat.Seperkara lagi..mengikut dari artikel Dr. Alya..Sejauh mana proses CSF ini mengambil masa untuk menggantikan cecair tulang belakang yang telah di ambil. Mungkin bagi kanak-kanak prosesnya cepat kerana sedia maklum kanak-kanak antibodi dan keseimbangan diri mereka masih di tahap \\\\’hijau\\\\’. Tetapi bagi orang dewasa bagaimana pula..Terima kasihEmran ( USM Penang )

  6. murni
    January 30, 2014 at 2:22 pm

    Tidak dinafikan dunia perubatan semakin maju dan moden…tp doktor juga manusia biasa ada ketika boleh melakukan kesilapan…bila masa kesilapan itu berlaku berapa doktor yg sanggup mengaku kesilapan mereka? Oleh sbb itulah sblm ape2 prosedur kita diminta utk tandatangan surat bermakna akibat dr prosedur ape2 yg berlaku kita lah yg tanggung…mereka pn x boleh nk jamin 100%…99% mungkin…ape2 pn masih ada 1% lg risiko nya..

  7. Faez
    January 30, 2014 at 5:52 pm

    Cerebrospinal fluid (CSF) atau air tulang belakang ini dihasilkan di otak. Ini adalah satu proses yang berterusan. Bagi orang dewasa terdapat sebanyak 150 mililiter CSF di keliling otak dan saraf tunjang. Otak pulak menghasilkan sebanyak 500 milliliter CSF sehari. Ini bermakna proses kitaran berlaku lebih 3 kali sehari. Lebihan CSF akan diserapkan ke aliran darah.

  8. ros
    January 30, 2014 at 7:31 pm

    Salam, Saya suka membaca penerangan Dr ttg LB ini. Seperti pengalaman Saudari Jawahir, saya mempunyai sepupu yg pernah di ambil air tulang belakang, dan setelah itu, langsung xdpt berjalan. Padahal dia boleh berjalan sebelum itu. Dr decide utk mengambil air tulang belakang sewaktu umurnya masih 5 tahun, atas alas an xtaw sakit ape..memang ini suratan dan ujian Allah. Tetapi apabila di sebut air tulang belakang, saya xrasa semua orang akan mengambil positif nya apabila terkene di badan sendiri. Malaysia memang ada pakar utk itu, tetapi tak semua golongan mampu membayarnya utk mendapatkan yg terbaek.

  9. zekry
    January 30, 2014 at 10:51 pm

    apakah ini yg dikatakan \”air tulang sum sum\” yg diambil untuk mengetahui apakah jangkitan/penyakit yg dihadapi oleh seseorang pesakit..?? jika betul, saya mengalakkan kepada para pesakit atau keluarga pesakit TIDAK SAMA SEKALI membenarkan pihak hospital untuk berbuat demikian… kerana, keluarga saya sudah menghadapi pengelaman seperti begini, yang tidak menjayakan apa2 pun….. pertama, pak cik saya mengadu sakit kepala, akibat daripada dia pengsan kami menghantar dia ke hospital, dan bermula dari hari pertama beliau di tahan ke hospital, tidak ada sebarang kemajuan dlam kesihatan beliau… sehingga laa pihak hospital mencadangkan/meminta keizinan utk pesakit diambil air tulang sum sum untuk mengetahui sebenar penyakit beliau, dokter tersebut menyatakan juga kesan sampingan yg akan berlaku… tp kerana kami jahil berkenaan ttg kesihatan, kami serahkan segalanya kpd pihak hospital utk buat keputusan kerana mereka lebh mengetahui… setelah proses itu berlangsung, pak cik sy koma beberapa bulan, dan bila beliau sedar, ia daa tak boleh berjalan mahupun mengerakkan tubuh badan. sehinggalah sekarang beliau tak ubah spt mayat hidup yg segalanya harus di jaga untuk terus bernafas di dunia nie….. kedua, spupu sy juga menghadapi situasi yg sama iaitu pihak hospital ingin mengambil air tulang sum sum beliau, akibat terlalu lama beliau terlantar di hospital dan desakan pihak hospital untuk mengambil air tulang sum sum adalah tindakan yg terbaik pd pesakit… kami rela kan…. dgn harapan pihak hospital perlu beri jaminan yg tinggi bg keselamatan pesakit… tp semua nya sia sia… spupu sy meninggal setelah selesai saja proses tersebut…. amat mengecewakan……. saya tak pasti sma ada proses pengambilan air LP ini sma dgn proses pengambilan air tulang sum sum…. tp jika ia adalah sama, sy syorkan jangan berbuat demikian…. kami saangat menyesal akan tindakan dan juga keputusan yg pihak hospital dan kami lakukan…..

