Vaksin COVID-19: Yang mana terbaik? – Dr Mohammad bin Hj. Che’ Man & Dr Shahidah Che Alhadi

ANTARA VAKSIN COVID-19 PFIZER, SINOVAC DAN ASTRAZENECA, YANG MANAKAH VAKSIN TERBAIK?

Kalaulah ada di kalangan orang awam bertanya anda pasal vaksin covid-19, anda juga sebagai orang awam boleh menerangkan pada mereka yang kurang faham sekiranya anda mempunyai kefahaman asas seperti diterangkan dalam artikel ini. Ini bagi menangani hasutan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab yang menakut-nakutkan orang awam berkenaan vaksin COVID-19.

 

Vaksin manakah yang paling bagus untuk kita semua? Adakah vaksin Pfizer BioNTech comirnaty? Adakah vaksin Sinovac? AstraZeneca bagaimana pula?

3 jenis vaksin setakat ini yang telah berada di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, setakat ini 13 jenis vaksin seluruh dunia telah dihasilkan dengan jayanya. Sudah tentu, Kerajaan Malaysia telah memilih vaksin yang terbaik utk setiap rakyatnya.

Adakah ketiga-tiga vaksin ini terbaik?

Jawapannya adalah semua vaksin terbaik! Bayangkan suntikan pertama vaksin dapat melindungi diri kita sehingga 92% perlindungan dari serangan virus yang berbahaya ini dan dos kedua secara total untuk perlindungan sehingga ke angka 95% terhadap jangkitan virus dan telah terbukti melalui kajian klinikal berfasa. Baki 5% sekiranya tidak bernasib baik, jangkitan virus ini tidak teruk dan tak bergejala sehinggakan kajian membuktikan tidak memerlukan kemasukan ke hospital dan tiada laporan kematian.

 

Vaksin keluaran Pfizer?

Vaksin Pfizer adalah antara yang paling terkenal disebabkan ianya antara vaksin COVID-19 yang pertama dihasilkan dengan jayanya diseluruh dunia. Ianya berasal dari negara maju Jerman. Boleh bayangkan betapa majunya automotif kereta keluaran mereka seperti teknologi kereta Mercedes Benz, BMW, Audi, Porshe dan lain-lain lagi. Vaksin ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang sangat hebat iaitu melalui teknik ‘mRNA’ sehebat vaksin COVID-19 Moderna dari negara United Kingdom. Masalah utama utk vaksin keluaran Pfizer dan jenis Moderna ini adalah kerna keduanya memerlukan penjagaan vaksin yang sangat rapi mengalahkan vaksin-vaksin yang lain kerana perlu dijaga dibawah takat suhu sejuk yang melampau iaitu dibawah takat suhu -70C. Vaksin ini dipanggil ‘vaksin kayangan’ kerana kos penjagaan yang mahal. Untuk pengetahuan, vaksin ini sebenarnya telah dikaji melebihi 30 tahun dahulu yang telah dirancang untuk digunakan apabila berlakunya pandemik yang teruk seperti sekarang yang mana ianya berlaku secara tiba-tiba tanpa boleh dikawal sebaiknya. Vaksin ini mengnadungi sejenis benda (molekul) yang mempunyai kandungan genetik virus COVID-19 yang mengarahkan sel-sel badan kita untuk menghasilkan protein (protein spike) yang akan mengaktifkan sistem pertahanan badan spesifik ke atas kuman ini dan ianya akan mengekalkan memori antibodi (pertahanan badan) ke atas kuman COVID-19 ini sekiranya berlaku jangkitan virus merbahaya ini.

 

Bagaimana pula dengan vaksin COVID-19 Sinovac?

Vaksin Sinovac berasal dari negara maju China. Ianya tidak kurang hebatnya! Seperti yang kita ketahui, negara China memang antara hebat dan kuasa terbesar di dunia! Ianya antara 5 kuasa veto yang paling berkuasa di dunia seangkatan negara Rusia, Perancis, Amerika dan juga UK. Ilmu perubatan sangat berkembang disana. Akan tetapi ramai orang selalu merendah-rendahkan vaksin Sinovac? Kenapa ya?

Untuk makluman semua, vaksin ini telah melalui proses konvensional yang sama seperti vaksin wajib kanak-kanak yang lain contohnya vaksin kanak-kanak seperti vaksin polio dan vaksin batuk kokol (pertussis) iaitu dengan dibuat dengan proses mematikan virus COVID-19 secara keseluruhan menggunakan haba atau bahan kimia tertentu dan akhirnya apabila tubuh disuntik dengan vaksin yang mengandungi kuman covid19 yang dimatikan ini, kita mengharapkan akan ada proses penghasilan antibodi (pertahanan badan) ke atas kuman (antigen) yang telah dimatikan secara total tersebut dan ianya akan diingati sampai bila-bila. Prinsip asanya juga sama juga sepertimana vaksin Hepatitis A dan Rabies. Vaksin Sinovac juga mempunyai asas prinsip yang sama dengan vaksin covid1-19 Sinopharm yang juga dihasilkan dari negara China. Ianya telah di iktiraf dan digunakan oleh 26 negara di seluruh dunia termasuk Brazil, Turki, Albania dan sebagainya.

