Adakah anda tahu terdapat sejenis keadaan jantung yang memberi risiko berlakunya strok? Pesakit-pesakit yang menghidapi Fibrilasi Atrium mengalami keadaan yang mengakibatkan kadar nadi mereka laju dan tidak normal (lebih lanjut tentang Fibrilasi Atrium: https://www.mmgazette.com/bila-jantung-asyik-berdebar-debar-dr-nur-hidayati/ )
Hampir semua strok pada pesakit Fibrilasi Atrium disebabkan pembekuan darah yang berlaku di bahagian kiri jantung yang menyebabkan aliran darah yang tidak normal. Bekuan darah ini boleh beralih dan bergerak menerusi pembuluh darah sehingga tiba di pembuluh darah bahagian otak. Apabila bekuan darah ini berada dalam pembuluh darah otak, ianya menghalang aliran oksigen ke kawasan otak tersebut lalu berlakunya strok.
Fakta menakutkan ialah kebanyakan pesakit-pesakit fibrilasi atrium mungkin tidak didiagnos sehingga berlakunya strok kerana mereka mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom kecuali kadar nadi yang tidak sekata yang tidak disedari pesakit atau dibawa ke perhatian doktor. Hal ini ialah kenapa doktor diajar dari sekolah perubatan lagi betapa pentingnya perkara mudah seperti mengambil denyutan jantung pesakit kerana anda boleh mendiagnos denyutan nadi tidak sekata dengan berbuat demikian.
Untuk menghalang pembentukan darah beku dan melindungi pesakit dari mengalami strok, pesakit diberikan antikoagulan bernama warfarin (biasanya dikenali sebagai penipis darah atau ubat cair darah). Oleh sebab komplikasi tersebar warfarin ialah pendarahan, dan pendarahan paling teruk iaitu pendarahan intrakranium atau pendarahan dalam otak/kepala, warfarin diberikan berserta pengawasan rapi. Kadar keberkesanan warfarin dalam mencegah pembekuan darah dan keselamatan penggunaan sangat bergantung pada pengekalan julat spesifik nisbah ternormal antarabangsa (INR). Pesakit perlu kerap ke hospital atau Klinik Kesihatan untuk memeriksa (INR) melalui ujian darah. Perkara ini kadang-kala berasa seperti menyusahkan pesakit atau ahli keluarga mereka, tetapi adalah penting bagi pesakit untuk tidak terlepas ujian INR tetap bagi memastikan dos warfarin cukup untuk mencegah pembekuan darah tetapi tidak terlalu banyak sehingga menyebabkan pendarahan.
Terdapat antikoagulan oral terbaru kini sedia ada yang menunjukkan komplikasi pendarahan lebih rendah tetapi lebih banyak perlu dipelajari tentang tahap keselamatan dan keberkesanannya. Seperti kebanyakan perkara dalam hidup, keseimbangan antara pencegahan strok dan pendarahan pada penghidap pemfibrilan atrium yang diubati dengan warfarin adalah penting untuk dicapai.
Dr. Hidayah seorang pensyarah perubatan di sebuah universiti tempatan dan pemegang Sarjana Farmakologi. Beliau juga Ketua Editor bagi The Malaysian Medical Gazette. Rencana ini diterjemahkan dari rencana asal di https://www.mmgazette.com/warfarin-stroke-prevention-vs-bleeding-dr-hidayatul-radziah-ismawi/ oleh Nur Nadhirah
Rujukan:
- Managing atrial fibrillation to prevent stroke, Seah YM, Medical Tribune, (1-15 March)
[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]