    • alya H
      February 2, 2014 at 9:49 am

      Encik Zekry ,
      Terima kasih di atas komen saudara.
      Saya turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa pakcik Encik Zekry.
      Kerana kekurangan maklumat penyakit tentang pakcik Encik Zekry , agak sukar untuk memberikan komen yang tepat tentang apa sebenarnya yang telah berlaku kepada beliau.

      Ujian pengambilan air tulang sum sum adalah berbeza dengan ujian air tulang belakang.
      Ujian air tulang belakang atau ‘Lumbar Puncture’ adalah suatu proses untuk mendapatkan akses kepada air tulang belakang atau ‘Cerebrospinal Fluid ‘.
      Ujian air tulang sum sum atau ‘Bone Marrow Aspirate’ pula adalah suatu ujian untuk mendapatkan sum-sum tulang iaitu suatu bahan di dalam tulang.

      Walaupun berlainan , kedua- dua ujian adalah selamat untuk dijalankan dalam kes kes terpilih.
      Kerapkali , ujian ujian ini djalankan dalam penyiasatan kes kes yang agak serius seperti jangkitan selaput otak bagi Lumbar Puncture ataupun kanser darah bagi Bone Marrow Aspirate misalnya.

      Berbalik kepada prosedur Lumbar Punctur seperti yang diterangkan dalam komen saya sebelum ini, ada pesakit yang dapat sembuh secara total setelah menerima rawatan. Namun, ada juga pesakit yang mendapat kecederaan di bahagian otak yang agak signifikan walaupun telah dirawat sepenuhnya. Kesan daripada kecederaan pada otak akibat penyakit yang dihidapi akan termanifestasi sebagai masalah pergerakkan dan pertuturan misalnya kerana otak merupakan pusat kawalan bagi perlbagai aktiviti tubuh badan manusia.

      Dr Alya H

  10. muhd ghazali
    January 30, 2014 at 11:46 pm

    Awal januari 2014 apabila berada di HSB menemani ayah saya 3 org dr yg masih muda membuat prosedur LP kepada katil sebelah. Agak mengecewakan bila terdengar perbualan ‘

    betul ker yg aky buat ni’.’panggil dr yg sorg lg aku confius nih’.

    Mcm eksperimen pula tgk pesakit tu.dah 3-4 kali buat semasa ditahan di wad.

  11. Hidayah
    January 31, 2014 at 1:03 am

    Di dalam bidang perubatan, setiap prosedur ada risikonya, dan ada faedahnya. Sebelum prosedur dilakukan kedua-duanya haruslah diterangkan secara jelas kepada pesakit atau penjaga supaya pesakit atau penjaga dapat membuat keputusan yang berdasarkan fakta dengan bimbingan/saranan doktor yang merawat. Setiap prosedur juga harus dijalankan oleh doktor atau profesional perubatan yang terlatih (tidak semestinya pakar). Sememangnya akan ada beberapa inisiden yang tidak sepatutnya berlaku (seperti diceritakan oleh pembaca di atas) akan terjadi, tetapi ia bukanlah kelaziman. Kebiasaannya prosedur LP dijalankan bagi mecari punca bagi penyakit, terdapat pelbagai penyakit atau penyebab penyakit yang juga boleh membawa kepada komplikasi seperti lumpuh atau kematian, tetapi prosedur LP tetap dipersalahkan. Selagi kita tidak dapat meneliti fakta setiap kes secara terperinci untuk mendapatkan punca yang sebenar, adalah tidak wajar untuk berspekulasi atau menuding jari. Saya pasti, terdapat juga sebahagian pesakit atau keluarga pesakit yang sudah yakin sepenuhnya bahawa LP ini penyebab segala komplikasi yang dialami walaupun diberi penjelasan oleh para doktor, maka apa-apa yang diperkatakan tetap tidak akan mengubah fikiran mereka. Artikel di atas cuma ingin memberi penjelasan tentang mengapa LP kadang-kala diperlukan serta prosedur yang terlibat. Ia diterbitkan agar para pembaca mendapat pendedahan yang menyeluruh. Yang pasti, doktor tidak akan meminta izin untuk melakukan prosedur LP sekiranya prosedur itu tidak diperlukan.