Vaksin COVID-19 AstraZeneca?

Vaksin yang ketiga iaitu vaksin AstraZeneca yang dihasilkan oleh universiti terkemuka dunia iaitu ‘Oxford University’. Apabila disebut Universiti Oxford, kita semua akan ternganga! Sebab apa? Kerana mahsyurnya universiti ini. Tahukah anda bahawa ianya menggunakan teknik canggih iaitu teknik ‘viral vector vaccine’ iaitu dengan menjadikan virus lain yang tidak merbahaya sebagai vektor untuk membawa maklumat kod genetik virus COVID-19 untuk penghasilan antibodi bagi melawan jangkitan virus covid-19. Prinsip yang sama juga digunakan untuk vaksin COVID-19 seperti vaksin Gamaleya (sputnik V) dari negara Rusia dan vaksin COVID-19 Janssen oleh Johnson & Johnson. Ianya telah di iktiraf dan digunakan oleh 99 buah negara seperti negara Argentina, Brazil, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi.

Jenis vaksin lain?

Vaksin-vaksin yang lain adalah seperti vaksin COVID19-Novavax dan Clover yang menggunakan teknologi ‘subunit vaccine’ iaitu dengan mengambil ‘fragment’ virus tersebut.

Vaksin manakah yang terbaik untuk kita semua?

Apabila  ada orang bertanya kita, vaksin yang paling bagus, apakah jawapan anda?

Kita boleh katakan semua vaksin terbaik dan bagus! Kalaulah semua negara di dunia ini ingin menggunakan vaksin Pfizer sahaja, maka kita semua akan mengalami masalah penghasilan vaksin untuk jutaan populasi rakyat di seluruh dunia dalam masa yang cepat. Kalau begitu, bilalah agaknya kita rakyat Malaysia nak dapat kan vaksin? Matlamat untuk mencapai mencapai ‘herd immunity’ atau imuniti berkelompok adalah tersangat lambat iaitu sasaran sebanyak 70 hingga 80%. Pasti ramai manusia akan mendapat jangkitan COVID-19 sebelum mendapat suntikan vaksin yang sangat berharga ini sekiranya kadar keluaran lambat. Inilah yang menyebabkan para saintis hebat dan ulung di seluruh dunia bergabung tenaga untuk menghasilkan vaksin-vaksin terbaik dalam keadaan yang begitu meruncing ini.

Kita tidak boleh membanding-bandingkan antara vaksin-vaksin kerana tiada kajian yang membandingkan vaksin ini secara satu lawan satu antara vaksin Pfizer, Sinovac mahupun AstraZeneca. Sejarah telah membuktikan bahawa penemuan vaksin yang terdahulu telah terbukti berjaya mengawal penyakit berjangkit dengan jayanya.

“Tak perlu memilih vaksin! Siapa cepat dia dapat!”

Nanti boleh terangkan kepada orang awam ditanya!

 

KATAKAN NAK PADA VAKSIN!

RUJUKAN:

  1. Maklumat Vaksin Covid-19 Bagi Penerima Vaksin Negeri Pahang, Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Vaksin Covid-19, Covid-19 Malaysia, Ministry of Health Malaysia
  3. Covid-19 vaccines, World Health Organization (WHO)

ASST. PROF. DR. MOHAMMAD BIN HJ. CHE’ MAN

PENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR PERUBATAN KELUARGA

OCCUPATIONAL HEALTH DOCTOR

(MD. UKM, MMED, (FAMILY MEDICINE) USM), OHD(NISOH)

SPECIAL INTEREST: MEN HEALTH, PRIMARY CARE DERMATOLOGY, OHD

DEPARTMENT OF FAMILY MEDICINE,

KULLIYYAH OF MEDICINE, IIUM KUANTAN PAHANG.

 

ASST. PROF. DR. SHAHIDAH CHE ALHADI

PENSYARAH PERUBATAN KLINIKAL/ PAKAR BEDAH

(MBBS.IIUM, MMED, (SURGERY) USM)

SPECIAL INTEREST: BREAST AND ENDOCRINE SURGERY

DEPARTMENT OF SURGERY,

KULLIYYAH OF MEDICINE,

IIUM KUANTAN PAHANG.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please type the characters of this captcha image in the input box

Please type the characters of this captcha image in the input box