“Tolong! Tolong!” Kecemasan atau tidak ni? – Dr Khoo Yoong Khean

Sumber: http://rowsofsharon.com/tag/emergency-department/

Sumber: http://rowsofsharon.com/tag/emergency-department/

Inilah kebiasaan yang dilihat di kaca televisyen. Tiba-tiba lantang kedengaran ambulans berbunyi yang akhirnya sayup-sayup berhenti di pintu masuk Jabatan Kecemasan ; di mana para doktor telah sedia menanti. Pintu belakang ambulans pun terbuka luas, kelihatan paramedik menolak keluar pesakit yang sedang mengalami kecederaan parah. Kendengaran jeritan isitilah-istilah perubatan oleh mereka yang terlibat di jabatan itu. Keadaan kelihatan tidak teratur dan kelam kabut. Akhirnya para doktor dapat menyelamatkan pesakit dalam masa yang singkat. Kerjasama terbaik yang telah dilakukan dan semuanya berpuas hati.

Adakah ini benar-benar berlaku dalam kehidupan sebenar?

Mungkin ya atau tidak. Situasi dalam Jabatan Kecemasan yang sebenar adalah berbentuk dinamik dan sentiasa berubah. Jumlah dan jenis pesakit yang datang ke hospital adalah di luar kawalan pihak hospital. Oleh itu, bagaimanakah pihak Jabatan Kecemasan mengatasinya? Bagaimana caranya para doktor mengasingkan tahap kecemasan sesuatu kes itu?

Dalam usaha untuk memahami jenis dan jumlah pesakit, pihak hospital telah menggunakan suastu sistem yang dipanggil ‘triaj’. Ia berasal dari kata-kerja-Perancis “Trier” yang bermaksud ; penapisan , pengasingan atau pemilihan. Pendek kata, triaj ini digunakan untuk menentukan susunan dan keutamaan dalam  rawatan kecemasan. Sistem ini bukan sahaja digunakan di hospital-hospital. Ia juga berguna dalam ketika bencana alam dan juga kemalangan-kemalangan yang lebih besar.

Sumber: Dr. Khoo Yoong Khean

Sumber: Dr. Khoo Yoong Khean

Kebanyakan hospital menggunakan triaj mengikut warna ; untuk mengkategorikan atau mengasingkan pesakit mengikut keutamaan. Di Malaysia, kod warna yang biasa digunakan terdiri daripada warna Merah, Kuning dan Hijau.

  • Merah: Pesakit Kritikal; diperiksa dengan segera
  • Kuning: Separa-Kritikal; diperiksa beberapa minit kemudian
  • Hijau: Tidak-Kritikal; diperiksa kemudian

Dengan sistem ini, para doktor di Jabatan Kecemasan dapat memahami status pesakit mereka dengan lebih baik serta mampu memberikan rawatan yang lebih efektif. Kebiasaannya, kakitangan penjagaan-kesihatan akan membuat penialaian awal dan khusus terhadap pesakit, dan kemudian akan menentukan kategori Kod Warna pesakit. Seterusnya, pesakit akan dirujuk ke bahagian yang berkaitan untuk rawatan seterusnya.

Berikut adalah contoh untuk setiap Kod Warna:

  • Merah: Keadaan mengancam nyawa; seperti trauma yang teruk beserta kehilangan darah yang agak banyak, serangan jantung yang besar, strok yang teruk dan lain-lain
  • Kuning: Trauma yang sederhana tetapi tidak mengancam nyawa, contohnya seperti serangan asma dan lain-lain
  • Hijau: Jangkitan kecil, trauma kecil. Tidak mengancam nyawa dan pesakit stabil

Jabatan Kecemasan mungkin kelihatan agak kelam-kabut dan kadang kala dilihat seperti tiada apa-apa rawatan yang sedang dilakukan, namun fakta yang sebenarnya; para doktor sedang giat memberikan rawatan mengikut keutamaan, bagi memastikan semua orang menerima rawatan mereka mengikut tahap kesakitan yang dihidapi. Oleh itu, adalah amat penting bagi orang awam untuk mengetahui bahawa rawatan kecemasan diberikan kepada pesakit kerana terdapat hospital-hospital kecil mahupun klinik yang tidak dapat menawarkan rawatan terhadap kes-kes tertentu. Ini penting bagi memastikan tiada tunggakan kes pesakit di hospital dengan penyakit bukan kecemasan atau yang tidak kritikal yang mungkin boleh melambatkan rawatan untuk orang lain yang lebih memerlukan.

Dr. Khoo Yoong Khean adalah Penolong Ketua Editor Malaysian Medical Gazette. Kenali beliau dengan lebih lanjut dalam kolum ‘The Team’. Artikel ini diterjemah dari artikel asal oleh Cik Raja Maizatul Azaria.

 

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

 

Rujukan:

  • Role of triage personnel – http://www.cjem-online.ca/v1/n3/PaedCTAS/p3
  • Medical Triage: Code Tags and Triage Terminology http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=79529
  • Emergency department triage: an ethical analysis – http://www.biomedcentral.com/1471-227X/11/16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box