    Dr Hidayatul Radziah Ismawi

  12. Dr. Khoo Yoong Khean
    February 1, 2014 at 10:18 am

    While there are risks to every procedure a doctor perform, including a simple blood taking, every care and precaution will be taken to ensure the patient safety. Lumbar puncture is a relatively safe procedure but it does have its complications. A doctor would not do a lumbar puncture without seriously considering the pros and cons, and discussion with the family.

    Most common complications are:
    – post spinal tap headache – up to 30% – usually relieve by itself or with analgesics/painkillers
    – local infection – this is why doctors take good care to maintain a full sterile environment
    – dysesthesia – some patients might feel numbness or pain at the legs due to nere irritation
    – bleeding – local microtrauma can result in blood in the spinal fluid
    – cerebral herniation – the most serious complication but also the rarest – so rare that it is still being debated whether the herniation is due to the procedure or the disease) Plus this happens only in patients with brain swelling (increased intra cranial pressure)

    Some above commented that the relative/patient went paralysed. This is highly unlikely due to the procedure itself as the needle is not capable to transecting/cutting the ENTIRE spinal column to result in a paralysis. Like mentioned in the list above, only some irritation can happen (which is self resolving)

    Paralysis is more likely due to the disease process, like an infection of the brain meninges, or an abscess. The brain is a sensitive organ, any injury to it will results in permanent damage, like a stroke. Therefore, a lumbar puncture in certain cases is crucial to determine what is the actual diagnosis so proper antibiotics can be given.

    If you are not sure about the procedure, please ask the doctor to explain the pros and cons until you understand. This is important for both doctors and patient/family/relatives. It is the doctors duty to explain correctly, and your duty to ask about it.

    Dr Khoo Yoong Khean

  13. tini
    February 7, 2014 at 1:01 pm

    Thanks Dr Alya atas info yg sangat bermanfaat. I would like share my experience about LP. Yes, of course apabila Dr kata nak ambil air tulang belakang anak saya, saya takut. Apatah lagi ada pandangan skeptikal orang ramai tentang ini mengatakan patient akan lumpuh slps prosedur tersebut. Anak saya berumur 2 thn ketika air tulang belakangnya diambil. Sebelum Dr decide nak buat LP, Dr dah buat ujian darah dan MRI scan. Hasil kedua-dua ujian tersebut .. normal. Time tu Dr pun tak tahu apa puncanya.. anak saya tidak demam tetapi tiba-tiba mengalami kekejangan. Dr Pakar Kanak-kanak menasihatkan saya supaya anak saya menjalani LP. Walaupun ada sedikit perasaan bimbang, tetapi sebagai ibu of course kita nak yang terbaik untuk anak kita. Alhamdulillah, prosedur tersebut berjalan lancar. Air tulang belakang yang diambil dan diuji mengesahkan anak saya tiada sebarang masalah penyakit yang brkaitan.Apa yang ingin saya kongsikan disini, prosedur LP selamat dan may be juga utk kes anak saya Dr Pakar (hospital kerajaan) sendiri yang melaksanakan prosedur tersebut. Anak saya sekarang sudah berumur 10 tahun, alhamdulillah sihat dan aktif. Perkembangan pembelajaran juga baik. (Anak saya premature baby-lahir tak cukup bulan dan berat kurang 2kg)..

    • Alya H
      February 9, 2014 at 5:10 pm

      Puan Tini,
      Alhamdulillah.Saya tumpang gembira dengan perkembangan anak puan.Terima kasih saya ucapkan kerana sudI berkongsi pengalaman untuk manfaat semua.

      Dr Alya H

  14. aiman
    November 29, 2014 at 11:12 pm

    saya pernah diambil air tulang belakang semasa bayi menurut penceritaan ibu saya. dan alhamdulillah saya sudah berumur 27 tahun dan sihat wal afiat.
    good sharing dr alya.

  15. Che Mazuan
    November 30, 2014 at 4:24 pm

    Saya pernah alami pada bulan 3 tahun ini 2014.
    Saya warded about a month sbb demam panas dan ulser usus.
    Then doc mtk izin nak buat bone marrow.
    Seperti yg sy tahu bone marrow dgn LP ni adalah benda yg berbeza.
    Tp prosedur dia hampit sama.
    Doc akan suntik ubat pelali dan kita kena mengiring then proses suntikan dibelakang area2 pingang akan berlaku.
    Semasa proses berkenaan xrasa apa2 pun sbb dah lali n mcm terlelap bila dah sedar2 aje dah siap.. after that rasa mcm lemah2 skit and sedikit worried la time tu takot mcm xblh nak bergerak or apa…then sy try gerak2 badan alhamdulillah boleh…
    Cuma kena rest about 6hours xboleh bangun utk stabilkan kembali body kita.
    Then from that mungkin bagus utk kita juga bila doc amik LP or bone marrow ni sbb after that doc akan dpt analisis penyakit sebenar kita and dpt tahu what kind of medicine yg perlu diberi.
    Kalo ekot mak ayah sy mmg dia xbenarkan lakukan procedure tu ttp bila diterangkan oleh doc akhirnya my family bersetuju.
    Sbb yelah dulu2 org ckp bahaya kalo amik air tulang belakang ni sbb leh lumpuh… doc juga ada ckp dulu dan sekarang berbeza.
    Jika dlu maybe because of technology.
    Kalau sehingga skrg LP ni boleh melumpuhkan org why kementerian x stop kan procedure ini?
    Why kementerian still allow to use this procedure. So nasihat saya… discuss dlu dgn doc and fahamkan sebaik2nya berkenaan LP ini.

  16. nina
    December 9, 2014 at 12:36 pm

    hye Dr. Alya,

    alhamdulillah info yg sgt2 berguna.. utk pengetahuan DR, baru 2 3 hari lps anak buah saya yg berumur 7 bln melalui proses LP nih.. alhamdulillah segalanya berajalan dgn lancar.. bersyukur juga slps proses LP die aktif kaki tgn sume normal..

    tapi sy ada pertanyaan,
    adakah pada masa hadapan kemungkinan utk berlaku apa2 masalah terhadap die? seperti kaki akan kejang tiba2 ke atau selain daripada itu.?
    adakah rawatan susulan akn di buat oleh DR yg membuat proses LP ini..?
    apakah jenis rawatan susulan tersebut..? boleh kira nya DR terangkan..?
    mungkin ada antara yg DR terangkan nnt tak termasuk dalam senarai rawatan susulan DR tersebut..huhu

    Terima Kasih.

    • Alya H
      December 15, 2014 at 12:17 am

      Hi nina.
      Terima kasih di atas komen anda dan juga kerana sudi berkongsi pengalaman.
      Bagi menjawab pertanyaan nina, tiada apa apa masalah yg dijangka berlaku setelah prosedur ini.Tiada juga rawatan susulan yang khas.

      Rawatan atau temujanji susulan yg biasanya akan diberikan Dr adalah berkaitan dengan penyakit yg dirawat dan bukan kerana prosedur LP itu.Antara contoh contoh penyakit yg memungkinkan Dr mahu mengambil sampel air tulang belakang adalah seperti jangkitan otak / selaput otak, barah atau masalah autoimun.

      Harap penjelasan ini menjawab pertanyaan nina.

  17. Marco Reus
    June 17, 2015 at 7:40 am

    Terima kasih diatas info yang sangat berguna itu doktor..disini saya ingin menceritakan pengalaman saya sebagai seorang ayah yang membenarkan pihak hospital mengambil air tulang belakang baby saya yang ketika usia baby saya setahun 6bulan ketika itu..anak saya mengalami demam panas secara mengejut dalam masa dua hari pada masa kejadian dan terus dikejarkan ke hospital Gov Temerloh..setelah diperiksa oleh pakar kanak2..pakar mengesahkan anak saya mengalami ‘meningitis’..dan doktor memberi kata putus kepada saya teruskan rawatan susulan secara biasa ataupn rawatan dengan cara lebih tepat iaitu dengan cara mengambil air tulang belakang atau LB..saya bersetuju dengan tindakan doktor untuk proses mengambil air tulang belakang anak saya ketika itu kerana anak saya semakin kritikal.proses itu berjalan dgn lancar…alhamdulillah kini anak saya sudah berusia 3tahun dan boleh menjalani kehidupan normal seperti kanak2 lain..jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua doktor pakar,doktor2 pelatih dan semua kakitangan hospital wad kanak2 hospital temerloh..jasa baik anda yang bertungkus lumus berusaha menyelamatkan anak saya hanya tuhan mampu membalasnya..

  18. amim
    July 14, 2015 at 8:00 am

    Good info Dr. Alya.

    Kira-kira sebulan lalu, adik sy telah menjalani prosedur LP di Hosp Sultanah Aminah. Baru2 ini, doktor bercadang untuk mengambil air tulang belakangnya sekali lagi. Adakah prosesur ini dilakukan beberapa kali untuk tempoh yang agak singkat? Teeima kasih ats jawapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box